October 31, 2015

Sambal Goreng & Choc Moist Cake

Alhamdulillah..

Sambal goreng akak dah ke Kelantan.. naik van pos laju dari Jitra ke Kota Bharu kekdahnya.. Yang order kawan lama akak di sekolah menengah suatu ketika dahulu dan dah lama berhijrah ke Kelantan ikut suami. Macam akak jugalah.. Kita kena ikut suami, barulah barokah gitu.. heee.

Datin Dyu dah dekat setahun teringin sambal ni tapi keadaan masa tu tak begitu elok. La bila dia dah start order, terus order sokmo.. dah nak masuk kali ke 4 gitu. Order berjemaah bersama kawan2. Terima kasih la sahabat.

Sebelum ni sambal kering ni juga dah sampai sejauh Poland, Mesir, Mekah, Filipina.. dan tak ingat lagi mana pembeli bawa selain ke KL dan Perak. Boleh tahan lebih sebulan kalau disimpan elok dalam bekas kedap udara.

 7 - 8 kg saja boleh muat kotak ni..

Kadang akak buat customized ikut citarasa pelanggan. Tapi untuk kekal rasa dan kerangupan, sebaiknya ikut yg standard. Cuma kepedasan kadang2 ikut cili yg akak blend masa tu.. ada yg jenis pedas dan kurang pedas.

CERITA SEMALAM...

Chocolate moist cake 1kg+ (half portion) ordered by Cik Zaza Abdul yang tgh study di IPDA. Dia order sambal goreng sekali. TQVM ye Zaza! Moga sukses dalam study.. :)

Nampak tempting tak?
Deko sebenarnya tak masuk dalam package.. Ikut mood akak camna masa buat kek tu.. hehehe.

October 30, 2015

Nasi Kerabu Kuning

Alhamdulillah.. nikmatnya makan tengahari tadi.. RICE TO WEDNESDAY ehehe.. sebagai upah kepada diri sendiri yang agak penat kebelakangan ni.. semua pun rezeki Allah beri. Selalunya akak masak lebih kepada citarasa anak dan suami. Kalau nak makan apa yang sendiri suka, beli je kat kedai makan huhuhu..

Hari ni, di samping memenuhi permintaan abe yang nak daging goreng kunyit (gambar takdak, sebab dah selalu.. ehee), buatlah nasi kerabu simple untuk sendiri. Yang warna kuning.. takmo biru, putih pun takmau.. Untuk anak pulak ayam kari sudah dibuat stoknya dari petang semalam.. Macam nilah, jenuh juga kalau serumah ada 8-9 orang lain citarasa kan..


Sedap tidak, bagiku inilah menu yang tak pening2 nak pikir... healthy. Buat sendiri boleh ulang tayang berkali2.. Akak memang dah beberapa kali buat version kuning ni. Cuma letak perwarna atau serbuk kunyit sikit dan juga sehelai daun limau purut masa masak nasi.

Kalau nak tengok resepi, boleh search kat label nasi.


October 27, 2015

Kari Ikan Bawal

Akak ni boleh kata tiap minggu buat kari.. ikan, ayam.. Seisi rumah peminat kari. Cuma akak paling suka kari telur..

Kali ni buat kari ikan style Indian yang akak pernah sekali tertengok di TV2. Program tu in Tamil, tapi akak baca translation je sambil2 melipat baju masa tu. Sedapla juga.. dah rasa macam kedai mamak punya you tapi sedikit rasa kemelayuan.. Sebab chef tu pun masukkan unsur kemelayuan dalam masakan dia masa tu..

Sukatan ikut suka kita la sebab masa tu akak sempat tulis bahan jer.. :P



KARI IKAN BAWAL
(untuk 2 orang)

Bahan2:

1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili hijau/merah
3 sudu kecil (penuh) rempah kari ikan
1 sudu kecil (penuh) serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
1 biji tomato
Terung (jika suka)
Air asam secukupnya (akak suka guna asam keping dalam 2 kpg)
Santan secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

Bersihkan ikan dan potong 2 atau 3 bahagian
Panaskan minyak. Masukkan daun kari dan jintan manis. Tumis sampai naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia. Kacau sekejap.
Masukkan bawang besar dan cili. 
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sehingga terbit minyak, baru tuang sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan tomato dan terung
Tuang santan, susu dan asam. Didihkan.
Bila mendidih masukkan ikan.
Renih sehingga ikan masak dan santan menjadi lebih pekat (akak selalunya renih kari dalam 15 - 20 minit).. Perasakan dengan garam.



October 26, 2015

Bubur Asyura (Utara)

Aktiviti akak petang tadi sambil menggoreng kentang (bahan sambal goreng),, Teringin benar nak makan bubur asyura. Nak buat sendiri.. Nak tunggu orang bagi macam tak patut lak kan.. ehehehe!!

Tahun lepas akak buat versi Selangor/Selatan.. abe kita macam tak gumbira. Sebab macam bubur lambuk jer katanya.. Kali ni tunjuk ke dia, terus je nak kata kalau hat sini dorang makan potong2.. mmm rasalah duluu.. Tak cukup sejuk, camna nak potong.. 2 jam tau kita masak. Bila dah rasa, terpejam2 mata tu.. Tak puji, tapi kite perasanlah sedap kannn... kikikih!

Hasil dari skodeng blog sesapa ntah (banyak sangat), makanya inilah yang terhasil.. Maaf, akak malam ni tak rajin nak edit gambor..kat HP nampak elok, kat lappy macam apa ntah ye..:P




BUBUR ASYURA UTARA
(versi jiran tak ramai... :P)

Bahan2:

Bahan A
250g tepung beras
50g tepung jagung
200ml santan (saya guna yg segera saja)
100g susu cair (1/4 tin)
250g gula pasir
125g gula merah/gula gerek/melaka
1 tin jagung manis
1 tin jagung manis
400g pisang berangan (6 biji) atau pisang emas - potong kiub (ramai yang guna pisang raja)
50g sagu - rendam dan tos
Daun pandan

Bahan B (ada yg guna dlm tin saja sebab nak cepat)
250g kacang hijau - rebus empuk
250g kacang kuda (1 tin)
250g kacang merah (1 tin)
300g keledek kuning - potong dadu

Cara2:
1) Gula merah dididihkan bersama air sehingga larut dan tapis
2) Gula putih dididihkan bersama air sehingga larut
3) Keledek direbus 3/4 masak kemudian asingkan airnya. Simpan air rebusan untuk digunakan semula
4) Satukan tepung beras, tepung jagung, santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula merah dan gula putih. Adun sebati dan tapis. Masak sehingga 1/2 pekat.
5) Masukkan bahan B dan jagung manis juga sagu. Kecilkan api dan kacau sehingga 3/4 pekat.
6) Akhir sekali masukkan pisang. Kacau sehingga masak. Keseluruhannya saya masak hampir 2 jam.
7) Untuk menguji samada bubur dah cukup masak, ambil sedikit dan letak di atas piring. Sejukkan kemudian terbalikkan. Jika tidak melekat bermakna cukup masak.





October 23, 2015

Cerita Kenduri 17102015

Ohh.. sungguh lama tak bersiaran.. sibuk sesangat kekdahnya..

Sekejap je dah seminggu majlis walimatulurus 2 orang sepupu akak yang tinggal serumah di kampung pada 17 Oktober 2015 (Sabtu). Kiranya puas jugalah mak dan anak balik kampung di Sabak Bernam.. dari awal Muharram (Rabu) sampailah ke Isnin. Patut balik ke sini hari Ahad, bos kecik tak mau balik.. tarik muka dan buat ragam. Terpaksa mak mengalah tambah satu hari.. ehehh best juga sebenornya.

Hari ni baru rasa nak upload gambar sikit2.. Majlis simple je.. kampung punya. Tapi sungguh meriah pulak rasanya macam pesta pertanian dan makanan.. ehehehh.. Ahkak dah tentunya antara orang kuat di situ. Extra energy sebab selalunya 2 orang tu yang jadi harapan menjaga hal ehwal pelbagai.. Kalini dorang kena cuti la sebab pengantinnya. Mujur juga keluarga besor, jadi back up sentiasa ada.. Kiranya lampu alarm dok blink2 je la kat bawah khemah.. sat air abis, sat nasi nak abis, sat lauk licin.. duk keja refill je.. hihi.

My little sistas dah jadi isteri orang... Moga bahagia membawa ke Jannah.. terasa semakin tua diriku ini huhu

Sebab ini blog masak, maka siaran di sini ialah gambor makanan ajalah ekk.. Antara menu yang ada pada hari Sabtu yang menggunakan khidmat katering.. Menu sehari sebelumnya (Jumaat) tak dan nak amik gambar pun sebab akak amik kontrak buat air, refill itu ini, contact person, pegi kedai, driver pengantin, masak nasi dan pelbagai hahaha.. Standard kenduri walimah di kampung kami, 2 hari kejadiannya.. tak termasuk hari2 sebelumnya yang kadang2 ada jemputan dah mula bertandang.. Memang happening! Untuk hari sebelum tu, khidmat ahli kariah digunakan yang kami panggil 'kejubos' atau 'rewang'.

Dimulai dengan hasil airtangan ciksiti (akak ler..). Brownies hantaran buat pihak lelaki dari Kedah. Takdak modal idea bila dah penat sesangat.. Tapi Alhamdulillah.. siap juga kann..

Menu kenduri
Ayam goreng berempah
Kurma daging Anita.. opss kak ani jer  ;)
Sambal taun lulang (kulit lembu) - airtangan orang rewang/kejubus
Pajeri nenas


Lemper
Tapai pulut & kek coklat (sumbangan ahli keluarga)
Rojak Din Sg Besar - tak sempat ambik..dah sold out. Mesti sedap kot nih..
Ruang khemah
Dessert + makanan tambahan
ABC Kak Bibah yang paling awal sold out!
Gambar mangkuk hujung tu ialah bubur jagung..
yang kekuningan paling depan ni tak pasti apa.. tapi yang pasti akak tak sempat rasa dan tengok la tuu.. nampak macam tapai ubi kan.. :P

Ada banyak lagi menu.. ada ikan masin, kerepek2 dan kudapan di atas setiap meja.. Hari sebelum tu ada ayam semur, ayam masak lemak kuning, kerabu, ikan masin, mee udang togel (tak dan prepare acessories ehehh), koci keledek, karipap, dll. Alhamdulillah boleh katakan habis licin kebanyakan makanan. Sumbangan saudara mara dan kawan-kawan makcik pun banyak. Mewah sungguh kalau duduk kampung ni.. Masing2 membantu, menyumbang itu ini.. belum kira tenaga lagi. Itulah rezeki namanya..


October 13, 2015

Monkey Bread (Part 2)



Resipi asal homemade Monkey Bread yang saya ambil dari FB buzzfeedtasty tapi sebab tak berapa terang screenshot tu, akak adjust ler ayat tu sikit-sikit.. Ini resipi buat roti from scratch.. sebab dalam tasty video tu dia guna yang readymade monkey bread dough.


MONKEY BREAD

Ingredients:

2 cups milk (I used full cream milk)
1/3 cup sugar
1/2 cup shortening
1/4 cup warm water
1 pkg active dry yeast
5 cups all purpose flour (I used high protein/tepung roti)
1/2 tsp baking soda
1/2 cup butter, melted
2 tsp salt
1/3 tsp baking powder

Method:

Dissolve yeast in warm water with a pinch of sugar for 5 minutes
Scald milk. Bring nearly to a boil, until tiny bubbles begin to form around the edges of pan. Remove from heat.
Stir in shortening and sugar until dissolved. Allow to cool to lukewarm.

Stir in yeast mixture and 3 cups flour. Beat until smooth. Transfer dough to a bowl brushed with oil. Coat dough with oil. Cover and let rise in a warm place for 2 to 3 hrs. 
Add remaining ingredients except for the butter. Knead 4-5 minutes. Allow the dough to rise for another hour.

Preheat oven to 350F (saya selalu guna 170C)
Melt 1/2 cup butter and allow to cool slightly. 
Dust a work surface with flour. Turn dough out and roll into 1 1/2" to 2" diameter balls. Dip the dough ball into the slightly cooled butter. Arrange in layers in a pan. 
Bake in preheated oven for 45-55 minutes. Cool for 5 minutes. 


CHOCOLATE CREAM CHEESE STUFFED MONKEY BREAD

Ingredients:

Dough:

8-12 oz Cream cheese
Chocolate chips (we used dark chocolate)
1 cup white sugar
2 tsp cinnamon
1/2 cup butter
1 cup brown sugar
1/2 cup walnuts (optional)

Method:
(boleh juga rujuk kepada resipi versi melayu akak sebelum ni..)

Preheat oven to 350˚F (175˚C)
Cut biscuits in half and cube the cream cheese (32 pieces). Flatten each biscuit and place one cube of cream cheese and a few chocolate chips in the center of each. Fold the biscuit dough around the cream cheese and chocolate and form into a ball. 


In a 1 gallon plastic bag combine 1 cup of white sugar and 2 tsp of cinnamon. Add 6-8 dough balls to the bag, seal the bag, and shake until well coated. Repeat for the remainder of the stuffed dough pieces. 


In a microwave safe bowl add 1 cup brown sugar and 1/2 cup butter. Microwave on high for 70 seconds - stopping halfway to stir. Remove from microwave and stir until it reaches a caramel consistency. 


To a greased Bundt pan sprinkle half of the walnuts, half the dough pieces, and drizzle half the caramel glaze. Repeat with remaining walnuts, dough, and glaze. 
Bake in preheated oven for 30-35 minutes. Remove from oven and turn upside down onto a plate to cool for 10 minutes before lifting off the pan (this way the warm glaze runs back through and fully coats all the bread)


Lift off the bundt pan, pull apart, and enjoy



SEBELUM BAKAR

SELEPAS..






Sebenarnya untuk flling kali ni akak campur sebahagian dengan cheddar cheese.. nak bezakan rasa. Lagipun akak lagi suka cheddar cheese tu.. Cuma bila dah bercampur-campur tu, tak tau mana satu cheesenya.. hehehe.

October 5, 2015

Chocolate Cream Cheese Stuffed Monkey Bread.. part 1 (trial)

Hehehe... panjang noh tajuk entri hakak... bahasa amerika lagi tu.. Alang2 akak buat makanan amerika kann..


Kisah bermula semalam.. cousin akak Syakila hantar video kat timeline FB pasal monkey bread yang first time pertama kali akak dengornya.. Maklum, akak kan orang kampung mana nak hapdet pasal makanan orang putih.. mmm tapi tau pulak buat red velvet ekkk... hahaha kacau! Lagi pulak semalam sibuk buat sambal goreng.. buat roti jala lagi.. jadi idakla ku layan sangat pertanyaan dia tu. Sampailah malam baru teringin nak rewind video tu.. berkali2 pulak tu sehinggalah termasuk dalam minda..

Dengan mengulang2 video tu sampai skodeng FB asal dan komen2 di situ dapatlah akak akan resipi nya dan cara2 membuatnya.. Walau akak sebenarnya tak abis2 sibuk dengan tempe dan kentang hari ni. Sudahnya, tempe tak siap hiris.. dah penat, sambungla esok je.. huhuu.  Kebelakangan ni memang akak sangat2 suka buat makanan untuk minum petang.. terutama kalau abe ada. Dia pun kadang tu belum lunch dah tanya petang nak makan apa.. hahaha. Akak dah macam waiteress cum tukang bancuh air, tiap kali tanya nak minum apa sebab berubah2 citarasa..

Hasilnya? Kira sedapla sebab akak peminat cinnamon.. Dah rasa macam auntie Anne's pretzel je.. Tapi itu cream cheese mungkin kena adjust sikit atau tambahkan chocolate chips. Lebih sedap monkey bread tu sendiri yang 'bare' takdak 'coating'..  Akak pun heran awat nama dia roti monyet.. hihihi. Resipi asal guna readymade monkey bread yang tak pasti ada tak kat Malaysia ni. Tapi hat homemade ni memang best. Adunan agak lembik. Kira2 macam adunan roti sarang lebah laa..

Dapat dari Wikipedia: "Monkey bread, also called monkey puzzle bread, sticky bread, African coffee cake, golden crown, pinch-me cake, pluck-it cake, bubbleloaf and monkey brains is a sweet, sticky, gooey pastry served in the United States for breakfast or as a treat."


MONKEY BREAD
(Saya terjemahkan dari bahasa asal dan buat version sendiri untuk cara2 membuat.. tadi buat 1/2 adunan pun dah cukup banyak utk keluarga kecil akak)

Bahan2:

2 cawan susu segar/full cream/low fat (saya guna LF)
1/3 cawan gula (saya guna caster)
1/2 shortening
1/4 cawan air
1 peket yis segera (11g)
5 cawan tepung all purpose (saya guna high protein)
1/2 sk baking soda
1/2 cawan mentega - cairkan
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2:

Akak guna BREADMAKER ye.. kalau takda, bolehla ikut cara manual macam roti2 lain..

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu DOUGH dan START. Biarkan ia berkerja sehingga sekurang-kurangnya roti terperap dalam tu selama 30 minit atau sampai habis masa yang ditetapkan.
2) Keluarkan dough, tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kecil2 sehingga habis.
3) Kalau tak suka letak filling dan nak roti yang kosong, boleh terus susun ketulan2 doh ke dalam loyang yang di gris dan bakar dengan suhu 170C selama 30-35 minit. 


CHOCOLATE CREAM CHEESE STUFFED MONKEY BREAD

Bahan2:

Doh secukupnya (seperti di atas)
Cream cheese (ikut bilangan doh) - dipotong kecil2 (dadu)
Chocolate chips
1 cawan gula putih (sebaiknya fine atau castor sugar)
2 sk serbuk cinnamon
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan kekacang (walnut/almond/dll) - optional
Plastik pembungkus

Cara2:

1) Leperkan doh di atas papan. Letakkan cream cheese dan taburkan chocolate chips di atasnya. Tutup semula keseluruhan cheese dan ketepikan. Ulang sampai habis.
2) Campurkan gula putih dan cinnamon ke dalam plastik dan goncang2 sehingga rata bercampur.
3) Masukkan doh yang telah berisi cream cheese ke dalam plastik tersebut dang goncang2 sehingga seluruh doh disaluti gula cinnamon. Keluarkan dan buat sampai habis. 
4) Campurkan mentega dan gula perang di dalam periuk kecil dan letak di atas api kecil atau microwave sehingga mentega cair. Gaul gula tersebut (nak cepat guna hand whisk) sehingga sebati dan halus membentuk karamel.
5) Susun doh untuk lapisan pertama ke dalam loyang yang telah digris. Kalau dilihat pada kebiasaannya, loyang berbentuk bunga macam dalam gambar ni.
6) Selepas lapisan pertama, tuangkan karamel (glaze) di atasnya
7) Ulangi susunan doh dan glaze untuk lapisan kedua.
8) Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170C
9) Setelah masak, telangkupkan roti di atas pinggan untuk 10 minit, baru diangkat loyang.
10) Makanlah panas2 tu... sodap dekkk!!! 

TQ ADIKKU AULA SYAKILA atas idea tu.. walau ko sebenarnya nak tanya aku tau buat ke idak.. ehehhh. Asal bahan cukup, ON saja... tak rugi punya. Lagipun tengah nak buat clearance kat peti sejuk dan gobok hijo tu..


Silicone mould yg dah lama tak keluar.. hibernate
Rupa paras doh... lembik tapi tak melekat. Sapukan juga tangan kita dengan sedikit minyak untuk memudahkan urusan
Selepas diisi cream cheese dan chocolate chips
Salut dengan sugar + cinnamon dan susun begini. Akak terkepal giant size... lupa nak tengok semula
Tuang glaze.. Karamel akak dah tersejuk dan membeku semula.. malas pulak nak cairkan balik huhuhuu..
Second layer..
Selepas keluar oven
FINALLY... END PRODUCT  :D

October 3, 2015

Roti Ban Manis


Milk sweet bun... tajuk asalnya.

Resipi asal dikongsi oleh kakak dalam kuantiti yang banyak. Disebabkan rakyat rumah ni cuma 2-3 orang yang cukup sekali dua je makan benda yang sama,  Itu pun tak habis. Ini akak tulis untuk rujukan masa depan. Akak uli guna bread maker untuk dough dan biarkan di situ sehingga signal mati.. beep beep. Biasanya untuk proses perap, ambil masa 1 jam. Tapi akak kadang tu malas nak tunggu lama2, dalam 30-40 minit dah keluarkan dari breadmaker. Lepas tu tak kreatif lak nak bentuk2, dan letak topping atau filling macam2.. Selalunya akak buat bentuk bun je lahh.. pastu tabur gula dan letak butter sikit.. hehe. Dapat makan panas2 dari oven, memang syiok laaa.



MILK SWEET BUN

Bahan2:

250g tepung roti
11g yis segera (1 peket)
2 g garam
1/4 sk 'bread improver'
10g 'bread softener'
27g mentega
1 biji telur
87g air sejuk (guna air dari peti)
13g susu tepung
32g gula halus
25g susu pekat manis (creamer manis)
Potassium sorbate (tak letak)

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Setkan untuk dough, START dan biarkan proses menguli dan memerap selesai. (Kadang masa tak cukup akak shortcut, tak sempat habis dah keluarkan dalam 30 minit)
Timbang doh 30-50g. Rehatkan
Bentukkan ikut citarasa.
Proofing (perap) doh selama 15-20 minit.
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 170C (oven saya)




October 1, 2015

Supermoist Chocolate Cupcakes


Kek coklat cawan haritu...

Kali ni akak guna resipi lain untuk membuat kek coklat. Biasanya akak guna satu resipi untuk saiz kek lebih 2 kg atau kuantiti kek cawan yang lebih banyak. Tapi entah di mana silapnya, kebelakangan ni akak hilang skill untuk buat kek yang cantik dengan menggunakan resipi tu terutamanya untuk kek cawan. Kadang2 bila dah sejuk, kek akan jadi mengecut tapi kadang2 OK pulak.

Jadi bila terjumpa resipi ni di blog Hasue yang dah lama akak tak kunjungi dan meneliti kandungan bahannya, akak yakin kek ni mesti sedap! Alhamdulillah walau buat lebih awal pun kek tak mendak atau mengecil.. masih dalam shape yang sama..




CHOCOLATE CUPCAKES
(Sumber : Hasue)

Bahan2:

100g serbuk koko *
180g gula pasir/halus/superfine *
1 tin susu/creamer sejat *
200g minyak sayur/jagung *
250g susu/creamer pekat *
4 biji telur (saya sentiasa guna telur A untuk kek)
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan2:

Masak bahan2 bertanda * dengan api sederhana hingga halus dan gula cair. Sejukkan.
Satukan dengan telur dan pukul dengan menggunakan hand wisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati
Tapis adunan tersebut.
Masukkan ke dalam cawan kek sebanyak 2/3 dari bekas. Kurangkan sikit jika ingin topping yang sama paras dengan permukaan cawan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C


P/S: Maaf le ye.. kualiti gambar tak berapa menggembirakan sekarang ni.. sebab akak pakai henpon Asus je.. dah tak kose nak upload2 guna camera digital.. Lagipun selamakini pun idokle gambor akak lawo mana punnn.. ehehh