October 7, 2011

Puding Trifle II


Buat trifle lagi... Ingat nak tiru CMG punya, tapi rasa tak sanggup nak bubuh krim putar tu.. Lagipun nak cepat, buat di tgh malam pulak tu...

Esok dah nak balik ke Bahrain, jadi kenalah clear kan apa yg patut kat dalam fridge.  Ada baki susu cair dan buah2an dalam tin yang masih banyak, sayang pulak.  Memandangkan pagi ni dah set date dengan CikNya cousin yg study kat UKM, maka memang rezeki dialah... Selain rezeki dapat makan kat Bangi Kopitiam.. heheh!  Cakap pasal kopitiam ni, personally saya tak berapa favour sangat.. Tadi saya makan nasi dagang.. cuma tak puas le sebab makcik Ika saya masak haritu lagi sedap! Makcik iparku kelahiran Solo itu, lidahnya sudah ke'Malaysia'an.. :)  Tapi, taklah teruk sangat yg kat kopitiam tadi... Mana tau tetiba nak makan kat situ lagi.. ngeee


Bahan2 (untuk sebekas plastik 4 segi dan sebekas yg bulat):

1 kotak Swiss Roll jenama Disney's - apa jenama pun tak kisah sebenarnya
1 kotak serbuk jelly Nona - perasa ikut kegemaran masing2 ye
1 tin buahan2 dalam tin (cocktail)

Krim Kastard
2 sudu besar tepung kastard
200 ml susu isian sejat (susu cair) - apa2 jenama
100 ml air
4 sudu besar gula
2 biji kuning telur

Cara2:

1)  Potong swiss roll dalam 1 cm... susun dalam bekas
2)  Sediakan krim kastard dengan mencampurkan kesemua bahan dalam periuk atau boleh je nak guna pan.  Kocak dahulu biar sebati kesemuanya.  Letak atas api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul sampai adunan kastard menjadi pekat dan likat.  Matikan api dan biarkan sebentar sampai menjadi suam.
3) Asingkan buah2an dalam tin dengan airnya.  Ambil sedikit air buahan tu untuk membasahkan lapisan swiss roll yg telah disusun
4)  Bila kastard dah suam, tuang ke atas lapisan kek.  (Sebab buahan tu banyak, sebelum menuang kastard saya tabur2 sikit dengan buah..)
5)  Selepas meratakan kastard, lapiskan pula dengan buah2an.. banyak2 ye!
6)  Lepas tu boleh sediakan jelly dengan mengikut arahan di kotak tu... Biasanya main tuang dalam air ikut sukatan yg dianjurkan.. dan larutkan atas api sampai mendidih.  Sejukkan kejap..
7)  Bila jelly dah agak sejuk, tuang ke atas lapisan buah pula.. jadilah trifle (3 lapis)...  Sejukkan dalam fridge, baru sedap dimakan..

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...