Pages

April 22, 2013

Tempahan - Kek Pelangi

Pagi tadi akak telah menghantar kek rainbow yang pertama untuk pelanggan di Jitra ni. Memang perlahan pergerakan kek akak sejak berhijrah ke Jitra.. Tapi kat rumah akak sentiasa ada kek. Belum habis satu, mesti nak buat satu lagi. Sebabnya memang akak yang suka kek. Baik makan atau buat. Orang2 lain kat rumah ni tak berapa.. En Abe sedang menghindari makanan manis. Fawwaz pulak cuma suka kek ceklat. Mak je duk ngidam kek hari2. Tapi bukanlah makan sampai kenyang. Cukup sebagai pemanis mulut. Kalau dapat bagi kat orang pun seronok rasa hati.

Terima kasih ye Nadhirah. Permintaannya ialah rainbow cake, layered/filling dengan chocolate ganache dan frosting cream cheese dengan deko simple untuk surprise kan kawan. Masa mula nak letak filling, ganache tu agak cair dan bermasalah pulak. Jadi meliuk-liuk kek tu lari. Mujur masa agak panjang. Akal pun panjang juga... hehehe!  Harap2 menepati citarasa adik2 tu...


...dan message dari Nadhirah petang tadi  :)



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...