October 1, 2015

Supermoist Chocolate Cupcakes


Kek coklat cawan haritu...

Kali ni akak guna resipi lain untuk membuat kek coklat. Biasanya akak guna satu resipi untuk saiz kek lebih 2 kg atau kuantiti kek cawan yang lebih banyak. Tapi entah di mana silapnya, kebelakangan ni akak hilang skill untuk buat kek yang cantik dengan menggunakan resipi tu terutamanya untuk kek cawan. Kadang2 bila dah sejuk, kek akan jadi mengecut tapi kadang2 OK pulak.

Jadi bila terjumpa resipi ni di blog Hasue yang dah lama akak tak kunjungi dan meneliti kandungan bahannya, akak yakin kek ni mesti sedap! Alhamdulillah walau buat lebih awal pun kek tak mendak atau mengecil.. masih dalam shape yang sama..




CHOCOLATE CUPCAKES
(Sumber : Hasue)

Bahan2:

100g serbuk koko *
180g gula pasir/halus/superfine *
1 tin susu/creamer sejat *
200g minyak sayur/jagung *
250g susu/creamer pekat *
4 biji telur (saya sentiasa guna telur A untuk kek)
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan2:

Masak bahan2 bertanda * dengan api sederhana hingga halus dan gula cair. Sejukkan.
Satukan dengan telur dan pukul dengan menggunakan hand wisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati
Tapis adunan tersebut.
Masukkan ke dalam cawan kek sebanyak 2/3 dari bekas. Kurangkan sikit jika ingin topping yang sama paras dengan permukaan cawan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C


P/S: Maaf le ye.. kualiti gambar tak berapa menggembirakan sekarang ni.. sebab akak pakai henpon Asus je.. dah tak kose nak upload2 guna camera digital.. Lagipun selamakini pun idokle gambor akak lawo mana punnn.. ehehh


3 comments:

Emmy said...

Boleh je guna resipi ni utk kek besar kan? Sesuai tak kalau kukus?

Cik Siti Abu Sujak said...

Boleh je Emmy.. tak pernah kukus lagi utk resipi yang ni, tapi boleh la cuba. Selalunya untuk bakar dan kukus akak guna resipi yang sama..

Emmy said...

Tq kak...boleh lah nt nk cuba resepi ni =D

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...