January 20, 2010

Fish Ball



Belum pernah jumpa fish ball kat Bahrain ni.. mungkin tak cari betul2 atau memang takde. So, apalagi... cuba buat sendiri laa. Rupa tak cantik, janji ada rasa... :)

Bahan2 :

2 ekor ikan kembung - ambil isinya (resipi asal ikan tenggiri)
4 sk tepung jagung
1 sk tepung ubi
Garam
Sedikit lada sulah
1/2 sk soda bikarbonat
Serbuk perasa
Sedikit air

Cara2:

1) Masukkan isi ikan bersama garam dan lada sulah ke dalam food processor dan mesin sampai lumat. Takde fd processer, guna je batu lesung macam saya... :)
2) Bila dah lumat, masukkan pula tepung dan bahan2 lain. Tambah air (jgn banyak sgt, nanti lembik).
3) Keluarkan adunan dan bulat2 kan dengan sudu atau tangan. Basahkan tangan dulu supaya senang sebab bahan agak melekat. Didihkan air dulu dalam periuk.
4) Masukkan fish ball yg telah dibentuk bulat2 terus ke dalam air yang sedang mendidih.
5) Bila dah timbul, keluarkan dan tos. (macam buat buah melaka je..)
6) Boleh cuba dgn ikan jenis lain utk rasa dan warna yg berlainan (klu ikan kembung agak kehitaman).

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...