January 25, 2008

What's cooking..

Tgh masak ni.. sempat lagi tulis blog sementara goreng ikan n Fawwaz tidur. Zaman mak kita dulu mana ada surirumah jenis nih..ha ha!

Hari ni Hubby akan balik lunch as usual coz it's Friday and masjid just few meter je dari rumah. So, aku kena masak. Selalunya aku masak dinner je. Hari ni aku masak Asparagus Goreng (resipi dah tulis..), Sambal tempe + kentang & bilis dan Selar goreng. Actully nak lessen oil in my cooking tp tak berjaya sbb selalu takde idea. And untuk Fawwaz, blended nasi + brokoli + carrot + kentang & bilis. Ni for future ref & idea ku je...

(1) Sambal Tempe & Kentang

Bahan2nya:

2 keping tempe
1 biji kentang
Bilis sesuka hati kuantitinya
- Goreng garing atau separa garing dulu semua bahan di atas
1 sudu gula
sedikit garam
Minyak masak

Bahan2 kisar:
2 sudu cili kering yg dah siap kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - Bawang selalunya ku tumbuk ngan lesung je

Cara2nya:
Tumis bahan2 kisar. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa kalau suka. Bila dah cukup masak matikan api. Masukkan bahan2 goreng dan gaul hingga sebati. Dah siap.. :D


(2) Ikan Bawal Putih Stim (malam tadi aku masak nih..)

Bahan2nya:
1 ekor Bawal Putih sederhana besar
Karot - hiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 1/2 inci halia
Serai - aku guna serai kering dlm 3 sudu kecil
2 helai daun limau purut
1 biji cili merah - hiris panjang & halus
2 hiris tomato
Sos Tiram, garam, lada sulah

Cara2nya:
1. Basuh bersih ikan dan lumurkan dulu dgn asam jawa supaya hilang hanyir. Aku rasa ikan ni a bit hanyir..
2. Sapukan ikan dgn garam dan lada sulah. Perap seketika.
3. Setelah diperap, susunkan ikan dalam pengukus. Taburkan carrot, bawang, halia, serai, cili dan daun limau atas ikan dan dalam perutnya. Sebab takda plum jeruk kat rumah, aku sumbatkan perut ikan dengan tomato je.
4. Tuangkan sedikit sos tiram atas ikan dan kukus selama 15 - 20 minit.
5. Untuk buat sos: tumis lebihan bawang, serai dan halia. Tambahkan sos tiram dan air rebusan ikan. Campur sedikit tepung jagung supaya pekat. Lepastu tuang atas ikan dan makan panas2..

p/s: tak sempat ambik gambar, ikan dah lesap kat perut keh keh!

5 comments:

Ammiada said...

K Ct.. Ader serai kering ker?? Dalam bentuk serbuk ker..

Cik Siti said...

Ha'a.. aku baru jumpa kt giant. Dia potong2 & keringkan. Bila nak guna rendam dulu ngan air panas. Not bad..

zana said...

shima...nak jual serai kering kat sana ke?

mumof2heroes said...

Hi Kak Siti...I tracked ur blog from zana's. Apa kabar?? Nanti Sha nak pegi Singapore..boleh la meet up!

Cik Siti said...

sha.. bolehh.. :)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...