Pages

June 18, 2014

Durian Crepe 2014


Tak ingat bila last post akak pasal DC.. Petang ni saja nak mengisi masa tulis resipi durian crepe. Maklum, musim deghoyan di sana sini. Tak tau asal usul dari mana. Nak kata Perak, macam baru je musimnya.. Teringat akak singgah beli di Bota, sambil nak bertanya jalan... Lama jugak tu ye rupanya. Sebab dah beberapa kali balik kampung, akak dah mahir jalannya.

Hari ni, akak buat DC sebab nak buatkan en abe. Dia memang suka sangat. Pendekata, orang keliling akak pun semua suka. Cuma akak, lebih suka buatkan.. Bila benda dah nak abis, baru akak terhegeh2 nak makan.

Meh, kawan2, adik2... yang mana jauh dari ahkak. Tak boleh nak makan free atau beli dari ahkak... Buat sendiri lagi jimat... dapat banyak sampai tak mau nanti.


DURIAN CREPE

Bahan2 untuk crepe:

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sk minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair/fresh milk/full milk
150ml air
Perwarna - akak suka letak egg yellow + lemon yellow

Cara2:

Masuk semua bahan dalam bekas. Kacau sebati menggunakan whisk dan tapis.
Panaskan pan dengan api kecil. Sapu sedikit minyak atau majerin.
Sendukkan adunan untuk dijadikan crepe atau lempeng. Tak perlu terbalikkan. Bila dan kelihatan masak, terus terbalikkan ke atas bekas atau dulang yg sesuai.
Lakukan sampai adunan habis. Untuk adunan ni, saya boleh dapat 12-16 keping crepe yang nipis.



FILLING

1 cawan fresh cream (non-dairy whipping creme)
Isi durian secukupnya

Cara2:

Pukul whipping cream yang masih sejuk (adakala saya tak tunggu ia betul2 cair) sehingga kental (bertanduk).
Sendukkan sedikit FC ke atas crepe, letak isi durian dan tutup dengan FC. Lipat seperti bantal.



Paling akak suka DC ni bila dah masuk fridge dalam 24 jam... lagi sedap!



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...