Pages

June 25, 2011

Puding Roti & Sos Kastad

Dah malas tengok muka roti yg tak habis2 tu... Dari atas microwave, masuk fridge pulak!  Tak berapa jalan minggu ni menu roti bran yg tak berapa menarik minat terutamanya En Fawwaz.  Yelah, benda yg berunsur2 kesihatan memang selalu gitu... tak berapa nak sedap, kan?!  Lagi pulak dah ada donut segera tu... (hari tu simpan extra dari yg dijual kepada Umi)

Untuk menyelamatkan nyawa roti bran tu, saya pun buatlah puding.  Ikut resipi kawan lama, ATIE.  Sedap gitu!  Tima kasih ye kawan.  Aku kongsi kat sini ye.... :))

Bahan2:

6 keping roti (saya guna bran bread) - potong kecil2
2 cawan susu segar
1/4 cawan mentega
3 biji telur (saya guna 2 je..)
2/3 cawan gula (macam termanis sikit - boleh kurangkan)
1 sk serbuk kayu manis
1 sk esen vanila
Kismis (saya guna buah2an campuran)

Cara2:
1)  Panaskan susu segar dalam api yg sederhana. Masukkan mentega, kacau hingga ia cair.  Tutup api biar jadi suam.
2)  Dalam bekas lain, pukul telur, gula, esen vanilla dan serbuk kayu manis hingga sebati kesemuanya.  Masukkan susu (1) dan putar lagi sebentar.
3)  Dalam kaserol atau bekas pembakar yang telah di glis, susun roti dan taburkan kismis.  Tuang adunan (2) hingga menutipi roti
4)  Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama 40 minit


Sos Kastard:

Bahan2:
1 tin susu cair
2 sudu mentega
Gula ikut citarasa (saya letak 2 sudu besar)
1 sudu kastard - cairkan dulu dengan sedikit air
1 sk esen vanilla

Cara2:
Campurkan kesemua bahan dan panaskan dalam api.  Sentiasa kacau ye!  Bila dah mendidih, angkat dan sejukkan.

Rupanya gini... sebab roti bran ni macam roti wholemeal tu.. ceklat dan kasar je!

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...