Alhamdulillah.. settled sudah tugasan hari ini. Esok boleh merempit balik kampung..
Minggu ni memang brownies saja, selain dari aktiviti masak2 versi teringin.. Tak banyak masa pun.. dengan tugas2 hakiki yang lebih penting..
Terima kasih sesangat buat yang order terutama geng2 kepada Fizah yang tak jemu2 order. Minggu lepas delivered 2 biji untuk Fizah, diikuti Nurul, Shima dan Kak Zaidah.. Hari ni 2 lagi customers baru iaitu Suhaira dan ex-gang di sekolah rendah, Sari@Iza. Kalau order secara jemaah ni hanya BROWNIES yang mampu akak buat. Kalau nak kek, kena slow sikit, 1 hari 1 jenis jer.. huhu. Buat sehari 5 biji pun dah rasa nak pengsan sebab kita bukan duk buat kerja tu je.. Kena keluar sana sini, rempit sana sini dan belum kira rempit kat dalam rumah sendiri.. Nak lipat kain yang sedikit tu pun tak sempat dekk...
Seronok bila dah siapkan ni.. mewah dengan taburan almond. Tunjuk gambar yang buat harini je. Sama je rupanya dengan yang sebelum2 ni jadi takyah nak tepek sini sangat. Kalau akak sendiri tak suka yang ada aksesori.. Baik kek atau brownies, nak yang "bare" saja.. Tapiiii... yg sebenornya, akak dah tak lalu nak telan kek2 yang selalu terpamir nih.. hehehe.
OKlah... nak pi mengemas.. Yayy esok balik kampung. Jitra - Sabak Bernam, exit Changkat Jering, Perak yer...
May 26, 2016
May 25, 2016
Rendang Tok Terlajak Rajin
Projek petang kelmarin.. sambil akak baking brownies untuk regular customer akak.. Siap baking barulah gigih merendang dan sebenarnya sebelum tu buat agar2 lumut dulu. Kalau dah datang angin rajin, macam2 nak dibuat. Macam takda masa lain. Sesenja blend bawang dan rempah hihi..
Sebenarnya first time akak buat rendang tok sebab akak bukan orang Perak (alasannya). Selalu buat rendang biasa2 je, takpun rendang hitam yg berasal dari Perak jugak. Semuanya first time termasuk agar2 lumut tu hahaha.. jgn kecam akak yer. Ada benda kita tau buat, ada benda terlepas pandang.. Akak memang tak pernah melengkong walau suka makan lengkong. Lepas ni akak post resipi lengkong tu pulak.
Resipi asal RENDANG TOK ni akak dapat dari MAHN posted by Sheila Zainal Akmar. Ada sikit2 akak tokok tambah bila memasaknya ikut citarasa. Ini untuk future reference. Bila dah sehari, makin rasa sedap pula. Walau guna daging batang pinang import je, amatlah lembut kejadiaannya sebab hampir seharian akak perap dengan soda bikarbonat. Sekarang ni asal daging je, akak akan tabur sikit soda tu supaya cepat lembut. Sebab tu rendang tok akak tak makan jam. Baru 1/2 jam dah lembut, jadi overall masa yang diambil cuma setakat 1 jam untuk sekilo daging. Jimat masa sebab semalam akak penat sangat sebenarnya...
RESIPI RENDANG TOK
Bahan2:
(boleh adjust ikut kesesuaian dan citarasa)
1 kg daging
7 ulas bawang merah - hiris *
5 ulas bawang putih - hiris *
3 labu bawang besar - hiris dan bahagi 2 *
2 inci lengkuas - hiris *
2 inci halia - hiris *
2 inci kunyit - hiris *
5 batang serai - hiris *
1 genggam cili (ikut kepedasan cili) - gunting dan buang biji *
1 sudu jintan manis *
1 sudu jintan putih *
1 sudu ketumbar *
1 batang kayu manis - ketuk2 *
2 kuntum bunga lawang *
Kerisik RM2
Santan pekat secukupnya
Santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Kicap pekat (optional)
Sedikit minyak
Cara2:
1) Daging dipotong dadu atau ikut citarasa
2) Masukkan kesemua bahan bertanda (*) ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga naik bau. Tak perlu sampai layu.
3) Kisar bahan2 di atas dengan sedikit air dan minyak
4) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar sebentar. Tak perlu sampai pecah minyak.
5) Masukkan daging dan santan cair.
6) Masukkan juga hirisan bawang besar dalam 2-3 biji atau lebih jika suka. Masak/renih sehingga daging hampir lembut dalam 1 jam (akak buat 1/2 jam sebab daging dah nak lembut masa tu).
7) Masukkan santan pekat, kerisik dan sedikit garam dan gula dahulu.
8) Bila santan hampir kering, masuk kicap pekat (jika suka, supaya kelihatan hitam) dan kacau rata.
9) Akhir sekali, tabur bawang goreng dan daun kunyit atau daun limau purut. "Adjust" rasa garam dan gula. SIAP!

Step by Step
Bahan2 untuk digoreng tanpa minyak |
Goreng sampai naik bau sahaja |
Selepas bahan kisar ditumis sebentar, masukkan daging dan santan cair |
Tabur bawang goreng dan masuk daun limau (atau daun kunyit) |
SIAP UNTUK DIMAKAN... |
May 20, 2016
Homemade Sardines in Tomato Sauce
Ini peristiwa minggu lepas.. Hari yang sama dengan hari akak buat laksa siam..
Sebenarnya dah setahun dua kot akak tengok orang post gambar homemade sardin. Tapi time tu tak datang seru pun. Lagipun akak bukan peminat tegar sardin. Cuma abe yang nampak suka betul dan kalau masak tu memang dia je yang perabis. Akak cuit2 je melainkan kalau tekak ni rasa macam mengidam sangat nak makan.. memang bersungguhlah sikit.
Minggu lepas tengok sardin depa juai murah betul di pasar aman, Ada satu stall yang dikerumuni ramai jual sekilo RM3 untuk ikan sardin dan kembung. Maka kami pun pakat beli kilo juga la. Biasa tu setakat makan keluarga kecik ni beli sikit2 je. Simpan lama pun tak sedap. Cuma ada kala nak masak, ikan pula takda kat peti hehehe.. selalunya malas nak ke market atau pasar. Amik shorcut beli je kat kedai yang dah siap.. Lebih ekonomi dari segala segi.
Minggu lepas akak beli la sekilo sardin. First time tau beli ikan sardin ni. Pernah dengar ada cacing kat perut ikan... tapi akak tak nampak la pulak. Kalau nampak, mesti akak baling terus keluar... huhuhu. Siang dan basuh kemas2, terus capai pressure cooker.. Maka jadilah sardin macam kat tin tu.. La ni duk mengeras dalam fridge.. udah banyak sangat kan.. Biasa beli 3-4 ekor je dalam tin! Meh tengok resipi..
HOMEMADE SARDINES
Bahan2:
1 kg ikan sardin
2-3 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - hancurkan
2 biji tomato - dadu
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan minyak masak
Air secukupnya
Sedikit sos cili (jika suka)
Sedikit garam dan gula
Cara2:
Gunakan pressure cooker (tak kira jenis dan jenama)
Tumis bawang besar dan putih sebentar.
Masukkan tomato diikuti bahan2 sos.
Masukkan ikan dan gaul rata.
Tambah sedikit air cukup untuk menenggelamkan ikan.
Tutup periuk dan set high pressure selama 60-90 minit.
Lepaskan 'pressure' perlahan2 dan buka penutup.
Sekiranya terlalu berkuah, boleh renih sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk atau sejuk beku

Ikan Asam Rebus
Antara lauk favourite akak bila ke kedai makan.. Orang sini panggil pindang.. Buat sendiri tak pernah, sebab beli lagi sedap ehehh.. Tapi ini kali, akak tetiba rajin nak buatnya.. Sebenarnya dah lama masak, cuma baru nak tulis hari ni.. Buat rujukanku yang dah tak berapa reti nak pelbagaikan menu atas meja makan ni ;)
Sebenarnya akak tak membesar dengan lauk2 sebegini. Samada singgang atau pindang atau asam rebus. Kalau asam pedas ada lah tapi itu pun akak tak reti sangat nak buat yang tekak sendiri kata sedap. Selain asam rebus ikan ni, yang jarang akak tak cedok ialah asam batang keladi. Sedapkan makan masa2 musim panas aritu.. Segar tang tekak.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Bahan2:
4 ekor ikan kembung
Tomato/bendi/batang keladi
1 batang serai - ketuk
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
Cili kisar (cili kering)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 cm kunyit
Cara2:
Didihkan air dalam periuk
Masukkan bahan kisar.
Masukkan ikan, asam dan serai.
Masukkan tomato dan masak sehingga layu.
Masukkan garam dan matikan api.

May 19, 2016
Oven Alternatif & Carrot Cake
Alhamdulillah syukur...
Sejak minggu lepas, satu persatu ujian melanda.. Mula2 oven rosak. Ambil masa seminggu baru dapat repair.. Belum pun sempat repair, satu petang akak tengah baking guna kaedah alternatif, modem wifi lak kena sambar petir.. Ambil masa 4 hari nak tau punca sebenar. Petang tadi baru kru TM datang check dan beritau modem yang bermasalah. Harap power je ada tapi yg lain2 tak jalan.. Maka, akak pun bersegera dengan Fawwaz ke kedai komputer untuk beli modem baru. Sebab esok Jumaat kedai tutup dan kami semua dah kecacingan tanpa wifi di rumah.
Ada sehari tu akak yg sesekali pendek akal ni buka mobile data kat henpon.. sekejap2 pun untuk check whatsapp dan FB. Sekaliiii... nah kau!! Dapat notice Celcom, bill dah RM256... lalala dalam sehari tu. Nak sedih ka, nak nangis ka semua tak boleh.. Pasrah ja. Sambil dengar en abe kondem ke akak.. huwaaaaa. Bill akak dengan staff package sejak dulu kala biasanya tak sampai pun RM40 sebulan. Selalu RM20-30an je sebab jarang bercakap lama guna HP. Tak tahan telinga ni..
OK lahh... berbalik kepada tajuk oven di atas.. Sejak dapat idea bakar kek guna periuk besar, akak pun test la beberapa kali. Mula2 bakar brownies tu.. passed. Lepas tu bakar kek cheese.. Failed. Kali ketiga bakar KEK CARROT untuk cikgu2.. Passed! Alhamdulillah..
So, no excuse..
Sebenarnya masa tengah sibuk dengan kek ni la hujan lebat turun menjelang senja, guruh dan kilat sabung menyabung.. Tetiba blackout sebab maxguard menendang sampai 2 kali.. Tinggal berdua je lak dengan Fawwaz. Rupanya modem pun shot sekali... Mati kutu mak.. Dengan nak layan keluh kesah anak lagi hihi... Allah bagi peringatan supaya hidup berpada2.. Jangan jadi hamba internet.. huhu!

Hasilnya....
Kaedahnya...
Letak tungku... |
Saya alas dengan 'benda' pengukus ni.. nak bagi stabil |
Letakkan loyang di atas tungku dan tutup kuali tersebut.. Bakar dengan api kecil dan guna timing yang sama dengan sekiranya menggunakan oven.. Dapatlah hasil kek macam ni. |
Testing bakar kek cawan carrot.. Masa 15-20 minit |
Sebenarnya masa tengah sibuk dengan kek ni la hujan lebat turun menjelang senja, guruh dan kilat sabung menyabung.. Tetiba blackout sebab maxguard menendang sampai 2 kali.. Tinggal berdua je lak dengan Fawwaz. Rupanya modem pun shot sekali... Mati kutu mak.. Dengan nak layan keluh kesah anak lagi hihi... Allah bagi peringatan supaya hidup berpada2.. Jangan jadi hamba internet.. huhu!
May 14, 2016
Laksa Siam Senang dan Sedap..
Sejak duduk di Kedah akak baru kenal akan LAKSA SIAM ni.. Kat KL tak pernah jumpa. Sekali makan terus jatuh cinta. Padahal hat beli tu serba kekurangan. Letak sayur pun cuma kacang panjang 2 batang x 2 ruas jari gitu.. hehe! Tapi pernah makan kat kenduri, baru meriah ulam2an nya. Akak memang suka ulam esp yang krup krap gitu.
Selain laksa Johor, ini adalah pilihan seterusnya.. Asalkan jenis lemak macam laksa Trengganu dan Laksam, meme akak suka.
Semalam akak merajinkan diri buat laksa siam tu. Gigih cari bahan2 di pasar Taman Aman. Alhamdulillah, puas makan walau ada sikit slack nye sebab akak guna santan fresh yang tak fresh dibeli kat pasar tu. Tak tau la kenapa boleh beli santan tu sebab biasanya akak prefer guna santan kotak atau beli kelapa parut dan perah sendiri guna air panas.
Resipi akak ikut Joice Manirath di group FB MAHN. Tapi akak ada tambah bahan hasil dari skodeng kat beberapa blog.. Bila dah sekali buat tu, memang terasa senang la..
LAKSA SIAM
(Rujukan : Joyce @MAHN)
Bahan2:
1 peket laksa halus - rendam 1 jam dan celur hingga masak.
Kuah Laksa:
4 ekor ikan kembung sederhana besar (atau guna 2 tin besar ikan sardin)
4-5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci lengkuas (joice tak letak) *
1 inci kunyit *
2 sudu besar cili kisar (atau 12 biji cili kering) *
1 batang bunga kantan *
Sedikit belacan *
2 kotak kecil santan
3 keping asam gelugur
Garam dan gula
Air secukupnya
3-5 keping daun limau purut
Cara2:
1) Rebus ikan dengan 2 keping asam.
2) Keluarkan isi ikan dan lenyek2 atau kisar. Simpan air dan asam.
3) Kisar semua bahan bertanda *
4) Didihkan santan bersama air.
5) Masukkan bahan kisar ke dalamnya.
6) Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau sebati.
7) Perasakan dengan garam dan gula.
8) Masukkan daun limau purut dan matikan api.
p/s: Ada satu lagi bahan penting yang orang Siam guna iaitu akar temu kunci (rujuk gambar di bawah). Tapi akar ni agak susah nak cari. Sesekali je akak nampak di pasar pagi Jitra. Dimasukkan sewaktu merebus ikan. Yg ni akak kena check balik sebab dalam resipi ni tak guna.
Ulam2:
Bunga kantan
Kacang panjang
Tauge
Timun
Limau kasturi

Laksa yg halus.. Kalau takda yang kasar pun takpa |
Serai, bunga kantan, bawang, kunyit dan lengkuas |
Akar temu kunci - gambar google |
Ulam-ulaman |
Kalau beli atau makan di luar kuahnya cair, tak nampak ikan.. Buat sendiri kasi ikan lebih.. dah macam laksa johor pulak |
May 11, 2016
Kisah Set RUBINE Hari ni..
Hari ni agak potong stim sikit la..
Sudah lah pagi kereta akak menyagat besi tongkat kren angkut simen kat depan gate rumah.. petang2 tengah syok melayan blog dapat panggilan dari technician Rubine nak datang tengok oven yang dikatakan rosak. Ambil masa juga nak kasi dia datang sebab abe takdok. Bila dapat contact abe baru bagi green light kat dia. Mujo mamat tu tak lepas ke Changlun lagi.
Masih dalam phone, dia dah kata mungkin masalah PCB. Selalunya untuk model yang akak guna ni, itulah masalah dia.. Katanya harga PCB dalam RM200-300.. tak termasuk yg lain. Terang2 dia kata untuk inspection, charge adalah RM85 (kalau tak rosak pun itulah chargenya utk datang..)
Dia sampai je, aku terus membebel.. "... dulu saya pakai Zanussi 15 tahun tak pernah rosak pun. Ini baru 2 tahun lebih dah macam2.." (15 thn tu kak terrr exaggerate.. sebenornya dlm 13 thn kot)
Yang kelakarnya, dia mengiakan kata2 akak.. Tambahnya, barang sekarang memang tak tahan lama..
Dia kata ini oven model lama.. Maknanya masa beli, kami dah termakan perkataan "SALE" itu.. yang padahal nak clear kan stok je kottt.. huwaaa. Baru semalam cina kedai tu kata kami untung sebab harga sekarang ni kena tambah RM800 lagi.. pandai ko niaga ye, nak bagi kita suka dalam duka!!
Flashback masa beli tu, sebenarnya dah penat survey keluar masuk kedai dan expo..
Lagi pun abe dah letak bajet dia, so tak banyak pilihan.. Akak bukan jenis nak minta2.. janji berkenan. Jenama ni pulak akak yang beria nak.. tu la kannn.. hehe. Masa tu akak yang teramat cerewet dan abe follow je. Bila tgk set Rubine, macam cantik tapi murah. Nak ambik Zanussi atau Europa yang sekapal, tak cantik le pulok.. Lagi pun fikir api Zanussi tak besar based on pengalaman. Cuma oven dia best!
So, inilah dianya... Ah Chong technician kata oven tu lama punya model.. kalau baru takdak PCB yang selalu bermasalah tu.. Manufactured 2011, kami beli 2013 hujung tahun.. ehhh bukan lama sangat kan. Tapi kalau kereta dah kira susut nilai..
Ini pula kisah hob.. yang dah lama tak boleh nyala dengan sendirinya. Terpaksa guna tembak gas.. Lepas tu akak duk complaint api tak sepenuhnya biru.. Asyik compare dengan dapur Zanussi tu jugak. Jadi, rupanya dapur jenis gitu kena pakai bateri besaq ni.. Tak tau pun selama kini kan.. hahaha meme la kan.. Salahkan penjual sebab tak bagitau dan macam takda di manual ke atau mak tak baca pong..
Belum kira bila dia check hood pula.. Udah salah memasangnya rupa2nya.. Kali ni salahkan Adam yang pasang kitchen cabinet la pulak.. Adoi laaa.. apa semua salah. Nilah kalau kita oursource semua benda tanpa monitor. Sebab rasanya masa tu abe gi haji dan idokla akak nak tengok. Time tu sebenarnya pemasangan socket/plug pun tak betul. Kali pertama oven blow up dulu rupanya disebabkan sharing power point dan juga penggunaan plug yang biasa (13amp). Sedangkan untuk oven kena guna yang 15amp.
Sudahnya akak berpandangan je lah dengan abe. Bersetuju je lah dengan si mamat technician tu. Bagus juga mamat Ah Chong tu datang petang tadi.. Esok2 kalau rosak lagi dan nak sedut duit lagi, KITA TUKAUU!! Marah nampak.... ehehhh ;)
Lesson learnt:
Kalau nak beli barang tu kaji sedetail2nya... buat research dulu esp kalau barang mahal dan rasa nak pakai lama.. Kata mamat tu, Rubine, Elba, Faber, dan ada 2 lagi tak ingat nama adalah sekapal. Nama je lain dan juga kekadang warranty period. Mostly setahun je kecuali Faber, 2 tahun.. Ahh.. malas fikirlah. Nak tido mimpikan nasi ambeng... hmmmm.

Inilah benda PC tu.. Letaknya di bahagian atas (dalam) oven.. Total price utk ganti, termasuk GST, upah dll RM435. Kena order ke KL, jadi lambatle nampaknya akak nak baking ni.. Ingat nak beli oven kecik, duk pikiaq lagi..
Eh kan baru pos gambar baking guna periuk besaq kan.. hahah!!!
Ini pula kisah hob.. yang dah lama tak boleh nyala dengan sendirinya. Terpaksa guna tembak gas.. Lepas tu akak duk complaint api tak sepenuhnya biru.. Asyik compare dengan dapur Zanussi tu jugak. Jadi, rupanya dapur jenis gitu kena pakai bateri besaq ni.. Tak tau pun selama kini kan.. hahaha meme la kan.. Salahkan penjual sebab tak bagitau dan macam takda di manual ke atau mak tak baca pong..
Di bawah hob dapur tu ada benda boleh adjust api macam gambar ni.. putar2 je.. Terus teringat dapur makcik kat kampung yang asyik berjelaga tu.. kot ada juga adjuster nih..
Belum kira bila dia check hood pula.. Udah salah memasangnya rupa2nya.. Kali ni salahkan Adam yang pasang kitchen cabinet la pulak.. Adoi laaa.. apa semua salah. Nilah kalau kita oursource semua benda tanpa monitor. Sebab rasanya masa tu abe gi haji dan idokla akak nak tengok. Time tu sebenarnya pemasangan socket/plug pun tak betul. Kali pertama oven blow up dulu rupanya disebabkan sharing power point dan juga penggunaan plug yang biasa (13amp). Sedangkan untuk oven kena guna yang 15amp.
Sudahnya akak berpandangan je lah dengan abe. Bersetuju je lah dengan si mamat technician tu. Bagus juga mamat Ah Chong tu datang petang tadi.. Esok2 kalau rosak lagi dan nak sedut duit lagi, KITA TUKAUU!! Marah nampak.... ehehhh ;)
Lesson learnt:
Kalau nak beli barang tu kaji sedetail2nya... buat research dulu esp kalau barang mahal dan rasa nak pakai lama.. Kata mamat tu, Rubine, Elba, Faber, dan ada 2 lagi tak ingat nama adalah sekapal. Nama je lain dan juga kekadang warranty period. Mostly setahun je kecuali Faber, 2 tahun.. Ahh.. malas fikirlah. Nak tido mimpikan nasi ambeng... hmmmm.
May 10, 2016
Brownies Bakar Guna Periuk
Kejadian sedih pada hari Ahad lepas.. dikala akak sedang bersemangat membakar 3 biji brownies untuk Kak Sae yang akak cerita sebelum ni. Dua biji dah selamat dibakar.. Tapi, tang nak yang ke-3 dan akak nak buat size besar sikit, tiba2 TAP! api oven padam dan ada sedikit bau hangit. Baru je nak masuk adunan ke dalam loyang huhuhu... nak nangis ghase!
Tiba2 akak teringat satu post di FB group MAHN.. pasal boleh bakar kek guna periuk sahaja dan kejadiannya amat cantik, siap utk bisnes lagi.. Haaa..apalagi, terus menyelongkar stor cari periuk besar. Maka beginilah kejadiannya.. hehhh!

Cara-caranya :)
Alas dasar periuk dengan tungku.. boleh je nak pinjam tungku dapur hat satu lagi tu ya.. Kemudian baru letak loyang kek di atasnya. Sebelum tu, panaskan periuk sekejap..
Tutup periuk.. Bakar dengan api kecil..
Taraa... walau tak jadi kedutku yg satu ini, tetap masak brownies tu.. macam rupa kek sikit.. Akak dah bagi pilihan pada customer samada nak ambil atau kensel yang sebiji ni... dia suruh juga proceed sebab dah niatnya.. huhu.. bersalah rasa saya nih.. :(
Kejadian sebelum dihantar ke tempat kenduri semalam... menarik dengan kacang2..
Get well soon.... my babe!!! Moga2 cepatlah orang service tu datang rectify...
May 7, 2016
Tempahan - Kek Rainbow w Cream Cheese dan Cekedut Brownies
Hari2 malasku dapat diisi dengan aktiviti2 yang mendatangkan hasil.. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang masih mencari akak nih.. Rasa dan penampilan masih sama.. kira2 evergreen.. Mcm tudung.. Orang la ni duk pakai macam2 pesen dan gaya, kita pakai bawal lagi atau tudung turki.. lilit2 ala wardina.. hehe ni kira perumpamaan je lah..
Terima kasih kepada Ustazah Umi kerana sudi order kek rainbow back to action akak.. First order untuk rainbow yang akak ambil selepas cuti panjang yg lepas.. Yang buat hari tu bukan order version ye.. tu warming up :D Alhamdulillah dah dapat balik skill nya.. Yang hari tu lapisan tak berapa meninggi..
Brownies pula baru saja diambil oleh Shima regular customer akak.. TQVM ye.. Selalu order melalui kawan, ni dia mai sendiri.. Alhamdulillah sempat buat walau semalam baru balik dari KL yang amat memenatkan.. Tapi dah nak jadi rezeki kan.. :)
Isnin ni kena buat delivery 3 biji ke Alor Janggus pula.. Order dari jauh, Kak Saei di Bandar Kinrara untuk besan di situ. Akak tak pernah sampai lagi ke Alor Janggus tu.. tapi takpalah noh.. boleh upgrade sikit GPS kat kepala nih.. Lagi pun tgh free sikit kot. Biasanya kalau jauh akak tak buat penghantaran..
Itulah kisahnya.... belanja gambar menu kapal terbang dari KL ke A/Setar semalam.. untungla noh kali ni dapat makan sate.. biasa mak makan kacang je ngan jus.. Ada birthday boy belanja mak terbang business class kihkih!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...