Sebenarnya dah setahun dua kot akak tengok orang post gambar homemade sardin. Tapi time tu tak datang seru pun. Lagipun akak bukan peminat tegar sardin. Cuma abe yang nampak suka betul dan kalau masak tu memang dia je yang perabis. Akak cuit2 je melainkan kalau tekak ni rasa macam mengidam sangat nak makan.. memang bersungguhlah sikit.
Minggu lepas tengok sardin depa juai murah betul di pasar aman, Ada satu stall yang dikerumuni ramai jual sekilo RM3 untuk ikan sardin dan kembung. Maka kami pun pakat beli kilo juga la. Biasa tu setakat makan keluarga kecik ni beli sikit2 je. Simpan lama pun tak sedap. Cuma ada kala nak masak, ikan pula takda kat peti hehehe.. selalunya malas nak ke market atau pasar. Amik shorcut beli je kat kedai yang dah siap.. Lebih ekonomi dari segala segi.
Minggu lepas akak beli la sekilo sardin. First time tau beli ikan sardin ni. Pernah dengar ada cacing kat perut ikan... tapi akak tak nampak la pulak. Kalau nampak, mesti akak baling terus keluar... huhuhu. Siang dan basuh kemas2, terus capai pressure cooker.. Maka jadilah sardin macam kat tin tu.. La ni duk mengeras dalam fridge.. udah banyak sangat kan.. Biasa beli 3-4 ekor je dalam tin! Meh tengok resipi..
HOMEMADE SARDINES
Bahan2:
1 kg ikan sardin
2-3 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - hancurkan
2 biji tomato - dadu
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan minyak masak
Air secukupnya
Sedikit sos cili (jika suka)
Sedikit garam dan gula
Cara2:
Gunakan pressure cooker (tak kira jenis dan jenama)
Tumis bawang besar dan putih sebentar.
Masukkan tomato diikuti bahan2 sos.
Masukkan ikan dan gaul rata.
Tambah sedikit air cukup untuk menenggelamkan ikan.
Tutup periuk dan set high pressure selama 60-90 minit.
Lepaskan 'pressure' perlahan2 dan buka penutup.
Sekiranya terlalu berkuah, boleh renih sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk atau sejuk beku
No comments:
Post a Comment