December 27, 2015

Di Penghujung Cuti Sekolah 2015...

Alhamdulillah...

Rezeki masa dan kesihatan Allah kurniakan buat akak sekeluarga. Dapatlah meluangkan masa bersama kaum keluarga terutama yang melangsungkan majlis walimah buat anakanda masing-masing. Straight tiga weekends menghadiri majlis di Taiping (anak sepupu), Sungai Petani (majlis bertandang sepupu) dan Jitra (anak menakan).

Gambar Peristiwa

19 Disember 2015, Sungai Petani, Kedah


25 Disember 2015, Jitra Kedah
Majlis nikah



26 Disember 2015
Majlis kenduri walimah

Keluarga abang ipar datang bertandang


Cuti sekolah berbaki seminggu saja. Rupa-rupanya tak pegi holiday mana-mana pun melainkan balik kampung dan pergi kenduri kawin.. haha! Seronok dapat tengok gambar orang jalan2 jer.. Sekarang nak urus budak sekolah yang tak ambil tahu pun pasal nak sekolah ke tidak tu... Esok pagi ada appointment dengan pakar bedah kanak-kanak untuk urusan bersunat yang tak terealisasi pada musim cuti ni. 

Dan sebenarnya bila sekolah mula baru mak dapat nak bergerak lebih mudah tanpa tekanan...


December 25, 2015

Tempahan dah siap!

Aktiviti dari minggu lepas hingga ke semalam.. Sejak komputer mengong memang takda semangat nak upload ke sini dan buat entri baru.. Setakat FB dan IG guna handphone je la.. Tapi akak cuba juga berlawan dengan kemalasan dan kelembapan ini..

Terima kasih buat customers akak - Nurul, Syila, Nurul Wahidah, Fiza and my niece Pit.. Datin Dyu dan Anis..

Carrot cupcakes with buttercream topping untuk majlis bertunang..
100 pcs chocolate moist cupcakes
Ada brownies dan carrot walnut cupcakes with cream cheese topping

Chocolate moist dan plain brownies

Alhamdulillah... Thank You Allah.. 

Untuk sesiapa yang pernah dealing dengan akak harap jangan serik noh.. Kalau ada yang tak best harap bagi tau.. ;)


December 15, 2015

Cerita Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah tinggal sekerat tu.. budaknya duk main game je sampai hampir musnahlah netbook umminya nih.. Bila asyik hang je bila dia buka game, baru ummi dapat sambar balik rete ummi ni sebab dia dah beralih arah ke laptop abi pulak. Abi pulak risau ehehe.. padahal abi pun sebelum ni berebutkan netbook ni... entahlah.. tiada daku berdaya menahan mereka... :P

Hari ni mood nak flash back cerita balik kampung. Lepas ni entah bila lagi nak balik.. Abe kito dah siap bagitau haritu cuti penggal pertama takyah balik.. huhuhu. Ciann Fawwaz.. n mak dia! Takpa. Mula2 kita setuju je.. nanti sampai waktu kita hantar permohonan baru hehehe...

Cuti hari tu adik2 akak buat upacara shell out kat rumah mak. Akak cilok sket.. datang-datang terus makan. Tak tolong apa pun. Kan lebih sedap makan hasil airtangan orang lain..kehkeh. Meme boleh buat restoran seafood kiranya tuh. Dah kira pass.. I nak tolong bawakan ABC sedap pun, akak penjual tu boleh lupa nak buatkan dan pegi jalan2 tempat lain. Keciwa I tau!!!

Ada ikan, sotong, udang, ketam, jagung dan lain-lain. Mujo2 takda alergic atau gout. Kalau kolestrol tu boleh scan dan2 tu, tak taula pulak. Akak memang suka seafood tapi sebab kolestrol yang tinggi dalam badan nih, terpaksa akak control sikit. Jadi tak berapa beli dan masak seafood di rumah sendiri selain ikan. Nak makan, kena pegi rumah orang sebab kena jaga hati kononnya.. hahaha! Bunyi macam kedekut la pulak.. Tapi seriously memang kena jaga semua2 tu..


Penuh meja Jepun mak... memang tak boleh habis. Siap tapau lagi..

Out of 17 orang 
 *********************************************

Persandingan anak sepupu di Taiping pada 13 Disember 2015

Habis kenduri dan riang ria cuti, siapkan tempahan sambal goreng.. Tak mampu kederat nak buat banyak2.. setakat 12 kilo shj sekali harung.. Alhamdulillah.  Lepas ni kena tunggu sikit kalau nak order sebab ada projek lain menjelang hujung tahun. Harap2 nya tahun depan akak dapat aktif lebih sikit dengan sambal goreng ni sebab permintaan sentiasa ada.. cuma tuan punya badan tak berdaya. Nak ambil assistant pun akak tak berapa sedia sebab ruang kecil..



December 10, 2015

Churros

Sesekali layan churros yang tengah meletop.



CHURROS

Bahan2:

1 cawan air
1 sudu makan gula
1 sudu makan mentega/majerin
1/2 sudu kecil garam
1/2 sk esen vanilla
I 1/4 cawan tepung gandum (boleh kurangkan kpd 1 cawan penuh/mumbung kata jawanya.. hihi)
1 biji telur A

Cara2:

Masak air, gula, mentega, vanilla dan garam sehingga mendidih. Matikan api.
Masukkan tepung dan gaul.
Masukkan telur yang telah dikocak dan gaul sebati hingga jadi doh lembut.
Sediakan 2 keping piping bag. Satu untuk dimasukkan nozzle dan satu lagi diisi doh. Potong sedikit di hujungnya bersesuaian dengan saiz nozzle.
Masukkan piping bag berisi doh ke dalam bag nozzle dan paipkan doh mengikut citarasa. Boleh paipkan terus ke minyak panas atau ke atas dulang atau seumpama dahulu, baru digoreng kemudian.
Goreng sehingga bertukar warna coklat keemasan.
Boleh dimakan dengan coklat cair/ganache, atau disalut dengan gula aising atau gula halus dicampur serbuk kayu manis.





November 21, 2015

Sotong Goreng Tepung yang Rangup

Hari ni konon2 akak rajin nak mencuba resipi baru. Sejak makan yang orang bawa waktu kenduri di kampung bulan lepas, akak duk teringat2. Selama kini tak teringin pun nak buat walau dah lama akak nampak lalu lalang kat alam maya ni. Tadi akak pun penuh tenang buatle CONGO BARS yang dimaksudkan. Tapi... tapi.. kejadiannya tak kena dengan tekak ni. Manis sangat.. Terus akak tidur penat..

Bangun tidur lapar pulak. Sebenarnya dah keluarkan ayam 2 ketul dan sotong sebelum tu dari fridge. Abe takdok ni segann rasa nak masak..huhu. Tapi sebab lapar, laju je dapat idea nak buat apa. Yang paling segera ialah sotong goreng tepung. Takda akak nak perap2.. terus proceed.  Ayam pun goreng celup tepung jugak.. potong kecil, celup teloq, celup tepung serbaguna.. tadaaa.


Makan sikit dah kenyang. Cicah dengan sos pencicah made in Klate.. Ini botol pencicah terakhir yang beli kat Besut aritu. Tapi takpa, kat Tesco akak tengok banyak je pencicah mari Klate nih. Memang kena dengan selera akak. 

Simple je resipi tepung rangup akak.. Khas untuk wanita solo... Kalau yang tak solo tu, gandakanlah kuantitinya..


SOTONG GORENG RANGUP

Bahan2:

1 pinggan sotong (anggaran 300g) - bersihkan dan hiris kecil

Bahan A (perap)
Lada hitam
Lada sulah (saya guna ajishio)
Garam
Kunyit
Telur

Bahan B (tepung)
3 sudu tepung beras
1 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum

Cara2:

Perap sotong bersama bahan perapan selama 15 - 30 minit.
Golek-golekan sotong pada tepung sehingga bersalut kesemuanya dan goreng sehingga warna keemasan.
Angkat dan toskan baru letak di atas pinggan.
Pastikan sotong tidak melekat-lekat atau bertindih semasa memasukkan ke dalam kuali.
Gunakan minyak yang betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.





November 20, 2015

Syukur Alhamdulillah..

Akhirnya kesihatan akak pulih almost 100%. Lebih seminggu sakit2 badan, kemudian demam, batuk2 dan pening, selesema.. dan macam2 la. Rasa macam kain buruk nak baring tidur je. Tapi mimpi la nak bermanja2 dan baring2 tanpa gangguan tu.. Kan ada 'baby' tua kat rumah ni.. hehehe. Dia pun tak berapa sihat pada masa yang sama. Tugas hantar dan ambil dari sekolah tetap kena buat.

Lagi pulak masa makcik & family datang kita tak buat rasa semua tu dek sebab seronok sangat. Bila dorang dah takda, sakit pun timbul balik malah bertambah dengan selsema yang masih cair2 tu, dan bersin tak sudah. Batuk pulak jenis kering, kung kung!! bunyinya.. Takut juga kalau jadi infection macam masa balik dari umrah tahun lepas.

Selain berdoa, akak cepat2 panggil makcik urut yang rupanya dekat taman ni jugak duduknya. Alhamdulillah.. memang best badan lepas tu. Memang sakit kena tenyeh2 mana part yang bermasalah. Malam pertama macam baru lepas cas bateri. Keesokannya macam nak demam balik sebab kena tenyeh tu.. hehehe. Dengan izin Allah, sejak urut, sakit belakang dah kurang.. keputihan yang tiba2 menjadi masalah besar pun hilang.. musykil juga akak. Mungkin sebab kena sengkak tu kee.. Batuk je ada lagi.. dan selsema tu..

Tiba2 semalam akak teringan ubat homeopathy yang selalu akak bagi pada Fawwaz dan serasi dengannya. Ya, nampaknya serasi juga dengan akak. Makan dalam 9 biji (3 x 3), terus batuk dan selesema berhenti serentak. Bangun tidur pagi tadi badan sangat fresh dan rasa sihat. Syukur sangat2 dapat kesihatan semula. Yang tinggal sekarang selera tekak yang belum membangun. Serupa tekak orang mengandung... huhuhu (mode saspeng).


Moga2 esok semakin bertenaga.. Bila maknya kembali sihat, hero kecik tu pun sama.. Seminggu juga dia tak lalu makan esp nasi.. Tadi first time dia minta nasi lauk ayam kari dan bertambah2 macam biasa.. Meme anak mak!

Gambar peristiwa.. :D



Breakfast ala2 piknik kat porch sambil menikmati udara pagi..


Cuti mode akak makin panjang.. Sebab minggu depan dah nak balik kampung dengan my hero. Kalau ada yang nak tempah kek atau apa2 pertanyaan tu, whatsapp akak kat 019-2240325.. Kot ada rejeki, dapatlah.. kalau takda rejeki, boleh cari alternatif..

Orang SABAK BERNAM dan persekitaran pun boleh tanya2 kalau sudi.. mana tau akak terajin membaking di kampung..


November 12, 2015

SAYA REHAT ya..

Alhamdulillah.. siap! Sepenuh tenaga dan upaya akak buat demi customers baru akak. 14 kilo dah diposkan semalam dari Alor Setar ke Kota Bharu. Biasanya kalau dari Jitra sehari je sampai, tapi hat ni akak baru check belum ada status dari KB. Agaknya sangkut kat mana lah ya.. Esok dahlah cuti.. Nampaknya kena bersabarlah sampai ke hari Sabtu.

Ada lebih 2kg customer masih berdiam diri. Kalau habis masa cooling off, kenalah akak letgo pada sesiapa yang nak. Macam nilah bisnes akak nih.. Kadang kena ada ujian juga tapi Alhamdulillah, setakat ni taklah rugi sangat sebab ada je yang ambil kalau the other party cancelled order tu..


Badan akak masih sakit2 terutama tulang belakang belah pinggang ni. Kalau duduk di lantai dan nak bangun tu, adoiii la.. rasa macam akak dan jadi nenek, terbongkok2. Maklum, straight lepas kenduri kat kampung, 3 minggu berturut kena buat delivery sambal goreng pulak. Total 21 kg semua buat sorang! Kali ni akak kena announce yang akak nak rehat sampai hilang sakit badan ni. Agaknya angin dah berkumpul la kot.. Macam2 akak minum, air rebusan halia + serai la, air pegaga, gamat madu, mmm etc etc.. Tukang urut je akak susah nak cari dan usahanya pun kurang. Esoklah.. 2-3 hari lagi sebab nak tunggu makcik den datang lak weekend sok.. yeayy

OKlah.. nak tido awal.. Gud Nite!


November 3, 2015

Roti.. Roti!!


Sebenarnya akak dah tersuka sangat dgn ini roti.. mungkin sebab adanya cinnamon + caramel tu. Duk teringat2 tapi masa tak berapa ada. Asyik mengadap kentang dengan tempe. Sebab teringin sangat gagah juga buat.. sudahnya semalam terpaksa menggoreng kentang menjelang malam sebab nak meroti dulu. Jenuh nak siapkan 16 kg sambal goreng secara solo.. hihi.

So it's time to work harder.. lazy lazy go away!!! Eh mana ada kite lazy.. mak sebenarnya agak keletihan sebab tak rehat secara proper sejak kenduri hari tu.. Sakit belakang ni entah bila nak rectified.. ehh! macam wayar rosak lak bunyinya.. :P

October 31, 2015

Sambal Goreng & Choc Moist Cake

Alhamdulillah..

Sambal goreng akak dah ke Kelantan.. naik van pos laju dari Jitra ke Kota Bharu kekdahnya.. Yang order kawan lama akak di sekolah menengah suatu ketika dahulu dan dah lama berhijrah ke Kelantan ikut suami. Macam akak jugalah.. Kita kena ikut suami, barulah barokah gitu.. heee.

Datin Dyu dah dekat setahun teringin sambal ni tapi keadaan masa tu tak begitu elok. La bila dia dah start order, terus order sokmo.. dah nak masuk kali ke 4 gitu. Order berjemaah bersama kawan2. Terima kasih la sahabat.

Sebelum ni sambal kering ni juga dah sampai sejauh Poland, Mesir, Mekah, Filipina.. dan tak ingat lagi mana pembeli bawa selain ke KL dan Perak. Boleh tahan lebih sebulan kalau disimpan elok dalam bekas kedap udara.

 7 - 8 kg saja boleh muat kotak ni..

Kadang akak buat customized ikut citarasa pelanggan. Tapi untuk kekal rasa dan kerangupan, sebaiknya ikut yg standard. Cuma kepedasan kadang2 ikut cili yg akak blend masa tu.. ada yg jenis pedas dan kurang pedas.

CERITA SEMALAM...

Chocolate moist cake 1kg+ (half portion) ordered by Cik Zaza Abdul yang tgh study di IPDA. Dia order sambal goreng sekali. TQVM ye Zaza! Moga sukses dalam study.. :)

Nampak tempting tak?
Deko sebenarnya tak masuk dalam package.. Ikut mood akak camna masa buat kek tu.. hehehe.

October 30, 2015

Nasi Kerabu Kuning

Alhamdulillah.. nikmatnya makan tengahari tadi.. RICE TO WEDNESDAY ehehe.. sebagai upah kepada diri sendiri yang agak penat kebelakangan ni.. semua pun rezeki Allah beri. Selalunya akak masak lebih kepada citarasa anak dan suami. Kalau nak makan apa yang sendiri suka, beli je kat kedai makan huhuhu..

Hari ni, di samping memenuhi permintaan abe yang nak daging goreng kunyit (gambar takdak, sebab dah selalu.. ehee), buatlah nasi kerabu simple untuk sendiri. Yang warna kuning.. takmo biru, putih pun takmau.. Untuk anak pulak ayam kari sudah dibuat stoknya dari petang semalam.. Macam nilah, jenuh juga kalau serumah ada 8-9 orang lain citarasa kan..


Sedap tidak, bagiku inilah menu yang tak pening2 nak pikir... healthy. Buat sendiri boleh ulang tayang berkali2.. Akak memang dah beberapa kali buat version kuning ni. Cuma letak perwarna atau serbuk kunyit sikit dan juga sehelai daun limau purut masa masak nasi.

Kalau nak tengok resepi, boleh search kat label nasi.


October 27, 2015

Kari Ikan Bawal

Akak ni boleh kata tiap minggu buat kari.. ikan, ayam.. Seisi rumah peminat kari. Cuma akak paling suka kari telur..

Kali ni buat kari ikan style Indian yang akak pernah sekali tertengok di TV2. Program tu in Tamil, tapi akak baca translation je sambil2 melipat baju masa tu. Sedapla juga.. dah rasa macam kedai mamak punya you tapi sedikit rasa kemelayuan.. Sebab chef tu pun masukkan unsur kemelayuan dalam masakan dia masa tu..

Sukatan ikut suka kita la sebab masa tu akak sempat tulis bahan jer.. :P



KARI IKAN BAWAL
(untuk 2 orang)

Bahan2:

1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili hijau/merah
3 sudu kecil (penuh) rempah kari ikan
1 sudu kecil (penuh) serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
1 biji tomato
Terung (jika suka)
Air asam secukupnya (akak suka guna asam keping dalam 2 kpg)
Santan secukupnya
Sedikit susu cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

Bersihkan ikan dan potong 2 atau 3 bahagian
Panaskan minyak. Masukkan daun kari dan jintan manis. Tumis sampai naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia. Kacau sekejap.
Masukkan bawang besar dan cili. 
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sehingga terbit minyak, baru tuang sedikit air dan kacau sebentar.
Masukkan tomato dan terung
Tuang santan, susu dan asam. Didihkan.
Bila mendidih masukkan ikan.
Renih sehingga ikan masak dan santan menjadi lebih pekat (akak selalunya renih kari dalam 15 - 20 minit).. Perasakan dengan garam.



October 26, 2015

Bubur Asyura (Utara)

Aktiviti akak petang tadi sambil menggoreng kentang (bahan sambal goreng),, Teringin benar nak makan bubur asyura. Nak buat sendiri.. Nak tunggu orang bagi macam tak patut lak kan.. ehehehe!!

Tahun lepas akak buat versi Selangor/Selatan.. abe kita macam tak gumbira. Sebab macam bubur lambuk jer katanya.. Kali ni tunjuk ke dia, terus je nak kata kalau hat sini dorang makan potong2.. mmm rasalah duluu.. Tak cukup sejuk, camna nak potong.. 2 jam tau kita masak. Bila dah rasa, terpejam2 mata tu.. Tak puji, tapi kite perasanlah sedap kannn... kikikih!

Hasil dari skodeng blog sesapa ntah (banyak sangat), makanya inilah yang terhasil.. Maaf, akak malam ni tak rajin nak edit gambor..kat HP nampak elok, kat lappy macam apa ntah ye..:P




BUBUR ASYURA UTARA
(versi jiran tak ramai... :P)

Bahan2:

Bahan A
250g tepung beras
50g tepung jagung
200ml santan (saya guna yg segera saja)
100g susu cair (1/4 tin)
250g gula pasir
125g gula merah/gula gerek/melaka
1 tin jagung manis
1 tin jagung manis
400g pisang berangan (6 biji) atau pisang emas - potong kiub (ramai yang guna pisang raja)
50g sagu - rendam dan tos
Daun pandan

Bahan B (ada yg guna dlm tin saja sebab nak cepat)
250g kacang hijau - rebus empuk
250g kacang kuda (1 tin)
250g kacang merah (1 tin)
300g keledek kuning - potong dadu

Cara2:
1) Gula merah dididihkan bersama air sehingga larut dan tapis
2) Gula putih dididihkan bersama air sehingga larut
3) Keledek direbus 3/4 masak kemudian asingkan airnya. Simpan air rebusan untuk digunakan semula
4) Satukan tepung beras, tepung jagung, santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula merah dan gula putih. Adun sebati dan tapis. Masak sehingga 1/2 pekat.
5) Masukkan bahan B dan jagung manis juga sagu. Kecilkan api dan kacau sehingga 3/4 pekat.
6) Akhir sekali masukkan pisang. Kacau sehingga masak. Keseluruhannya saya masak hampir 2 jam.
7) Untuk menguji samada bubur dah cukup masak, ambil sedikit dan letak di atas piring. Sejukkan kemudian terbalikkan. Jika tidak melekat bermakna cukup masak.





October 23, 2015

Cerita Kenduri 17102015

Ohh.. sungguh lama tak bersiaran.. sibuk sesangat kekdahnya..

Sekejap je dah seminggu majlis walimatulurus 2 orang sepupu akak yang tinggal serumah di kampung pada 17 Oktober 2015 (Sabtu). Kiranya puas jugalah mak dan anak balik kampung di Sabak Bernam.. dari awal Muharram (Rabu) sampailah ke Isnin. Patut balik ke sini hari Ahad, bos kecik tak mau balik.. tarik muka dan buat ragam. Terpaksa mak mengalah tambah satu hari.. ehehh best juga sebenornya.

Hari ni baru rasa nak upload gambar sikit2.. Majlis simple je.. kampung punya. Tapi sungguh meriah pulak rasanya macam pesta pertanian dan makanan.. ehehehh.. Ahkak dah tentunya antara orang kuat di situ. Extra energy sebab selalunya 2 orang tu yang jadi harapan menjaga hal ehwal pelbagai.. Kalini dorang kena cuti la sebab pengantinnya. Mujur juga keluarga besor, jadi back up sentiasa ada.. Kiranya lampu alarm dok blink2 je la kat bawah khemah.. sat air abis, sat nasi nak abis, sat lauk licin.. duk keja refill je.. hihi.

My little sistas dah jadi isteri orang... Moga bahagia membawa ke Jannah.. terasa semakin tua diriku ini huhu

Sebab ini blog masak, maka siaran di sini ialah gambor makanan ajalah ekk.. Antara menu yang ada pada hari Sabtu yang menggunakan khidmat katering.. Menu sehari sebelumnya (Jumaat) tak dan nak amik gambar pun sebab akak amik kontrak buat air, refill itu ini, contact person, pegi kedai, driver pengantin, masak nasi dan pelbagai hahaha.. Standard kenduri walimah di kampung kami, 2 hari kejadiannya.. tak termasuk hari2 sebelumnya yang kadang2 ada jemputan dah mula bertandang.. Memang happening! Untuk hari sebelum tu, khidmat ahli kariah digunakan yang kami panggil 'kejubos' atau 'rewang'.

Dimulai dengan hasil airtangan ciksiti (akak ler..). Brownies hantaran buat pihak lelaki dari Kedah. Takdak modal idea bila dah penat sesangat.. Tapi Alhamdulillah.. siap juga kann..

Menu kenduri
Ayam goreng berempah
Kurma daging Anita.. opss kak ani jer  ;)
Sambal taun lulang (kulit lembu) - airtangan orang rewang/kejubus
Pajeri nenas


Lemper
Tapai pulut & kek coklat (sumbangan ahli keluarga)
Rojak Din Sg Besar - tak sempat ambik..dah sold out. Mesti sedap kot nih..
Ruang khemah
Dessert + makanan tambahan
ABC Kak Bibah yang paling awal sold out!
Gambar mangkuk hujung tu ialah bubur jagung..
yang kekuningan paling depan ni tak pasti apa.. tapi yang pasti akak tak sempat rasa dan tengok la tuu.. nampak macam tapai ubi kan.. :P

Ada banyak lagi menu.. ada ikan masin, kerepek2 dan kudapan di atas setiap meja.. Hari sebelum tu ada ayam semur, ayam masak lemak kuning, kerabu, ikan masin, mee udang togel (tak dan prepare acessories ehehh), koci keledek, karipap, dll. Alhamdulillah boleh katakan habis licin kebanyakan makanan. Sumbangan saudara mara dan kawan-kawan makcik pun banyak. Mewah sungguh kalau duduk kampung ni.. Masing2 membantu, menyumbang itu ini.. belum kira tenaga lagi. Itulah rezeki namanya..