October 13, 2011

Nasi Ambeng


Wah!  Hari ni mood rajin... Tiba2 rasa nak buat eksperimen nasi ambeng di dapur sendiri.  Selamakini dapat rasa makan masa bila ada kenduri tahlil je atau dapat berkat.. takpun sesekali beli kat kedai makan.  Kali ni saya cuba buat sendiri setelah mendapatkan tips membuat serunding yg lain sikit pembuatannya ni.  Orang tempat makcik saya di Bt.7 kata ni "serunding ponorogo".  Yelah, di tempat kami ni suku jawa yg agak popular ialah suku ponorogo dan pegelen.  Keluarga kami dari suku ponorogo (asal keturunan nenek moyang dari Ponorogo, Jawa)  Penerangan selanjutnya mengenai suku kaum kami ni, saya belum habis study lagi hehe!  Serunding ponorogo ni dia berwarna coklat gelap, bukan perang macam kebanyakan yg ada di gerai, restoran atau kebanyakan tempat.

Nasi ambeng ni saya buat yg simple je, versi makan sendiri.  Takde mee dan rempeyek.  Kalau nak yg original, dan ada feel memakannya, kenalah pergi ke kenduri malam orang2 Jawa.  Itu pun tak semua orang buat, sebab remeh.  Selain remeh, orang yg datang kenduri tu tak dapat nak makan kenyang kat situ.  Selepas tahlil, dorang akan jamah sikit (bukan makan kenyang) hidangan kat atas talam tu dan terus dibahagikan kepada paling ramai 4 orang (1 hidangan).  Kalau korum tak ramai, dapatle lebih sikit.


Setelah dibahagi2kan, ambeng yg diletak atas daun pisang tu akan dibungkus sendiri dalam plastik atau bekas yg disediakan.  Kalau dulu2 bungkus dengan daun pisang, sekarang dah 'malas' sikit, selain ringkas.  Balik rumah baru dapat makan sungguh2, berkongsi dengan anak beranak.  Itulah yg namanya berkat, semua dapat rasa sikit2.. :))  Orang Jawa memang gitu... hehe!

Tapi kalau orang baru yg tak biasa, dorang akan kata itu makanan bekas orang makan... Ada yg tak suka.  Sebenarnya kalau dah rasa sekali, memang tak cukup punya.. Atau kalau teringin nak rasa dan kita ni penggeli, beli je yg kat gerai tu... cuma feel takdak la.

Bahan2 dan cara2 membuatnya :-

NASI
- Masak nasi seperti biasa.  Kalau nak sedap, nasi tu kena lembik sikit, guna beras biasa.  Kalau basmathi mcm dalam gambar tu, tak berapalah.. tp OK je.  Nasi jugak namanya...

SEMUR AYAM
Boleh rujuk kepada resipi lama saya di SINI..

SAMBAL GORENG
Boleh rujuk kepada resepi saya di SINI (baru je tu.. hehe)

SERUNDING KELAPA
Bahan2:
Kelapa parut - sangan sampai kering dan keperangan
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Ketumbar - kisar
Jintan putih/halus - kisar
Air asam jawa
Gula putih & merah (selalunya banyak sikit)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Kacang tanah yg dah digoreng (opt)

 Jintan, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan kelapa sangan.. tp kelapa tu kurang perang, shortcut je huhu...
Cara2:
  • Tumis bawang sampai layu
  • Kemudian masukkan ketumbar dan jintan.  Kacau2
  • Masukkan air asam, gula dan garam.  Biarkan sampai mendidih dan pekat
  • Bila dah pekat (timbul macam kristal kat tepi kuali), baru masukkan kelapa.  Gaul sebati hingga agak kering dan angkat.  Jangan terlalu kering, takut jadi keras sebab ada gula yg banyak.
  • Bila dah sejuk, boleh digaul dengan kacang tanah.


LAIN2 AKSESORI
Mee goreng dan rempeyek.  Ada juga yg letak kerabu... Resipi kerabu jawa boleh tengok kat SINI ye..


October 11, 2011

Janganle Main Cilok je!!

Akak ni sebenarnya tak kisah sangat kalau orang nak copy n paste (CNP) resipi akak ni.. Sebab apa sangatlah akak ni berbanding blogger hebat mcm CMG, Kak Nor dan sewaktu tu... Akak buat blog pun utk suka2 mengisi masa dan meng'aktif'kan otak dan jari ni.. Sementelah akak memang suka menulis.  Dulu2 masa kerja akak tulis report, article... la ni tulis blog gitu2 je sebab otak ni nak juga bekerja.

Tapi akak tak suka kalau orang main CNP bulat2 esp resipi yg bukan akak tiru dari blog lain.  Akak kalau tiru pun, mesti sebut nama orang atau blog tu sebagai sumber, etc.. buat link.  Kalau tgh malas pun akak sebut je kat mana dapat cth my resipi ke.. so, pandai2 le org nak cari.  Ini ambik bukan setakat ayat sebiji2, gambar sekali.. Walau gambar tu buruk ke, tetap akak punya.  Walau takde hakcipta, walau akak tak glamer, paling2 tulis le "gambar dan resipi ni saya ambik dr....".

Tak baik tau... Ni kalau belajor kat U, sah2 thesis tu kena chop "PLAGIARISM".  Kalau buat postgrad, mau tak grad!  Tapi yelah, budak2 sekarang memang kerja senang sejak internet menjadi santapan harian... Apa2pun, akak halalkan.. Moga2 murah rezeki akak di masa akan datang.... sekian.

October 10, 2011

Sambel Goreng

Balik ni bawa tempe 2 keping je.. yg besar, bungkus dalam plastik tu.  Yg sekeping saya potong 2, goreng ala2 dan masuk freezer.. Nak buatkan lontong di suatu pagi nanti.. Hat yang sekeping tu, dah selamat jadi sambal goreng jawa a.k.a sambel goreng malam tadi.

Ada banyak resipi, cara dan rasa sambal goreng jawa ni.. Kalau ke majlis perkahwinan orang jawa, terutama yg di kampung, selalu jumpa sajian tradisi orang2 jawa ni.. Resipi ni pun dah kira siaran ulangan je.. Ini adalah rupa sambal goreng di kariah kami kat kg.. jarang jumpa kat mana2 walau satu daerah.. 

Bahan2:

1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka
1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng
1 keping fucuk - goreng dan patah2kan
1 cekak suhun - rendam
1 biji kentang - potong kecil2 dan goreng (kalini saya tak letak)
1/2 labu bawang besar (atau beberapa ulas bawang merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
1 batang cili merah - hiris
Sejemput bilis - tumbuk ala2 je
1/2 inci belacan - hancurkan
Air asam - secukup rasa
1 cawan santan - kadang2 saya tukar dengan susu segar
Garam & gula secukup rasa (masakan ni perlu lebihkan manis mcm masak kicap)
Kicap manis
Serbuk perasa (opt)
Sedikit air
Minyak utk menumis
Lain2 bhn kalau nak letak - tauhu (goreng dulu), pedal, hati, dll

Cara2:

1)  Tumis bawang dan lengkuas sampai layu.  Masukkan bilis dan belacan, kacau2..
2)  Masukkan santan, kicap, air asam dan perisa..  biarkan sampai mendidih.
3)  Masukkan buncis.  Bila dah nak layu masukkan bahan2 lain iaitu tempe, cili, fucuk, kentang dan suhun.
4)  Gaul sebati dan angkat bila dah menjadi kering (suhun tu akan menyerap air).  Kalau perlu atan nak yg berkuah sikit, tambah je air.. :)

p/s : enak dimakan dengan nasi ambeng.. tapi kena ada serunding, ayam semur, mee goreng dan rempeyek..

October 9, 2011

Getuk Ubi


Ini adalah projek pagi pertama akak di Bahrain.. hari ni!  Selain menyelongkar peti sejuk dan dapur, mengemas dan membuang apa yg patut.  Ada frozen tapioca kat freezer, beli masa puasa dulu.. tak sempat nak buka.  Terus teringat nak buat getuk... Sebenarnya ada cara menyebutnya dalam bahasa jawa, tapi tak reti nak ejalah pulak.. geduk.. getduk... hehe!  Selalu beli yg bulat2 dan digoreng tu, orang sebut ubi ketuk.. kan?

Getuk ni makanan nostalgia juga.. Ada getuk pisang, ada getuk ubi... Semua kena rebus, bubuh gula dan kelapa, dan ditumbuk dan tekan2 kat dalam bekas atau dulang.  Melainkan jenis yg penjual goreng pisang selalu jual tu, memang susah nak jumpa getuk versi tradisional ni di dapur makcik2.. Selain tu, getuk ubi ni ada versi merah dan putih.. ikut citarasalah.  Tapi arwah nenek dulu memang selalu buat yg merah....


GETUK UBI

Bahan2:

1 tongkol ubi kayu yg besar (atau 3 ketulan besar macam gambar ini..)
2 sudu gula pasir
1 sudu gula merah (kalau taknak merah, tak payah letak..)
2 sudu kelapa parut
Sedikit garam

Cara2:

1)  Rebus ubi sampai empuk.  Perlahankan api... Keluarkan air rebusan ubi tu, tinggalkan sedikit saja..
2)  Masukkan gula, kelapa & garam... gaulkan dan tutup sebentar.  Bila gula dan hancur dan air betul2 tinggal sedikit, matikan api.
3)  Tumbuk atau lenyek ubi sampai halus.
4)  Sendukkan ke dalam bekas dan tekan2 sampai padat.  Tunggu sampai sejuk baru dihiris.  Sedap dimakan dengan kelapa parut yg dicampur sedikit garam..



October 7, 2011

Puding Trifle II


Buat trifle lagi... Ingat nak tiru CMG punya, tapi rasa tak sanggup nak bubuh krim putar tu.. Lagipun nak cepat, buat di tgh malam pulak tu...

Esok dah nak balik ke Bahrain, jadi kenalah clear kan apa yg patut kat dalam fridge.  Ada baki susu cair dan buah2an dalam tin yang masih banyak, sayang pulak.  Memandangkan pagi ni dah set date dengan CikNya cousin yg study kat UKM, maka memang rezeki dialah... Selain rezeki dapat makan kat Bangi Kopitiam.. heheh!  Cakap pasal kopitiam ni, personally saya tak berapa favour sangat.. Tadi saya makan nasi dagang.. cuma tak puas le sebab makcik Ika saya masak haritu lagi sedap! Makcik iparku kelahiran Solo itu, lidahnya sudah ke'Malaysia'an.. :)  Tapi, taklah teruk sangat yg kat kopitiam tadi... Mana tau tetiba nak makan kat situ lagi.. ngeee


Bahan2 (untuk sebekas plastik 4 segi dan sebekas yg bulat):

1 kotak Swiss Roll jenama Disney's - apa jenama pun tak kisah sebenarnya
1 kotak serbuk jelly Nona - perasa ikut kegemaran masing2 ye
1 tin buahan2 dalam tin (cocktail)

Krim Kastard
2 sudu besar tepung kastard
200 ml susu isian sejat (susu cair) - apa2 jenama
100 ml air
4 sudu besar gula
2 biji kuning telur

Cara2:

1)  Potong swiss roll dalam 1 cm... susun dalam bekas
2)  Sediakan krim kastard dengan mencampurkan kesemua bahan dalam periuk atau boleh je nak guna pan.  Kocak dahulu biar sebati kesemuanya.  Letak atas api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul sampai adunan kastard menjadi pekat dan likat.  Matikan api dan biarkan sebentar sampai menjadi suam.
3) Asingkan buah2an dalam tin dengan airnya.  Ambil sedikit air buahan tu untuk membasahkan lapisan swiss roll yg telah disusun
4)  Bila kastard dah suam, tuang ke atas lapisan kek.  (Sebab buahan tu banyak, sebelum menuang kastard saya tabur2 sikit dengan buah..)
5)  Selepas meratakan kastard, lapiskan pula dengan buah2an.. banyak2 ye!
6)  Lepas tu boleh sediakan jelly dengan mengikut arahan di kotak tu... Biasanya main tuang dalam air ikut sukatan yg dianjurkan.. dan larutkan atas api sampai mendidih.  Sejukkan kejap..
7)  Bila jelly dah agak sejuk, tuang ke atas lapisan buah pula.. jadilah trifle (3 lapis)...  Sejukkan dalam fridge, baru sedap dimakan..

October 6, 2011

Roti Arab II dan Sambal Bilis



Minggu lepas punya sajian breakfast atas permintaan cousin, CikYum a.k.a Yun.  Kalau minta yg senang2 ni, cepat je jadinye! eheh..  Tapi sebenarnya rupa paras roti arab tu tak berapa licin macam kulit muka akak.. sebab malas sikit nak menguli dengan penuh perasaan.  Eh! Memang muka akak licin takde jerawat atau bekas jerawat... cumanyeee ada belak2 hitam yg tak dapat dibendung lagi.  Jeragat ke hapa hentah.. naik muak dah minum soy collagen tu, idak juga jadi putih melepak hehehe...

Cerita pasal jeragat pulak kita ye!  Roti arab ni, yg rupa ini, tak pernah le pula saya jumpa di Bahrain tu.  Roti arab depa tu semua bako punya macam naan... Tak taule kalau akak je yg tak jumpa.. maklum saja, tak abis nak explore.. Saya buatkan sambal tumis bilis je untuk kalini.. Selalu tu dengan sardin, tapi dah abisle pulak.  Sekali pandang macam donut pun ada kan.. atau kalau belah, jadi burger M'sia.. hehe!
Rujukan: My Resipi (kakfiza)
Bahan2 (dapat 9 biji):

Bahan A
1 sk yis kering
1/2 sb gula
1 oz air suam

Bahan B
250 g tepung gandum
1/2 sk garam
1/2 sb gula
1 sb majerin
100 ml susu cair
Air secukupnya - dalam 50ml je atau kurang

Cara2:

1)  Masukkan bahan2 A iaitu yis, gula dan air ke dalam bekas.  Kacau2 sikit dan biarkan beberapa minit sampai berbuih.  Boleh juga kalau nak tutup bekas tu supaya lagi cepat bertindakbalas

2)  Gaul sekali tepung, garam, gula dan majerin.  Kemudian masukkan bancuhan yis tadi.

3)  Masukkan susu, diikuti air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh.  Sebab susu dah banyak, air tu sikit je... Uli doh hingga lembut.

4)  Tutup doh dengan kain lembab selama 1 jam.. (saya guna plastik je..)

5)  Selesai perap, doh akan membesar sekali ganda.. tumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Bahagi2kan kepada beberapa bahagian kecil... macam saya  buat 9 biji

5)  Ambil sebiji-sebiji dan canai dalam 1cm.. (agak2 jgn nipis sgt).  Goreng dengan minyak yg penuh hingga bertukar warna perang.. balik2 kan.  Ikutlah banyak mana nak goreng sekali.. :))


Sambal Tumis Mudah

Bahan2 (cara malas nak menulis hehe):
Bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kisar, bilis (rendam dulu), garam, gula, minyak dan sedikit air

Cara2:
1)  Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai halus.  Bawang besar dihiris kasar
2)  Kemudian tumis bahan tumbuk dan cili hingga terbit bau.  Masukkan garam dan gula.
3)  Masukkan bilis dan bawang besar.  Tumis seketika.. masukkan air.  Angkat bila sambal nampak sedikit pekat dan bilis tu betul2 lembut/masak.

p/s:  Kalau untuk kegunaan cicah ni saya suka letak air dan bilis cara gini, biar sambal tu cair.. Kalau nak buat lauk, bilis tu saya goreng dulu dan tak letak air.. lagi sedap kalau garing.. :))


October 4, 2011

Cerita Makan-Makan..

Tinggal beberapa hari dapur Cik Siti di Bahrain akan kembali berfungsi secara aktif.. Dah semakin dekat ni, terasa teruja pulak nak ke sana... terutamanya nak berjumpa suami terchenta.. heheh!  Bab2 masak dan makan, taklah risau sangat.. sebab suami kita tu boleh la sikit2 masak.. buat nasi goreng, masak maggi goreng (bukan sekadar rendam je tau!), grill ikan/ayam, dll.  Lagi pun kat Bahrain tu, setakat ayam dan daging yg dah siap tinggal grill tu banyak... Nak makan kat luar laaaagi banyak! kihkih..  Sekurang2nya, kuranglah sikit cholestrol dalam badan tu kalau saya takde..

Pagi ni saya balik ke KL bersama 2 org makcik.  Depa menumpang ke rumah abang depa (pakcik saya) yg sedang menderita sakit kanser kolon.  Tak maulah cerita keadaan pakcik tu, sebab saya rasa sangat sedih dgn susuk tubuhnya yg tinggal tulang je tu.  "Ya Allah.. ringankanlah beban kesakitan pakcikku itu.. Kasihanilah dia Ya Allah... ".  Dulu zaman remaja, sayalah yg selalu tak mau balik kampung dan menjadi penyibuk kat rumah dia di Kg Bharu tu.. huhu!  Tu pasal, saya boleh katakan terer selok belok kampung di tgh bandar tu.. Tapi tu dulu.  La ni terlajak juga kekadang..

So, bekal kami untuk berjumpa orang sakit ni boleh tahan banyak.. Supaya dia dapat rasa makanan2 nostalgia atau yg takde kat KL ni.  Sebab selera dia masih ada.  Cuma, takde rezeki nak bawa kuih LEMPER sebab timbul masalah saat akhir masa nak menempah tu (nak buat sendiri tak dan..).  Makcik bongsu pula pagi2 dah mengacau bubur som2.  Sedap sangat bubur som-som makcik... Lembut tapi cukup masaknya.. org jawa kata "tanek".  Bila disudukan tu, lembut je masuk tekak (sikit macam taufu fa tu).. Nanti bila saya dah cuba sendiri buatnya, baru boleh sharing2 resipi dia..
Lemper - gambar lama

Lalu Sg Besar, beli pula tapai ubi.  Kemudian beli pulut panggang dan pecal.  Malangnya, pecal tu basi bila sampai di KL.  Tong sampah yg makan... adoi!!  Macamanalah orang tu jual ekk...

Lalu pula Tg Karang... singgah ke gerai Warung Bonda kat tepi jalan tu.  Beli nasi ambeng.. Kira glamer lah juga gerai nasi ambeng yg satu ni sebab pernah masuk JJCM, Serina jadi host.  Untuk RM7, kami makan berempat (termasuk fawwaz).  Memang banyak giler!!  Nasi je dia letak 2 mangkuk.. Lauk pauk jangan cakap, main senduk2 je... ada ayam, serunding kelapa, sambal goreng dan mee goreng.  Bila dah siap sebungkus tu, menggunung jadinya.  Saya pulak ter'oder' 4 bungkus.. sbb teringat masa makan kat situ taklah menggunung begitu hahah!
Ni gambar berkat nasi ambeng yg kami dapat beberapa hari lepas.  Ada org se'kariah' buat kenduri ala ambeng.  Walau rasanya dia bukan Jawa, tapi kira dah terpengaruh la tu.. Kalau masa kecik2 dulu, keseluruhan ambeng dibungkus dengan daun pisang, sekarang dorang guna beg plastik je... sampai rumah, tuang kat atas talam... Ada yg tak biasa tu, ala2 tak lalu makan.. Takpelah, dah bukan budaya dorang makan macam tu, ye dak??

Makcik yg sorang lagi pulak, bawa kuih bungkus (orang jawa kata 'pipis').. bukan pipis yg maksud dia shishi tu tau... Nanti ada kesilapan makna bahasa Indon dgn bahasa jawa M'sia huhu.. Kuih bungkus ni makcik buat dari roti yg direndam pada santan.  Santan tu pulak dah di masak dengan gula.. Bila dah terendam tu, dibungkus pula dengan daun pisang dan dikukus... :))

Lupa pulak... seharian ni saya dok mengudap SUKUN goreng yang manis sesangat.  Sukun depan rumah kampung kami yg cukup masaknya dan ada bahagian yg dah hampir lembik.  Potong sederhana, celup tepung dan goreng.. Pergghhh!! Memang takde kat Bahrain!  Kat KL pun takde...  Sukun ni ada banyak jenis.. banyak juga yg jenis putih dan tak manis.  Kami punya sedikit kuning dan kalau dah cukup masak tu, keluar manisnya...

Dah sampai Anjung Hijau ni, terus control perut.  Tapi sebenarnya malas la...  Cuma masakkan Fawwaz telur masak kicap je.. Untuk umi dia, mee sedaaap je hoho!  Dah lama betul tak makan mee segera ni, memang sedap la.  Lepas ni nak makan lagi 2-3 bulan akan datang.  Tukang perabih mee segera di rumah ni adalah cousins ku yg kekadang tak dapat layanan istimewa tu.. :PP