April 26, 2013

Roti Arab


Dah lama tak buat roti arab. Kat Jitra ni, ada kak tu jual kat pasar pagi, panas2. Tapi tak pernah beli. Abe je yang selalu beli. Akak beli roti canai dia je. Sambil tunggu roti canai yang lembut tu siap (husband dia buat), sambil tengok camna kak tu goreng. Saya sembang la "pasaipa saya buat jadi macam donut? Tak kembung..". Kak tu senyum je, tak jawab apa.. hehehe!

Sebenarnya teringin juga nak rasa. Cuma bila tengok minyak yang para penjual ni guna, saya tak jadi beli. Tak kiralah, jual cakoi ka, pisang goreng dan yang sewaktu. Bila tengok minyak yang dah hitam, guna beberapa kali tu, langsung teringat kolestrol dalam darah yang dah melepasi tahap normal ni. Ini pun dah kira turun dari dulu2.. Apa taknya, makan kek hari2... huhuhu!!

Apa2 pun jom buat roti arab sendiri sebab tak susah. Cuma sebab saya uli ala2 je, tak sampai halus maka kejadiannya pun macam bulan purnama. Tak tau pasal apa nama dia roti arab.. Sebab kat Bahrain dulu tak pernah jumpa roti lagu ni... :P


ROTI ARAB UTARA

Bahan2 (anggaran 10 biji) :

250g tepung gandum
1 sudu kecil yis kering *
1 sudu besar gula *
1 sudu besar minyak *
1 sudu besar majerin/mentega *
150ml air suam *

Cara2:

Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam bekas. Kacau sikit dan tunggu hingga yis mengembang.
Masukkan tepung dan uli. Tak perlu uli sampai halus, asal sebati je dah memadai. (Tips taknak melekat kat tangan, kacau guna senduk dulu. Dah sebati baru uli dengan tangan).
Tutup bekas dengan plastik cling. Perap selama 1 jam.
Ambil doh anggaran sekepal, dan bulatkan sampai habis.
Gelek nipis doh anggaran 1/2 - 1 cm.
Goreng dalam minyak panas sambil merenjis2 permukaan roti dengan minyak (tips utk buat dia menggelembong)
Api jangan besar sangat supaya boleh menggelembung dengan sekata.

Resipi ni boleh dipelbagaikan dengan meletakkan inti di dalamnya. Tapi dia tak jadi kembung sangat la sebab berat. Jadi pau goreng je.. :)

Ni versi pasar punya...

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...