November 11, 2009

Lets Clear the Fridge!

Tinggal seminggu kami nak balik M'sia. So, slowly kena clear kan barang2 dan stok makanan yang di dapur, kabinet dan fridge. No more new stocks.. So, pagi ni utk breakfast, aku masak dengan serba kekurangan tapi bolehlaa... utk orang2 di perantauan atau bujang, boleh jee..

Resipi 1: Spaghetti Carbonara



Bahan2:

Spaghetti - anggaran utk 2 org
1 ulas bawang putih - racik halus
1/2 biji bawang besar - racik mcm dadu
Minyak (resipi asal minyak zaitun, tp aku guna minyak sunflower je. Tu yg ada..)
2 sudu serbuk mushroom soup (optional - bancuh dgn air sedikit)
1/2 kiub ayam
2-3 sudu mayonaise
1 biji tomato (potong kiub)
2 sudu mentega (sbb butter takde, aku guna margerine je..)
Oregano
Garam & serbuk lada hitam

Cara2:
1) Rebus spaghetti dalam air yang dicampur garam sampai lembut. Toskan.
2) Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
3) Masukkan spaghetti dan 3-4 sudu air rebusannya.
4) Masukkan mushroom soup, kiub ayam (campur sedikit air), mayonaise dan mentega. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan lada hitam dan rasakan ikut citarasa.
5) Akhir sekali masukkan tomato. Taburkan dengan oregano.

Note: Tabur dengan parmesan cheese jika suka atau ada dalam fridge :D

Resipi 2: Susu Pekat Manis (dapat dari MyResipi, since coffeemate sudah khalass semalam..)


Bahan2 :
500ml susu kotak (fresh milk)
100ml (1/5) gula

Cara2:
Campur kedua2 bahan dan letak atas api sampai pekat. Perlu selalu dikacau.

October 20, 2009

Grilled Chicken Mayonaise


Paling mudah dan enak utk diratah...

Bahan2:
1/4 ekor Ayam (terpulang part mana & nak potong macamana)
1 sudu mayonaise
1/2 kiub ayam
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Bawang putih
Halia
Lada hitam (tumbuk kasar)

Cara2:
(1) Kisar bawang putih & halia
(2) Campurkan (1) dengan kesemua bahan2 yang lain
(3) Lumurkan pada ayam dan perap selama sekurang2nya 1 jam
(4) Bakar (boleh guna oven, arang, dll).

September 17, 2009

Badak Berendam


Kuih kegemaran semasa bulan puasa. Baru ni dapat buat.. Aku buat main agak2 je kuantiti bahannya..

Bahan2:
Tepung pulut
Tepung gandum
Air utk menguli

Inti:
Kelapa parut
Gula merah
Gula putih

Kuah:
Santan
Tepung beras
Garam

Cara2:
(1) Campurkan tepung pulut dan tepung gandum (anggaran t.gandum 1/6 dr t.pulut) dan uli bersama air. Jgn lembik sangat nanti susah nak bentuk.

(2) Untuk inti: Gaulkan kesemua bahan. Letak air sedikit dan masak atas api sampai sebati dan airnya kering.

(3) Kuah: Campurkan santan dalam 2 cawan bersama 2 sudu tepung beras dan garam.

(4) Masukkan inti ke dalam tepung dan bentukkan menjadi bulat. Susun atas daun pisang yang sudah dibentuk seperti sampan. Kalau takde daun pisang, letak dalam bekas tahan panas mcm gambar tu.
(5) Tuangkan kuah santan atas tepung sehingga tenggelam.
(6) Kukus selama 15 min atau lebih ikut jenis kukusan atau apabila kuih & kuah benar2 masak. Jangan sampai santannya pecah minyak. Tapi kalau guna santan segera (bukan yg serbuk), jarang pecah minyak..

September 16, 2009

Cucur Badak


Bahan2:

Keledek
Tepung gandum

Inti:
Kelapa parut
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Udang kering
Cili kisar
Kunyit atau serbuk kunyit pun boleh
Garam
Gula

Cara2:
(1) Rebus keledek dan toskan bila dah masak. Lenyek.
(2) Campurkan tepung dan uli. Tepung jangan banyak sangat. Cukup sekadar adunan tidak melekat. Kalau tidak, kuih jadi keras/liat atau rasa tepung jee..
(3) Ambil tepung, masukkan inti dan kepalkan menjadi bulat-leper.
(4) Goreng dengan api sederhana.

Untuk buat inti:
(1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering, kunyit dan serai yang telah dihiris halus.
(2) Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut, cili kisar, garam dan gula hingga sebati dan cukup rasanya.
(3) Masak atas api hingga kering atau sedikit lembab. Boleh juga letak sedikit minyak masak semasa menyangan.

September 14, 2009

Snow peas with shrimps


Bahan2:

Snow peas
Udang - buang kulitnya
Halia - tumbuk/kisar
Bawang putih - diketuk
Kiub ayam
Sos tiram
Tepung jagung
Sedikit garam
Minyak masak

Cara2:

(1) Bersihkan udang dan perap bersama halia dan sedikit tepung jagung selama 30 minit.
(2) Goreng seketika udang yang telah diperap dan angkat.
(3) Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi.
(4) Masukkan baki bahan perapan udang, sos tiram dan kiub atau serbuk pati ayam. Tuang sedikit air.
(5) Masukkan snow peas dan biarkan. Bila hampir layu masukkan bancuhan tepung jagung hingga menjadi agak pekat.
(6) Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi dan angkat.

September 10, 2009

Apam Balik



Teringin sangat apam balik, tapi mana ada kat Bahrain ni... Melambak resepi jumpa kat Internet. Tried this one and the outcome..wallaaa..not bad! Bolehla buat mengubat rindu kat makanan kita..

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 cawan air (saya tukar dengan fresh milk 1 cwn + air biasa 1/2 cwn)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Sedikit pewarna kuning (optional)
Sedikit esen vanila(optional)

Untuk tabur:
Kacang tanah yang di 'blend'
Krim jagung (creamed corn)
Gula

Cara2:

(1) Pukul gula dan telur hingga kembang
(2) Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan susu. Pukul lagi
(3) Akhir sekali masukkan tepung, dll (vanila, pewarna) dan putar sebentar hingga sebati.
(4) Panaskan 'non-stick pan' (utk yg takde acu apam balik macam daku :D). Tak perlu sapu minyak, etc.
(5) Bila dah panas, tuangkan adunan ikut citarasa - nak tebal, nipis, besar atau kecil. Biarkan sebentar hingga separuh masak. Nak tutup pun boleh...
(6) Taburkan gula dan kacang. Letak jagung manis dan sedikit mentega (optional). Ikut citarasa...
(7) Bila tepung dah nampak kering atau masak, lipat jadi 2... tada!

September 8, 2009

Hidangan Berbuka di Perantauan..

Mmmm... kalau tak duduk di tempat orang, mungkin aku takde masa nak buat kuih2 ni.. Dah jauh ni, buat je la apa yg teringin. Sedap tak sedap, belakang kira.. Antara juadah yg sempat di 'snap'..

Apam Balik - more peanuts & creamed corn


Buah Melaka Labu - tepung pulut + labu


Lompat Tikam


Karipap - favourite nih. Selalu buat..


Kurma Ayam


Pais Ikan Selar (kurang rupa pais...)


Sambal Terung


Tomyam


Roti Jala + kari ayam

August 3, 2009

Kacang Buncis Goreng Kicap

Kacang buncis yang boleh dipelbagaikan dalam masakan...




Bahan2 (untuk hidangan 2 org) :

Kacang buncis - dihiris ikut kegemaran
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili merah - hiris
Sedikit udang kering
Sedikit belacan
1/2 cawan air asam (tak perlu masam sangat)
1 cawan santan cair
Sedikit kicap manis
Minyak

Cara2 :

(1) Tumis bawang dan udang kering sehingga keperangan.
(2) Masukkan belacan, kacang, cili dan kicap. Kacau dan masukkan air asam.
(3) Bila separuh layu, masukkan santan. Rasakan garamnya dan angkat.
(4) ** boleh juga campurkan suhun...

Udang Madu

Lauk dinner malam ni.. dapat idea dari myresipi by Dayang..




Bahan2:

Udang dibersihkan ikut kegemaran
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu cili kisar
3 sudu madu dibancuh dengan sedikit air
1 sudu sos cili
Sedikit daun ketumbar
3 biji cili padi - ditumbuk sedikit
Sedikit kicap
Sedikit garam
1 sudu perahan limau
1 sudu kecil tepung jagung
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2:

(1) Perap udang dengan garam dan tepung jagung dalam 10 minit. Kemudian goreng hingga sedikit garing.
(2) Kisar bawang besar dan bawang putih. Tumis dengan cili (menggunakan minyak gorengan tadi) sehingga agak garing.
(3) Masukkan sos cili, kicap dan madu. Kacau seketika dan masukkan cili padi.
(4) Masukkan pula udang, daun ketumbar dan perahan limau. Kacau seketika dan angkat.

August 2, 2009

Ikan Kembung Bakar


Resipi lama dari blog satu lagi.. malam tadi punya lauk.. :D




Bahan2:
Ikan kembung disapu dengan sedikit garam

Kuah/cicah:
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili padi - tumbuk
1 inci belacan bakar - tumbuk
Air perahan lemon/limau nipis
1 sudu teh gula (secukup rasa atau ikut citarasa..)
1 sudu teh garam (secukup rasa)
Daun ketumbar

Cara2nya:

1. Ikan dilumur dengan garam dan bakar sehingga masak.
2. Cili & belacan ditumbuk bersama garam dan gula. Masukkan air limau.
3. Gaulkan bahan tumbuk dengan bawang, tomato dan daun ketumbar.
4. Tuang terus ke atas ikan..


Gambar lama saja nak paste.. :P

July 16, 2009

Ikan Tenggiri Masak Lemak

Ubah selera.. selalu buat masak asam pedas je dan masak kicap.. Tengok malam tadi hubby berselera je, maka teman pun tulis laa...

Bahan2:

2 keping ikan tenggiri yg telah dipotong
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 biji bunga lawang
1 mangkuk santan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit asam jawa atau sekeping asam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara2:

(1) Lumurkan ikan yg telah dibersihkan dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar dengan sedikit minyak (jangan sampai garing)
(2) Tumbuk bawang dan cili. Rebus sebentar dengan sedikit air sehingga layu. Masukkan sekali bunga lawang (sebab sini takde serai, bubuh je bunga lawang..)
(3) Masukkan santan dan campur serbuk kunyit sehingga kekuningan.
(4) Masukkan juga ikan dan asam
(5) Biarkan mendidih dengan api yang perlahan. Rasakan garamnya..

Terung Sambal Tumis Cili Padi


Dah lama tak tulis resipi.. samada malas atau memang takde idea. Apalagi sejak merantau jauh ni, banyak bahan tak dapat dicari. Nak belajar resipi cara sini masih belum ada mood..heh! Ni aku saja nak tulis lauk2 biasa... buat tambah2.. Tapi lupa nak ambil gambar

Bahan2:
2 biji terung panjang - dibelah 2
2 ulas bawang putih
4-5 ulas bawang merah
1 cm belacan
Udang kering - dalam sejemput
4 biji cili padi
Garam & gula
Sedikit kicap (1 sudu)
Minyak

Cara2:
(1) Terung dibersihkan dan kukus sehingga masak. Susun atas pinggan.
(2) Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.
(3) Panaskan minyak dan tumis bahan (2) sehingga garing. Masukkan kicap. Apabila sudah garing, baru tuangkan sedikit air.
(4) Tuang sambal ke atas terung..

April 25, 2009

Nasi Ayam



Sempena last Saturday in Singapore, hari ni aku masak nasi ayam. Selalu tu beli je.. alaa untuk makan 2 orang, lebih economical beli je kan.. he he alasan! Tapi kat Singapore ni yg famous adalah nasi ayam penyet. Difference dia sambalnya.. ayam lak, mmmm aku rasa biasa je walau actually perencahnya lain (tengok resipi). Masuk salah kedai la tu kott... Semua orang pun boleh masak nasi ayam, tapi aku saja nak share resipi aku hari ni...

Bahan2 (utk 2 org makan) :

Ayam (ikut portion kesukaan)
2 cawan beras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub ayam
1 bunjut sup
Garam
Lada sulah
Bawang Goreng
Daun bawang & sup
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Timun, tomato & daun salad

Cara2:
1) Tumis halia dan bawang dengan sedikit minyak sehingga perang.
2) Masukkan air secukupnya disertai ayam, sup bunjut dan kiub ayam
3) Rebus sehingga ayam masak dan keluarkan.

Nasi:
4) Cuci beras. Masukkan air rebusan (sup) ayam ikut sukatan sepatutnya dan masak. Tambahkan juga sedikit garam (dan butter kalau ada dalam fridge :P)

Ayam (hari ni aku buat 2 jenis ayam. Saja suka...) :
5) Ayam madu: Perap ayam yang telah direbus bersama kicap, sos tiram dan madu dalam 1/2 jam. Goreng atau bakar sekiranya mahu mengurangkan penggunaan minyak.
6) Ayam rempah: Perap ayam yang tidak direbus dengan bawang putih, halia, ketumbar dan garam yang telah ditumbuk sekali. Letak serbuk kunyit. Goreng hingga garing.

Lain2:
7) Kicap - kalau malas, tuang je kicap cap kipas udang. Atau tumiskan bawang putih, letak kicap dan sedikit air sup.

8) Sambal - blend cili merah bersama bawang putih dan campur sos tomato atau cuka, garam, gula & air. Kalau malas, pakai je sos cili :P

April 23, 2009

Emplek



Ha ha.. inilah kuih paling senang nak buat. Orang kampung aku panggil "emplek" - nama jawa la tuu... Tak tau pulak aku nama melayu dia. Tetiba aku teringin nak buat. Original resipinya menggunakan tapai nasi iaitu nasi yang dicampur ragi dan akhirnya menjadi tapai. Sedap sket dari guna yis je. Yg penting, kolestrol rendah.. anak aku pun suka.

Bahan2 : Yis, gula, tepung dan air
Cara2 : Campurkan kesemua bahan dan biarkan seketika. Adunan perlu sedikit cair. Lepas tu, tuang atas kuali yg dilenser dengan sedikit marjerin atau minyak (macam buat lempeng, tapi tebal sedikit)

Makan dengan honey, peanut butter atau ais krim pun sodap...

March 30, 2009

Kek Coklat Kukus


Dapat resipi ni dari Myresipi.. Senang dan sedap...

Bahan2:

2 cawan tepung Bluekey (self raising)
1 cawan gula ising
1 cawan susu pekat manis (creamer manis)
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara2:

1) Masukkan semua bahan dalam bekas/mangkuk
2) Kacau dengan sudip atau senduk kayu ke... guna tangan je!
3) Bila bahan2 dah sebati, tapis adunan supaya hasil lebih halus dan cantik (kalau malas, tak tapis pun takpe).
4) Didihkan pengukus dan kukus dalam 40 minit...

February 22, 2009

Tempe tumbuk

Ada tempe yg dah hampir lerai atau lama dalam fridge.. terjumpa lak resipi ni. Not bad jugak..



Bahan2:

2 keping Tempe
2-3 ulas bawang putih
1/2 labu Bawang besar - hiris
5-10 biji cili padi (lagi pedas lagi best)
Segenggam ikan bilis
Garam
Gula
Kicap (optional)
Minyak

Cara2:

(1) Tumbuk tempe dan ketepikan
(2) Bawang putih, cili padi dan bilis ditumbuk lumat.
(3) Tumis bahan (2) dan bawang besar yang dihiris.
(4) Masukkan tempe dan kacau hingga sebati dengan perencahnya. Rasakan garam & gulanya. Boleh tambahkan sedikit air dan kicap kalau suka.
(5) Angkat bila dah agak kering. Makan dengan nasi panas...

February 17, 2009

Sambal Goreng Jawa


Namanya je sambal, tapi sebenarnya ia adalah sejenis sayur goreng campur yang hampir wajib ada di tempatku apabila ada kenduri-kendara. Antara campuran lauk nasi ambeng..

Bahan2:

Tempe - potong kecil2 dan goreng
Tauhu - goreng dulu dan potong kecil2
Fucuk (tahu kering) - goreng dan hancurkan sedikit
Suhun - rendam supaya lembut
Kacang buncis - potong ikut suka
Bawang Merah - hiris
Bawang putih - hiris
Lengkuas - kisar
Udang kering
(boleh juga tambah udang basah, hati & mempedal ayam kalau suka)
Sedikit belacan
Santan
Air asam jawa
Garam
Gula
Kicap manis


Cara2:

(1) Tumis bawang, merah & bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan lengkuas diikuti udang kering dan belacan.
(2) Masukkan juga kicap, garam, gula, air asam jawa dan santan.
(3) Apabila santan mendidih dan rasa sudah mencukupi, masukkan sayur, tempe, fucuk dan akhir sekali suhun. Kacau sehingga santan/air agak kering.

February 11, 2009

Ayam Masak Kurma


Kurma ayam tanpa santan..

Bahan2 (utk 2 org) :

Ayam - dlm 3-4 ketul (ikut suka)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
2 sudu rempah kurma
1 biji kentang - potong 4
1-2 biji cili - belah tengah je
Garam & sedikit gula
Minyak
Air

Cara2:

(1) Kisar bawang besar & putih dan halia
(2) Tumis kayu manis, bunga lawang & buah pelaga sehingga naik bau.
(3) Masukkan bahan kisar dan tumis (kacau) sehingga agak kering. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau sekejap. Masukkan air sedikit-sedikit.
(4) Masukkan ayam dan kentang dan biarkan & kacau perlahan2 dalam 5 minit
(5) Masukkan air ikut suka dan biarkan sampai kentang empuk. Rasakan garam secukup rasa.

February 5, 2009

February 3, 2009

Bacem Ayam

Masakan popular Indonesia yang aku pelajari dari Makcik Ika ku yang berasal dari Solo. Tapi aku sebenarnya tak berapa ingat bahan2nya yang sebenar.. Aku rasa dah betullah ni sebab rasanya dah sama. Masakan ni manis sikit, so kalau nak kenakan dengan selera pedas kita, boleh tambah cili api masa merebus atau cicah je dengan sambal belacan.. he he!

Boleh juga ditukar dengan tempe dan tauhu, maka akan jadi "Bacem Tempe & Tauhu". Tengahari ni aku buat pula "Bacem Drummet"

Selepas direbus

 Selepas digoreng

Bahan2:

1/4 ekor ayam
3 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu kecil ketumbar - kisar
1 biji buah keras - kisar
1 inci lengkuas - ketuk
Gula merah
Garam - secukup rasa
Kicap Manis
1 sudu air asam
Daun salam (hari ni aku buat tak letak daun nih..)
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

(1) Masukkan semua bahan di atas termasuk ayam kedalam periuk.
(2) Tambahkan air, agak2 ayam tenggelam dan rebus hingga pekat atau tidak berair lagi. Rasakan manis dan masinnya..
(3) Goreng sebentar ayam yang telah direbus dan boleh dihidangkan.


Sambal (optional):
8-10 bili cili api
1 ulas bawang merah
1 inci belacan
1 biji limau nipis
Gula

- Goreng cili, bawang dan belacan. Tumbuk dan tambah gula. Perahkan asam limau.


Versi professional buat.. heheh!  Makcik punya air tangan. Ada tempe sekali...

January 29, 2009

Karipap Ikan Bilis



Untuk frozen... bila2 boleh goreng



Baru lepas goreng.. yummm!



Baru je lepas makan karipap panas, buat sendiri. Kat Singapore ni aku masih belum jumpa karipap yang menepati citarasaku, so aku prefer buat sendiri. Boleh goreng & makan panas2 mmm.. Sebab aku tgh nak avoid udang (allergic kott..), aku guna ikan bilis je sebagai perencah.. simple!


A) Bahan2 inti (boleh dapat dlm 20 biji):

2 biji kentang yg agak besar (keledek lagi sedap)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bilis
Cili kisar
Rempah kari
Garam
Gula
Minyak

Cara2:
1) Kentang dipotong dadu dan basuh
2) Bawang merah, bawang putih, cili dan bilis dikisar atau tumbuk
3) Tumis bahan (2) sehingga hilang bau maungnya atau garing. Masukkan garam dan gula ikut citarasa.
4) Masukkan rempah kari dan daun kari.
5) Masukkan kentang, tambah air dan biarkan sehingga empuk dan agak kering.

B) Bahan2 doh (untuk 10 biji) :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak panas
1/4 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
Secubit garam

Cara2:
1) Uli semua bahan2 di atas sehingga lembut dan membentuk doh. Bulat2kan dulu baru gelek buat kulit karipap. Sonang yooo...

January 19, 2009

Kari Ikan Faiza


Lama tak masak kari.. Petang tadi aku buat kari ikut resipi kat bungkus dia, cuma aku ubah sikit2. Methodnya lain sikit dr yg selalu aku masak..

Bahan2 (utk 2 org makan):

1 ekor ikan bawal dipotong 2 atau 3
3-4 camb serbuk kari ikan Faiza
1/2 camt Halba
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 ulas bawang besar - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 biji cili hijau (td aku guna cili merah)
1 biji tomato - potong ikut suka
1 camt asam jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Santan cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak

Cara2:
(1) Serbuk kari, asam dan garam dicampur dengan sedikit air.
(2) Tumis halba seketika. Boleh juga letak jintan manis sekali (ikut resipi asal)
(3) Masukkan kesemua bahan hiris iaitu bawang, halia, cili, tomato dan daun kari. Tumis sehingga naik baunya.
(4) Masukkan campuran serbuk kari dan biarkan dalam 10 minit.
(5) Masukkan santan dan ikan. Bila dah mendidih dan ikan masak, boleh angkat.

Note: Kalau aku suka kari yg dimasak lama2 takpun overnite kari. Boleh juga letak kacang bendir, lagi bestt..

January 18, 2009

Char Kuey Teow

Rindu nak makan CKT macam kat KL.. tapi resepi yang ni not bad juga...

Bahan2:

(1) Untuk paste:
Udang basah - rebus sebentar dan ambil airnya
Bawang putih- diketuk
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis
Pati ikan bilis
Garam
Gula
Petis (tapi aku tak letak pun..)

(2) Bahan2 lain:
Kuey Teow
Cili boh
Kerang
Taugeh
Daun Kucai
Telur
Minyak

Cara2:
(1) Reneh air rebusan udang dengan semua bahan (1) sehingga menjadi agak pekat. Paste ni boleh simpan dan guna bila2 masa.
(2) Tumis cili boh. Sesudah tu, masukkan udang dan kerang. [Aku suka letak hirisan bawang besar sekali]
(3) Masukkan pula paste dan kacau2 seketika. Masukkan air sedikit. Paste tu sepatutnya sudah cukup rasa, so takyah tambah2 bahan lain masa masak.
(4) Kemudian masukkan kuey teow, taugeh dan kucai.
(5) Pecahkan telur dan gaul seketika. Makan panas2 dengan perahan limau dan hirisan cili api atau cili jeruk.

Note: Masak sekejap je dengan api yang kuat..

January 17, 2009

Ikan Selar Steam

Lagi satu koleksi steamed fish.. Lauk dinner ku sebentar tadi. Bolehlahh..utk mengurangkan sajian bergoreng.. Nak tunjuk pun tak boleh sebab kamera tengah demam... :(

Bahan2:

2 ekor ikan selar
3 sudu sos ikan Thai
2 sudu sos tiram
1 biji limau nipis
Sedikit garam & gula

Bahan tabur & hiasan utk dimayang:

Lobak merah
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Serai
Daun Ketumbar
Daun bawang

Cara2:

(1) Bersihkan ikan dan sapukan dengan garam
(2) Campurkan semua bahan yang dimayang/hiris. Perahkan air limau nipis.
(3) Letakkan ikan di atas pinggan. Taburkan semua bahan hiris di atasnya.
(4) Tuangkan sos tiram, sos ikan dan sedikit gula
(5) Kukus selama <> 15 minit. Dah masak, taburkan daun bawang.

January 8, 2009

Asam Pedas Ikan Keli

Asam pedas makcikku yg menjadi kegemaran keluarga... Kuantiti bahan2 main agak2 je laa..ikut citarasa he he...

Bahan2:
1 kg ikan keli
Cili kering - dikisar
Bawang Merah - dikisar
Bawang Putih - dikisar
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3-4 keping asam keping
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Potong ikan keli kpd 2-3 bahagian dan goreng sampai agak garing. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.
4. Tuang air kedalam periuk dan masukkan asam keping.
5. Apabila air telah mendidih, masukkan ikan.
6. Rasakan garam dan asamnya ikut citarasa. Kalau suka, boleh tambah bahan perasa.