Pages

January 19, 2012

Kuih Lapis

Beberapa hari ni akak 'mengidam' sangat kuih yg berkukus terutama seri muka dan talam ubi.  Tapi tak tau mana nak cari kat Bukit Jalil ni.. Saya teringin kuih yg penuh kasih sayang dan keikhlasan... lemak berkrim.. takde terlebih tepung macam selalu orang KL jual.  Selalunya yg jenis sebegitu (kalau kat KL ni) harganya boleh tahan.. Kalau 5-6 tahun dulu, sekeping je dah RM1.  Asal sedap dan cantik, orang tak kisah untuk membeli..  Kalau kat kampung saya, kuih sebegitu masih berharga 25 sen ke 30 sen (x hingat!).  Kat kampung orang yg buat tak berkira... yg selalu berkira ialah si pembeli  huhu!!


Malam semalam saya asyik merenung blog Yatie @ sinar kehidupan yg penuh resipi kuih talam.  Memang pakar talam kelihatannya...  Saya pun save lah mana2 yg patut, kot2 terbuka hati nak buat.  Jadinya, tengahari ni terbuka juga hati nak cuba resipi kuih lapis yg sebenarnya simple je.  Nak tak nak je membuatnya!  Saya buat 1/2 adunan untuk 5 lapis (loyang terbesar sikit).  Kejadiannya agak nipis, tetapi cantik dan sedap.  Cuma saya takde pula perisa ros atau sirap ros kat rumah ni.  Terpaksa guna perisa pandan yg tak berapa menarik.  Next time kena guna ros atau jus pandan asli..
Makan dua tiga potong kecik dah cukup... utk lepas dendam je!


Kuih Lapis
Resipi asal : Yatimemories

1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
5 cawan santan (saya guna 1 kotak kecil santan cap ayam dan campur dengan air)
1 sudu kecil garam
Pewarna merah & perisa ros (saya tukar hijau + pandan)

Cara2:

1)  Gaul semua bahan hingga sebati dan tapis
2)  Bahagikan bahan kepada 2 - satu ada perwarna + perisa dan satu lagi putih tanpa perisa
3)  Panaskan kukusan manakala loyang dilapik dengan plastik atau sapu dengan minyak
4)  Sendukkan satu adunan ke dalam loyang (ikut saiz loyang) - mulakan dengan yg berwarna.  Saya letak 3 senduk besar sekali masuk sebab loyang besar..
5)  Tutup dan kukus selama 5 minit
6)  Masukkan pula adunan putih - sama bilangan senduk dgn yg berwarna.  Kukus 5 minit lagi
7)  Lakukan perkara 5 & 6 berselang seli hingga habis adunan.
8)  Untuk adunan terakhir, kukus selama 20 minit.
9)  Sejukkan selama lebih kurang 2 jam, baru boleh potong.  Kalau tak, potongan jadi tak cantik.. :)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...