March 30, 2009

Kek Coklat Kukus


Dapat resipi ni dari Myresipi.. Senang dan sedap...

Bahan2:

2 cawan tepung Bluekey (self raising)
1 cawan gula ising
1 cawan susu pekat manis (creamer manis)
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara2:

1) Masukkan semua bahan dalam bekas/mangkuk
2) Kacau dengan sudip atau senduk kayu ke... guna tangan je!
3) Bila bahan2 dah sebati, tapis adunan supaya hasil lebih halus dan cantik (kalau malas, tak tapis pun takpe).
4) Didihkan pengukus dan kukus dalam 40 minit...

2 comments:

Arisya said...

electric steamer tu pun nak kena didih kan ker?

ke boley terus masuk? tengok tu... I have one myself tapi tak pernah nak guna sangat sebab macam ada bau halia... asyik steam ikan je...

Cik Siti Abu Sujak said...

Didih kan dulu dlm 10 mins ke.. pastu letak & tinggal je.. Kalau rasa mcm tebal je steam dlm 50 mins. Takpe, kek coklat perisa halia la la la la...