November 29, 2012

Baking Powder vs Baking Soda

Petang ni konon2 kembali semangat nak mengepau.  Mesin dah elok balik. Baru je ambik petang semalam dari repair kat CKE service dept. Bila test tadi, best sangat.. Senyap je bunyi dia tak macam dulu, keletang keletung.

Lepas perapan pertama, akak pun masuklah bahan2 seterusnya. Rasa terkial2 nak keluarkan 'DOUBLE ACTION BAKING POWDER' yang dah tinggal sikit tu ke dalam tepung. Ngam2 2 sudu besar.. Pastu tuangle adunan tepung tu masuk ke mangkuk uli. Merangkak2 nak cari SODIUM BICARBONATE pulak. Tak jumpa2.. Sekali jumpa, bekasnya dah kosong!

Rupanya tertukar.. Yg dituang sampai 2 sb tadi ialah soda. Sedangkan sepatutnya cuma memerlukan 1/2 sudu kecil soda je.. Nisbah BP ngan Soda = 2 sb:1/2 sk tau.. jauh tuuu.. Terus tak jadi mengepau. Sebabnya akak dan gaul2 sikit dengan tangan tepung tu dan tak boleh nak asingkan lagi. Masuk tong sampah. Huwaaaa... apakah maknanya ini? Turun balik graf kerajinan. Terus akak tengok sinetron TV3, pastu sambung cerita Jepun Suzuran di AlHijrah.. Melingkau je atas sofa. Susahnya nak dapatkan mood dan fokus tu semula.

Agaknya terlebih makan durian crepe kot... :P

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...