November 23, 2011

Roti Naik Pahang

Begitulah tajuk roti naik atau roti manis ini... yang tak berapa naik kat dapur akak.. Tapi ianya tetap lembut.  Sesi nak menghabiskan tepung gandum kat dalam gobok..

Kali ni masih menggunakan resipi mamafami tapi menggunakan teknik Yatie Sinar Kehidupanku.  Untuk yg takde breadmaker macam saya ni, memang sempoi cara yatie tu.  Sebenarnya, tujuan utama saya buat roti ni pun sebab nak try cara tu...

Sesi merabakkan roti bun... :D

Roti Naik - resipi versi saya (1/2 adunan + x cukup bahan)

Bahan2:

1 butir telur - kocak *
1 sudu besar susu manis - saya guna susu cair sbb yg manis takde *
Air *
4 sudu besar gula (atau separuh dari 3/4 cawan gula)
250g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (atau 1 1/2 scoop susu)
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar majerin
 1 sudu kecil shortening

Cara2:

1)  Satukan bahan bertanda (*) untuk menjadikan 150ml cecair.  Maknanya letak dulu telur dan susu, baru letak air secukupnya.  Saya guna air suam.
2)  Satukan bahan2 lain dalam bekas, gaul rata.  Tuang cecair dan gaul rata.  MASUKKAN SEMUA KE DALAM PLASTIK YG BERSIH.
3)  Dalam plastik bersih, ramas2 adunan sampai lembut dan sebati dalam 10 minit.  Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas semula.  Uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus.  Macam biasa, saya tak lalu sangat, so kejap je, asalkan halus.
4)  Perap doh lebih kurang 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali ganda besarnya.  Tutup dengan kain bersih atau plastik.  Saya tutup dgn kedua2nya..hehe!
5)  Bila dah membesar, pukul doh untuk mengeluarkan angin.  Ambil sedikit bahagian dan bulat2kan...sampai habis.  Susun kat loyang pembakar.  Tutup lagi dengan kain untuk 20-30 minit.
6)  Bakar dalam oven yg dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 15-20 minit atau sampai warna permukaannya coklat.  (Mula saya adjust 20 min, rupanya belum sampai masa dah tersedikit gelap warnanya).  Tapi OK lah ni.. saya budak masih belajar hehe!

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...