Petang tadi dia dah dapat agak bila tengok mak dah mengadap tepung.
"Is it PAU umi?"
"Yes... pandainya Fawwaz teka.."
"mmm... I like pau.. Fawwaz nak pau.." Macam tulah lebih kurang bunyinya..
Tapi sebab abi dah belikan dia burger ayam, dia larat makan sebiji je. Biasanya sapu sampai 3 biji kalau dah lama tak makan tu.
Untuk 1/2 adunan, dapat 23 biji PAU KACANG... tak halus sangat pun sebab macam biasa, tak mampu kederat ni ni menguli lama2.. Buat frozen, boleh tahan sebulan la kot.. ikut permintaan si pemakan.
Meh akak ulang tayang sekali lagi resipi pau yang best ni. Dulu akak post versi separuh adunan je kat SINI. Sumber asal dari My Resipi.
Gambar lama... halus gebu bila guna mesin penguli..
Bahan2:
A
450g tepung pau/hong kong (nak paling putih guna tpg HK)
230ml air
1 tbsp susu pekat
5 tsp yis segera
B
300g tepung (spt di atas)
180g gula castor
40g shortening
2 tbsp double action baking powder
1 tsp bread softener
C - larutkan
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate (boleh alt soda bicarbonate)
Sedikit garam
Cara2:
1) Campur semua bahan A dalam mangkuk atau mixer heavy duty. Uli sehingga struktur doh menjadi halus gebu. Kalau guna mixer, uli selama 10-15 minit. Kalau rasa kurang air terutama bila uli secara manual, celupkan tangan pada air dan uli. Ulang2 sampai rasa sesuai doh tu.
2) Perap selama 30 minit.
3) Masukkan pula bahan B dan C ke dalam mangkuk tadi (step 1&2) dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang halus gebu dan agak elastik. Kalau guna tangan biasanya dalam 20 minit lebih. Kalau guna mixer, dalam 15 minit mencukupi menggunakan speed sederhana.
4) Perap lagi selama 30 minit.
5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh ikut saiz yang diperlukan. Masukkan inti dan kemaskan.
6) Rehatkan pau yang telah diisi inti selama lebih kurang 10 - 15 minit (ikut cuaca).
7) Kukus selama 5 - 7 minit.
* Kalau nak buat frozen, biarkan pau sejuk dahulu. Masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer. Kebiasaannya sebulan pun masih elok kalau di 'seal' rapat dalam plastik. Kalau nak makan, boleh terus dikukus selama 5 minit tanpa perlu defrost.
19 comments:
saya minta izin nak cuba resipi ini cuti raya ni saya nk cuba buat. tq salam
Pn Aminah..
Silakan.. :)
Nak tanya,kena kukus macam biasa dulu lah walaupun nak di frozenn..tq kak,mohon share
Ya..kukus mcm biasa dulu
Nnti nk mkn pns kn brp mint plk?
Panaskan semula 5-7 min bergantung dgn steamer
Maaf nak tanya klu tpng gunakan tpg biasa blh x sebagai ganti tpg pau atau tpng hk
Boleh gunakan tepung gandum biasa..
Cuma warnanya akan kekuningan dan kehalusan texture nya tak secantik guna tepung pau.
Nk tnye ..bhn A Tu nk cmpur n mne.
Saya minta izin nk guna rasepi ni
Saya izinkan resipi ni utk niaga, makan2, apa2 pun boleh.. 😊
Kalau nk frozen kan msti kukus dulu ke
Saya minta izin utk guna resepi ni. Tq
Silakan
Mesti kukus sampai masak dulu
Sy minta izin resepinya ye tkasih
Salam. Nk tanya bahan A dan bahan B tu nak kena gabung ke atau pilahan shj A @ B
Waalaikumussalam...
Sebenarnya boleh je gabung semua dalam satu pengadun. Perap sekali terus.
Masa tulis resipi ni mmg saya ikut step by step. Tp sekarang saya malas sikit, campur je semua dan tetap jadi hehe.
Saya mohon izin guna resepi cik Siti. T kasih.
Post a Comment