April 25, 2009

Nasi Ayam



Sempena last Saturday in Singapore, hari ni aku masak nasi ayam. Selalu tu beli je.. alaa untuk makan 2 orang, lebih economical beli je kan.. he he alasan! Tapi kat Singapore ni yg famous adalah nasi ayam penyet. Difference dia sambalnya.. ayam lak, mmmm aku rasa biasa je walau actually perencahnya lain (tengok resipi). Masuk salah kedai la tu kott... Semua orang pun boleh masak nasi ayam, tapi aku saja nak share resipi aku hari ni...

Bahan2 (utk 2 org makan) :

Ayam (ikut portion kesukaan)
2 cawan beras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub ayam
1 bunjut sup
Garam
Lada sulah
Bawang Goreng
Daun bawang & sup
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Timun, tomato & daun salad

Cara2:
1) Tumis halia dan bawang dengan sedikit minyak sehingga perang.
2) Masukkan air secukupnya disertai ayam, sup bunjut dan kiub ayam
3) Rebus sehingga ayam masak dan keluarkan.

Nasi:
4) Cuci beras. Masukkan air rebusan (sup) ayam ikut sukatan sepatutnya dan masak. Tambahkan juga sedikit garam (dan butter kalau ada dalam fridge :P)

Ayam (hari ni aku buat 2 jenis ayam. Saja suka...) :
5) Ayam madu: Perap ayam yang telah direbus bersama kicap, sos tiram dan madu dalam 1/2 jam. Goreng atau bakar sekiranya mahu mengurangkan penggunaan minyak.
6) Ayam rempah: Perap ayam yang tidak direbus dengan bawang putih, halia, ketumbar dan garam yang telah ditumbuk sekali. Letak serbuk kunyit. Goreng hingga garing.

Lain2:
7) Kicap - kalau malas, tuang je kicap cap kipas udang. Atau tumiskan bawang putih, letak kicap dan sedikit air sup.

8) Sambal - blend cili merah bersama bawang putih dan campur sos tomato atau cuka, garam, gula & air. Kalau malas, pakai je sos cili :P

No comments: