May 20, 2016

Ikan Asam Rebus

Antara lauk favourite akak bila ke kedai makan.. Orang sini panggil pindang..  Buat sendiri tak pernah, sebab beli lagi sedap ehehh.. Tapi ini kali, akak tetiba rajin nak buatnya.. Sebenarnya dah lama masak, cuma baru nak tulis hari ni.. Buat rujukanku yang dah tak berapa reti nak pelbagaikan menu atas meja makan ni ;)

Sebenarnya akak tak membesar dengan lauk2 sebegini. Samada singgang atau pindang atau asam rebus. Kalau asam pedas ada lah tapi itu pun akak tak reti sangat nak buat yang tekak sendiri kata sedap. Selain asam rebus ikan ni, yang jarang akak tak cedok ialah asam batang keladi. Sedapkan makan masa2 musim panas aritu.. Segar tang tekak.



ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

Bahan2:

4 ekor ikan kembung
Tomato/bendi/batang keladi
1 batang serai - ketuk
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

Cili kisar (cili kering)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 cm kunyit

Cara2:

Didihkan air dalam periuk
Masukkan bahan kisar.
Masukkan ikan, asam dan serai.
Masukkan tomato dan masak sehingga layu.
Masukkan garam dan matikan api.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...