October 27, 2015

Kari Ikan Bawal

Akak ni boleh kata tiap minggu buat kari.. ikan, ayam.. Seisi rumah peminat kari. Cuma akak paling suka kari telur..

Kali ni buat kari ikan style Indian yang akak pernah sekali tertengok di TV2. Program tu in Tamil, tapi akak baca translation je sambil2 melipat baju masa tu. Sedapla juga.. dah rasa macam kedai mamak punya you tapi sedikit rasa kemelayuan.. Sebab chef tu pun masukkan unsur kemelayuan dalam masakan dia masa tu..

Sukatan ikut suka kita la sebab masa tu akak sempat tulis bahan jer.. :P



KARI IKAN BAWAL
(untuk 2 orang)

Bahan2:

1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili hijau/merah
3 sudu kecil (penuh) rempah kari ikan
1 sudu kecil (penuh) serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
1 biji tomato
Terung (jika suka)
Air asam secukupnya (akak suka guna asam keping dalam 2 kpg)
Santan secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

Bersihkan ikan dan potong 2 atau 3 bahagian
Panaskan minyak. Masukkan daun kari dan jintan manis. Tumis sampai naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia. Kacau sekejap.
Masukkan bawang besar dan cili. 
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sehingga terbit minyak, baru tuang sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan tomato dan terung
Tuang santan, susu dan asam. Didihkan.
Bila mendidih masukkan ikan.
Renih sehingga ikan masak dan santan menjadi lebih pekat (akak selalunya renih kari dalam 15 - 20 minit).. Perasakan dengan garam.



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...