November 24, 2008

Pecal

Pecal adalah favourite ku sedari dulu. Kalau kat kampungku, pecal di Pasar Khamis Parit Baru lah yg best sekali. Tapi yg aku perasan, lain tempat lain cara membuatnya. So, aku kongsikan resipi yg biasa kutemui di Kampung Sg Air Tawar, Sabak Bernam :D

Bahan2 sambal(sukatan ikut citarasa) :

Kacang tanah - goreng
Cili kering - goreng
Bawang merah - hiris dan goreng
Bawang putih - hiris dan goreng
Belacan - goreng
Asam jawa
Garam
Gula
Daun limau purut - hiris halus

Cara2:

1. Tumbuk atau kisar semua bahan goreng iaitu kacang, cili, bawang dan belacan, tetapi jangan terlalu halus.
2. Gaulkan bahan2 diatas dengan garam, gula dan asam jawa sehingga cukup rasa.
3. Taburkan daun limau purut dan gaul hingga sebati.
4. Apabila mahu menghidangkannya, masukkan sambal pecal ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas sehingga larut. Kemudian tuangkan sambal ke atas sayuran yg telah dicelur.

Cadangan hidangan :

Sayur Taugeh - celur
Pucuk ubi atau pucuk paku - celur
Timun - racik
Kacang panjang - celur
Bihun celur
Nasi impit (optional - style Sg Besar)

November 7, 2008

Cheese Cake

Baru je cuba one recipe yg simple dan sedap..

Bahan2:
250 g cream cheese
200 ml plain yogurt
1 sudu besar jus lemon
90 g gula
2 butir telur
3 sudu besar tepung gandum

Cara2:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan putar sehingga menjadi krim
2. Bakar dengan kepanasan 170 c selama 45 minit. Setelah 30 minit, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
3. Setelah masak boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk kesedapan yang lebih

note: Boleh juga letakkan base daripada biskut digestive yang dihancurkan dan ditekan dalam acuan

October 30, 2008

Healthy Ice Cream

Buat aiskrim sendiri..

Bahan2:
270g creamer (coffee mate)
500 ml susu segar
100g gula castor
1 tin krim jagung/kacang merah (ikut citarasa)

Cara2:
1. Campurkan creamer, susu segar dan gula. Kacau dengan pemukul kek hingga sebati. Bekukan selama 3 - 4 jam.

2. Blend sekejap krim jagung. Kalau guna kacang merah, toskan dan lecek hingga hancur.

3. Keluarkan adunan yang telah 3/4 beku. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sehingga gebu. Perlahankan putaran dan masukkan jagung. Putar terus selama 1 - 2 minit.

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan bekukan untuk selama sekurang2nya 8 jam.

October 29, 2008

Sambal Tahun Kerang


Satu lagi masakan Jawa yg 'kau-kau' pedasnya... Tambah 'kau' kalau dimakan keesokan harinya dengan nasi atau ketupat/nasi impit. Sekali rasa boleh serik, tapi nak tambah lagi.. Itulah pengalaman saudara-mara yg baru pertama kali mencuba.

Bahan2:
2 kg kerang - direbus dan ambil isinya
2 inci lengkuas - hiris
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 cawan cili padi
1 keping asam
sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumis bahan hiris bersama cili padi (kalau nak kurangkan minyak, boleh juga rebus sahaja bahan2 tersebut dengan air sehingga layu).
2. Masukkan kerang dan biarkan seketika.
3. Masukkan santan diikuti garam dan asam keping.
4. Masak hingga santan mendidih. Lagi lama pun tak apa...

Nota: Boleh juga menggunakan daging, ayam ataupun hati ayam.


Yg ni sambal taun daging...

Ikan Masak Pecel

Lauk Jawa yang popular....

Bahan2:
1 kg ikan keli/talapia - kalau keli, jadilah "pecel lele"
Serbuk kunyit
Garam
Minyak menggoreng
1 mangkuk santan pekat
3 tangkai daun kencur/cekur - hiris halus
1 keping asam (keping)

Bahan kisar/tumbuk:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 inci kencur/cekur

Cara2:
1. Ikan dilumur dengan garam & kunyit dan goreng sampai garing (atau dibakar kalau rajin.. ;))
2. Masukkan bahan kisar bersama sedikit air ke dalam kuali dan masak hingga bawang layu.
3. Masukkan ikan dan biarkan seketika supaya sebati dengan perencahnya.
4. Masukkan santan, daun kencur dan asam keping serta garam sehingga menggelegak dan matikan api.

p/s: Lele tu maksud sebenarnya ialah ikan keli.. tidak kena mengena dengan ilustrasi heheh... Daun cekur atau kencur pula boleh digantikan dengan daun limau purut seperti dalam gambar

October 28, 2008

Sotong Goreng Marjerin

Masakan paling mudah...

Bahan2:

1/2 kg sotong
2 ulas bawang putih - diracik halus
Sedikit lada sulah
Garam
Serbuk Kunyit (opt)
Marjerin

Cara2nya:

1. Panaskan majerin
2. Tumis bawang putih hingga keperangan
3. Masukkan sotong, diikuti garam, lada sulah dan kunyit.
4. Biarkan sehingga sotong lembut
5. Angkat dan taburkan dengan daun bawang

October 26, 2008

Lauk...

Bila dah jadi surirumah je dan tinggal dgn suami pulak tu, rupa2nya baru kusedar yg banyak masakan aku tak pernah buat sebelum ni. Yelah, all this while makan sorang je, so masak bujang je. Lagi economical kalau beli je kat kedai, betul tak. Lagi pulak aku ni konon2 nak maintain "kekeringan" ku nih.. ha ha!

Asam Pedas Ayam - First time cuba. Selalu asam pedas ikan je.. Tukar selera pulak



Bergedil - Favourite hubby. First time buatkan dia hari tu sebab dia ala2 request. Selama ni bukan tak reti, tapi malas...hu hu



Bawal 3 Rasa - Aku tak pernah order lauk ni kat kedai. Tp dengan bantuan internet, almost every week masak benda ni. Bukan apa, senang campak2 je.. Kat gambar ni 'accessories' lebih dari ikan keh keh!

October 24, 2008

Daging Rendang Hitam


Resipi yang kuperolehi dari kakak ku dan selalu menjadi hidangan Hari Raya.

Bahan2:
1 1/2 kg daging
600g bawang kecil - dihiris dan goreng
1 labu bawang putih - hiris dan goreng
30 biji cili kering - digoreng
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 sudu jintan manis - disangan
1 sudu jintan putih - sangan
3 biji buah pelaga
1 1/2 inci halia
Kerisik
Kicap Manis
Garam & gula
Minyak

Cara2:
1. Rebus daging sehingga empuk
2. Tumbuk/kisar bawang yang telah digoreng bersama cili goreng, jintan manis dan jintan putih.
3. Perap daging bersama bahan kisar, garam, gula dan kicap selama sekurang2nya 1 jam.
4. Tumis halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
5. Masukkan daging dan kerisik. Campurkan sedikit air rebusan daging agar sedikit berkuah.
6. Setelah sebati dan cukup rasanya, boleh diangkat.
7. Nota: Tidak perlu memasak dengan lama memandangkan daging dan bahan perap telah sedia masak.

October 23, 2008

Sotong Goreng Tomyam

Hidangan kami malam ini..

Bahan2:

2 ekor sotong (yg besar)
1 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk & hiris
1 inci halia - hiris
1 batang serai - ketuk
3 biji cili api
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
Sedikit paste tomyam
Garam & kunyit

Hiasan:
Carrot, tomato, daun bawang, daun ketumbar

Cara2:
1. Sotong dipotong kecil2 dan diperap bersama garam dan kunyit
2. Tumis bawang, halia dan serai hingga wangi
3. Masukkan sotong dan biarkan seketika
4. Masukkan sos tiram, paste tomyam dan daun limau (serta karot)
5. Bila sotong telah lembut matikan api dan taburkan dengan bahan2 hiasan yg lain.

p/s: boleh juga kurangkan kuahnya..

Roti Canai

First time buat roti canai masa balik kampung last few mth. Seronok dapat makan beramai2. Aku buat double dr resepi asal. Dapat dari MyResipi..

Bahan2:
550g tepung gandum
250g air
1 biji telur
3 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil majerin

Cara2:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas dan gaul
2. Masukkan air tadi kedalam adunan tadi dan uli hingga menjadi doh
3. Rehatkan doh selama 10min
4. Uli lagi doh selama 5min
5. Ulang step 3&4 sebanyak 3 kali. *Nota: Lepas kali ke 3 proses uli&rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekat. Kalau rasa lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung dalam 1 sudu kecil
6. Bentuk bulat2, sapu majerin dan perap selama 3jam atau lebih. (Hari tu aku buat malam dan masak belah pagi waktu breakfast)
7. Penyek2kan tepung dgn tangan dan kibar atau di tarik2 ikut kebolehan masing2 sebelum di letakkan atas kuali atau pan panas.

Sekadar cuci mata....

Aku rasa perlu kamera yg lebih baik atau skil mengambil gambar lebih baik hu hu hu!









Lempeng Pisang Untuk Fawwaz

Lempeng yang ku buat untuk Fawwaz petang semalam. Hujan & sejuk, so makan sampai muak2.. :D

Bahan2:
3 biji pisang emas
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder
3/4 cawan tepung
1 sudu besar majerin
Sedikit esen vanila

Cara2:
1. Lenyek pisang sehingga hancur. Tambahkan gula, majerin dan baking powder, dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan tepung. Gaulkan.
3. Bakar atas kuali yang disapu dengan majerin

October 22, 2008

Kek Belang


Resipi kek kampung yg kuperolehi dari makcik ku. Adunan pun pakai mangkuk.. Tapi boleh juga gunakan cawan yg agak besar.. Gambar bawah ni adalah balance adunan yg aku buat utk makcikku hari tu.. tu yg nampak kurus kering je... :D


Bahan2:
1 1/4 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula halus
1 mangkuk marjerin
1 mangkuk telur
1 sudu besar baking powder
Sedikit esen vanila
Pewarna (sekurang2nya 2 jenis)

Cara2nya:
1. Pukul majerin bersama gula sehingga kembang atau keputihan.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung yag telah dicampur dengan baking powder secara sedikit sedikit dengan putaran 'mixer' yang perlahan.
4. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna.
5. Sudukan secara selang seli ke dalam acu pembakar.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180C (ikut oven) selama 45 - 60 minit (test dng lidi dulu..)

October 21, 2008

Makaroni Goreng

Resepi yg kuperolehi dari Zulfa suatu masa dulu.

Bahan2:
1 paket makaroni - direbus
1 paket daging kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 labu bawang besar - kisar
2 cawan sayur campur
2 sudu serbuk kari
3 sudu sos tomato
3 sudu sos chili
Tomato puree (opt)
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
1. Tumis bahan kisar sehingga keperangan atau naik bau. Masukkan serbuk kari diikuti sedikit air.
2. Masukkan daging kisar dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan sos, garam & gula. Sos boleh ditambah jika suka.
5. Bila dah sebati rasanya, masukkan sayur dan makaroni. Angkat bila dah masak.

Ayam Masak Halia

Masakan fav aku yg memang selalu masuk kuali ku... Mula belajar masakan ni tahun 90an dgn seorang brader yg duduk sebelah ku dalam bas express..ha ha ha!

Bahan2:

500 g isi ayam - potong kecil2 atau ikut suka
1 1/2 inci halia - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris tebal
2 ulas bawang putih - ketuk & racik
2 tangkai cili merah - hiris (ikut citarasa nak pedas ke tidak)
3 sudu besar Sos Tiram
Sedikit kicap manis
1 ketul kiub ayam (atau stock ayam)
Air
Minyak untuk menumis
Tepung Jagung dibancuh dengan sedikit air
Garam

Cara2:

1. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng seketika. Kemudian masukkan sos tiram.
3. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biarkan mendidih dan masukkan cili.
4. Rasakan garam. Boleh juga kalau nak tambah sedikit gula.
5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dalam masakan ayam.
6. Bila pekat, angkat dan taburkan daun bawang.

October 19, 2008

Cucur Udang (yang lembut..)


Hubby's fav. Simple food esp for tea time.. Makan dengan teh o panas, kat luar rumah sambil tengok pemandangan & menghirup udara petang... Kepala otak masa ni memang nak fikir pasal makanan je.



Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 labu bawang besar
Tauge/kucai/kobis etc
1 biji Cili yg dipotong halus (opt)
Beberapa ekor udang basah
Udang kering
Garam & serbuk kunyit (ikut rasa)
2 cawan air

Cara2:
1. Blend bawang & udang kering bersama air. Lagi best kalau gunakan air rebusan kulit & kepala udang (stock udang)
2. Campurkan kesemua bahan & gaul hingga sebati
3. Sudukan tepung dan letak udang di atasnya. Goreng hingga kuning keperangan.

p/s: Gambar ni adalah baki cucuq yg tak abis. So, takde udang kelihatan he he!

September 11, 2008

Resepi Tepung Pelita

So easy... cut & paste je he he!

Bahan2:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu tepung beras (rata)
4 cawan santan dr 1 biji kelapa
4 helai daun pandan (blend dgn sedikit air dan tapis)
Sedikit air kapur (optional tepung jagung) & garam

Cara2nya:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai - lagi best kalau ada daun pisang ke, daun pandan ke.. buat sampan mcm yg jual tu
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. (sebelum tu boleh taburkan gula atas adunan hijau untuk membentuk air gula di bawahnya)
7. Sejukkan. Siap!

September 7, 2008

Tepung Pelita

Petang tadi aku cuba resepi tepung pelita.. uhh sedapnya. Rasanya lebih original dari yg kat bazar Ramadhan. Terima kasih kepada rakan2 siber yg ikhlas berkongsi resepi.. Tapi aku tak dapat buat 'sampan'nya, sebab dapat daun pandan yang halus jer.. Sambil dukung Fawwaz sambil mengacau tepung..senang rupanya!



September 5, 2008

Resepi Ikan Bakar

Sejak masuk Ramadhan ni dah 2 kali buat ikan bakar. Favourite aku ikan kembung laa.. Selalu ikan bakarlah yang paling popular kat Bazar Ramadhan. Tp aku tak reti buat macam kat bazar tuu.. Aku ubahsuai dari internet je. Tak sempat nak ambik gambar pun.


IKAN BAKAR I

3 ekor ikan kembung

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga masak dan secukup rasa. Last sekali masukkan daun kunyit yang diracik tadi.
2. Susunkan ikan di atas aluminium foil yang dilapis dengan daun kunyit atau daun pisang. (Aku ni tengah menggemari daun kunyit).
3. Letakkan sambal di kedua2 belah ikan dan bungkus.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 150C selama 20 - 30 minit. Siap!

Note: Sambal tu agak2 la.. lagi banyak lagi best..




IKAN BAKAR II


Bahan2:
3 ekor ikan selar
Sedikit garam

Kuah/cicah:
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili padi - tumbuk
1 inci belacan bakar - tumbuk
Air perahan lemon/limau nipis
1-2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Daun ketumbar

Cara2nya:
1. Ikan dilumur dengan garam dan bakar sehingga masak.
2. Cili & belacan ditumbuk bersama garam dan gula. Masukkan air limau dan sedikit air masak.
3. Gaulkan bahan tumbuk dengan bawang, tomato dan daun ketumbar. (ala2 air asam)
4. Tuang terus cicah ke atas ikan. Siap!

January 25, 2008

What's cooking..

Tgh masak ni.. sempat lagi tulis blog sementara goreng ikan n Fawwaz tidur. Zaman mak kita dulu mana ada surirumah jenis nih..ha ha!

Hari ni Hubby akan balik lunch as usual coz it's Friday and masjid just few meter je dari rumah. So, aku kena masak. Selalunya aku masak dinner je. Hari ni aku masak Asparagus Goreng (resipi dah tulis..), Sambal tempe + kentang & bilis dan Selar goreng. Actully nak lessen oil in my cooking tp tak berjaya sbb selalu takde idea. And untuk Fawwaz, blended nasi + brokoli + carrot + kentang & bilis. Ni for future ref & idea ku je...

(1) Sambal Tempe & Kentang

Bahan2nya:

2 keping tempe
1 biji kentang
Bilis sesuka hati kuantitinya
- Goreng garing atau separa garing dulu semua bahan di atas
1 sudu gula
sedikit garam
Minyak masak

Bahan2 kisar:
2 sudu cili kering yg dah siap kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - Bawang selalunya ku tumbuk ngan lesung je

Cara2nya:
Tumis bahan2 kisar. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa kalau suka. Bila dah cukup masak matikan api. Masukkan bahan2 goreng dan gaul hingga sebati. Dah siap.. :D


(2) Ikan Bawal Putih Stim (malam tadi aku masak nih..)

Bahan2nya:
1 ekor Bawal Putih sederhana besar
Karot - hiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 1/2 inci halia
Serai - aku guna serai kering dlm 3 sudu kecil
2 helai daun limau purut
1 biji cili merah - hiris panjang & halus
2 hiris tomato
Sos Tiram, garam, lada sulah

Cara2nya:
1. Basuh bersih ikan dan lumurkan dulu dgn asam jawa supaya hilang hanyir. Aku rasa ikan ni a bit hanyir..
2. Sapukan ikan dgn garam dan lada sulah. Perap seketika.
3. Setelah diperap, susunkan ikan dalam pengukus. Taburkan carrot, bawang, halia, serai, cili dan daun limau atas ikan dan dalam perutnya. Sebab takda plum jeruk kat rumah, aku sumbatkan perut ikan dengan tomato je.
4. Tuangkan sedikit sos tiram atas ikan dan kukus selama 15 - 20 minit.
5. Untuk buat sos: tumis lebihan bawang, serai dan halia. Tambahkan sos tiram dan air rebusan ikan. Campur sedikit tepung jagung supaya pekat. Lepastu tuang atas ikan dan makan panas2..

p/s: tak sempat ambik gambar, ikan dah lesap kat perut keh keh!