May 14, 2016

Laksa Siam Senang dan Sedap..

Sejak duduk di Kedah akak baru kenal akan LAKSA SIAM ni.. Kat KL tak pernah jumpa. Sekali makan terus jatuh cinta. Padahal hat beli tu serba kekurangan. Letak sayur pun cuma kacang panjang 2 batang x 2 ruas jari gitu.. hehe! Tapi pernah makan kat kenduri, baru meriah ulam2an nya. Akak memang suka ulam esp yang krup krap gitu.

Selain laksa Johor, ini adalah pilihan seterusnya.. Asalkan jenis lemak macam laksa Trengganu dan Laksam, meme akak suka.

Semalam akak merajinkan diri buat laksa siam tu. Gigih cari bahan2 di pasar Taman Aman. Alhamdulillah, puas makan walau ada sikit slack nye sebab akak guna santan fresh yang tak fresh dibeli kat pasar tu. Tak tau la kenapa boleh beli santan tu sebab biasanya akak prefer guna santan kotak atau beli kelapa parut dan perah sendiri guna air panas.

Resipi akak ikut Joice Manirath di group FB MAHN. Tapi akak ada tambah bahan hasil dari skodeng kat beberapa blog.. Bila dah sekali buat tu, memang terasa senang la..


LAKSA SIAM
(Rujukan : Joyce @MAHN)

Bahan2:

1 peket laksa halus - rendam 1 jam dan celur hingga masak.

Kuah Laksa:

4 ekor ikan kembung sederhana besar (atau guna 2 tin besar ikan sardin)
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci lengkuas (joice tak letak) *
1 inci kunyit *
2 sudu besar cili kisar (atau 12 biji cili kering) *
1 batang bunga kantan *
Sedikit belacan *
2 kotak kecil santan
3 keping asam gelugur
Garam dan gula
Air secukupnya
3-5 keping daun limau purut

Cara2:

1) Rebus ikan dengan 2 keping asam.
2) Keluarkan isi ikan dan lenyek2 atau kisar. Simpan air dan asam.
3) Kisar semua bahan bertanda *
4) Didihkan santan bersama air.
5) Masukkan bahan kisar ke dalamnya.
6) Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau sebati.
7) Perasakan dengan garam dan gula.
8) Masukkan daun limau purut dan matikan api.

p/s: Ada satu lagi bahan penting yang orang Siam guna iaitu akar temu kunci (rujuk gambar di bawah). Tapi akar ni agak susah nak cari. Sesekali je akak nampak di pasar pagi Jitra. Dimasukkan sewaktu merebus ikan. Yg ni akak kena check balik sebab dalam resipi ni tak guna.

Ulam2:

Bunga kantan
Kacang panjang
Tauge
Timun
Limau kasturi

Laksa yg halus.. Kalau takda yang kasar pun takpa

Serai, bunga kantan, bawang, kunyit dan lengkuas
Akar temu kunci - gambar google
Ulam-ulaman
Kalau beli atau makan di luar kuahnya cair, tak nampak ikan.. Buat sendiri kasi ikan lebih.. dah macam laksa johor pulak



10 comments:

Olie said...

Tq...sharing yang bagus

Cik Siti Abu Sujak said...

Terima kasih sudi singgah.. :)

Unknown said...

Mesti letak lengkuas ke?

Cik Siti Abu Sujak said...

Lengkuas hanya optional

Anonymous said...

Kunyit tu kalau digantikan dengan serbuk kunyit boleh ke?

Unknown said...

salam... terbaik lah sdp sgt.. resepi pn senang. tq sharing.hehe

Unknown said...

Saya share ya...t.kasih

Alina Aisha said...

Tq..nnti bole cuba

Unknown said...

mana nak dapat laksa halus

Cik Siti Abu Sujak said...

Laksa halus boleh di beli di sesetengah kedai tapi kadang susah sikit jumpa. Memang dia tulis "laksa halus". Kalau takda, hat kasar pun takpa