September 5, 2016

Ketupat Palas Utara


Assalamualaikum... debab menawan tak akak punya ketupat ketuput? hihi..

Seperti biasa, kalau nak raya mulalah fikiran menerawang apa yang nak dibawa balik kampung.. atau apa yang nak dihidang kepada tetamu yang datang. Seminggu nak kena ready itu dan ini secara berperingkat. Sebab akan tak mau kalut di hujung2 walau kebiasaannya memang kalut.

Tahun ni nampaknya dapat peluang sambut raya Qurban di kampung halaman. Sebabnya cuti sekolah seminggu. Dah 2 tahun akak beraya di Kedah je.. Awal2 mokcik akak order ketupat nih. Sebab masa hari raya ritu takdan nak makan puas2. Sibuk ngan tetamu.. alih2 ketupat palas made in Kedah tu pun habis huhu. Peminat ramai terutama yang lelaki. Anak beranak sendiri jugak hahaha.. Tu pun dah full house!

Hari ni akak nak buat siaran ulangan resipi yang dah improvise hasil dari skodeng sana sini... Nak tengok hat lama, boleh klik SINI noh.. Ini ikut sukatan yang akak buat semalam.


KETUPAT DAUN PALAS (UTARA)

Bahan2:

2 1/2 kg beras pulut
2250 ml santan pekat *
4 sk garam halus
3 sk gula (ni ilmu dari geng MAHN)
3 helai daun pandan
* untuk santan akak guna 1kg santan pekat dari kedai santan + santan perahan dari kelapa parut 1 1/2 biji. Utk 1 kg pulut guna 900ml santan.

Cara2:

1) Cuci beras pulut dan toskan.
2) Masak santan pekat bersama garam, gula dan pandan hingga mendidih. Kecilkan api.
3) Masukkan beras pulut dan kacau perlahan sehingga santan kering dan nampak pulut berminyak dan separuh masak.
4) Tutup periuk dan biarkan sebentar sehingga pulut hampir masak. Matikan api. Bila sejuk sedikit boleh mulakan membalut.

Cara merebus:

1) Masukkan ketupat kedalam periuk dan isi air sehingga semua ketupat tenggelam.
2) Masak sehingga air tersebut kering. Keluarkan ketupat dan toskan.
3) Boleh juga menggunakan kaedah kukus. Selepas 1 - 1 1/2 jam bolehlah matikan api.

Nota:
Kalau nak buat frozen, selepas proses bungkus terus simpan dalam freezer. Nak guna barulah direbus sehingga masak cantik. Ketupat ni tahan berbulan2 kalau simpan di dalam freezer.

Kredit to: Akak Ipaq chek, Cikgu Hasnah :)




Cara2 membungkus ketupat jantan a.k.a versi Utara. Agak2 boleh faham tak? hihihi...

No comments: