December 16, 2011

Rojak Buah

Huhuhu.. I miss my camera!!!  Hari ni dengan sodihnya menggunakan semula kamera lama Kodak Easyshare 3.1 mp yg kejap simpan kejap keluor balik.  Tengokla tu, date pun 1/1/2004 (by default).  Sayang kamera ni.  Walau dah lebih 6 tahun beli... flash dah tak berfungsi dan kejap boleh display kejap tidak, kejap boleh tekan OK kejap tidak...  Tapi masih mampu berkhidmat dengan baik bila diperlukan.  Sebelum ni konon2 dah dianak tirikan bila abe belikan akak kamera baru Olympus dan Fuji.  Si Olympus, bateri charger yg hancus, trade-in dgn Fuji.. hilang pulak kat kapalterbang!  Balikle mencari si Kodak ni.. Nasib baik akak tak main campak2 lepas dah ada baru... hehe!  Mungkin lepas ni kena beli yg DSLR pulak... teeettttt.

Malam tadi dengan semangatnya saya buat kuah rojak!  Walau ada sedikit kacau ganggu dari si anak kecil bernama Ahmad Fawwaz tuu, akak gigih menyempurnakannya.  Si Fawwaz ni 'hygienic' orangnya.. Kalau bersalam atau kita pegang2 dia, selalunya dia tak suka.  Dia cium2 tangan dia, takut busuk.. Malam tadi, dek kuatnya bau kuah rojak bila dah masuk petis tu, dia tak senang hati.. Kejap2 nak "wash hand".. dan lap.  Agaknya dia fikir tangan dia yg busuk.. hahaha!

OKlah... berbalik kepada rojak.  Resipi ni saya copy dari buku resipi kuning makcik saya di kampung.  Dia pulak dapat dari kawan baiknya, Kak Salmah. Dulu2 masa muda pernah buah, tapi tak gaya ni.. dan tak hengat pun.  Sedap lah.. boleh jual nih!  Saya ubah2 juga sikit ikut apa yg ada...
Rojak Buah

Bahan2 kuah:
500g gula pasir
500g gula merah
1 botol kicap pekat (saya guna kicap lemak manis Jalen)
1 botol sos cili cap kipas udang (saya guna life sbb cap udang takde)
1 botol petis (tak ingat berapa ml, tp kecik macam botol kapur je..cap nuri)
2 sudu cili blend (yg asal 2 senduk - tak pasti senduk apa..)
Bijan - sangan
Kacang - goreng dan tumbuk

Cara2:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil.  Campurkan sedikit air.. tak pasti pulak berapa banyak saya letak.
Kacau hingga pekat dan matikan api.  Bila dah sejuk boleh di campur dengan bijan.
Gaul dengan buah2an dan sayur kegemaran dan tabur kacang tumbuk
p/s: gula merah tu saya blend dengan air sikit...

Buah-buahan cadangan: Nenas, jambu batu, mangga muda, timun, sengkuan, apple hijau, jambu air, dll.


kalau nak pedas lagi, boleh campur cilipadi..

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...