October 17, 2010

Kerabu Jawa Style



Kelmarin aku beli tauge.. ala, apa kecoh sangat beli tauge pun?! Hehe... bukan apa, tauge kat Bahrain ni kira makanan berharga.. Seplastik kecik (ala2 kat M'sia 40-50 sen) harganya 400 fils (dekat RM4). Letaknya pula kat bahagian sayur2an dari Thailand dan tak semua hypermarket jual. Selalu nak beli, tapi kurang selera sebab kurus, macam dah nak layu..dsb. Kelmarin ku beli juga sebab nak buat kerabu. Tanpa tauge, kerabu tak bermakna... :D

Kerabu jawa ni lain sikit dari kebanyakan kerabu kat kedai makan. No 1, sebab dia ada letak cekur@kencur..

Bahan2 :

Kelapa parut (anggaran sepinggan)
2 ulas bawang putih
2 ulas cekur / kencur
2 cm belacan yang dah dibakar
Sejemput udang kering (optional)
5 tangkai cili padi (kalau suka pedas, kasi lebih...)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Asam jawa (kalau jenis yg biasa2 tu dalam sejemput)

Cara2 :

1) Tumbuk bawang, cekur, cili, belacan dan udang kering sampai halus.
2) Campurkan bahan (1) dengan kelapa. Masukkan sekali gula, garam, perasa dan asam jawa. Gaul atau ramas2 hingga sebati. Pastikan rasa masam, manis & masin sekata.
3) Masukkan bekas dan kukus dalam 10 minit. Lagi senang, masuk dalam plastik... masa masak nasi (air dah kering), letak atas nasi tu... keluarkan plastik berisi kerabu bila nasi dah masak... Kalau nak sangan pun boleh.

Bahan2 sayuran:
- tauge, kacang panjang, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang -> jenis ni semua kena celur dulu
- daun selum, daun pegaga, dll


Lauk kegemaran makcik2 di kampung ku terutama bila kenduri atau rewang... layan dengan ikan kembung goreng atau ikan masin.. :)


1 comment:

Bermulanya Satu Episod said...

saya minta izin ye saya ambil resepi nie, nak cuba2 belajar buat..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...