April 16, 2013

Masak Lemak Nangka & Tempe

Seronok pergi market pagi ni. Beli ayam, ikan 2 jenis dan sayur mayur cuma RM20 je. Cukuplah untuk beberapa hari, sebab kat freezer pun masih ada ikan dan udang. Lagipun akak masak beria ni selang 2 hari je... Sebabnya takyah le nak cerita hehehh.


Jadi, menu yang nak diketengahkan hari ni ialah sayur nangka muda (sayur ke?) dan tempe yang abe beli asing tadi. Terkejut bila dia kata nangka tu dia beli 50 sen je (3 keping). Murahnyeee... Dia teringinkan ulam nangka muda sebenarnya yg hanya direbus. Tapi sebab macam dia pun teringin tempe, maka akak tukar menu dengan mencampurkan kedua2nya. Terus jadi masak lemak. Terus rosak diet abe aku!! Hahaha... Orang Kedah ni memang suka ulam. Macam akak tak kisah. Tapi orang Jawa selalunya suka masak lemak pekat2 tu..

Baiklah, akak meriahkan blog airtanganku hari ni dengan resipi nangka tempe lemak ye.


MASAK LEMAK NANGKA + TEMPE

Bahan2:

3 keping nangka muda - potong kecil2
1 keping tempe - potong ikut suka (atau dadu)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi - ikut suka nak pedas mana
1 inci lengkuas
Sejemput udang kering
1 mangkuk santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik (jika suka)

Cara2:

1) Rebus dulu nangka hingga separuh lembut. Buang airnya
2) Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering. Manakala lengkuas hanya diketuk sahaja
3) Tuang bahan kisar ke dalam periuk berisi nangka dan tambah air sama paras. Masukkan sekali tempe dan lengkuas.
4) Masak hingga airnya berkurangan dan nangka betul-betul lembut.
5) Tuang santan secukupnya, kunyit dan garam
6) Matikan api bila dah mendidih. Kalau nak tabur kerisik buat masa ni (saya guna kerisik yang belum berminyak).

dan gandingannya tengahari tadi... :D


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...