September 28, 2015

Tempahan Untuk Hari Raya Aidiladha 2015

Alhamdulillah.. rezeki di hari raya lepas. Selepas cuti panjang dan sedikit2 bermula, raya qurban hari tu akak kiranya pulun sikit dengan mengambil beberapa order yang pelbagai. Sambil2 prepare menu untuk raya. Akak ni bukan boleh overload sangat dengan kerja2 dapur... mudah stress. Abe pun dah sound kata dia tak suka kalau tengok isteri dia ni stress bekerja.. muka pun tak senyum katanya.. Lepas tu ada je sakitnya esp perut...ehehhh. Tu la antara sebab akak tak berapa nak berbiznes kebelakangan ni. Akak rasa ada yang tak kena... Kenalah fikir yang afdal dan mendapat redha suami..

Order pertama ialah sambal goreng.. Alhamdulillah, walau akak buat terlebih sebab silap calculation, sold out juga sambal goreng limited edition nih.. TQ Ina, K.Peah, Ayu, Mimi dan Aisyah..


 Order ke-2 ialah steamed red velvet untuk ipar dan biras.. T.Kasih Bayah, K.Dah & K.Peah.. Depa kata nak belajaq buat dengan akak.. hehehe kita tunggu je nohh.. Akak punya steamed RV ni konsep biasa bukan jenis cheese meleleh... hat ni lebih tahan umurnya sebab tak guna susu atau cecair lain..

This is part of sad stories in my baking biz yg pernah buat akak merajuk sampai rasa malas nak pegang baking tools.. 
Brownies dan carrot cake sepatutnya ada orang yang order 2 each (2 CC & 2 brownies). Tapi bila dah siap dia cancelled order pulak.. Terpaksa akak up status di FB.. Alhamdulillah semua sold out. Terima kasih tak terhingga buat Aina, Wani dan Ayu.. Actually wani tempah lain tapi belum sempat deco.. just tolak hat extra ni laa.. huhu
 

Last sekali coklat cuppies + cream cheese tempahan Syukri sekali lagi.. Hari tu dia tempah RV untuk isterinya.. Hat ni pulak untuk anak dengan konsep pink turquoise yang sebenornya akak tak berapa kenai tapi mujur dia tak kisah.. asal boleh buat kek tu katanya.. Maklum raya.. jenuh nak baking berdasarkan pengalaman tahun lepas.. hihi! By the way TQ Syukri n wife!



Sekian... semoga mendapat keberkatan dan semua gembira dengan airtangan akak nih..

Loves,
Akak Siti @ Airtangan Cik Siti


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...