Pages

June 26, 2011

Lepat Labu

Saya mengidamkan lepat labu ni dah lama... masa kat Malaysia haritu lagi.  Tapi kat KL memangle takde.  Dah balik kampung, kebetulan kalau pergi beli kuih, takde jual... Terus padam semangat nak makan macam tu je!

Daun pisangnya dibawa dari Malaysia. Maklum dah 2 minggu, layulah dia... belum kira dari tangan supplier ke Giant Kinrara lagi.. Bukan saja layu, dah naik itam!  Tapi sayang nak buang, hantam sajalah labuuuu..... hahaha!  Sukatan nak buat lepat ni main agak2 je..

Bahan2:

400g labu - buang kulit dan rebus sampai lembut
2 senduk tepung gandum - saya guna senduk kayu yg kecil tu..
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung ubi
2 1/2 sudu gula - kalau suka manis boleh lebihkan
Sedikit kelapa parut yang ditambah sedikit garam
Daun pisang

Cara2:

1)  Toskan labu yang telah direbus (boleh juga kalau nak kukus) dan lenyek sampai halus.  
2)  Campurkan semua tepung dan gula. Kalau suka lepas yg keras sikit, boleh tambah lagi tepung. Gaul hingga sebati
3)  Di atas daun yg dah dilayur, sudukan dalam 2 sudu aduan, ratakan dan letak kelapa di atasnya.


4)  Bungkus dan kukus selama 15 minit...


 Sedap dimakan sejuk... (masuk fridge dulu)..


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...