Pages

June 23, 2011

Pancake

Sejak semalam petang nak melempeng je... bukan melepang tau!  Semalam kan kita buat lempeng kelapa atau org Kedah panggil peknga (abe ckp tak standard nama tu! apakah...).  Dari malam tadi dah tanam niat nak buat penkek utk sarapan.  Sebenarnya akak tak pernah buat penkek ni untuk sarapan.. maklum saja lidah jawa ni nak yg berat jer.. Kalau hidang kat En Abe cereal, pn isteri tetap rasa nak makan nasi goreng... Abe suka makan cereal atau cornflakes.. akak lak tak lalu.  Paling2 kita ni roti bakar + majerin & kaya/jam masih boleh terima.. Camnalah tak melambak kolesterol dalam badan yg kurus pipih nih..huhuhuuuu!

Macam menarik dan berselera bila tengok pancake kak nor kat secubit garam tu... sekata je warna & saiz nya.  Resipi pun kita ikut dia je.. tapi akak ikut bahasa sendiri je lah ye.. sebab malas nak tengok balik.  Tapi akak tanam niat juga nak cari pan kecik macam k.nor tu punya lalala...
Bahan2:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu butter - dicairkan
1 sudu besar gula castor (saya guna gula biasa yg halus tu je)
1 sudu teh baking powder
1 butir telur
Secubit garam
1 cawan susu segar (saya tambah air sikit dalam 2-3 sudu)
Saya tambah 1 1/2 sudu yogurt

Cara2:

1)  Campurkan kesemua bahan dan gaul/kacau rata.  Saya guna hand whisk supaya sekata dan tak berketul tepung tu..
2)  Panaskan pan atas api, tak perlu letak minyak (tapi saya guna pan yg digunakan buat cairkan butter tu...)
3)  Tuang adunan sesenduk2 dan goyang2 sikit pan supaya adunan membentuk bulat. Bila sebelah dah coklat, balikkan yg sebelah lagi sampai masak.. Ulang sampai tepung habis

p/s:  makan dengan madu atau jam...

Malu2 pulak nak letak honey + strawberry jam... camnalah nak bakar selera orang yg tengok.. hahahh!

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...