October 31, 2011

Bingka Kentang dan Makan-Makan

Pagi tadi dalam ngantuk dan sibuk menyiapkan tempahan karipap Kak Puteri, sempat juga mengupas kentang dan membakar kuih ni untuk tatapan mata... Tapi tak sempat untuk dibuat breakfast en abe.  Untuk breakfast dia, sempat juga saya buatkan nasi goreng... Lepas solat subuh, cepat2 masak nasi untuk digoreng.. hehe kekadang memang rajin macam ni.. Kalau tak rajin tu, makan loti lo... 

Cara membuat bingka atau kuih bakar ni sonang yo... boleh tengok kat SINI.


Kisah jalan-jalan cari makan pulak... takdelah istimewa mana.  Cuma saja nak cerita kat sini.  Semalam kami ke Centrepoint, nak shopping pakaian sejuk.  Macam biasa singgah kat food court dia.  Biasanya kalau ke food court situ, Al Abraaj lah yg kami cari.  Makan benda simple..

Roti ni kesukaan Fawwaz... dia makan macamtu je.

Ayam bakar kesukaan hubby... dah cukup mengenyangkan

Selama 2 thn lebih kat sini, pertama kali saya order nasi beriani... Kira mimpilah semalam duk teringin makan ni... Makan berdua pun tak abis... patut makan bertiga.  Beriani dia simple je, just ayam dalam tu.. Tapi sedapla... light je rasa dia, tak muak..

Hat ni makcik tak suko... makcik panggil air pisang!  hahah...

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...