June 30, 2011

Kek Coklat IV

Semalam petang buat kek coklat lagi... Kek biasa2 je, untuk makanan harian... Mak, abah & anak semua suka makan kek  terutama yg itam ni.. Hari ni je entah berapa round Fawwaz minta kek, sambil mengadap lappy ku yg dah jadi rete dia huwaaa.... Abe pulak tapau sikit ke office bersama2 dgn karipap yg digoreng utk breakfast tadi..

Kali ni memang sengaja tak letak ganache... rasa nak makan yg plain je!  Tapi utk gambar, saja ngada2 lapis dengan buttercream yg sedia ada di dalam fridge... :D



Resepi asal dari makcikku...
Bahan2 :

2 butir telur
2 cawan gula - semua sukatan saya guna cawan beras 200ml tu je...
1 cawan susu cair
2 cawan tepung *
1 cawan serbuk koko *
1 sk soda bikarbonat *
1 sk baking powder *
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak

Cara2 (semua main putar je) :

1)  Pukul telur dan gula sampai kembang
2)  Masukkan susu cair dan pukul lagi
3)  Ayak bahan * dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil memutarkannya dengan speed rendah
4)  Masukkan air panas diikuti minyak - putar sekejap hingga sebati
5)  Masukkan adunan kedalam loyang yg telah disapu dengan majerin/mentega...
6)  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 45 minit

p/s:  untuk resipi chocolate ganache boleh tengok posts yg terdahulu...


Gambar lama..

June 29, 2011

Kolak Ubi & Labu

Kolak ni nama jawa kepada pengat..hehe!  Sebenarnya ianya adalah pengat ubi yang dicampur dengan labu.  Asalnya takde niat nak buat pengat ubi ni... Tadi pagi konon2 nak bernostalgia zaman kecik2 dulu, sarapan pagi dengan ubi rebus.  Orang jawa panggil 'ubi godok'.  Lagi pulak kat fb komuniti jawa tu duk asik sebut ubi godok je kan hahaha...  Tapi rupanya tak berapa jalan... Dapat pula ubi yg berasal dari Sri Lanka ni bukan jenis yg lembut gebu...  Sebenarnya kisah ubi ni pun panjang juga.  Asal beli nak buat lepat, tapi daun balance buat lepat labu haritu dah rupa kertas terbakar.. huwaa.

Bila dah tak laku tu, akak pun transform lah itu ubi kepada kolak... lepastu, pos ke dalam peti sejuk.  Bior sejuk dulu, baru makan... heheh!



Takyah ceritalah apa resipinya... Letak je ubi, labu, sagu, gula, santan dan daun pandan buat harum2... Nak letak garam sikit pun boleh supaya lemak lagi... Tapi jangan la rebus sekali labu dengan ubi, sebab labu cepat lembut tak macam ubi ye...

Ini adalah ubi rebus yg kuceritakan tadi... macam kering je walau rebus boleh tahan lama..


Kita buatkan sekali sambal tumis bilis... Tapi ada juga orang suka makan ubi rebus ni dengan ikan masin... jawanya gereh, iwak asin atau gesek... macam2 versi nama ye.  Versi saya, sebut wak asin je... :))

June 28, 2011

Fresh Dates

Eh kome, kurma dah berbunge... apa pulak bunge nyee.. dah nak masok!!  Hari ni tak cerita pasal masak, tapi saja nak buat entri pasal buah kurma yg fresh dari ladang.  Time macam nilah yg rasa semangat sikit tengok kurma yang lebat di pokok dan dah hampir boleh dipetik.  Mungkin dalam sebulan lagi kott... atau kurang.

Walau dah 3 musim setakat ni akak melaluinya, tetap ala2 jakun juga.. Yelah, kat M'sia ada buah sawit je.  Suku sakat palm tree jugak kann... Nak tengok dan makan puas2 sebab tahun depan mungkin dah tak rasa.. shhhhh... nak balik for good lah hujung tahun ni.  Dah boleh update resume..kih kih!!!

Kurma jenis kuning...

 Pasar kurma kat central market..

kurma merah... sedap kalau sejuk tu... buat buka puasa

June 27, 2011

Reheating Drinks in a Microwave

Pesanan "Fire Safety" ini dikeluarkan oleh majikan suamiku iaitu SIAEC.... 
BERHATI2 APABILA MEMANASKAN AIR DENGAN MENGGUNAKAN MICROWAVE!!



Kuih Bakar

Tiba-tiba teringin kuih bakar.. Ingat nak buatkan untuk sarapan en abe sekali, rupanya tak sempat sejuk bila tiba waktu sarapan.  Mana tidaknya, last minute baru nak buat itu ini... Buat minum petang nanti jelah ye hehe....

Buat 1/2 adunan je... takde bijan pula, letak kismis untuk hiasan... :D

Sumber : joayee @ myresipi.com
Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air pandan (saya guna esen pandan + 1 cwn air)
2 cawan tepung
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 butir telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur di permukaan

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan kecuali bijan ke dalam blender.  Blend sampai sebati
2)  Glis acuan dengan mentega atau majerin, dan tuang adunan ke dalamnya (saya tapis dulu)
3)  Bakar di dalam oven bersuhu 180C sehingga masak.  Saya bakar lebih 1 jam untuk mendapat permukaan yg agak coklat berkerak.. :)

Sedap sangat!  Inilah resipi yg saya cari... tak macam bengkang yg selalu jual kat sesetengah gerai tu... hehe!

Tenggiri Bakar Berlada


Lauk malam semalam... Plan asal nak buat kari, tetiba ubah fikiran buat bako2... tapi bako kat oven je lah... Menu senang dan sihat cik siti...


Bahan2:

2 potong ikan tenggiri
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
2 sudu besar cili kisar
1 batang serai
2 cm halia
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu jus lemon atau perahan lemon
Boleh juga kalau nak tambah dedaunan - daun kunyit, daun limau purut, daun ketumbar, etc
Sesudu minyak - saya selalu guna olive atau sunflower oil

Cara2:

1)  Bersihkan ikan
2)  Kisar bawang, serai dan halia hingga halus.
3)  Keluarkan bahan kisar dan campur dengan bahan2 lain.  Masukkan ikan dan golek2kan
4)  Perap 2-3 jam
5)  Letak ikan dalam dulang pembakar.  Alaskan dengan daun pisang, daun kunyit atau alu foil. Tuang sedikit minyak
6)  Bakar dalam oven selama 30 min dengan suhu 200C.  Nak bakar dengan cara lain pun boleh

June 26, 2011

Chicken Afghani

Lagi satu koleksi resipi ayam bakar atau nama standardnya grilled chicken... Kalau makan chicken afghani kat restaurant Takatak kat Bahrain ni, dia guna isi ayam yg dipotong2 kecil.  Sangat sedap!  Lagi2 kalau dimakan dengan nasi panas dari beras basmathi yg dikukus tu...

Resipi ni ada bermacam versi kalau surf kat internet.  Tapi akak guna yg paling senang nak cari bahan kat dapur tu.. dan guna potongan ayam yg seperti biasa.  Sebab tak makan dengan nasi... nak ratah2 je!  Bahan pun main letak-letak je..

Bahan2:

Isi ayam
Bawang putih - tumbuk/kisar
Yogurt
Sedikit garam
Sedikit perahan lemon
Sedikit serbuk lada hitam

Cara2:
-  Campurkan kesemua bahan perapan dan lumurkan pada ayam.  Perap ayam tersebut 2-3 jam atau semalaman.  Bakar/grill atau cara saya, masuk terus dalam oven dengan kepanasan 200C selama 40 min atau hingga ayam masak.  Sebelum bakar tuang sedikit minyak zaitun atau minyak masak biasa...

Lepat Labu

Saya mengidamkan lepat labu ni dah lama... masa kat Malaysia haritu lagi.  Tapi kat KL memangle takde.  Dah balik kampung, kebetulan kalau pergi beli kuih, takde jual... Terus padam semangat nak makan macam tu je!

Daun pisangnya dibawa dari Malaysia. Maklum dah 2 minggu, layulah dia... belum kira dari tangan supplier ke Giant Kinrara lagi.. Bukan saja layu, dah naik itam!  Tapi sayang nak buang, hantam sajalah labuuuu..... hahaha!  Sukatan nak buat lepat ni main agak2 je..

Bahan2:

400g labu - buang kulit dan rebus sampai lembut
2 senduk tepung gandum - saya guna senduk kayu yg kecil tu..
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung ubi
2 1/2 sudu gula - kalau suka manis boleh lebihkan
Sedikit kelapa parut yang ditambah sedikit garam
Daun pisang

Cara2:

1)  Toskan labu yang telah direbus (boleh juga kalau nak kukus) dan lenyek sampai halus.  
2)  Campurkan semua tepung dan gula. Kalau suka lepas yg keras sikit, boleh tambah lagi tepung. Gaul hingga sebati
3)  Di atas daun yg dah dilayur, sudukan dalam 2 sudu aduan, ratakan dan letak kelapa di atasnya.


4)  Bungkus dan kukus selama 15 minit...


 Sedap dimakan sejuk... (masuk fridge dulu)..


June 25, 2011

Puding Roti & Sos Kastad

Dah malas tengok muka roti yg tak habis2 tu... Dari atas microwave, masuk fridge pulak!  Tak berapa jalan minggu ni menu roti bran yg tak berapa menarik minat terutamanya En Fawwaz.  Yelah, benda yg berunsur2 kesihatan memang selalu gitu... tak berapa nak sedap, kan?!  Lagi pulak dah ada donut segera tu... (hari tu simpan extra dari yg dijual kepada Umi)

Untuk menyelamatkan nyawa roti bran tu, saya pun buatlah puding.  Ikut resipi kawan lama, ATIE.  Sedap gitu!  Tima kasih ye kawan.  Aku kongsi kat sini ye.... :))

Bahan2:

6 keping roti (saya guna bran bread) - potong kecil2
2 cawan susu segar
1/4 cawan mentega
3 biji telur (saya guna 2 je..)
2/3 cawan gula (macam termanis sikit - boleh kurangkan)
1 sk serbuk kayu manis
1 sk esen vanila
Kismis (saya guna buah2an campuran)

Cara2:
1)  Panaskan susu segar dalam api yg sederhana. Masukkan mentega, kacau hingga ia cair.  Tutup api biar jadi suam.
2)  Dalam bekas lain, pukul telur, gula, esen vanilla dan serbuk kayu manis hingga sebati kesemuanya.  Masukkan susu (1) dan putar lagi sebentar.
3)  Dalam kaserol atau bekas pembakar yang telah di glis, susun roti dan taburkan kismis.  Tuang adunan (2) hingga menutipi roti
4)  Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama 40 minit


Sos Kastard:

Bahan2:
1 tin susu cair
2 sudu mentega
Gula ikut citarasa (saya letak 2 sudu besar)
1 sudu kastard - cairkan dulu dengan sedikit air
1 sk esen vanilla

Cara2:
Campurkan kesemua bahan dan panaskan dalam api.  Sentiasa kacau ye!  Bila dah mendidih, angkat dan sejukkan.

Rupanya gini... sebab roti bran ni macam roti wholemeal tu.. ceklat dan kasar je!

June 23, 2011

Pancake

Sejak semalam petang nak melempeng je... bukan melepang tau!  Semalam kan kita buat lempeng kelapa atau org Kedah panggil peknga (abe ckp tak standard nama tu! apakah...).  Dari malam tadi dah tanam niat nak buat penkek utk sarapan.  Sebenarnya akak tak pernah buat penkek ni untuk sarapan.. maklum saja lidah jawa ni nak yg berat jer.. Kalau hidang kat En Abe cereal, pn isteri tetap rasa nak makan nasi goreng... Abe suka makan cereal atau cornflakes.. akak lak tak lalu.  Paling2 kita ni roti bakar + majerin & kaya/jam masih boleh terima.. Camnalah tak melambak kolesterol dalam badan yg kurus pipih nih..huhuhuuuu!

Macam menarik dan berselera bila tengok pancake kak nor kat secubit garam tu... sekata je warna & saiz nya.  Resipi pun kita ikut dia je.. tapi akak ikut bahasa sendiri je lah ye.. sebab malas nak tengok balik.  Tapi akak tanam niat juga nak cari pan kecik macam k.nor tu punya lalala...
Bahan2:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu butter - dicairkan
1 sudu besar gula castor (saya guna gula biasa yg halus tu je)
1 sudu teh baking powder
1 butir telur
Secubit garam
1 cawan susu segar (saya tambah air sikit dalam 2-3 sudu)
Saya tambah 1 1/2 sudu yogurt

Cara2:

1)  Campurkan kesemua bahan dan gaul/kacau rata.  Saya guna hand whisk supaya sekata dan tak berketul tepung tu..
2)  Panaskan pan atas api, tak perlu letak minyak (tapi saya guna pan yg digunakan buat cairkan butter tu...)
3)  Tuang adunan sesenduk2 dan goyang2 sikit pan supaya adunan membentuk bulat. Bila sebelah dah coklat, balikkan yg sebelah lagi sampai masak.. Ulang sampai tepung habis

p/s:  makan dengan madu atau jam...

Malu2 pulak nak letak honey + strawberry jam... camnalah nak bakar selera orang yg tengok.. hahahh!

Lempeng Kelapa

Tiba2 teringin lempeng kelapa ni... padahal seumur hidup tak pernah makan. Ala2 pelik kan..?  Yelah, arwah nenek tak pernah buat rasanyaa... atau akak yg lupa!  Selalu kalau adunan mcm ni dijadikan jemput2 adalah.. maksudnya digoreng.

Berpandukan pengalaman org2 yg biasa makan, the best match ialah sambal tumis atau kari ye.. Jadi, akak buat sambal tumis jelah... cepat siap sementara en abe nak balik ni..  Nak tulis resipi jugak ke? Boleh lahhh...



Bahan2:

1 cawan tepung gandum (saya guna cawan beras tu ha..)
1 senduk nasi kelapa parut
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam
1 cawan (lebih sikit) air

Cara2:
- Adunkan kesemua bahan hingga sebati, biarkan sekejap dan goreng atas pan atau kuali pun boleh.. Rata2kan ye biar nipis sikit... bila dah masak sebelah, balikkan pula...


Sambal tumis bilis yg senang dan cepat membuatnya...

June 22, 2011

Tomato & Oregano Spaghetti

Bagi nama simple je kat spaghetti nih... Malam semalam, selepas menikmati hidangan asam pedas ikan tenggiri dan sayur2an, terus kita ambik oder untuk malam ni.  Hidangan selain nasi ye!  Abe terus sebut spaghetti goreng.. Alamak! Ada lagi ke stok spaghetti sbb haritu tak beli?  Maklum dah lama tinggalkan rumah ni. Abe kata takpa.. maybe ada kat kabinet sebelah tu..hehehh.

Sekali lalu ada nampak resipi seumpama ni.. tapi dia guna basil dan seafood.  Semua bahan tu akak tinggalkan je kat Geant haritu...

Bahan2 (utk makan sorang je) :

Secekak spaghetti - celur (tapi saya guna angle hair je malam ni..)
1 ulas bawang putih - racik halur
1/2 sudu kecil oregano (boleh tukar basil)
1/2 biji tomato - potong kecil2
2 sudu minyak zaitun
Sedikit garam
Hirisan isi ayam atau seafood - opt

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan oregano sehingga wangi
2)  Masukkan tomato dan kacau sehinggga layu.  Kalau ada ayam atau seafood, masukkan masa ni
3)  Masukkan spagetti dan garam. Gaul rata dan angkat.


En Abe nak yg melayu punya... letak cili, bawang, tomato + cili sos & semua.... :)

Makanan sihat kan.... lalala!!

June 20, 2011

Pizza

Kebelakangan ni Fawwaz suka sangat dengan pizza.. walau makannya tak seberapa.  Tapi boleh dikatakan banyak juga portion dia boleh habiskan sekali makan berbanding dengan nasi.  Semalam akak buat pizza ala2 je.. hehh! Dah pasti topping dia akan ditolak ketepi sebelum makan.  Tapi mesti nak berupa pizza.. apakah?

Takpe takpe... bukan susah pun nak buat.  Ni adalah cara nak buat doh roti pizza yg sonang!

Bahan2:

200 g tepung roti (saya guna all purpose flour je)
1 sk yis kering
1 sudu gula
1 sudu mentega (boleh juga tukar dengan minyak zaitun)
Sedikit garam
125ml air 
- kalau nak tambah sedikit shortening pun boleh... ada takpa, takda pun takpa... :)

Topping:
Mozarella cheese (boleh juga guna yg bercampur2 dgn parmesan tu..)
Sos tomato/cili/tomato puree - ikut citarasa
Mayonese
Sayur campur/sosej/tuna/ayam/mushroom/tomato dll - apa2 pun boleh kalau suka :D


 Letak tomato segar  & inti daging (inti daging cincang yg telah disejukbeku.  Resipinya nak kena selak2 dulu entri sebelum ni - inti tortilla) 

Cara2:

1)  Gaulkan kesemua bahan kering dab tuang air.  Uli sampai lembut dan halus
2)  Bentukkan bulat dan tutup dengan kain lembab dan biarkan selama lebih kurang 45 min
3)  Canai doh ikut tebal yg digemari.  Boleh juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dulu sebelum dicanai.  Cucuk2 doh tersebut dengan garpu..
4)  Bakar dalam oven bersuhu 200C selama 10 min
5)  Keluarkan roti dan sapu permukaannya dengan mayonnese diikuti sos
6)  Taburkan dengan sayur atau apa2 inti kesukaan dan akhir sekali tabur dengan keju mozarella
7)  Bakar lagi selama 10 min dengan suhu 200C 



June 18, 2011

Cucoq Bawang & Kubis


Ait! Gambaq mangga pulak! Hehe... sedap mangga dari India nih esp hat yg kaler ranum sikit tu.  Sekarang tengah musim kat Bahrain ni.. esp kat market.  Ada yg mai dari India, Pakistan dan yg sewaktu... 12 biji yg sedang tu (3/4 dari saiz yg selalu kat M'sia) dalam BD1.5.... kira harga paling murah.

Pagi ni pulak buat cucur bawang atas permintaan... Udang kat pasar tgh kena ban (musim pemeliharaan kat laut), bilis lak tertinggal kat Sg Besar... yg ada udang kering je.  Lepas tu nak kasi seri letak kubis... Ini kira cucoq bajet je, telor pun tak guna... tp menggelembong lembut.  Kalau sesapa belum pas buat cucur yg lembut, cubalah resipi ni..

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1/4 labu bawang besar - racik halus
Sehelai daun kobis - racik halus
Sejemput udang kering - tumbuk
Garam - ikut selera (saya letak 1/2 sk je)
Air secukupnya - sedang2 lembiknya agak2 senang nak sudukan (pekat sikit dari tepung buat goreng pisang)
p/s: jgn letak serbuk kunyit, nanti jadi merah sbb ada soda tu...

Cara2:
- Campurkan kesemua bahan dan biarkan seketika.  Goreng dalam minyak panas yg banyak..

... cuma sedikit berminyak berbanding yg biasa ku buat...

Blended Orange Kek


Ada sebijik oren tergolek2 atas kabinet dapur tu.. entah zaman bila punya.  Bila buka, isinya pun dah kering.. hehe!  Dah lama juga nampak beberapa blogger tayang kek oren ni.. Kat MYR berderet2 orang dah buat.. Sesapa nak tengok, pergi ke myresipi.com.. pastu search nama kek ni dan click yg K.FIDA punya... perghh!  Memang le ramai peminat resipi k.fida ni.. siapa ada gambar steps dia..

Maka untuk tidak membazirkan oren kering tu, kita pun ikut2 la resipi k.fida tu.. senang sangat.  Main blend je.. Cuma ending tu laa... ingat nak salut kek dengan cheese cream, rupanya yg ada kat fridge tu cheddar cream cheese (beli 3 bulan lepas b4 balik ke M'sia).. mcm tak kena je!  Makan ngan sandwich boleh la... Confident je cheese cream biasa.. tukar pakai buttercream pulak >_<

sedap!


Sumber: myresipi.com (k.fida)
Bahan2:

1 biji buah limau (saya guna oren sunkist)
1 cawan minyak (saya guna sunflower oil)
2 cawan gula halus (saya guna gula pasir biasa, 1 1/2 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (saya guna all purpose flour) *
1 sb baking powder *
Saya tambah 1 sk orange essence


Cara2:

1)  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. (saya parut kulit oren tu dulu dan ambil isi oren, baru masukkan ke dalam blender)

2) Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.


3)  Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris (alas dengan kertas baking, atau kalau dah takde, A4 paper pun boleh je...)


4)  Bakar pada suhu 170C ikut oven masing2 ye, selama 40 min hingga 1 jam... 


Tips:  
a)  Kalau kek macam nak merekah, kurangkan suhu kepada 150C dan guna api bawah je... pastikan acuan kek berada betul2 di tengah oven... kekadang saya sendiri pun tak faham oven ni, kejap2 tukar mood  :|
b)  Boleh juga selepas 1/2 jam, kurangkan suhu utk mengatasi masalah kek merekah


 "HAPPY FATHER'S DAY MY DEAR ABE & BELATED BIRTHDAY MY DEAR SON!"
Masih belum dapat skill dan passion nak men'deco' kek... nak kena cari guru dulu kott!!!  hehehe... Dahle time ni nak kejar waktu tidur Fawwaz... :D

Mihun Sup Sayur..

Mihun sup yg hanya dipenuhi sayur2an untuk keluargaku yg ala2 diet... bukan diet nak kurus, tapi menjaga kesihatan gitu!  En hubby bila ditanya nak makan apa, cuma cakap "selain nasi"... Paling senang menu ni lah.. dapat pulak pagi tu baru dapat se'pack' mihun kat Geant.. Kadang2 memang susah nak dapat mihun kat sini.. Haritu pun lupa nak bawa siap2 dari M'sia macam selalu... makcik memang aci semua lupa la!!! >_<

Cara saya buat mihun sup kat SINI... Ala.. budak2 duk playpen tu pun pandai buat ni hehehe...

Abe suka makan dgn cili potong....

Saya pula suka makan dengan sambal kicap...

Next entry ialah Blended Orange Cake... inilah deco kek paling kelakau dan horrible!  Sebenarnya nak buat frosting cheese cream je... sekali akak dah terbeli silap cheese.  Dgn penuh tak rela buat buttercream.. nak father's day sangat kan....

June 14, 2011

Macaroni with White Sauce



Menu untuk kanak2 yg kurang suka makan... Kanak2 itu ialah anak saya hehe!  Kalau kelmarin dia suka nasi dan sup, hari ni dan mungkin untuk seminggu dia takkan menyukainya.  Makan 2 suap terus cakap NO!  Kalau ada roti, boleh cover sikit... Tapi kadang tu, dah habis dan tak sempat beli... Mak kena kreatif sikit... cuba itu dan ini.  Kadang2 macaroni + keju yg dicairkan dah cukup selera... Buat resipi simple je sebab si kecik ni tak berapa adventurous bab makan.

Bahan2:

1 cwn macaroni - direbus sampai lembut dan toskan

Sos putih:


1 ulas bawang putih
2 sk penuh tepung gandum - bancuh dgn air
1 sb mentega
1 cwn susu segar
1 sb cream cheese
Secubit stok/cube ayam (opt) - sebaiknya guna daging ayam yg dicincang, tp masa ni takde
Secubit garam

Cara2:

1)  Panaskan mentega dan tumis bawang putih sampai layu
2)  Masukkan bancuhan tepung dan kacau sampai perang dan tidak berketul
3)  Tuang susu dan biarkan mendidih
4)  Masukkan cream cheese, garam dan stok ayam.  Kacau sampai pekat
5)  Tuang ke atas macaroni atau lain2 pasta yg telah direbus


sesuai juga untuk orang dewasa... tambah mushroom dan isi ayam..



 Selingan... hari ni 14/6 birthday Fawwaz.. terpaksa buatkan kek coklat yang tak cukup sifat.. maklum baru mendarat.. Malam ni baru nak keluar cari bahan atau beli yg siap je utk suka2... :D