December 31, 2012

Carrot Cake - Penutup Tahun 2012

Hari ni seharian hujan dan mendung di Bandar Darulaman. Udahle akak rajin sangat membasuh sampai 3 round! Sebabnya semalam waktu panas terik hampir sepanjang hari, akak tak membasuh. Sibuk mengurus anak yg nak sekolah esok ni. Baru nak beli baju, kasut, seluarnya.. Last minute sebab baru buat keputusan nak pergi ke sekolah mana.  Ahahaa... penat juga akak tak percaya kat abe hari tu bila dia kata tahun baru tak cuti kat Kedah. Sejak mai Kedah ni, akak rasa lost of memory kejap. Selalu lupa akan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Asal pegi beli barang je, mata akak terbeliak sebab cashier kata "hari ni takda plastik kak".

"Hah!? Hari ni hari apa..?"
"Hari Sabtu kak..."
"Lorrr.... akak ingat hari Ahad!!!"  Erkkkk... mengada je statement akak  :P

***************************************************
KISAH KEK

OK lah... meh cerita pasal kek. Bila kekawan dan adik beradik dok kata Kek Carrot akak sedap, maka tetiba teringin pulak nak makan. Selalu rasa hat balance atau kerak2 je. Pagi2 akak dan parut lobak tu. Lepas masak nasi & lauk, terus buat projek baking. 

 Takde deko2... nak makan sendiri je. N bagi jiran kalau terserempak... :)


Tiba time nak bakar, kalut pulak jadinyaa... Oven yang akak guna extension tu (sebab takde direct power point yang dekat), padam tanpa kusedari. Gelabah le, takut terbakor plug ke apa. Apalagi, kasi angkat keluar itu gas dan sorong oven tu ke kabinet. Adalah power point kat situ. Melintang oven + dapur gedabak tu kat tengah2 dapur sebab nak bakor kek. 

Dapur + oven yg banyak jasa, sebelum naik lori

Itulah... memang penting perancangan kalau buat sesebuah rumah tu. Mana nak letak dapur, petisejuk, periuk nasi, dsb. Power point kalau tak cukup memang haru.. Sesetengah peralatan elektrik tak boleh sharing atau guna extension sebab watt yg tinggi.  Apa2 pun, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Akak perlu sabar beberapa bulan je sebab ni rumah orang. Sementara nak tunggu rumah sendiri siap.. Nak kena sabar tunggu plan keluar dari bilik mesyuarat pihak berkuasa. Tulah, nak beli ready built bungalow di tepi tasik, mahei benor... tak mampu dek! hehehh

Selingan - rupa paras dari bawah kek butter warna warni masa stock clearance hari tu... 


December 28, 2012

Apam Mentega


Bila tengok apam ni rasa nak tergelak. Mengimbau kenangan lama masa zaman remaja dan bujang. Masa tu akak menyewa bilik di Sek.18, Shah Alam dan bekerja di PPP ITM. Akak duduk bilik sorang. Satu lagi bilik disewa oleh 2 orang yg takde kena mengena dgn akak, dan bilik utama tuan rumah dan keluarga duduk. Tuan rumah ni pandai buat apam butter. Sedap sangat2.. Tapi kami tak pernah berpeluang nak tengok dia buat. Asyik2 missed the process. Dapat rasa makan je.. Kawan2 tu kata, agaknya resipi rahsia kott..

Satu hari masa kakak ni balik kampung, budak bilik sebelah yg juga pelajar ITM tu duk menyelongkar dapur. Cari resipi apam butter. Punyalah nakal.. Akhirnya jumpa dan dia salin. Siap potostat 1 copy utk akak. Ada lagi akak simpan, tapi tak pernah pun buat. Kejadian dah dekat 20 tahun. Dan baru beberapa hari lepas, akhirnya akak buat juga apam butter ni. Tapi tak guna resipi curi tu.. Guna resipi internet yg sgt banyak tuu... Sedap la jugak. Tapi, agaknya sebab baru first time, taklah cantik tip top macam apam butter Kak Lin si tuan rumah tu. Hehehe....


APAM MENTEGA a.k.a APAM BUTTER
Rujukan : Kak FizaYatie

Bahan2:

(A) Bahan untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (saya guna air panas)
250 g mentega (saya guna buttercup)

(B)
3/4 cawan gula pasir (resipi asal K.Fiza 1 cwn)
4 butir telur
3 cawan tepung gandum }
2 sudu kecil soda bikarbonat } ayak bersama
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila

Cara2:

1)  Untuk buat gula hangus :
Masukkan gula dalam periuk, masak hingga gula larut dan berwarna perang. Tuang dengan air panas perlahan2 dan berhati2 (boleh juga padamkan api semasa menuang air). Kacau hingga gula larut.
Bila telah larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair keseluruhannya. Tak perlu disejukkan dulu.
2) Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan gula hangus dan teruskan memukul hingga sebati
3) Masukkan tepung dan susu secara selang seli. Gaul sebati. Perap selama 1/2 jam.
4) Panaskan pengukus bersama acuan apam (saya guna acu lompang). Masukkan adunan ke dalam acuan - boleh letak penuh atau kurangkan dalam 1 cm kalau nak yg lagi comel ;)
5) Kukus selama 15 minit. Sila alas penutup tu dgn kain ye puan2..

Kalau terbanyak, boleh bagi jiran jemuran.. Kalau takde, simpan dalam petisejuk. Nak makan nanti, kukus balik kejap... (macam yg akak baru buat kejap tadi hehe..)


December 23, 2012

Oven oh Oven

Bilalah nak mula baking ni.. Oven saya tengah cuti2 Malaysia. Sebenarnya tak tau nak diletak di mana oven + dapur yg agak gedabak itu di rumah yg baru diduduki ni. Masalah utama ialah power point yang tak cukup dan jauh dari penempatan sementara si oven.  Masalah kedua, oven tu nak kena guna direct power point.. no sharing2, no extension. Alaaa... Tetiba tekak ni rasa nak makan kek opera!

Gambar hiasan je.. similar but not the same

December 15, 2012

Tempahan Terkini

Nak cakap tempahan terakhir, tak betul.. Terakhir di KL, pun bunyi lain macam je.. Takpelah, mungkin tempahan terakhir di KL untuk tahun ini. Sebab 'kedai' saya yg di KL ni dah tutup. Tu yg duk buat pengumuman selalu.. Akan datang kalau orang Jitra dan kawasan2 berdekatan nak rasa kek humble saya atau karipap frozen made by orang Jawa, yang dibuat dari jiwa dan penuh kasih sayang, boleh roger2 akak.. Akak akan menetap secara tetap di TAMAN TUNKU SARINA, Bandar Darulaman bermula 20 Disember 2012. Walau asal-usul akak dari Selangor, banyak habiskan hayat di KL, biarlah kali ini akak bawa diri ke Kedah sana.. hehehe!

OKlah.. semalam akhirnya berjaya juga hantar karipap dan pau frozen yg dah bertapa berminggu2 dalam freezer untuk kawanku Aida di Wisma Genting tu. Ku redah jua jalan jammed utk special delivery. Baru nak sembang, hujan lebat turun membasahi bumi. Memang Allah tak izin utk kami bergosip dengan lebih2nya... hahaha.

Hari ni pula, dua pupu akak, Dr Faizah berjaya pick up RV setelah entah berapa percubaan menempah. Tu la, kan bulan November/Disember ni penuh dengan aktiviti balik kampung. Dan bila dah lama tak buat kerja2 baking dan yg sewaktu tu, boleh hilang skill. Ellehh... skill sangat la kannn... Bukan apa, alasan untuk melindungi segala ketidaksempurnaan pada itu kek.. erkkk :P  Hasilnya ginilah dek.. Opss. Akak patut panggil Faizah tu 'kakak'.. Pangkat keluarga :)


December 12, 2012

12.12.12 dan Sate Samuri

Ahahhh.. saja je akak letak 12.12.12 tu.. Untuk mengabadikan tarikh yang cantik hari ni. Masing2 nak tinggalkan cop cari kat social medium sempena tarikh yg akan muncul 100 tahun lagi selepas ni. Agak2 masa tu kita rupa apa ekk..? Ya Allah.. moga2 kita semua di dalam Syurga Firdausi.

Hampir menjelang tengahari dapat juga pujuk En Fawwaz turun dan keluar dari kawasan gate Anjung Hijau ni. Nak beli fresh milk (silap amik full milk.. takpelah). Nak isi minyak kereta yg dah keluar gambor pam minyak tu. Umpannya ialah nak belikan Kit Kat, sebab tu dia nak ikut. Tapi kadang2 tak laku juga umpan tu... Sementelah dah isi minyak kat RnR Kesas tu, teruslah cari lauk untuk dia. Suruh dia pilih sendiri ayam masak apa.. Mak pulak order Sate Samuri. Dah makan bulan mak ngidam sate. Tapi sebenarnya bukan En Samuri punya. Akak nak yg macam Ikram Dinzly makan kat JJCM tuuuuu... Nampak lembut dan moist dan besar! Tapi letaknya kat Kajang. Jauh untuk diriku... Nak ajak abe, jgn harap. Dia tu boleh matikan selera akak kalau diajak makan ala2 JJCM hahaha!!!


Takpelah... dapat juga yg namanya SATE. Cuma feel tak berapa lah.. Hat sate daging tu keras dan liat. Makan sambil bayangkan daging rusa yg lembut tu... huwaaa. Cicah pula bayangkan kuah sate Wak Misnon otai sate kat kampungku, yang ada campuran kacang kasar + halus tuuu... Nak komplen lebih2 tak berani. Takut macam tak bersyukur je..  :P  Sekurang2nya, dah sampai Jitra nanti, takle akak terkenang2 sate cap Jawa.. lalala.

December 3, 2012

Tempahan Kek Pelangi

Rupa paras kek span pelangi yang dah disiapkan siang tadi. Sayangnya tak boleh nak hantar pada tuannya atas sebab2 tertentu. Harap2 esok boleh hantar, sebab abe ada,, Thanks Ayu. Jumpa esok ye..



Bahulu Pelangi


Alkisah akak nak buat kek rainbow semalam... Sebab pemesan kata kek pelangi, automatically akak buatkan span pelangi. Sedap sikit, boleh salut dengan cream cheese yg lemak berkrim. Amboi.. sukanya benda2 creamy ni kan..

Everything went smoothly.. pergh, terus nak cakap London! Tapi kan... dah siap titik2kan color dan perasa, dan satu batch (2 loyang) dah masuk oven, baru perasan akak lupa nak bubuh baking powder dan butter cair. Lepas tu rasa nak buang je semua. Frust sangat!! Tapi, bila fikir2, teruskan je lah.. Mana tau boleh makan. Dahlah Encik Fawwaz, supervisor kecik tu asyik checking ke dapur je. Kek..kek.. Penuh sabar dia tunggu kek masak. Tandanya nak la tuuu... sebab dah lama tak buatkan dia pun.

Akak bakor 5 loyang je.. Patut ada 6 bahagian/colors. Bila keluar oven tu, rasa macam lembut pulak. Jadi, dengan yakin bakarlah 5 warna.. Maka macam nilah kejadiannya. Sedap.. tambah akak letak perasa stoberi, oren dan honeydew. Sebab dah ada ganache sejuk kat dalam peti, filling kan itu jelah. Alangkah sedapnya kalau guna krim vanilla.. macam swissroll tu. Nak fillingkan cream cheese, cukup2 untuk buat tempahan je.. huhu! Nak lagi sedap, masuk petisejuk dulu..


BAHULU PELANGI (RAINBOW BAHULU.. ahaks!)

Bahan2:

6 biji telur A
180g gula halus
1 sudu besar ovallete (pastikan ada cop halal ye..)
200g tepung low protein (tepung kek) - ayak
100 ml susu full milk/segar - saya guna Dutch Lady Full Milk
1 sk esen vanilla - saya guna jenis serbuk
Pewarna pilihan - merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru
Perisa tambahan - optional
Krim mentega, vanila, chocolate, dsb - ikut kegemaran sebagai filling

Cara2:

Masukkan telur, gula, ovallette, esen dan tepung dalam mangkuk adunan. Pukul sampai gebu dalam 5 minit dengan  speed maksimum.
Masukkan susu dan pukul lagi sampai adunan ringan.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Letakkan pewarna.
Masuk ke dalam loyang yg telah dilenser dengan majerin/mentega dan dialas dengan kertas baking.
Bakar dengan kepanasan 160C selama 10 minit.
Bila dah sejuk, lapiskan dengan krim kegemaran anda.

December 2, 2012

Pulihkan Semangat

Semangat akak dah pulih rasanya... Sekejap lagi nak baking. Nak buat kek rainbow utk dihantar esok. Kelmarin dah mula dengan projek pau, tapi masih tak cukup. Apa2pun, mesin uli tu dah sihat dan senyap je bunyi dia. Dah tak kelentang kelentong.. Cuma bila adunan makin berat, geseran tepung tu buat akak suspen. Takut meletup je.. na'uzubillah.  Jadi guna utk setakat mengadun dan uli sikit2. Nampak hasil tetap baik dan better dari ulian tangan. Of course la kan... hahaha!

Siap kek tu, nak sambung pau dan karipap utk kawan lama akak yg senyap sunyi je dri fb kebelakangan ni. Akak pun tak sapa2 dia, takut dia bertanya..hehe. Lepas tu kena belajar2 memandu ke tempat baru. Maknanya cuti lagi lah tuuu... Balik, ada seminggu lagi berbaki utk siapkan tempahan RV. Lepas tu cau cin cau.. operasi dari tempat baru :)) 


November 29, 2012

Baking Powder vs Baking Soda

Petang ni konon2 kembali semangat nak mengepau.  Mesin dah elok balik. Baru je ambik petang semalam dari repair kat CKE service dept. Bila test tadi, best sangat.. Senyap je bunyi dia tak macam dulu, keletang keletung.

Lepas perapan pertama, akak pun masuklah bahan2 seterusnya. Rasa terkial2 nak keluarkan 'DOUBLE ACTION BAKING POWDER' yang dah tinggal sikit tu ke dalam tepung. Ngam2 2 sudu besar.. Pastu tuangle adunan tepung tu masuk ke mangkuk uli. Merangkak2 nak cari SODIUM BICARBONATE pulak. Tak jumpa2.. Sekali jumpa, bekasnya dah kosong!

Rupanya tertukar.. Yg dituang sampai 2 sb tadi ialah soda. Sedangkan sepatutnya cuma memerlukan 1/2 sudu kecil soda je.. Nisbah BP ngan Soda = 2 sb:1/2 sk tau.. jauh tuuu.. Terus tak jadi mengepau. Sebabnya akak dan gaul2 sikit dengan tangan tepung tu dan tak boleh nak asingkan lagi. Masuk tong sampah. Huwaaaa... apakah maknanya ini? Turun balik graf kerajinan. Terus akak tengok sinetron TV3, pastu sambung cerita Jepun Suzuran di AlHijrah.. Melingkau je atas sofa. Susahnya nak dapatkan mood dan fokus tu semula.

Agaknya terlebih makan durian crepe kot... :P

Custard Cream utk Durian Crepe

Walla.. wallawehh!!  Akhirnya dapat juga akak mengecas energy ini untuk membuat custard filling bersama saudaranya durian dan crepe!! Ahahaa.. fening dengan bahasa putar alam ku. Sebenarnya akak ni taklah fanatik kepada DC ni.  Makan sehari 1-2 ketul cukup. Ikutkan lagi nikmat makan durian gitu2 saja. Tapi dek kerana tsunami DC yang tak reda2, buatlah juga. Ikutkan ada je yg order. Tapi selain menolak, akak pass je kat orang. Takde mood la dek! Tak cukup istighfar kot..huhuhu.


Resipi filling ni adalah hasil cedok sana dan sini. Sedap tak? Terpulang kepada tekak masing2.. Kan akak kata sedap tu subjektif.  Kalau nak kelainan, boleh cuba yang ini.. Tapi akak rasa memang la sedap. Cuma lebih manis dari yang fresh cream biasa2 tu..

Custard Cream 

Bahan2:

1 cawan susu segar/full milk
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
1 sudu kecil serbuk vanilla
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
1 sudu besar mentega
Non dairy whipping cream secukupnya

Cara2:

1)  Panaskan 30ml susu (ambil dari sukatan di atas separuh dari 1/4 cawan) bersama gula hingga sebati
2)  Masukkan kuning telur dan kacau cepat-cepat
3)  Masukkan 1 sudu tepung jagung, vanilla dan garam.  Kacau lagi
4)  Masukkan baki susu, tepung jagung & kastard dan mentega.  Kacau sehingga likat dan meletup2.  Matikan api dan sejukkan.
5)  Pukul whipping cream sehingga kental.  Masukkan krim kastard dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6)  Gunakan sebagai filling bersama isi durian seperti biasa


UNTUK CREPES DAN FRESH CREAM FILLING BOLEH TENGOK SINI

Yang ni filling fresh cream + durian. Dah kena hempap dgn DC yg dh kena kenduri dulu, tu yg nampak penyet2.. akak main tindan2 je hehe

Tak dapat nak upload gambar bebanyak.. katanya over quota. Dulu pun pernah jadi tapi back to normal..  Tak best la cam ni kan..

November 27, 2012

Bulan Yang Suram

Bulan ni memang saya tidak mengaktifkan diri di dapur.  Boleh tahan banyak juga tempahan dan permintaan yang saya tolak.  Semuanya bermula dengan cuti sekolah. Balik kampung hampir seminggu, dan beberapa hari selepas balik ke KL, patah semula ke kampung kerana ayah kembali ke Rahmatullah pada 21/11 lepas secara mengejut.  Saya baru kembali ke Bukit Jalil Ahad semalam.  Terasa macam blur saja nak memulakan semula aktiviti2 saya.

Ditambah pula dengan proses perpindahan saya ke Jitra. Minggu depan dah nak ke sana melawat rumah baru. By 18/12, In shaa Allah angkut semua barang.  KL dan Bukit Jalil akan ku tinggalkan dengan kesedihan huhuhuu...  Itulah antara sebab lain yg membuat saya amat malas nak buat projek baking dan menguli. 1-2 order yang pending tu, harap2 dapat saya selesaikan.

MAHA 2012

Hari ni sempat juga saya ikut abe ke pameran MAHA.  Best juga sebab weekday, tak berapa sesak.  Tapi ramailah orang.. Panas. Kecacingan saya terutama masa nak balik.  Berjalan sejauh2nya.  Ternampak durian crepe.. beli satu bekas. Padahal adalah 13 biji kat dalam fridge tu saya buat malam tadi.  Abe kata sedap lagi yg saya buat dari yang beli tu.  Ya udah.. :P

Lepas tu beli sata kat gerai terhujung sanun.. BASI! Dengan lemah lembut saya beritahu adik yg jual tu.  Dapat ganti yg elok. Mujur beli satu cucuk je (3 ketul).  Alasannya kurang masak. Tapi detik hati saya, kurang laku sebab tempat tu agak jauh dan kurang strategik berbanding yang di bawah khemah yang di atas bukit tu.  Untuk tengahari saya order lah mee bandung muar kat khemah glamer tu.  Tapi terasa udang kering sangat sampai menghampiri rasa belacan!  Adohhh.. hari ni penuh dengan komplen.  Tapi tak berani komplen terang2an. Dalam hati je.  Dan dalam blog ni hehehe...

November 19, 2012

Karipap Durian n Cleanser

Hehe.. petang ni akak mabuk sikit selepas makan keripap berintikan durian.  Alaa.. tadi akak buatlah karipap sardin untuk memenuhi tempahan kawan yg tak siap2 tu.  Pastu ada kulit extra.. Teringat lak balance  isi durian masa gila2 buat DC hari tu. Sikit je.. Daripada tak sudah2 membaukan petisejuk, akak tenyeh je masuk dalam kulit karipap.  Lepas tu goreng.. Makan waktu masih panas. Inilah hasilnya... Gambar blur, sebab pakai kamera hp cap ayam je :P


Lepas tu akak mandilah.. Sebelum mandi, cuci muka dulu.. Macam nampak jelas tube yg akak picit tu.  Tapi bila tenyeh2 kat muka tak berbuih lak, lagi berangin... Muahahaaa.. rupanya itu adalah UBAT GIGI.  Cuci muka dengan ubat gigi memanglah berangin muka tu...  Haaa!!! Makan lagi karipap durian!!

November 17, 2012

Kisah Cendol

Hari ni saya dah balik ke KL.. Macam sekejap sangat 5 hari tu. Abe saya pun dah perli tadi, ingat lama sangat nak balik, rupanya 5 hari je!  Ayoo.. kalau ikutkan hati nak cuti sebulan kat kampung tu.  Tapi teringat2 pulak pada tempahan yg belum selesai.. Walau tak janji tarikhnya, tetap tak senang hati kalau tak siapkan dengan segera.

Selama di kampung panas sokmo, tak hujan pun.  Tadi balik, sedari Kuala Selangor sampailah ke Kelana Jaya, hujan.  Tak hujan bila dah masuk ke Sunway dan kering bila masuk Kinrara.  Wah! Macam pengulas cuaca pulak hehehe..

Melepasi pekan Kuala Selangor dan masuk ke Assam Jawa, ada satu gerai cendol popular bernama Cendol Bakar.  Memang full house selalu. Tapi saya tumpang lalu je, sebab malas nak bersesak2 di situ.  Dah makan tahun juga saya terkesima dengan banner dia yg sungguh menarik perhatian tu.  Bukanlah cantik sangat, tapi macam magnet kuasa tarikannya.  Besar.  Apalagi nama tu buat orang tertanya2 rupa paras cendol yg dibakar hehehe.. Ada yg bagi tahu saya, gulanya di bakar. Ada yg cakap nama owner dia Bakar.  Betul dan hampir betul.. Tadi saya ambil pengesahan dengan membaca sepintas lalu bunting yg diletak di situ.  Gulanya dibakar dan nama datuk kepada pengusahanya yg seorang wanita, ialah Abu Bakar.  Nah! Terjawab sudah..

 Gambar dari kereta sewaktu hujan..

Ehsan Google

Bagi saya, rasanya boleh tahanlah sedap.. Sebab ada pelbagai campuran seperti jagung, nata de coco, pulut, durian dan macam2.  Ikut pakej.  Harga pun tak mahal.  Sepanjang jalan dari KL ke Sabak Bernam, saya pernah rasa pelbagai cendol di situ seperti Cendol Durian Ayu di Permatang dan Cendol Borhan di Tg Karang.  Cendol Borhan ni sama popular dgn cendol Bakar dan sentiasa full house.  Bezanya di Cendol Borhan ada hidangan2 sampingan yg ditawarkan seperti mee dan lain2. 

Kalau di Sg Besar pula saya selalu beli cendol yg dijual di kenderaan.  Paling nostalgia ialah cendol di kampung Parit Baru.  Dulu masa saya kecil, selalu makan sewaktu ke pasar siang di sana. Rasa pandannya kuat. Santannya cair.. Manisnya sedang2.. Minum dalam mangkuk batu.

Cendol mamak pun boleh tahan.. Masa saya bersekolah menengah, kami selalu berkerumun, kadang2 minta dibelanja cendol mamak bawah pokok depan Sek Men St John.  Masa tu saya bersekolah di Convent Bukit Nanas.  Lepas tu kecoh kata cendol mamak tu bubuh cacing. Terus break! Tapi sekejap je.. hahaha!!  Cendol mamak depan apartment saya ni pun boleh tahan sedap.  Ramai kawan dan saudara saya yg approved.  Rasanya lemak manis, ada rasa garamnya. Dia cuma letak cendol, kacang merah dan cincau sahaja.  Kalaulah ada pulut dan jagung, pasti lagi mantap! Tapi dulu2 masa permulaan memang dia letak jagung.  Sekarang ni je tak letak. Harga pun makin mahal.  Dari RM1.40 sekarang dah RM2.


Bestnya cerita pasal cendol kan.. Inilah antara minuman kegemaran terutama bila musim panas.  Nak buat sendiri tak reti.  Bukan tak pernah cuba, tapi tak menjadi muahahaa...

November 13, 2012

CUTI

Hari ni nak balik kampung... cuti lama2. Yayy... bila part balik kampung ni gembiranya lebih dari budak.. hehehe!

Rumah makcik bongsu ni kami panggil Rumah Kuning.. Port orang2 KL (anak2 cucu arwah nenek) kalau balik kampung  :D
Saya membesar di sini, sedari baby... 


November 9, 2012

Kek Span Pelangi

Yayy! Freezer ku dah kosong.. Petang ni semua yg datang ke rumah akak dapat merasa dan membeli haha..  Terima kasih sangat2 kerana membawa kegembiraan buat ku yang sentiasa merindui kawan2.. Puas sembang, bergelak ketawa.. dari satu topik ke satu topik.  Sayangnya.... terlupa nak ambil gambar beramai2.  Yang ada cuma gambar durian crepe Cik Anie (kes nak tayang kat kengkawan.. :D).  Owhhh... bukan senang nak berkumpul... Dahlah lepas ni Anjung Hijau pun bakal jadi kenangan..

Takpelah... Mehle akak tunjuk gambar kek ni... Yang order Ani Maskam. Dia juga order 17 peket pau dan 3 peket karipap.  Sebulan tak abis punya... Adoi! Rindu bakal mendatang ni..



Comot je DC akak.. dapat juga bagi kawan2 rasa. Yg bukan kaki durian tu, mahap je le.. hihihi

Edited:

Customer bagi testimonial...TQVM Ani.. :))


November 7, 2012

Minggu Memenuhkan Freezer

Agak suram produktivi yang nak ditonjolkan minggu ni.. hehe!  Sebab memproses frozen food yg tak siap2.. Nilah, sekarang ni duk tunggu kukusan terakhir pau bagi memenuhi tempahan 3 orang sahabat yang bakal datang hari Jumaat esok.. Sejak pagi tadi buat karipap, lepas tu menyelongkar kotak2 dalam rumah ni (2 plastik sampah hitam jugakle barang buangannya..) dan menyambung dengan satu adunan pau.  Untuk satu adunan ni cuma dapat 5 peket je iaitu 45 biji.  Siap yang 45 biji ni, maka akan melimpahlah freezer comel saya tu... Selagi dorang tak ambik, tak bergerak lah jawabnya kilang pau & karipap.  Talking about pau, kalau anak saya si Fawwaz tu boleh abiskan sekali 3-4 biji, apatah lagi yang tua darinya.. Kalau ada abi, memang boleh berebut.. haha!

Minggu ni juga adalah minggu menolak order.. adalah satu dua..Ya ampunnn. Macamanalah nak jadi kaya dan berjaya nehh??  Takpelah, dah bukan rezeki memasing.  Hari Isnin lepas, sementara timing nak hantar hubby ke ERL, sempatlah juga saya bakar joconde (almond sponge) untuk buat kek opera.  Alhamdulillah, berjaya juga nak bagi cikgu2 Fawwaz rasa kek exclusive tu semalam.  Bukan apa, minggu ni penuh dengan cuti.  Hari ni (Selasa) dan esok cuti.. Takut2 Jumaat last day nanti Fawwaz mogok.. mana tau kan hihi.  Lepas ni dah nak hi hi bye bye je.. Kalau dak kecik ni tak sekolah, maknanya saya pun tak boleh ke mana2.  Sebab dia tak suka ikut saya keluar.. boring kot.  Kalau ada abi, ke mana je dia OK.


Masa operasi menyelongkar tadi terjumpalah macam2 barang2 nostalgia.  Antaranya kad2 ucapan yang saya terima sejak sekolah menengah, ITM, sampailah dah bekerja.. Yang ni saya simpan balik dalam kotak tu.  Nak bawa ke mana jua ku pergi hehe.. 

Nostalgia zaman remaja...

Forward View ni adalah peninggalan sebuah co. yg dah berkubur - Mega TV.  Banyak kisah pahit manis saya kat tempat kerja tu walau cuma 2 tahun rasanya.  Kat situlah saya mula2 kena serang gastrik sebab stress yang teramat! Huhu... Saya simpan ni sebab ada kisah Lady D ni.. Ada juga keratan2 akhbar untuk beberapa peristiwa gempar yang saya simpan spt runtuhnya Highland Tower, Amerika serang Iraq, angkasawan pertama M'sia pergi ke angkasa, dll.  Nanti2 Fawwaz dah besar, boleh tunjuk kat dia.. :)

November 2, 2012

Tempahan Kek Minggu Ini

Hari ni buat delivery kek ke Bandar Baru Bangi.  Kek Maddy yang saya buat petang semalam... Memang rezekilah kalau saya dapat buat penghantaran.  Sementara Fawwaz masih sekolah dan hubby ada minggu ni.. Kalau dah cuti nanti, mungkin dah tak dapat buat.. Customer kena pick up sendiri ke Anjung Hijo ni..

2 biji cheesecake.. 
Suka sangat sebab yg ke-2 tu jadi elok macam ni.  Dah 3 kali kebelakangan ni duk merekah je

2 biji chocolate moist size kecik.. Takde deko macam selalu.. tuang ganache je. Boleh colet2 yg meleleh tu.. hehe.


Tengahari tadi cousinku, Cik Baity datang.. Ambil pau dan karipapnya yg ditempah.  Dia ingat boleh pilih2 extra lagi kat dalam freezer tu.. Rupanya semua dah berpunya hehehe.  Itupun tak siap lagi.. Esok baru nak menguli satu batch pau utk habiskan tempahan cik A. Hari tu dah siapkan dalam 15 pek kot.. Tadi cik Y pulak dah buat pesanan baru.. saya cut n paste "Harteeee.... next week jgn lupa sediakan stok PAU aku ye... PAU KAYA dan KACANG MERAH... tak kesah lah berapa yang dapat... tetapi kalau jari jemari mu sudah tidak larat... enggak apa bukkk... Saje je Mau bikin stok cuti sekolah... Kalau anak2 aku lapar.. kasi makan PAU je... bertuah punya IBU... hehehe" :D

Haaa... punya manja dia panggil nama akak...hihi! Ni paling2 10 pek nih!! Kalau larat 20 pek pun takpe.. Tengoklah ye sahabat.. Minggu depan banyak projek hujung persekolahan. Tak dapat banyak, sikit jadilah. Untuk kenang-kenangan sebelum ku membungkus semua peralatan sobss!!!  Dr Azizan kata, buatlah bisnes yang boleh menyelesaikan masalah orang.. Inilah yg saya buat sekarang.  Cuma kederat je kadang tak mampu.. Keayuan kena jaga jugak dalam sibuk menguli dan menggodek tepung ni lalalaaa...

November 1, 2012

Saja Nak Mengulas..

Akak ni tengah bakor kek chocolate moist untuk sahabatku Dr Madihah a.k.a Maddy.  Tadi dah siapkan Japanese ciskek seketul.. Nanti malam satu lagi ciskek.  Semua untuk dia, 4 biji kek. Alhamdulillah dapat kawan gini kennn..hihihi!  Sambil nak tunggu masak tu, biar pekena nescafe se'mug' dulu. Biar bertenaga!  Ada pulak ciskek hasil dari balance adunan tu.. fanas2.. perghh!!  Walau tak cantik pada pandangan rupa, namun rasanya tetap sedappp... :D

Durian crepe pun ada 4 ketul lagi.. punyalah slow nak abiskan. Setakat saya dan suami nak habiskan 15 ketul (kalau tak silap haritu..) memang kena ambik masa sebulan! Exaggerate namanya la kann.. haha! Takdelah, tak boleh makan banyak2 sekali harung. Muak walau sedap.  Bila dah lama gini, saya dapati adunan yg dari Jom Masak tu pulak yg best sebab masih lembut crepe nya.  Cuma nak melempengnya tu lah yg agak mencabar bagi yg tak pro macam akak ni.  Semalam saya dah beli setepek lagi durian di AEON supermarket (tak pastilah namanya sekarang ni..) untuk membuat DC sekali lagi.  Kali ni hubby minta buatkan untuk anak daranya yg nak balik ke UiTM selepas break.

Ha! 2 biji choc moist ku pun dah masak.. Syukurrr tak merekah. Sedang2 elok je.  Hari tu buat merekah.. Kenapa entah ye, kadang elok kadang tak.  Malam nanti boleh siram dgn ganache.  Permintaan Maddy, nak kek ceklat kampung2 je.. jangan banyak sangat cream nye.. hahaha! Mana sedap kalau tak meleleh2, dah nama choc moist with ganache.  Abislah reputasi kek akak nanti.. :P

Nak masak lauk dulu, pastu sambung lepas maghrib untuk kek seterusnya iaitu Japanes Cheesecake yg ke-2.  Nasib baik tak jadi minta 3, sebab agak haru biru juga nak buat kek jenis tu.  Lauk apa nak buat? Kari ikan kembung sudah lah... hehe!

October 29, 2012

Durian Crepe.. lagi


Perghh... Nampak gaya akak dah kena sampuk Durian Crepe! Hehehh... Sejak makan cebisan terakhir  DC yang akak buat haritu sambil memandu di pagi raya yang hening.  Sebab takut hilang sejuknya, sebelum dan selepas melepasi tol Kesas tu, akak ngap DC tu secara berhemah. Dan ianya habis bila dah sampai RnR Elmina... Akak ni sebenornya slow eater.. Sopan je kannn makan. Berkilometer baru habis makan seketul. Tapi memang akak rasa benda ni sedapnya bila dah berlama2.. Masa mula2 makan dulu, agak biasa2 je perasaan.  Masuk hari ke2 dan 3, baru terasa nikmat.

Petang tadi saya mencoba 2 resipi crepe yang saya search dari internet. Kalau haritu saya guna resipi yg digunakan oleh Azlita yang menggunakan santan, tadi saya guna resipi dari facebook (Jom Masak) dan yang satu lagi tu dari blog Liana Hobby.  Yang pasti kesemua resipi yang saya guna ni berlainan antara satu sama lain.  Saya suka resipi Liana yg menggunakan 4 jenis tepung tu (kurang setepung je kot dari resipi bzee bakery sifu DC yang fofular tu...). Takpelah, untuk yg berkira atau susah nak gi kelas, boleh je guna ni.  Saya ni pun memang susah nak gi kelas, sebab banyak kekangan yang tak perlulah nak digembar-gemburkan.. hehe!  Jangan pula marah2 kalau minta kat orang yg dah pernah attend kelas dan dorang tak bagi resipi.. Dorang bayar mahal beb!! Dan dorang tu kebanyakan buat bisnes.. Buat macam akak ni, searching n searching.. Usaha tangga jaya.. :P

Oklah.. untuk sesiapa yang teringin nak cuba, marilah kita tengok apa yg ada neh.. Saya guna bahasa sendiri je, bukan CnP bulat2.  Senang kalau nak buat lagi nanti..


DURIAN CREPE

RESIPI 1

Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur

Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender.  Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper).  Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan.  Tak perlu diterbalikkan.  Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan.  Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

RESIPI 2
Saya hanya membuat separuh adunan dari resipi di bawah dan membuat sedikit adjustment terhadap adunan tersebut.  Ianya menghasilkan 11 keping crepe. Adunan ni bagi saya sedang2 elok dan mudah dibentuk.

Bahan2:
100g tepung superfine / gandum
50g tepung naik sendiri
15 g tepung ubi
25g tepung jagung
400g susu segar
1 biji telur
2 sudu besar butter cair/minyak
1/2 esen vanilla - saya guna yg serbuk

Cara2:
Campur kesemua bahan tepung.
Masukkan susu dan gaul dengan whisk.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Akhir sekali masukkan mentega cair.  Tapis.
Perap selama 1/2 jam.
Cara memasak adalah seperti di atas.

FILLING
Isi durian secukupnya
Fresh cream atau non-dairy whipping cream yang telah dipukul hingga kental dan bertanduk.

- Ikut kreativiti masing2 nak buat presentation lagu mana.. Kali ni saya gaulkan kedua2 durian dan fresh cream, baru bungkus dengan crepe.  Jadinya cream tu pun rasa deroyan.. sedap yong!!!  Rasa eskrim deroyan pun ada..

Esok pagi nampaknya bekfast durian crepe le teman... Alhamdulillah!

********************************
Edited : Antara gambar peristiwa, sewaktu proses mengerip.. :D

 Kekadang bertanduk2.. Sila kemaskan, potong ke apa...

 

October 25, 2012

5 biji Kek Raya..

Sedaps nye lepak2 depan TV nonton Umizoomi.. sambil memangku netbook dan menyuap durian crepe! Hari ni makan baru terasa nipis crepe tu, tak macam yg semalam. Sebenarnya saya buat cuma 5 ketul.  Dua dimakan semalam, satu masa buka tadi dan satu di kala ini.. Jadi, tinggal berapa anak2 murid? Hehe.. satu cikgu reserve untuk esok pagi.  Dalam perjalanan balik kampung.. Tak larat la nak abiskan sekali harung.

Sekarang saya tau, yang digaul2 isi durian tu dengan fresh cream lagi sedap dari yg asing2 atau dilapiskan.. Saya gaulkan dulu baru letak atas crepe dan lipat.  Yg satu lagi punya method, letak cream - isi durian - cream.  Lepas raya nanti nak try resipi yg lain pulak. Ada banyak ni... ;)

Hari ni kepenatan menyiapkan 2 biji kek red velvet untuk dibawa balik kampung esok. Bukan untuk makan sendiri, tapi makcik sedara tempah.. Yang untuk sendiri tak terbuat sebab dah tak larat. Mujor ada satu ekstra Japanese Cheesecake. Ditambah kebingungan dengan satu insiden, dan kehabisan cream cheese membuat saya terpaksa merempit ke kedai bakeri.  Ingat kat MyMydin yang dekat sebelah ni je ada, rupanya takde.  

Semalam dah over budget guna cheese tu.  Mula2 buat sebiji Cotton soft Japanese Cheesecake.. Tak elok sangat kejadiannya dan merekah lalu mengempis.  Dah tu sebab agak lama tak buat, tunggang langgang sikit.  Saya ni mudah lupa kalau tak tengok betul2 resipi tu.. Maklumlah amatur..hehe!  Dah tak puas hati, buat lagi sekali.. pun kejadian yg sama.  Entahlah... konfius akak.  Kejap elok, kejap tak elok. Hari tu buatkan Ayu, elok je.. Lepas tu bab deco kek chocolate moist pun sedikit hancus.  Macam2 kemalangan.. terkuis la, melengkung la.. jenuh nak adjust.  Alhamdulillah, dengan apa cara pun siap juga kek2 tu.. Moga2 dapat membahagiakan empunya kek..

Chocolate Moist untuk Maddy.. Ciskek tu pun Maddy punya... :)


2 biji RV untuk Bde Mah..


Yay! Esok nak balik kampung... Macam biasa, drive ngan sikecik tu je. Harap2 tak mengantuk.  Dah cakap kat makcik nak bawa badan je, sebab dah tak larat nak masak apa2. Semua tenaga dah kena sedut dek kek2 tu.  Ini pun mata kelat je, tapi gigih berjaga.. Nak abiskan sesi ustaz Don ni dulu kot.. Nak sidai baju, clearkan meja, etc etc.. Akhir kalam, EID MUBARAK all!

October 24, 2012

DURIAN CREPE.. ke der?

Hehe.. sebagai seorang rakyat di sebuah gua batu, akak memang tak pernah makan 'durian crepe' nih. Benda 'crepe' pun akak ala2 tak reti dek non.. kalau cikgu sekolah akak dulu cakap 'tak erti' ngeee..

Tapi punyalah popular durian crepe ni.. Sudahlah mahal, nak belajornye pun mahal.. Orang kata 6 biji 10 hengget.  Kalau belajar pulak, agak2 RM180 kot satu resipi. Tapi berbaloi la kot.. Pastinya dapat rahsia menghasilkan produk yg cantik secara hands on.. Tak macam akak punya ni. Walau tuan punya resipi tunjukkan betapa cantiknya hasil dia.. ku lihat bagai langit dengan bumi oh ohhh!!

Takpe, sebab baru first attempt.. Lagipun masa buat ni agak kelam kabut.  Sambil membakar Cotton Soft Japanese Cheesecake.  Dah tu ciskek ku agak mengecewakan petang ni.  Dua kali bikin pun hasilnya sama..

Malam ni tunjuk gambar je lah... Kalau nak resipi yang saya guna ni, boleh klik blog Masam Manis atau tuan punyanya yang sangat kreatif, Azlita.  Memang tak berkedip tengok..  Untuk crepe, saya ikut resipi dia.. Manakala untuk isinya, saya suka hati je.. Sebab readymade fresh cream memang dah ada dalam freezer tu.  Balance masa buat butterscotch nut cake.  Jadi saya campurkan je dengan isi durian.

Boleh lahh.. walau tebal sikit, menghampiri ketayap.. kihkihkih!

Dah lepas simpan dalam petisejuk, boleh ngap... ginilah isinya
 Tunjuk lagi.... ;)
 Konon jenuh nak abiskan.. tapi ambik seketol lagi.  Buat ganti lunch yg tak terambil sebab sibuk baking huhu!

SEKIAN... Lalalaa hati gumbira sebab dapat rehat.  Walau sedikit kesal sebab tak sempat bagi Fawwaz makan nasi, sebab dia tertidur waktu saya sibuk transfer gambar ke laptop :(

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...