Untuk melengkapkan hidangan lontong dan nasi impit juga rendang ayam, kena ada kuah sate nih..
Bahan2 (semangkuk lebih je..):
2 cwn kacang tanah - goreng
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1-2 btg serai - ketuk
2 sudu cili kisar - ikut suka tahap kepedasan
3 sudu gula (saya campur dengan gula merah)
Garam secukup rasa
1 cwn minyak untuk menumis (kena banyak sikit)
Air secukupnya
Cara2 :
1) Kisar kacang goreng hingga sederhana halus - tak halus tak kasar...
2) Panaskan minyak dan tumis bawang, cili dan serai hingga naik bau.
3) Masukkan kacang goreng.. kacau2 hingga sebati dengan perencah. Masukkan garam dan gula sekali.. Tumis kacang ni dengan minyak yg banyak hingga garing atau warna bertukar jadi coklat tua.. Pastikan jangan hangus!!
4) Akhir sekali masukkan air untuk mencairkan kuah... sedang2 jgn cair sangat. Biarkan seketika, perasakan garam & gula dan angkat...
5) Bila dah agak sejuk dan minyak timbul, buangkan minyak tu dengan senduk...
Nota: Kalau suka boleh letak daging atau sebagainya... resipi ni makcik saya yg ajar dan memang tak guna udang kering atau yg sewaktu dgnnya... kuah sate makcik tu memang the best!
November 25, 2010
Rendang Ayam
Lama betul tak merendang sendiri... sebabnya bila raya kat kampung, makcik saya yg hebat airtangannya itu yg memasak! Rendang ni memang sajian kami waktu raya je, jarang buat kalau tak raya... Itupun setahun dua ni kami tak buat rendang ayam sebab tak rela nak hangat-menghangatkan dikala penat beraya.. Rendang mudah basi terutama kalau awal memasaknya dan kalau guna santan asli.
Eid yg lepas teringinla pulak nak buat rendang untuk jamu tetamu yang datang. Alhamdulillah tak banyak balance..!! Saya letak bahan asas je, main campak2... alaa, semua orang pandai buat rendang.. cuma cara dan selera kadang tak sama..
Bahan2:
Ayam - potong sederhana besar
Bawang besar - kisar
Bawang kecil - kisar
Bawang putih - kisar
Halia - kisar
Lengkuas - kisar
Serai - titik/ketuk
Cili kering - kisar
Santan secukupnya
Kerisik
Garam
Gula
Asam keping
Minyak
Daun limau purut
Cara2:
1) Bersihkan ayam, lumur dengan sedikit garam dan goreng sebentar sehingga putih kekuningan (sekadar buat syarat supaya lambat basi dan tak mudah terlerai daging tu..)
2) Panaskan minyak.... tumis bahan2 kisar dan serai sehingga naik minyak atau kering air pada bahan kisar tu.. Saya suka kalau bawang tu banyak, nanti kuah (ke apa namanya?) jadi banyak dan pekat...
3) Masukkan ayam dan gaul seketika hingga rata perencah keseluruh ayam..
4) Masukkan santan dan lain2 bahan.... bila dah pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacau sekejap2 sampai pekat dan masak keseluruhannya. Perasakan garam, gula dan asamnya....
Nota:
Memasak rendang ayam ni selalunya tak mengambil masa yg lama berbanding daging lembu... cuma nak kena pastikan ayam dan bahan2 lain sebati, rasa garam, gula & asam sekata... jangan kerap mengacau, nanti terlerai daging tu. Cuma kalau digoreng terlebih dahulu, kurang sikit lerainya... Ada orang yg masukkan sekali bahan2 tanpa perlu menumis... yg suka pakai daun kunyit, rempah ratus, juga letak cili padi. Macam saya & keluarga, memang kurang suka daun kunyit dan rempah pada rendang dan akan menumis dulu bahan2 tu... lepas tu letak daun limau purut je.. Macam saya kata, ikut cara dan selera masing2... :)
Masa makan... jgn fikir tentang kandungan kolesterol...hehee.. Saya ni walau kurus, kolestrol tinggi.. so, memang jarang nak masak dan makan rendang kecuali hari2 tertentu..
November 24, 2010
Bayam Lemak Tumis
Dah lama tak meng'update' ini blog... Sejak raya korban hari tu, amat busy ler.. 4 hari di Dubai, pastu tinggal beberapa hari nak balik M'sia.. Nak memenuhi permintaan customer dan macam2 le.. Masak pun ala2 jer sejak balik dari bercuti hari Ahad lepas..
Sayur bayam kat atas tu.. alaaa biasa2 je. Cuma mungkin sesetengah tak biasa letak jintan manis.. ada sikit lain pada rasanya, lg sedap...
Bahan2:
Sayur: Bayam & labu
Perencah: Bawang merah, bawang putih, cili padi, udang kering, jintan manis dan garam - tumbuk semua
Lain2: Santan, serbuk kunyit (atau kunyit fresh), udang basah dan minyak untuk menumis
Cara2 - macam biasa laa...heheh! Tumis perencah, dan masukkan bahan2 yg lain... isk! Apasal lain macam benor malasnya hari ni nak tulis... :(
November 11, 2010
Mee Goreng Bujang
Hari ni hari rajinku memasak dan me'report'... Tadi pagi report pau kaya yg akak cuma makan seketui pastu belum teringin nak ulang.. Mee atas ni nama je bujang, tapi yg masak mak budak. Sebenarnya bukan nak cerita pasal mee goreng ni, tapi asal usul mee ni... Memang dah lama tak makan mee goreng (mee kuning) sebab kat Bahrain ni takde jual sangat. Ada kat pasar, Filipino yg buat, so tak tau halal ke tak... Adalah haritu Umi (kawan seM'sia) bagitau ada M'sian buat dan jual tapi kena call (tempah) dulu. Malas la pulak nak tempah... Then haritu terbaca sorang blogger yg duk kat Germany, dia guna spaghetti yang direbus + serbuk kunyit + minyak untuk ganti mee. So, hari ni tergerak nak testing... betul la, hampir sama (tapi tak serupa). Bolehla nak buat ubat teringin...
Mee goreng saya ni cuma guna: bawang kisar, cili kisar, ikan bilis tumbuk, sos cili, sos tomato, kicap, gula, garam dan sayur-sayuran je. Sebab tak plan awal2, udang dan ayam keras lagi kat freezer...malas nak cairkan.
Untuk mee: Spaghetti, serbuk kunyit dan minyak > panaskan air hingga mendidih, masukkan semua dan rebus hingga lembut.
Pau Kaya
Yaaa... pau lagi!!
Semalam buat seri kaya yg sesedap kaya di kopitiam... So, pagi2 ni seawal 4.15am saya dah mula menguli pau dengan semangat. Kali ni guna tepung gandum biasa tu je (ala2 tepung cap kunci yg jenis timbang tu..). Tapi sebab kederat yg tak seberapa, dengan tangan yg kurus tak berisi... tak mampu la nak uli lama2 macam sepatutnya. Uli dalam 10 minit je.... perap lak dalam 30 minit (patut 40 min), dan perapan yg kedua cuma lebih kurang 15 min (patut 20 min), kukus 10 min... Kes nak cepat la nih. Alhamdulillah, dengan bahan serba kekurangan, lembut juga jadinya... Sebab banyak, sebahagian saya jual le kat bawah..hehe. Kepala nak bisnes je... Sebiji jual 100 fils - <> 80 sen je. Alaa... buat lepas teringin dorang2 tu je... khalass..
Balik M'sia nanti mesti nak cari tepung hong kong dan double action baking powder... mesti nak buat yg perfect!
November 10, 2010
Seri Kaya
Pagi ni tersangat relaxnye... sebab stok inti karipap masih banyak, so tak payah nak menyinsing lengan baju hari ni. Apa relevannye dengan ini gambar? Yelah, kan aktiviti harian wajib saya buat karipap untuk jualan di pagi hari. Karipap...epok-epok!!! Rasa macam ada lagu dulu2 bunyi camni... adakah? Bila dah free tu dan takde apa nak dibaca (paper harini pun busan jerr..), kepala duk memikir apa nak bikin... Terus teringat tentang permintaan cousin nanti balik M'sia buatkan pau kaya macam arwah mbah (nenek) buat dulu2..
Resipi adalah kombinasi dari Mat Gebu/Pn Norazlina di Myresipi, Blog Teratak Chetam dan imaginasi sendiri.. :)
Bahan2 :
3 butir telur - saya buangkan tali pusat tu supaya kurang hanyir
3/4 cawan gula - Masih manis sangat...mungkin boleh letak 1/2 cawan kalau anti-manis...
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung + sedikit air - bancuh (saya ingat dah terlupa letak le, sebab masa cuci cawan tu ada je tepung tu huhuu... tp masih OK jadinya)
1 sk esen pandan - saya letak gantikan daun pandan
1 sk pewarna kuning
Karamel:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas
Cara2 :
1) Buat karamel dulu dengan memasak gula dalam periuk dan biarkan sampai cair. Bila dah cair semua dan berwarna perang, masukkan air panas dan kacau hingga gula cair. Angkat periuk dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, pukul gula bersama telur hingga gula hancur. Masukkan santan pula... tapiskan ke dalam periuk.
3) Letak atas api yg sederhana, masukkan karamel, esen pandan dan pewarna. Kacau hingga pekat. Part mengacau ni memang boleh tahan lama dan kena bersabar sikit (tak pasti kalau dengan campuran tepung jagung pula..)
p/s : Sedap... bila siap terbayang toast kat kopitiam, takpun roti benggali (yg mamak selalu jual naik motor tuu..)...mmmm
November 9, 2010
Burger Malaysia..
Teringin burger M'sia... akhirnya ter'buat' jugak petang semalam... walau makan sebijik je..
sapu dengan sambal udang untuk dinner...
Cheese Cipom
Hahaa... itu buka typo tp memang sengaja akak tulis tajuk lagu tu. Sebenornya akak malu nak mengaku nama asalnya Chiffon Cheesecake.. Kisahnya, saya dah lama teringin nak buat chiffon, tapi tak beli2 jugak loyang dia. Sebelum tu tak dapat cari cream of tartar kat sini pun jadi alasan. Masa balik M'sia hari tu dah beli dah... selesai isu cream of tartar. Minggu depan dah nak raya haji, duk fikir2 nak buat kek apa.. asyik2 kek coklat dan kek carrot.. nak jugak tukar2. Bila tengok koleksi resipi, jumpa resipi chiffon cheesecake ni dari ILHAM DAPUR.. salah satu blog resipi yg sesekali saya jengok. Nampak cantik dan gebu sesangat!!! Sungguh menggoda... Semua bahan ada, loyang je kat supermarket Ramez lagik..
Tak kiralah, nak juga buat! Sambil menunggu cleaner yg lambat sangat datangnya hari ni, dan menyuap nasi kat En Fawwaz yg tiba2 nak makan nasi awal disaat saya memulakan projek... dan bakar kat loyang kek biasa. Sebenarnya OK je jadiknye, cuma mungkin tak berapa lawo. Keknya lembut, moist, sedikit manis (mungkin sebab saya guna gula biasa)... Yang penting Fawwaz sangat suka sehingga hampir separuh dia makan dan tak bagi mama n abah pegang punn.. hahahh! Nampaknya weekend sok kenalah melawat Ramez untuk dapatkan loyang... Resipi originalnya ku cut & paste je dari sini...
--------------------------
Sumber Resipi : ALEX GOH (FANTASTIC CHEESECAKE)
Bahan-bahan
A
Bahan-bahan
A
- 60g susu segar
- 40g krim cheese
- 25g butter
B
- 65g tepung gandum
C
- 4 biji kuning telur gred A
D
- 4 biji putih telur gred A
- 100g gula
- 1/8 sudu kecil garam
- 1/8 sudu kecil krim tartar
1. Masak bahan A sehingga sebati (double boiler).
2. Angkat kemudian masukkan B dan kacau sebati.
3. Masukkan pula C dan kacau sebati.
4. Pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya dan putar lagi sehingga kembang (bertanduk).
5. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi (langkah no. 3) secara kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Jangan digris loyang dan bakar dengan suhu 175 C selama 35-40 minit atau bergantung pada oven masing-masing . (maz bakar dengan suhu 150 C selama 35 minit)
November 6, 2010
Full Breakfast...
Alaaa... hari ni malas lagi nak goreng menggoreng utk breakfast. Tapi breakfast ala2 omputeh camni memang ringkas dan sangat mengenyangkan... dan seronok nak prepare...
Black coffee pose senget utk mama n abah... dan toast with stoberi jam utk mr fawwaz...
Cucur Udang
Serba salah nak bagi tajuk cucur udang ke, cucur sayur ke, cucur tepung... hehe. Pagi Jumaat ni tak macam selalunya buat heavy breakfast.. Pagi ni takde modal idea nak masak bfast walau ada bihun, mee kering dsb kat kabinet tu. Kalau tanya en hubby, mesti dia cakap buat cucur udang je sbb itu favourite dia. Boleh laaahh..
Buat cucur ni kadang macam semudah ABC. Tapi tak kena gaya, keras laa.. walau bubuh telur, air panas dan macam2. Masa nilah nak salahkan tepung tak elok! kehkeh.. Tapi selalunya kalau saya guna stok udang mesti jadi lembut.. Alaa kalau tengah kupas kulit dan kepala udang tu, janganlah buang terus. Rebus dulu buat stok, pastu simpan kat fridge... esok2 buat cucur udang ka, cucur bilis ka...
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
1/4 labu bawang - hiris halus (bawang ni ikutla ye, saya guna besauuu punya!)
Setangkai daun kucai - potong sederhana
Tauge - agak2 le sejemput dua...
1 tangkai cili - tak kira hijau ke merah
4-5 ekor udang besar - buang kulit, potong kecil.. kalau nak sekor2 kena lebih la sikit. Kalau kat M'sia, saya suka cari udang kertas tu... sedap!
Garam secukup rasa
Air stok udang secukupnya - dalam 1 1/2 cawan kot.. tak penah kira huhu!
Cara2 :
1) Gaulkan sekali tepung, bawang, kucai, tauge, cili, udang dan garam. Kadang2 saya bubuh sedikit serbuk kunyit buat seri...
2) Sedikit demi sedikit tuangkan air udang sambil mengadun.. sederhana je. Jangan pekat sgt atau cair pula...
3) Pastu apalagi... gorenglah sampai kuning coklet.. ada orang suka gelap kehangusan sikit.. :))
posing tak brapa lawo... sib baik ada pooh n tigger kat blakang..
November 3, 2010
Pau Inti Kelapa
Bebapa hari lepas keinginan terhadap pau panas meluap2... macam gaya orang mengidam je heheh.. Memang saya suka pau esp yang panas. Dulu selalu beli kat KL.. ada satu jenama pau tu memang gebu2 belaka pau dia.. La la..bukan pau ahmad! Masa tu saya suka beli yg inti kelapa (warna hijau pau tu) dan inti kaya... walau sejuk, pau2 tu tetap gebu dan lembut... Last sekali beli di Hosp Ampang Puteri lebih setahun lepas. Susah nak cari jenis tu..
Sejak teringin saya duk intai2 je resipi pau cik mat gebu kat MYR.. dia buat inti kentang. Tengok guna tepung hong kong la pulak... mana de kat sini. Pagi ni nak buat jugak dengan apa yang ada di dapurku. Kalau nak tengok original resipi kena search kat MYR for pau...Hat ni versi cincai lorr... tp jadi la jugak walau kulit ala2 pau kampung tu..
Bahan2 :
240g tepung pizza (cmg guna tepung hongkong dan tepung pau pun boleh..)
1 sk yis
1 sk baking powder (cmg guna yg double action)
1/2 sk garam
25g shortening
100ml air suam *
30g gula (cmg guna gula halus) *
1/2 sk cuka *
Cara2 :
1) Adunkan sekali tepung, yis, baking powder, garam dan shortening. Jadi macam serbuk roti tu...
2) Campurkan sekali air suam, gula dan cuka... kacau2 sikit dan masukkan dalam adunan tepung
3) Uli sampai jadi kenyal (dalam 15 min guna tangan). Adunan saya tu macam kurang air, so saya basah2kan tangan dengan air beberapa masa mula menguli sampai jadi doh yg elok..
4) Perap doh selama 45 min...
5) Lepas tempoh perap, tumbuk2 dok utk keluarkan angin.. Kemudian bentukkan bulat2.. dalam 9-10 biji
6) Ambil sebiji2... lubangkan di tengahnya dan masukkan inti ikut kegemaran..
7) Perap lagi selama 20 minit.
8) Kukus pula selama 10-15 minit..
Inti:
Kalau nak buat inti kelapa sonang je... kelapa + gula + gula merah + sedikit garam. Gaul mesra.. dan masak atas api. Letak pandan biar wangi... Nak shorcut.. masuk semuanya dalam bekas tahan microwave dan masak kat microwave, kejap je siap!! Hehehhh...
Vegetable Manchurian
Jumaat lepas kami dinner di Taka Tak Restaurant di Manama. Indian origin restaurant ni (saya suka sebut katak katak) merupakan antara favourite restaurant yang masakannya boleh tahan sedap dan berperisa. Selalunya kami ambil pakej buffet, untuk 2 orang dalam BD6++ atau lebih kurang RM50++. Kalau nak ala-cart pun boleh... Antara sajian yang saya suka malam tu ialah Manchurian Cauliflower... Masakan kat sini pelbagai tapi tak banyak, dari indian, chinese, afghan, ke arab...macam2 adaaa...
Hari ni saya cuba2 cari resipi manchurian kat internet.. jumpalah website Tarla Dalal untuk Vegetable Manchurian (dia pulak dapat dari Easy Chinese Cooking). Senang je bahan2 dia dan saya pun senang2 mengubah mengikut selera kekekee...
Bahan2 (ni resipi versi yg makcik dah ubah):
300g cauliflower (potong kecil2) - resipi asal kobis atau cabbage..
1/2 batang carrot (parut - dapat dalam 1 cawan)
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
1 batang cili hijau - racik halus
2 sudu tepung jagung
5 sudu tepung gandum
Sedikit bahan perasa (opt)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara2:
1) Satukan kesemua bahan dalam satu bekas. Boleh juga tambah sedikit air (sprinkle je..) kalau kurang melekat. Lihat gambar di bawah...
2) Panaskan minyak, bentuk2kan dengan sudu atau tangan dan goreng campuran sayur2an tadi (ala2 jemput-jemput..) dengan kaedah 'deep fry'.
3) Bila dah kuning keemasan, boleh angkat dan toskan...
Bahan untuk sos:
1 ulas bawang putih - racik halus
1 inci halia - racik halus
1 sudu besar kicap manis (resepi asal guna soy sauce)
1 sudu besar sos tiram (resepi asal takde..)
1/2 kiub ayam - campur air utk buat stok (resepi asal guna vege stock)
1 batang cili hijau
1/2 biji capsicum - hiris (resepi asal takde)
1 sudu tepung jagung + 1 cwn air
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (opt)
2 sudu minyak masak
Cara2 (masak dengan api besar):
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili dan halia hingga layu.
2) Masukkan kicap, sos tiram, stok ayam, capsicum, garam, gula... kacau-kacau sikit
3) Masukkan bancuhan tepung jagung..
4) Akhir sekali masukkan sayur goreng tadi, gaul sebati dan angkat.. makan masa panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...