Pages

April 23, 2013

Kisah Kedai Bakeri

Saya memandang tinggi jika ada pekedai atau pekerjanya yang ada sifat personalised service dan yang sewaktu. Paling-paling ada product knowledge yang bagus andaikata pelanggan bertanya. Bermuka manis dan tidak masam terutama yang jaga kaunter tu.

Setakat ni ada 2 kedai bakeri yang saya bagi kredit. Jika saya membeli sesuatu barang yang ada 'saudara kembar', dia akan memastikan yang saya membeli barang yang betul. Contohnya baru2 ni di Sayang Cake Alor Star, saya membeli chocolate filling. Sebelum punch, juruwang tanya dulu betul ke saya nak yang jenis tu. Mungkin dia takut saya nak beli readymade chocolate ganache atau spread. Sebab lebih kurang sama rupanya.

Saya kata "betul, choc filling..".
"Untuk buat roti ye...?" dia pastikan lagi
"Ye, untuk inti pau...". OK... proceed!  :)

Satu lagi kedai yang suka bertanya balik supaya pelanggan tak silap letaknya di Sri Petaling. Kedai yang dah jauh dah tak mungkin saya masuki semula. Tanyalah apa saja, tips ke apa, Ah Wai tu akan jawab. Itulah ciri2 pekedai bakeri yang baik.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...