Entry sebelum masuk tidur... Koci keledek berinti hijo untuk bekfast esok pagi. Sambil tunggu abe balik dari tengok orang berceramah parti dengan tajuk "memperkenalkan calon2 PR.." hehehe! Nak tengok dan dengar perisian ceramah kaedahnya..
April 28, 2013
April 26, 2013
Roti Arab
Dah lama tak buat roti arab. Kat Jitra ni, ada kak tu jual kat pasar pagi, panas2. Tapi tak pernah beli. Abe je yang selalu beli. Akak beli roti canai dia je. Sambil tunggu roti canai yang lembut tu siap (husband dia buat), sambil tengok camna kak tu goreng. Saya sembang la "pasaipa saya buat jadi macam donut? Tak kembung..". Kak tu senyum je, tak jawab apa.. hehehe!
Sebenarnya teringin juga nak rasa. Cuma bila tengok minyak yang para penjual ni guna, saya tak jadi beli. Tak kiralah, jual cakoi ka, pisang goreng dan yang sewaktu. Bila tengok minyak yang dah hitam, guna beberapa kali tu, langsung teringat kolestrol dalam darah yang dah melepasi tahap normal ni. Ini pun dah kira turun dari dulu2.. Apa taknya, makan kek hari2... huhuhu!!
Apa2 pun jom buat roti arab sendiri sebab tak susah. Cuma sebab saya uli ala2 je, tak sampai halus maka kejadiannya pun macam bulan purnama. Tak tau pasal apa nama dia roti arab.. Sebab kat Bahrain dulu tak pernah jumpa roti lagu ni... :P
ROTI ARAB UTARA
Bahan2 (anggaran 10 biji) :
250g tepung gandum
1 sudu kecil yis kering *
1 sudu besar gula *
1 sudu besar minyak *
1 sudu besar majerin/mentega *
150ml air suam *
Cara2:
Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam bekas. Kacau sikit dan tunggu hingga yis mengembang.
Masukkan tepung dan uli. Tak perlu uli sampai halus, asal sebati je dah memadai. (Tips taknak melekat kat tangan, kacau guna senduk dulu. Dah sebati baru uli dengan tangan).
Tutup bekas dengan plastik cling. Perap selama 1 jam.
Ambil doh anggaran sekepal, dan bulatkan sampai habis.
Gelek nipis doh anggaran 1/2 - 1 cm.
Goreng dalam minyak panas sambil merenjis2 permukaan roti dengan minyak (tips utk buat dia menggelembong)
Api jangan besar sangat supaya boleh menggelembung dengan sekata.
Resipi ni boleh dipelbagaikan dengan meletakkan inti di dalamnya. Tapi dia tak jadi kembung sangat la sebab berat. Jadi pau goreng je.. :)
Ni versi pasar punya...
April 25, 2013
Tempahan - Kek Pelangi.. lagi :)
Hari ni delivered sebiji lagi kek pelangi untuk Nadhirah dari Taman Siswa untuk kali ke-2. Alhamdulillah... Suspen juga masa buat ni. Macam2 cobaannya. Maklumlah, berehat agak lama. Skill pun dah ke laut merah.. Lepas tu takde lah pulak usaha nak memperbaiki kan...? Hehehe... akak saja terkenang ayat2 sindiran Dr Azizan Osman. Memang berdebub terkena batang hidung!
TERIMA KASIH NADHIRAH! :)
April 23, 2013
Kisah Kedai Bakeri
Saya memandang tinggi jika ada pekedai atau pekerjanya yang ada sifat personalised service dan yang sewaktu. Paling-paling ada product knowledge yang bagus andaikata pelanggan bertanya. Bermuka manis dan tidak masam terutama yang jaga kaunter tu.
Setakat ni ada 2 kedai bakeri yang saya bagi kredit. Jika saya membeli sesuatu barang yang ada 'saudara kembar', dia akan memastikan yang saya membeli barang yang betul. Contohnya baru2 ni di Sayang Cake Alor Star, saya membeli chocolate filling. Sebelum punch, juruwang tanya dulu betul ke saya nak yang jenis tu. Mungkin dia takut saya nak beli readymade chocolate ganache atau spread. Sebab lebih kurang sama rupanya.
Saya kata "betul, choc filling..".
"Untuk buat roti ye...?" dia pastikan lagi
"Ye, untuk inti pau...". OK... proceed! :)
Satu lagi kedai yang suka bertanya balik supaya pelanggan tak silap letaknya di Sri Petaling. Kedai yang dah jauh dah tak mungkin saya masuki semula. Tanyalah apa saja, tips ke apa, Ah Wai tu akan jawab. Itulah ciri2 pekedai bakeri yang baik.

April 22, 2013
Tempahan - Kek Pelangi
Pagi tadi akak telah menghantar kek rainbow yang pertama untuk pelanggan di Jitra ni. Memang perlahan pergerakan kek akak sejak berhijrah ke Jitra.. Tapi kat rumah akak sentiasa ada kek. Belum habis satu, mesti nak buat satu lagi. Sebabnya memang akak yang suka kek. Baik makan atau buat. Orang2 lain kat rumah ni tak berapa.. En Abe sedang menghindari makanan manis. Fawwaz pulak cuma suka kek ceklat. Mak je duk ngidam kek hari2. Tapi bukanlah makan sampai kenyang. Cukup sebagai pemanis mulut. Kalau dapat bagi kat orang pun seronok rasa hati.
Terima kasih ye Nadhirah. Permintaannya ialah rainbow cake, layered/filling dengan chocolate ganache dan frosting cream cheese dengan deko simple untuk surprise kan kawan. Masa mula nak letak filling, ganache tu agak cair dan bermasalah pulak. Jadi meliuk-liuk kek tu lari. Mujur masa agak panjang. Akal pun panjang juga... hehehe! Harap2 menepati citarasa adik2 tu...

...dan message dari Nadhirah petang tadi :)
April 18, 2013
Asam Pedas Ikan Keli
Asam pedas resipi makcik saya... Nak kata style Jawa, tak taulah pulak orang2 Jawa lain masak cara ni ke tidak... hehe! Tapi memang tak jumpa kat kedai makan asam pedas seghope gini... Yang memberi kelainan ialah buah pala, kayu manis dan bunga lawang tu..
Antara pencapaian akak sejak duduk di Jitra ni ialah dah tak berapa geli nak mengendalikan ikan keli. Kalau dulu, tau nak goreng je atau makan terus yg dah siap. Tapi inipun kena pastikan ikan dah mati masa beli tu. Kekadang masih bernyawa juga dan tergedik2 dalam plastik membuat akak terkejut dan tergedik sama... Malu juga kot2 orang kat pasar perasan. Alahai.. macam nilah gaya tukang masak! Tapi demi anak, suami dan diri sendiri yang suka ikan keli, kena lawan juga perasaan tu... Setakat nak masak, takde masalah...
ASAM PEDAS IKAN KELI
Bahan2:
3 ekor ikan keli
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 biji buah pala - tumbuk halus
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam
Cara2:
1) Bersihkan ikan. Lumur dengan garam dan kunyit seterusnya digoreng seperti biasa.
2) Kisar bawang merah dan bawang putih. (Kalau nak pekat, elok di kisar/blend bawang)
3) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan serbuk buah pala dan kacau seketika
4) Tuang air secukupnya dan masukkan asam keping serta garam.
5) Bila dah mendidih, masukkan ikan keli dan biarkan sekejap sebelum matikan api.
April 17, 2013
Chilled Blueberry Cheesecake
Bila tengok stok cream cheese masih banyak dalam peti, risau juga. Takut rosak macam tu saja. Rasa nak buat topping CC banyak2 supaya senang nak pakai bila perlu, tak juga buat2. Nak buat Japanese Cheesecake, angin membakar tak datang2. Tapi tiba2 teringin sangat nak makan chilled cheese cake. Dah dekat seminggu. Baru pagi tadi merajinkan diri ke kedai bakeri untuk dapatkan semekut dengan gelatine. Akhirnya siap untuk dimakan... yayyy!! sedap sehh... Cuma comot sikit la akak buat... hehe. Bagi saya, kek ni tak berapa manis, sedang2 elok. Bila makan dengan base dia, perghhh.... memang enaksss!!!
BLUEBERRY CHEESECAKE
Rujukan : Teratak Impian (Kak Zai)
Bahan2:
Dicadangkan menggunakan acuan springform berdiameter 7 inci
Bhn A
12 keping biskut digestive
100g mentega cair
Bhn B
250 g cream cheese
* 2 cawan krim putar (whipping cream) yang dah siap menjadi kental
120 g gula kaster
1 sudu besar jus lime/lemon
2 sudu besar blueberry pie filling (tak letak pun takpe... akak saje nak bubuh )
Bhn C
15 g gelatin halal - kalau beli di kedai bakeri yg siap re-packed, sila interbiu dulu pekedai samada halal atau tidak
100 ml air
- campur dan kacau dengan kaedah double boiler sehingga jernih. Sejukkan dlm 5 minit (k.zai guna air panas je, lagi senang..)
Topping
Krim putar
Blueberry filling - saya guna pie filling yang ada butiran blueberry dan kurang manis
Cara2:
1) Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Saya tenyeh2 sikit dengan senduk dan kemudia ramas2 hingga hancur.
2) Cairkan mentega dan tuang ke dalam bekas biskut. Gaul sebati dan tekan2 biskut sehingga rata. Simpan dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
4) Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, blueberry filling dan jus lemon sehingga sebati. Masukkan gelatin dan kacau rata
5) Masukkan adunan cream cheese ke dalam whipping cream dan gaul sebati. Saya guna hand whisk je.
6) Tuang adunan tersebut ke dalam loyang berisi biskut (base) tadi. Ratakan. Simpan semula ke dalam peti sejuk (bahagian bawah ye!) dalam 3-4 jam.
7) Selepas 4 jam, keluarkan kek dari loyang (macam gambar di atas). Sapukan atasnya dengan sedikit krim putar. Lepas tu tuang blueberry filling. Buat pelan2 supaya kemas, bukan macam saya punya tuu, nak cepat2 siap dan tak abis ngaji pun... Puan2 boleh rujuk macamana k.zai buat ye kat SINI...hehe.
Nota:
Sebelum memulakan acara, saya lapik tepi loyang dengan baking paper.. Tapi kejadian tepi kek agak berkerepot. Akan datang nak guna cara lain pulak, yang halus licin bak sutera...
April 16, 2013
Masak Lemak Nangka & Tempe
Seronok pergi market pagi ni. Beli ayam, ikan 2 jenis dan sayur mayur cuma RM20 je. Cukuplah untuk beberapa hari, sebab kat freezer pun masih ada ikan dan udang. Lagipun akak masak beria ni selang 2 hari je... Sebabnya takyah le nak cerita hehehh.
Jadi, menu yang nak diketengahkan hari ni ialah sayur nangka muda (sayur ke?) dan tempe yang abe beli asing tadi. Terkejut bila dia kata nangka tu dia beli 50 sen je (3 keping). Murahnyeee... Dia teringinkan ulam nangka muda sebenarnya yg hanya direbus. Tapi sebab macam dia pun teringin tempe, maka akak tukar menu dengan mencampurkan kedua2nya. Terus jadi masak lemak. Terus rosak diet abe aku!! Hahaha... Orang Kedah ni memang suka ulam. Macam akak tak kisah. Tapi orang Jawa selalunya suka masak lemak pekat2 tu..
Baiklah, akak meriahkan blog airtanganku hari ni dengan resipi nangka tempe lemak ye.
MASAK LEMAK NANGKA + TEMPE
Bahan2:
3 keping nangka muda - potong kecil2
1 keping tempe - potong ikut suka (atau dadu)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi - ikut suka nak pedas mana
1 inci lengkuas
Sejemput udang kering
1 mangkuk santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik (jika suka)
Cara2:
1) Rebus dulu nangka hingga separuh lembut. Buang airnya
2) Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering. Manakala lengkuas hanya diketuk sahaja
3) Tuang bahan kisar ke dalam periuk berisi nangka dan tambah air sama paras. Masukkan sekali tempe dan lengkuas.
4) Masak hingga airnya berkurangan dan nangka betul-betul lembut.
5) Tuang santan secukupnya, kunyit dan garam
6) Matikan api bila dah mendidih. Kalau nak tabur kerisik buat masa ni (saya guna kerisik yang belum berminyak).

dan gandingannya tengahari tadi... :D
April 10, 2013
Nasi Lemak Sedap..
Akhirnya dapat jugak nasi lemak seperti yang akak idamkan. Yang sambalnya merah pekat.. lauk paru yang berkolestrol tinggi..huhuhu! Kalau dah nak, tak kira dah kolestrol tu. Bukan tiap2 hari makan pun. Ni mau dekat 1/2 tahun baru merasa sambal paru. Baik sambal, paru, kerang atau sotong, nak kena tengok camna rupa dia. Kalau merah terang dan kuah cair tu akak takkan beli. Lagi satu, akak tak suka nasi lemak letak kat polystyrene. Wohoho.. banyak songel kan..!!
Sementelah tadi nak isi minyak nun jauh berkilometer, akak pun meneruskan misi mencari nasi lemak ikut sedap di mata. Satu gerai dah terlepas sebab susah nak berhenti kala kereta banyak. Lepas isi minyak, singgah di satu gerai makan yang agak menjadi sebutan. Sambal cair dan penuh minyak. Akak pun keluar semula dengan harapan tuan kedai ingat akak cari lontong yg dia tak jual... hehehh! Keluar kawasan masuk corner lain, terus singgah kat gerai yang satu ni di Taman Siswa. Namanya pun Nasi Lemak Taman Siswa. Alhamdulillah... kenyang dan puas hati. Lepas ni tak fikir nak cari nasi lemak lagi.

Bukan setakat sambal yang pekat, nasi lemaknya pun wangi... cuma akak kena tambah aksesori sikit. Dia tak letak timun dan takde kacang...
April 7, 2013
Makan Apa Hari ni?
Dah masuk hari ke-3 semakin terasa kesedapan durian crepe. Masa mula2 buat tu, makan seketul pun pening. Tapi la ni pun tak boleh makan banyak. Pagi satu, tengahari satu, sat lagi malam makan satu... Tak jugak habis2. Anak tak suka. Abe lak takde. Niat nak bagi orang lain rasa tak jadi, sebab kulit tu macam keras le pulak. Mujur dalamnya sedap lemak berkrim.. Jadi, tadi bagi kat jiran karipap evergreen akak je. Dah tengahari, dia bagi pulak pucuk paku + tauge lemak (main balas2 pantun pulak ye..hehehh). Sayur tu yang akak rasa macam sesuatu lah. Sedap tak macam sayur lemak biasa. Perencahnya halus, tak nampak. Puas sudah lidah ni meneka. Nak tanya seganla pulak kan.. Akak syak dia letak kerisik kot.. Nanti suatu hari nak buat ujikaji.
Habis berteka teki sayur lemak pucuk paku, Fawwaz order donut with stoberi topping. Hungry! katanya.. Padahal macam baru je makan nasi lauk kari udang. Jenuh fikir lauk yang dia nak makan selain ayam masak kicap dengan keli goreng. Alhamdulillah... teringat lak kat udang yg dah lama tak beli sebab abe tengah mengelak seafood seumpama ni. Fawwaz memang suka udang, mak je lupa. Boleh??

Donut dgn topping yg comot sebab tak rajin nak cairkan coklat penuh hemah :P
Goreng 3, yang dimakan 1 je..
pastu... "I don't want stars.." mmmm.. banyak pulak songehnye
Saja letak gambar lama ni. Sekali buat donut ni teringat pau goreng mak kat kampung... terus ambik sikit dan masukkan inti... ahhhh makan saja kan!! Takde fikir benda lain.. :D
April 5, 2013
Durian Crepe... untuk dipandang
Walau otak dah tepu, walau takde sapa nak tolong makan, hari ni akak tak peduli! Akak paksa badan ni supaya merajinkan diri duduk berlama-lama di dapur. Sambil mendengar radio IKIM yang tak jelas pun sebenarnya...
Sebab hari tu dah minta en abe belikan durian dan dia dah belikan pun walau tak musim.. Pastu rasa nak makan terus je durian tu. Macam sedap je makan gitu-gitu. Tapi sebelum en abe tanyakan mana durian crepenya? lebih baik cepat2 buat.. Padahal dia tak bertanya pung!! Abe ku jaga badan dan kesihatan... Tu sebab la ni rasa bersalah sikit kalau nak masak benda sedap2.. Nak hidang kek pun tak sampai hati, takut terasa hati kalau dia tak makan habis. Macam tu lah kisahnya yg juga boleh dijadikan alasan nak mengelat kihkih..

Walau dah selesa dengan resipi yang ada, hari ni testing resipi dari blog yatimemories yang guna 5 tepung. Kejadiannya agak kenyal sedikit berbanding resipi 2 tepung yang lembut nipis tu. Sampai saat ni, saya baru rasa seketul sebab macam biasa, akan melalui proses pening dulu.... :D
DC versi leper je... sebab dah lama tak buat, the first 2 pcs tu akak silap gulung. Ingat mcm buat ketayap ka.. huhu!
DURIAN CREPE
Bahan2:
30g tepung hong kong
30g tepung kastard
20g tepung jagung
20g tepung ubi
20g tepung hoon kwe
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu segar (yatie guna susu cair)
1 sudu besar minyak
1sudu besar gula caster (saya tambah)
Pewarna
Cara2:
Satukan semua bahan, kacau sebati (saya guna hand whisk).
Tapis dan rehatkan 20 minit
Panaskan pan, sapu minyak sedikit (untuk crepe pertama shj) dan tuang satu senduk besar batter. Lenggang2 sikit dan biarkan sampai masak.
Masak di satu belah sahaja.
ISI/INTI
Fresh cream/non dairy whipping yang telah dipukul hingga kaku
Isi durian
April 4, 2013
Tepu..
Entah mengapa, rasa tepu je bila akak singgah kat 'rumah' yang ni.. Tak tau apa resipi nak di update. Hari-hari masak tapi ala kadar je. Kucing pun tak selera kot.. huhuhuu. Nampaknya dah sampai tahap 'tak dapek nak nolong'. Sebab utama, masing2 nak jaga kesihatan. Yang si kecik pulak tak suka makan. Dah takde kawan2, adik beradik, pengawal, neng and uncle nak jadi tukang tester. Statik nye hidup akak di perantauan nih... huwaaaa!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...