December 29, 2011

Pau Rose

Kadang-kadang tu, walau agak rajin ke dapur terutama di pagi hari, fikiran tu dok melayang2 je.  Bukan fikir apa pun.. tapi entahlah, asyik berangan je!  Berangan nak kaya raya jadi millionaire gamaknye kekeke...

Macam pagi tadi, beria-ia nak buat pau yg bentuk rose, pastu color pun nak rose juga...  Tapi ampeh.. dah uli2 tepung tu, dan dah dibentuk2 baru teringat hat color tu.. Try satu bubuh color kemudian, tapi lama mengulinya, masih tak sebati huhuhu.. frust akak tau!!

Tapi takpe, akak nak tayang jugak kat sini.  Sebab tak disangka2 mudah sangat nak membuat pau rupa gini.. Terima kasihle kepada k.wan @ citarasawan sebab bagi idea macamana nak buat.  Doh nya saya buat ikut resipi sendiri, yg selalu kita buat tu.  Cuma bila dah rupa rose, tak boleh le kita nak siat kulit tu macam makan pau bulat biasa tu.  Hehehe... entah apa2 ye.  Takut tersedak kot kalau makan kulit pau..


Pau Bunga Ros

Bahan2:

240g tepung gandum (boleh juga tukar kepada tepung pau)
2 1/2 sudu gula
1 scoop susu tepung
1 sk yis kering
1 sk double action baking powder
1/2 sudu besar shortening
150ml air suam
Inti - ikut citarasa

Cara2:

1)  Gaul semua bahan (kecuali air dan inti) di dalam bekas.  
2)  Bila dah sebati (macam serbuk roti) baru tuang air sedikit2 sambil menguli.  Kuantiti air bergantung kepada jenis tepung.  Uli sampai sebati, tak perlu sampai halus.
3)  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (selalunya dalam 9-10 ketul) atau 40g.
4)  Uli semula semua doh kecil tersebut satu persatu sampai lembut dan halus.
5)  Leperkan doh menjadi bulat menggunakan penggelek.  Pada bulatan tersebut, potong 6 bahagian hujung doh secara bertentangan sepanjang 1 1/2 inci (bergantung kpd besar bulatan tersebut).  Kalau nak tengok gambaran jelas, boleh clik kat blog citarasawan sebab saya tak ambil gambar sendiri
6)  Letakkan inti yg telah dibulatkan di tengah2 bulatan tu.  Tutup dengan 2 potongan doh yg bertentangan hingga habis dan membentuk seperti bunga ros (mawar).  Inti tu kalau lepas keluar dari peti sejuk lg senang nak membentuknya..
7)  Selepas habis semua, rehatkan pau selama 40 minit hingga naik sedikit
8)  Kukus selama 10 - 15 minit.  


**************************************
Edited 1/1/2012

Cara nak membentuk bunga ros..

 
 

December 22, 2011

Hari Yang Sejuk... Layan Coklat

Memang sejuk sepanjang hari ni... Hujan di siang hari, walau tak lebat sangat tapi cukup untuk menurunkan suhu Kuala Lumpur sehari suntuk.  Hujan turun sejurus saya masuk ke dalam kereta, nak ke kedai bakeri.  Sebab semangat yg membara, teruskan juga perjalanan ke Bangi tu.  Nak kata jauh, boleh la tahan.. tapi memang saya suka ke situ.  Sampai bersalin dulu2 pun nak ke sana juga...

Semangat nak buat coklat sebenarnya...  Selepas membeli e-book berkenaan coklat.  Memang amat mudah.  Cuma perlu kreativiti je.  Cuma akak tak berkenan ngan sesetengah pekerja situ.. ditanya itu ini, blur je muka.  Cashier lak, masam je muka... jawab soalan nak tak nak.  Macam stress je... hahaha.  Tetiba akak pun sama stress.  Pantang aku tengok muka orang berjual yg masam macam cuka epal!  Mujur kedai tu tip top, ramai peminat... Agaknya skema sgt ke soalanku pasal coklat mana satu yg selalu orang beli utk buat coklat?



Bahan utama ialah coklat kompaun (murah sikit) atau couveture (mahal tp sedap sikit).  Pastu marblekan dengan coklat putih.  Dalam tu ada yg kosong, ada yg letak almond nibs dan ada yg letak rice bubbles.  Sedap.. tetiba rasa macam coklat Guylain tu.  Hahaa... exaggerate kaedahnye!  Yang pink bawah ni pulak sekadar nak abiskan coklat putih tu.. terbanyak mencairkan, sayang le pulak.  Coklat putih macam biasalah, manis lebih dari yg coklat biasa..

Makan sebiji dah rasa kenyang laa... bukan tak sedap, tapi 'rich' rasanya dan cepat muak.  Mungkin sebab saya guna milk compaun.  Fawwaz pun makan satu tak habis dan terus tak mau... selamaattt.. hehe!  Paling selamat ialah giginya yg tak mau digosok tu... erkk!
 

Sebelum mengodek ceklat, buat karipap dulu.  Tengah hujan dan sejuk, memang sedap makan karipap panas.  Sudahlah panas, pedas pulak.. Inti tu sebenarnya buat awal pagi lagi, sebelum breakfast.  Hari ni memang akak extra rajin konon2nya.  Belum kira nasi dan lauk kari udang yg hanya sempat dimakan dekat pukul 6 petang tadi.. hehehe!

December 18, 2011

Punten & Sambal Tumis Udang Geragau

Gambar ehsan Noraini Maskam

Mata ni ngantuk sangat... badan pula penat.  Tapi tak boleh tidur sebab perut penuh baru lepas makan.  Hari ni memang hari memenuhkan perut.  Sebab tadi siang saya pergi berkelah bersama2 kawan2 lama zaman sekolah di Hulu Yam, Selangor.  Walau tak ramai yg join, cuma 6 family, tapi tetap meriah.  Semuanya ada 26 orang termasuk yg baby.  Best sangat!!

Menu potluck hari ni ialah set nasi ambeng oleh Tati, mihun s'pore & cucoq udang panas oleh Anie, pecal & cocktail oleh Dr Eus, cupcake ceklat oleh anak bujang Mima dan punten bersama sambal dan rojak buah oleh Harte (akak la tuu... nama zaman sekolah hehe).  Boleh tak kembung perut makan? ngeeee....  Lepas makan mandi manda kat sungai yg cantik bersih tu.  Opss lupa pulak, ada juga durian fresh dari pokok.  Maklum lah, sungai tu kat kawasan dusun.  Tak terkata sedapnya durian kampung tu!  Tapi takde rakaman gambar dari kamera saya sebab kamera yg ada ni agak nazak.  Guna kat rumah kejap2 boleh la...
*************
Sambung balik pagi ni... tak tahan tido dulu :))


Semalam kira pengenalan kepada PUNTEN makanan org jawa ni.  Sebenarnya tak semua jawa tau apa punten ni.  Kawan2 kat atas tu first time tengok punten walau masing2 ada darah jawa.  Pakcik saya pun tak tau punten ni... mungkin sebab masa dia banyak di asrama dan universiti luar negeri. (takpe pakbong.. InsyaAllah nanti saya buatkan... one fine day!).  Saya fikir, ada tempat dan daerah tertentu je di Indonesia tu guna term 'punten' ni... sebab makcik pun tak tau.

Bukanlah gempak sangat... Macam nasi impit je.  Tapi sebab jarang ada dan orang jawa je buat.  Terutama belah Selangor utara.. dari belah Ijok atau K/Selangor ke S/Bernam.  Belah Banting dan Klang, ramai yg tak tau.  So, inilah resipi dan pasangan punten iaitu sambal kering yg selalunya dari udang kering... tapi semalam saya tukar ke udang geragau, untuk menyenangkan kerja menumbuk... Kuantiti agak2 ye, ikut citarasa...

PUNTEN

Bahan2:
Beras
Santan
Garam secukup rasa
Boleh juga nak letak pandan masa masak tu..

Cara2:
-  Basuh dan masak beras dengan santan dan air yang banyak.  Macam nak buat bubur tu... Masukkan juga garam secukup rasa.  Kalau saya, masak dengan rice cooker sampai suis auto tu naik.. lepas tu alih ke dapur dan sambung masak dengan api sederhana kecil.  Kalau rasa kurang air, tambah lagi sampai nasi betul2 hancur.  Jangan lupa kacau sekejap2 takut melekat dan hangit
-  Bila nasi dah nampak macam bubur, keringkan airnya.. tutup kejap dan api biar kecil.
-  Sendukkan ke dalam bekas atau dulang dan rata2 serta ditekan2 macam menekan nasi impit tu.  Saya alaskan bekas dengan plastik supaya tak melekat.  Sejukkan baru potong.

************



SAMBAL TUMIS UDANG GERAGAU

Bahan2;
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cili padi ikut suka dan tahap kepedasan cili - biar rasa pedas sikit
1 paket udang geragau - dlm 200g kot (lupa tgk bungkusan tu)
1 sk gula
Garam secukup rasa - letak sikit dulu
1 cwn minyak

Cara2:
-  Kisar bawang merah, bawang putih dan cili sampai halus.  Kalau nak sedap, tumbuk je..
-  Tumis bahan kisar dengan minyak yg mencukupi atau agak banyak supaya cukup garingnya.  Masukkan udang yg telah dibasuh.  Kacau2 atau ratakan udang dengan perencah.  Kadang2 saya letakkan serai yg dititik, kadang tidak...
-  Perasakan dengan sedikit gula (tak letak pun takpe) dan garam.  Siap!
p/s:  Kalau nak yg berkuah sikit, boleh tambahkan air sedikit selepas udang dan bawang betul garing/layu atau sebati rasanya..

Gitulah kisahnya... Alhamdulillah, semua suka... siap boleh tapau lagi.  Cuma, tulah... cili kat sini ni banyak manapun kadang tak pedas.  Tak macam cili kat Bahrain tu.. (dari Kerala ke mana...).  Kalau letak segenggam, mau jadi monyet yg tak ikut amaran si kancil tu...berasap! (hehe.. hanya yg pernah tgk je tau kisah apa ni...).

December 16, 2011

Rojak Buah

Huhuhu.. I miss my camera!!!  Hari ni dengan sodihnya menggunakan semula kamera lama Kodak Easyshare 3.1 mp yg kejap simpan kejap keluor balik.  Tengokla tu, date pun 1/1/2004 (by default).  Sayang kamera ni.  Walau dah lebih 6 tahun beli... flash dah tak berfungsi dan kejap boleh display kejap tidak, kejap boleh tekan OK kejap tidak...  Tapi masih mampu berkhidmat dengan baik bila diperlukan.  Sebelum ni konon2 dah dianak tirikan bila abe belikan akak kamera baru Olympus dan Fuji.  Si Olympus, bateri charger yg hancus, trade-in dgn Fuji.. hilang pulak kat kapalterbang!  Balikle mencari si Kodak ni.. Nasib baik akak tak main campak2 lepas dah ada baru... hehe!  Mungkin lepas ni kena beli yg DSLR pulak... teeettttt.

Malam tadi dengan semangatnya saya buat kuah rojak!  Walau ada sedikit kacau ganggu dari si anak kecil bernama Ahmad Fawwaz tuu, akak gigih menyempurnakannya.  Si Fawwaz ni 'hygienic' orangnya.. Kalau bersalam atau kita pegang2 dia, selalunya dia tak suka.  Dia cium2 tangan dia, takut busuk.. Malam tadi, dek kuatnya bau kuah rojak bila dah masuk petis tu, dia tak senang hati.. Kejap2 nak "wash hand".. dan lap.  Agaknya dia fikir tangan dia yg busuk.. hahaha!

OKlah... berbalik kepada rojak.  Resipi ni saya copy dari buku resipi kuning makcik saya di kampung.  Dia pulak dapat dari kawan baiknya, Kak Salmah. Dulu2 masa muda pernah buah, tapi tak gaya ni.. dan tak hengat pun.  Sedap lah.. boleh jual nih!  Saya ubah2 juga sikit ikut apa yg ada...
Rojak Buah

Bahan2 kuah:
500g gula pasir
500g gula merah
1 botol kicap pekat (saya guna kicap lemak manis Jalen)
1 botol sos cili cap kipas udang (saya guna life sbb cap udang takde)
1 botol petis (tak ingat berapa ml, tp kecik macam botol kapur je..cap nuri)
2 sudu cili blend (yg asal 2 senduk - tak pasti senduk apa..)
Bijan - sangan
Kacang - goreng dan tumbuk

Cara2:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil.  Campurkan sedikit air.. tak pasti pulak berapa banyak saya letak.
Kacau hingga pekat dan matikan api.  Bila dah sejuk boleh di campur dengan bijan.
Gaul dengan buah2an dan sayur kegemaran dan tabur kacang tumbuk
p/s: gula merah tu saya blend dengan air sikit...

Buah-buahan cadangan: Nenas, jambu batu, mangga muda, timun, sengkuan, apple hijau, jambu air, dll.


kalau nak pedas lagi, boleh campur cilipadi..

December 1, 2011

Home Sweet Home

Wah!! Memang bercuti panjang nampaknya dapurku.  Dapur di Bahrain sudah saya tinggalkan buat selama-lamanya..  Hari ni saya dah berada di bumi Malaysia yang indah.  Dah tak akan berkelana di tempat orang lagi... hampir 5 tahun hidup merantau!  Cukup la tu...  Sebelum balik ke sini semalam, saya bercuti ke London... dan semasa onboard nak balik ke Bahrain, kamera hilang! Kamera yg banyak merakam apa yg saya masak.  So, kira hormat betul neh... Menamatkan kenangan percutian indah juga moments pengembaraan di bumi S'pore dan arab.  Tak terfikir lagi nak mencari kamera baru..  Nak relaks dulu... Lagipun bila di M'sia ni, saya selalunya slow sikit bab2 masak ni.  Apalagi en abe tak ada... dia masih di sana meneruskan perjuangan sampai hujung tahun.
****************************


 Sebab nak ambik gambo kid's meal ni masa balik, terus lupa nak simpan kamera... lalu hilang huhu!


Antara gambar2 kenangan di London.. 25-28 Nov 2011
 

November 24, 2011

Ikan Tenggiri Masak Lemak



Sambil menunggu kedatangan cleaner yg agak lambat pagi ni... sempat lagi tengok gambar2 kat folder 'my cooking' yg belum tersiar.  Agak2 inilah entri terakhir masak memasak dari bumi Bahrain nan nyaman dikala ini... dengan tiupan angin yang dingin.  Dari tempat akak lepak ni, nampakle bendera Bahrain berkibar2 kat tembok istana tu.. Istana ke?  Entah.. abe kata istana PM.  Sejuk je sejak semalam.. patut diramal hujan tapi tak jadi.  Kuasa Allah kan, nak hujan ke tidak.. :)

Ikan tenggiri ni adalah stok terakhir dari freezer.  Dah kosong dah, tinggal ayam untuk masak petang ni.  Nak masak ayam kurma ke ayam kicap, belum decide lagi.. Punya semangat nak meninggalkan rumah kennn....

Bahan2:

3 ketul ikan tenggiri - 3 je sbb yg makan cuma 2 org
4-5 ulas bawang merah (atau 1/2 labu bawang besar) - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 batang cili padi - 3 je, sebab cili kat sini agak pedas lebih.. tumbuk jugak ye!
1 btg serai - titik
Serbuk kunyit
Daun limau purut
1 keping kecil asam gelugur/keping
Garam
Santan secukupnya

Cara2:

1)  Rebus bawang dan cili yg ditumbuk serta serai dengan air atau santan cair sampai layu.
2)  Masukkan ikan.. balik2kan kejap... lepastu masuk santan yg pekat sampai tenggelam ikan.  Letak serbuk kunyit, asam, daun limau... biarkan santan menggelegak.  Kacau kejap2 supaya tak pecah minyak.  Perasakan garamnya...

p/s:  sebenarnya senang je masak lemak ni.. tak perlu ikut step sangat... Ada juga yang didihkan dulu santan, baru masuk ikan... ada yg tumis dulu.. terpulang cara dan citarasa masing2 :D

November 23, 2011

Kek Coklat Bajet

Konon dah taknak baking... dah simpan semua barang berkenaan dalam kotak. Dah nak tekan brek.  Baking powder pun dah pass kat K.Yah (hehe... takpe ke K.Yah?).  Tapi Che Mat ni asyik sabut "kake..kake..".. Kek la tu!  Memang dah kehabisan stok kek kegemaran dia.  Kesian la pulak... budak tengah naik selera.  Budak kurus ni.. :D

Maka akak pun keluarkan lah balik loyang dan hand mixer dari kotak ajaib tu.  Ajaib sebab macam2 adaa... Gula pun cukup2 nak bancuh air je.  Yg ada gula perang (brown sugar) zaman bila entah.  Koko tinggal setengah cawan beras.  Baking powder ada yg double action punya.  Yg lain2 OK lagi... Buatle kek coklat bajet lagi ekspres...  Tapi macam sedap lah juga.  Moist dan lembut.  Cuma warna dan rasa tu kurang kecoklatannya... Kalau rasa nak bajet buat kek ni, ikut cara akak neh... ahaks!


ada ganache dah sedia kat fridge balance haritu.. tinggal sapu je ;)

Kek Coklat

Bahan2 (sukatan adalah menggunakan cawan beras 200ml).

2 butir telur
2 cawan gula perang - sepatutnya gula biasa
1 cawan susu cair
2 cawan tepung *
1/2 cawan koko - sepatutnya 1 cwn koko *
3/4 sudu kecil soda bikarbonat * - sebab cawan kecik
1/2 sudu kecil double action baking powder * - sepatutnya 1 sk baking powder yg biasa tu
1 cawan air panas - yg baru mendidih
1 cawan minyak masak - tak penuh pun cawan tu

Cara2:

1)  Pukul telur dengan gula sampai kembang.  Masukkan susu dan putar lagi dengan high speed
2)  Bahan bertanda (*) diayak bersama.  Tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil memutar hingga sebati
3)  Masukkan pula air panas - putar
4) Akhir sekali masukkan minyak dan putar dgn low speed sampai sebati.
5)  Tuang dalam loyang yg dah dilengser dan dialas dengan kertas.
6)  Bakar dengan suhu 160C selama 45 minit atau bila dah tak melekat bila dicucuk tengahnya.  Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit.

Roti Naik Pahang

Begitulah tajuk roti naik atau roti manis ini... yang tak berapa naik kat dapur akak.. Tapi ianya tetap lembut.  Sesi nak menghabiskan tepung gandum kat dalam gobok..

Kali ni masih menggunakan resipi mamafami tapi menggunakan teknik Yatie Sinar Kehidupanku.  Untuk yg takde breadmaker macam saya ni, memang sempoi cara yatie tu.  Sebenarnya, tujuan utama saya buat roti ni pun sebab nak try cara tu...

Sesi merabakkan roti bun... :D

Roti Naik - resipi versi saya (1/2 adunan + x cukup bahan)

Bahan2:

1 butir telur - kocak *
1 sudu besar susu manis - saya guna susu cair sbb yg manis takde *
Air *
4 sudu besar gula (atau separuh dari 3/4 cawan gula)
250g tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (atau 1 1/2 scoop susu)
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar majerin
 1 sudu kecil shortening

Cara2:

1)  Satukan bahan bertanda (*) untuk menjadikan 150ml cecair.  Maknanya letak dulu telur dan susu, baru letak air secukupnya.  Saya guna air suam.
2)  Satukan bahan2 lain dalam bekas, gaul rata.  Tuang cecair dan gaul rata.  MASUKKAN SEMUA KE DALAM PLASTIK YG BERSIH.
3)  Dalam plastik bersih, ramas2 adunan sampai lembut dan sebati dalam 10 minit.  Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas semula.  Uli sampai menjadi doh yg lembut dan halus.  Macam biasa, saya tak lalu sangat, so kejap je, asalkan halus.
4)  Perap doh lebih kurang 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali ganda besarnya.  Tutup dengan kain bersih atau plastik.  Saya tutup dgn kedua2nya..hehe!
5)  Bila dah membesar, pukul doh untuk mengeluarkan angin.  Ambil sedikit bahagian dan bulat2kan...sampai habis.  Susun kat loyang pembakar.  Tutup lagi dengan kain untuk 20-30 minit.
6)  Bakar dalam oven yg dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 15-20 minit atau sampai warna permukaannya coklat.  (Mula saya adjust 20 min, rupanya belum sampai masa dah tersedikit gelap warnanya).  Tapi OK lah ni.. saya budak masih belajar hehe!

November 22, 2011

Jus Pisang

Degup jantung semakin kencang... sebab rasa banyak betul nak di kemas dan let go!  Tapi dalam waktu yg sama ala2 malas gitu.. adoi!  Tapi pagi ni saya rasa dah mula nak tarik break utk kerja2 masak di dapur.  Pagi ni siapkan tempahan karipap terakhir sebanyak 45 biji.  Ada balance isinya tu yg kira boleh dapat 10-15 lagi, tapi malas nak teruskan perjuangan.  Saya dah cuci dan nak bungkus penggelek dan papan capati saya tu.  Nak masuk kargo jugak sebab ada nilai sentimental gitu haha!


Singgah kejap kat lappy nak buat entri baru.. Jus pisang yg sedap atas permintaan en abe utk breakfast. Pisang banyak ter'over' ranum.  Akak tak makan pisang gitu2.. Makan pisang goreng je atau cekodok pisang atau jenis kuih-muih dan kek berpisang.  Kalau hat mentah ni, pisang emas yg kecik tu je boleh masuk.  Itu pun main telan je..tak kunyah.  Adalah kisah sejarahnya hehe!  Ini sambil mewarna buku atas permintaan En Ahmad Fawwaz.. :D

Jus Pisang

Bahan2 (1 mug):

1 1/2 biji pisang - jenis mcm pisang berangan atau montel.  Boleh je nak guna pisang emas dan yg sewaktu
1/2 mug susu segar
1/2 mug air - yg sejuk biar sedap sikit.  Letak air biar tak pekat sangat
1 camca teh milo atau ovaltine

Cara2:
- Pisang potong2 kecil dulu.. Selepas tu masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain.  Tak perlu gula sebab pisang dah manis.. tapi kalau nak letak, boleh jee...
-  Blend sampai halus dan tuang kat mug

Pose semua ala2 gini... sebab gambar yg tegak blur je semua

November 20, 2011

Marilah Bercerita

Dalam sejam dua lepas en abe telefon, tanya boleh ambik order utk karipap lagi tak sebelum berangkat?  Member office dr Finance Dept bernama Him Wai (entah betul ejanye..hehe) yg baru je order minggu lepas nak order lagi 30 biji.. Akak tak boleh nak kata tidak.. sebab si dia ni customer setia yg pernah claim sebagai akak punya "curry puff die-hard fan".  Dulu2 sanggup tunggu awal pagi, takut miss dia punya bahagian kat lobby bawah.. lepas tu pandai sikit, dia order siap2 karipap & burger malaysia kat hubby!  Pastu tinggal ambik je..  Hehe... really miss those moments.

Boleh laa... walau kentang tinggal 5 biji, tepung tinggal sekilo, minyak tak sampai 1/2 botol... masih boleh diusahakan.  Kiranya kenangan utk him wai & isterinya yg setia duduk kat Bahrain.. Tak macam sekufunya yg lain yg seram benor kena duduk kat sini.  Sampai mengadu, ala2 merayu suruh hubby stay, sebab takmo posting ke sini.  Yelah, duk S'pore kan happening... mana sama ngan Bahrain yg semakin rusuh dengan pembakaran jalan...

Pagi ni kunun baru je menggoreng karipap utk yg terakhir.. buat sarapan dan tapau abe ke office (rezeki utk sorang lg chinese guy yg se'dept'.. hehe).  Ala2 cincai sebab nak abiskan majerin yg dah tinggal saki baki.  Letak air sejuk, bior rangup sikit.. tp macamnya tak berapa rangup la pulak ngeee...  Karipap adalah kuih yg sedikit merosakkan diet abe saya.  Rasanyalah, mesti tinggi kolestrol..  Kebelakangan ni breakfast wajib suami adalah susu kolestrum alpha lipid (saya yg suggest tu), fresh orange + carrot dan pisang. Pastu baru makanan lain...  Saya pulak, wajib ada nescafe atau white coffee.  Kalau tak, macam takde mood je nak buat apa2... :P
 Antara buah2 wajib utk sarapan... dan kopi putih yg juga wajib (nipis je. La ni stok creamer manis dah abis).

Susu yg kat bawah ni diperakui baik untuk kesihatan dan imunisasi dlm badan.  Dah lama saya mengamalkan, tapi cuma on n off je... Bila ada kesakitan tertentu, baru terhegeh2 minum hehe.. Bila hubby dikesan ada sedikit hypertension, kandungan gula yg tinggi dalam darah dan kolestrol yg tinggi, saya mencadangkan minum ni.  Alhamdulillah, semua kembali normal... cuma sekarang masih dgn prescription Dr juga.. tengoklah nanti kot2 dr advise takyah makan ubat.  Saya belum jadi ahli, tapi setakat ni dapat juga harga yg murah sedikit dari biasa.  Setin ni RM180 (harga asal).


Bingka Roti tanpa tepung
Yang ini pulak ialah bingka malas... Bukan nak buat sangat, tapi sebab roti tu banyak kat dalam fridge.  Masa tu dah beli roti baru yg lebih fresh.  Jadi kita keluarkan santan yg memang dah sedia kat dalam tu... rendam2, bako!  Buat ala2 roti bungkus haritu, yg kita kukus tuu... tapi akak bako.  Semalam tak sempat makan sebab outing sokmo, simpan je kat fridge.  Rupanya bila dah keluar fridge, sodap jugak.. ekeke!  Takpelah, akak share kat sini ye... :D

Bahan2 :

6 keping roti - potong kecik2
Santan secukupnya - panaskan
Gula ikut citarasa - saya letak dalam 2 1/2 sudu
Sedikit garam
Serbuk kayu manis
1 sudu majerin

Cara2:
- Letak roti dalam bekas.  Taburkan gula, garam,dan serbuk kayu manis.  Majerin pun masukkan juga..
- Tuang santan sampai roti tenggelam dan menyerap semua santan tu.  Kacau2 sikit supaya hancur dan sebati dengan bahan2 lain. 
-  Masuk bekas tahan panas dan bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 1 jam.  Keluarkan tapi jgn makan dulu sbb kalau panas dia macam lembik sesangat.. Tunggu sejuk.. dapat sejuk kat dalam peti ais lagi baik

November 19, 2011

Bihun Kari

Tetiba badan ni rasa lemah... macam nak demam.  Tapi tak kot... mungkin terlalu risaukan sesuatu.  Lepas tu, baru je baring dan nak 'belayar' kejap, dah si kecik ni mengejutkan saya. Minta itulah inilah..  Sebab tulah, penat macamana pun, kalau tak malam, susah mak ni nak tidur.  Malam pun, tak tentu tidur tu boleh lena... selalu tu, start tidur kat bilik atas tilam empuk, ending dari pukul 12 mlm kat atas lantai depan TV ni...

Sebenarnya saya baru balik dari Ansar Gallery.. Sebuah mall yg menjual barang2 boleh tahan murah, esp dari China (tu sebab murah... :D).  Tujuan utama nak cari perfume/EDT yg dikirim oleh pakcik.  Selain susah dia nak cari kat Sabak Bernam (bukan kat KL ye... heheh), kat Ansar tu murah sikit.  Mungkin sebab tax free.. EDT tu ialah Azzaro Chrome yg cuma berharga BD13+ utk botol 100ml.  Lebih kurang RM108.. Lepas tu nak cari silicone mould lagi sebiji, tapi takde la pulak yg besar tu.
 
EH! Sebenarnya akak nak cerita pasal menu sarapan pagi ni.. bukan nak membebel pasal Ansar Gallery.  Pagi ni memang kehabisan idea nak breakfast apa.  Takmo lah makan roti bakar je... Mujur ada sikit bihun.. yg memang nak dilenyapkan dari pandangan.  Kalau tak, tak abis2 nak kemas kabinet tu..  So, itulah citernya... hehehee...  Guna bahan2 yg ada je!

Bihun Kari Simple
(Hidangan utk 2 orang)

Bahan2:

Bihun - celur
Sawi - celur
Daun parsley - racik
Bawang goreng
Sambal tumis atau cili kicap - ikut citarasa
Limau nipis/lemon

Untuk Kuah:

Udang - jumlah dan saiznya ikut citarasa 
1 biji telur
1 labu bawang besar - kisar (bawang kecik pun OK, cuma minggu ni tak beli..:D)
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
3 sudu rempah kari ikan
Santan secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 (kuah):

1)  Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik baunya.  
2)  Masukkan rempah kari, kacau2 seketika dan tuang sedikit air supaya tak garing/kering.  Kacau2 kejap..
3)  Masukkan santan dan tunggu sampai mendidih.  Masukkan udang diikuti telur yang dipecahkan terus ke dalam periuk.  Kacau dan biarkan mendidih lagi sambil mengacau sedikit agar tak pecah santan.  Masukkan asam keping dan perasakan garamnya.
4)  Angkat dan makan dengan bahan2 celur...

November 16, 2011

Cucoq Jagung + Udang

Cucoq, cucur, jemput2, cekodok & tepung goreng.... benda yg sama, cuma nama je lain2 kan..

Pagi ni saja nak letak resipi cucur jagung ni sebab terasa sedapnye masuk kat tekak... Lembut walau tak guna telur dan sedang2 je rasa garamnya hehe!  Dapat pulak cicah dengan sos Thai.. 

Buat benda semudah ni pun kadang2 ikut mood dan hari juga.  Macam pagi ni, bangun2 tidur je dan lepas solat terus rasa nak menguli.. Mood rajinlah tu! Teringat yg Fawwaz suka pau coklat dan dah lebih seminggu tak buat.  Dapat pulak roti dah abis, kenalah ada back up. Sebelum menguli, ingat juga fav en abe yg suka cucoq... Dalam fridge ada seketul jagung, ada udang... wahh!! untuk anak ada, untuk abi ada.. untuk mak? huhu... nanti sat akak buat nasi goreng!  :P

Cucur Jagung Berudang














Bahan2:

200g tepung gandum
1/2 labu bawang besar - hiris halus
4 ekor udang sederhana besar - potong2 kecil
1 tongkol jagung - hiris (isinya je ye..hee)
1 sk yis kering
1 1/2 cawan stok udang - air rebusan kulit udang
Garam secukup rasa
Cili yg dihiris nipis (opt)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan adun sebati.  Biarkan seketika (dlm 10-15 minit) sebelum menggoreng dengan api yg sederhana.


Pau che mat... 9 biji kesemuanya. 4 inti pedas 5 inti coklat.. abi tapau 3, yg tinggal hanya sebiji. Berapakah yg telah masuk ke dalam perut? Soalan matematik hari ini.. hehe!

November 15, 2011

Ikan Dori 3 Rasa


3 rasaku yg macam sweet & sour... biorlah dia!  Minggu semalam ni tak pergi fish market sebab memang tak mau... Jadi kita beli je dori fillet yg tak payah susah2 nak menyiang.  Ikan dori ni kalau fikir, rasanya macam diletak soda bikarbonat atau baking powder.. huhu adakah?

Ikan Dori 3 Rasa
Bahan2:

1 keping isi ikan dori - potong 4 atau 5
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Nenas dipotong kecil
1 biji tomato segar
1 batang cili - potong memanjang
Sedikit gula & garam
Sedikit tepung jagung
Lada sulah
Minyak utk menumis

Cara2:

1)  Lumurkan ikan dengan garam dan lada sulah.  Kemudian digolek2kan pada tepung jagung.  Goreng sampai warnanya keemasan.
2)  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3)  Masukkan kesemua sos dan kacau2.  Kalau ada sos nampla, pun boleh letak.. Tuang sedikit air utk mencairkannya.  Masukkan juga nenas, tomato dan cili serta gula & garam jika perlu (sos tu adjust lah, ikut banyak mana kita nak kuah tu..)
4)  Bila dah mendidih, masukkan ikan... ratakan sosnya dan matikan api.

Bingka/Kuih Bakar Labu

Wajah bingka labu ni sama je dengan bingka kentang... Tapi ni memang la bingka kentang hari tu... akak pinjam gambo je! Gambo asal tak jumpa.. hahah...

Guna silicone mould yg rupa macam pasu gantung tu... mudah dan cantik kejadiannya :D

Cara nak membuat bingka labu sama je ngan yg kentang.. cuma tukar bahan utama je.

Bingka/Kuih Bakar Labu

Bahan2:

250g labu yg dah direbus dan lecek (nak lebih sikit pun boleh..)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan santan -
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar majerin/mentega
1/2 sk garam

Cara2:

1)  Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.  Blend sampai  halus.  (saya tinggalkan sedikit labu lecek tu untuk dicampurkan kepada adunan yg dah dimasukkan ke dalam loyang, sebelum membakar)
2)  Masukkan ke dalam loyang pembakar yg dah dilengser dengan majerin/mentega.  Bakar selama 50min - 1 jam (atau sampai permukaan bingka keperangan).  Ikut citarasalah ye...  Suhu 180C.

p/s:  resipi ni boleh juga diubah kepada kentang, keledek, dsb.

November 11, 2011

Lamb Soup (Sup Kambing)



Balance daging kambing haritu... kali ni ada beberapa ketul tulang.  Pagi2 En Abe request nak sup kambing.. oh! nampaknya cek kenalah cari kudapan lain utk lunch huhuu... Sib baik ada kek cekelat!

Tapi memang kambing sini tak hamis... takde bau langsung.  Rasa je ada sikit2 kambing... Yg sup ni langsung takde rasa kambing dan saya berjaya makan 2 ketul kecik.. Satu lagi, dagingnya amat lembut.  Apa punya phobia laa... Bukan apa, dah dari kecik family kita tak makan, maka terbawa2 lah sampai tua..  Pagi tadi juga Kak Yah, jiran kami hantar satu bekas "spring roll" yg amat kemas, sedap dan tak berminyak langsung.  Dia kata dia letak lamb... mmm sedaapppp!!!  Tadi dah dapat tips dari k.yah nak buatnya... Bila free boleh coba dan share kat sini.

Lamb Soup
Rujukan : Tulip @ My Resipi

Bahan2:

Daging kambing (biri2) - anggaran semangkuk
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - ketuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1 batang kayu manis
2 bunga lawang
3 cengkih
2 buah pelaga
1 biji kentang sederhana besar - potong besar
1/2 batang carrot - hiring 1/2 inci
Garam
Lada sulah
Minyak
Daun parsley
Bawang goreng

Cara2:

1)  Rendam dalam mangkuk - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih dengan air mendidih.  Biarkan sampai menjadi suam.  Kalau boleh ditutup bekas tu.  Keluarkan herba2 tersebut dan simpan airnya
3)  Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.  Kemudian masukkan pula herba 4 serangkai (1), diikuti halia dan lengkuas.  Kacau-kacau...
4)  Masukkan daging dan kacau rata.  Goreng sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat
5)  Masukkan air rendaman herba dan tambah lagi air hingga tenggelam kesemua isi.  Biarkan hingga mendidih
6)  Masukkan kentang dan carrot.  Perasakan garamnya.  Nak letak pak aji pun boleh kalau suka..
7)  Renih selama 1 jam.  Matikan api dan tabur dengan bawang goreng dan daun parsley... atau daun sup/bawang.


Mee Udang Perantau

Kalau saya ada sebut "perantau" tu maknanya adolah yg tak lengkap hehehe... Ini kisah minggu lepas.  Tiba2 teringin pulak nak makan mee udang di tengahari.  Masa tengah kopek kepala dan kulit udang, duk terbayang2 mee udang banjir.  Alangkah enaknya ya.. padahal bila balik M'sia tak pernah teringin nak makan.

Yang buat tak lengkap tu sebab mee nya yg takde.  Mee kuning tu... Macam biasa, transform spaghetti menjadi mee.  Boleh laaa.... huhuhu!   Saya cnp resipi che'iza kat my resipi tu je lah... walau saya buat ikut sukahati je :D


Mee Udang
Rujukan : Che'iza @ myresipi

Bahan2:

1 kg mee kuning (saya guna spaghetti)
300g udang basah - saya ikut suka nak banyak mana :)
* 4 ulas bawang merah - saya guna bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar udang kering
* 1/2 inci halia
1 sb petis - saya tak letak sbb takda
3 sb sos tomato - saya letak lebih
1 sb sos cili
4 sudu cili kisar
Stok udang - spt di bawah
2 biji kentang lecek (kalau guna keledek lagi sedap) - utk memekatkan
Gula
Garam

Hiasan saya : sawi, lettuce & bawang goreng

Cara2:

1)  Rebus udang sampai masak... tapis keluar udangnya.  Air rebusan jangan dibuang... (Sebagai tambahan, saya rebus kulit dan kepala udang, kisar dan tapis... ambil airnya)
2)  Kisar bahan bertanda *.. tumis kesemua bahan ini bersama cili kisar
3)  Masukkan air rebusan udang dan kulit udang tadi.. biarkan mendidih.  Lepas tu masukkan sos tomato, sos cili dan petis.  Renihkan kuah, lagi lama lagi sedap.
4)  Masukkan garam dan gula, juga kentang yg dilecek... biarkan sampai agak pekat... boleh tuang atas mee :D
5)  Untuk bahan hiasan boleh adjust sendiri ye..

November 10, 2011

Bihun Singapore


Selama lebih 2 tahun duduk di S'pore, rasanya macam tak pernah jumpa bihun S'pore.. yg color putih.  Yang ada mee siam color merah pucat, macam bihun goreng kita yg biasa tu... hehe!  Tapi kalau kita gi Thai pun, tak tentu jumpa mee siam mcm yg ada kat S'pore kan... Nanti akan datang kalau gi Siam, nak cari kot2 ada.. 

Ini hidangan sarapan pagi tadi.  Sejak lepas raya macam kehabisan modal nak sarap apa.  Macam malas je nak ke dapur.  Kalaulah kat kampung ku yg indah permai bernama Sg Air Tawar tu, dah tentu tak menyala dapur gas tu melainkan untuk masak air.  Bila tgh malas2 nih.. Pegi je kedai mamak Tajuddin tu, macam2 adaaa.... Sedap dan murah!  Nasi lemak 50 sen beb!  Tpt u all ada tak? hehehe...

Sajalah nak post juga resipinya kat sini... sebab saya memang jarang masak bihun sebegini.  Macam tak berapa jalan.. Abe kita kan peminat pedas.. Dapat pulak haritu beli cili api, tak ikut balik pulak benda tuu... mmm!

Bahan2:

1/2 peket bihun - rendam atau celur
2 ulas bawang putih (yg besar tu..) - tumbuk
1 sudu serbuk lada hitam
Udang basah - suka hati nak banyak mana
Sayuran - yg ada carrot & kobis je
1 sudu cuka
Sedikit pati stok ayam
Garam
Minyak
p/s: nak sedap lg boleh letak isi ayam, fish cake, dll..

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.  Tuang cuka.
2)  Masukkan udang dan kacau2 sekejap
3)  Masukkan pula bihun dan sayuran.  Kacau sebati... letak air sikit (esp kalau bihun yg direndam je), dan tutup.  Api jangan besar sangat
4) Perasakan garam.. saya letak juga gula sikit


Makan mihun nak kena ada kopok goreng... baru best!