September 25, 2016

Kuih Angkoo

Pulut memang kegemaran akak.. termasuk kuih yang berunsur pulut...

Projek akak beberapa hari lepas. Selepas tergoda tengok akak Mas Cotek promo kuih angkoo dia yang merah menyala tu di FB. Jadi, akak pun gagahkan diri mencari kacau hijau tanpa kulit dulu. Mujo jumpa di Giant Alor Staq tanpa perlu mencari sangat. Tak mahal sangat pun. Beli sebungkus je, cukup2 satu cawan..

Maka terlaksanalah projek kuih angkoo a.k.a kuih kura-kura berintikan kacang hijau. Walau takda acu angku, akak rasa chantek la jugak kan.. ada ghope kura-kura gak.. kihkih!!  Mehla tengok camna akak buat ya.. Resipi ni boleh juga digunakan untuk membuat kuih peria. Cuma perlu tukar warna dan bentuk saja.


KUIH ANGKOO (KURA-KURA)
Resipi asal: Mas Cotek
Akak olah sikit jadi 1/2 adunan dan dapat 16 biji kuih.

Bahan2 doh:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan labu/keledek (sebaiknya keledek putih) * tak letak pun takpa
1/2 cawan santan pekat
1/2 st garam halus
Sedikit pewarna

Cara2:
Rebus labu/keledek dan lenyek.
Satukan semua bahan kecuali santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang lembut. Bulat2kan sebesar duit 50 sen.


Bahan2 inti putih (kacang hijau):
1 cawan kacang hijau (mung beans) dibuang kulit - rendam 2 jam
1/2 cawan gula pasir (lebihkan kalau suka manis)

Cara2:
Rebus kacang hijau sehingga lembut dengan sedikit air. Angkat dan toskan.
Blend kacang bersama gula dan air sehingga halus.
Masak sehingga kering dan sejukkan.
Bulat-bulatkan.
* Adunan ni akan menghasilkan inti yang banyak juga. Boleh disimpan untuk kegunaan masa lain.


Bahan2 inti kelapa:
Untuk peria boleh guna ini juga..

1 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 biji kelapa parut (sebaiknya yang muda dan putih)
2 sudu besar gula pasir

Cara2:
Masukkan kesemua bahan dalam kuali.
Masak sehingga kering.
* Untuk cara akak, selalunya akak adun semua bahan (air kurangkan lagi) dan biarkan beberapa jam macam perap tu, baru masak atas api.


Penyediaan:
Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
Tekan ke dalam acu yang disapu minyak dan keluarkan atau boleh buat style akak tuu.. :)
Letak di atas alas daun, sapu sedikit minyak supaya tak melekat nanti
Kukus selamat 7 minit
Selepas diangkat, boleh disapu minyak untuk menambah kilat kuih.


Peristiwa bergambar:

Bulat-bulatkan inti terlebih dahulu bersesuaian dengan saiz tepung
Balut inti dengan tepung dan kemaskan
Akak guna alat ni untuk melorek atau buat garis2..
Sebelum dikukus 
Selepas dikukus
NOM NOM NOM... tapi tekak akak lebih suka pada inti kelapa..

No comments: