October 31, 2010

Mee Kering Goreng


Mee gorengku yang tak berapa reti nak make-up dan posing...  Tengok dalam kotak stok, tak berusik2 mee kering cintan saya.  Hajat hati nak cuba mee kolok, tapi belum cukup seru.  Mmmm... buat je mee goreng.  Walaupun itu gambar nampak pucat je, tapi hakikatnye licin licau kami makan hari Jumaat semalam.

Bahan2 (untuk 2-4 orang):

4 keping mee kering Cintan
6 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 ekor udang basah (sederhana besar)
1 cawan isi ayam
1 sudu cili kisar (nak lebih pun boleh)
Sayur-sayuran - saya suka carrot dan lettuce atau kadang2 kobis
1 biji telur
Sos cili  
Sos tomato 
Sos tiram
Kicap manis 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara2 :

1)  Celur dulu mee kering.  Jangan sampai lembik atau masak..
2)  Panaskan minyak (banyak sikit) dan tumis bawang dan cili kisar hingga bawang layu.
3)  Masukkan ayam dan udang.  Bila ayam dah keputih2an, masukkan segala sos yang 4 tu... saya main tuang je... tapi sos tiram tu sikit je cukup (dalam 1 sudu).  Masuk juga gula dan garam.
4)  Masukkan pula mee dan sayur-sayuran...
5)  Akhir sekali buat lubang ditengah2 mee, pecahkan telur... kacau2 seketika dan gaul dengan mee...  siap!  Kalau cara hubby saya makan mesti ada limau nipis, tomato dan cili padi potong kecil2...

October 30, 2010

Grilled Chicken... lagi



Dinner kami untuk beberapa malam yang lepas.. Sekurang2nya satu hari dalam seminggu (selalu 2x) memang ada hidangan grilled chicken dan lamb atau beef, dan saya suka menyediakannya.  Selalunya buat chicken mayonnaise macam resipi sebelum ni.. dah jemulah pulak.  Hidangan macam ni selain mudah, mengenyangkan, sihat dan yang penting dapur bersih tanpa percikan minyak... takdelah penat2 nak lap dapur lepas masak.


Bahan2 untuk 2 orang:

Separuh bahagian ayam - saya tambah lagi seketul wing
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cm halia *
1 batang serai *
1/2 - 1 sk ketumbar *
Lada hitam *
Garam
Gula
Sos cili
Worcestershire sos

Cara2 :

1)  Kisar semua bahan *.  Lada hitam kalau nak tumbuk kasar2 lagi best...
2)  Campurkan semua bahan kisar dengan bahan2 yg lain (semua main agak2 je, ikut citarasa ye...).  Gaulkan dengan ayam dan perap selama 2-3 jam (saya selalunya perap belah pagi dan bakar belah malam)
3)  Bakar dalam oven dengan kepanasan 220C selama 45 minit atau ayam masak keseluruhannya... Sebelum tu kadang2 saya lalukan minyak zaitun kat atas ayam sebelum bakar, kadang tak...

Hidangan sampingan :

1.  Grilled potato - buang kulit kentang, cuci dan lap.  Lumurkan dengan butter atau majerin, bungkus dengan aluminium foil.  Bakar bersama ayam...

2.  Vege salad seperti gambar di bawah... letak sos thausand island.  Simple kan?

October 28, 2010

Nasi Lemak Cik Siti


Kat blog cik siti's world aku dah cerita tentang keteringinanku terhadap nasi lemak sambal kerang... beli atau bungkus punya.  Kena tahan dulu keinginan tu sampai hujung November nanti masa balik KL.  Pagi ni dek teringin sangat dan tak sabar nak tunggu esok (weekend di Bahrain), akupun buatle nasi lemak biasa sambil2 goreng karipap.  Nasi tu kira terlembik sikit.. aku suka yg peroi..  Esok punya breakfast, biar aku fikir nanti malam.  Selalu weekend memang kena breakfast yg berat2 sikit sebab selalu skip lunch dek kerana sibuk mengurus groceries..

Tak taulah samada cara aku buat nasi lemak sama ke tak dengan orang lain.. tp kekadang ada jugak tengok kat resipi mana2, ada yg lebih kurang dan tidak...

Bahan2 dan cara2 untuk 2-3 orang:

Nasi:
1 1/2 cawan beras (aku guna basmathi, selalu jadi double bila masak...) - cuci siap2
1 ulas bawang merah
1 cm halia
2 cubit/jemput halba (dalam 1/2 sk kot..)
1 batang serai - titik
1 helai daun pandan
Santan dan air - agak2 jelaa..
Sedikit minyak (dalam 1 sb)
1/2 sk garam

Cara2:
1.  Hiris halus bawang dan halia.
2.  Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bawang, halia dan halba sampai wangi.
3.  Masukkan santan dan air secukupnya, diikuti serai, pandan, garam dan beras.
4.  Biarkan sampai masak... nasinya akan jadi lemak dan wangi...mmmmh

p/s: Kadang aku tak tumis pun... masuk je semua sekali (tanpa minyak) dalam periuk dan masak... jadi juga nasi lemak hehehh...

Sambal:
3-4 sudu besar bawang merah dan putih yang dah siap dikisar (aku memang suka simpan stok bawang kisar)
3 sudu cili kering kisar (ikut tahap kepedasan cili)
1 sudu gula
1 sk garam (atau secukup rasa)
1 inci belacan - hancurkan
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
Minyak

Cara2:
1.  Panaskan minyak dan tumis semua bahan sampai sedikit kering atau hilang maung bawang tu... warnanya akan jadi merah tua dan. minyaknya keluar  Rasakan gula dan garamnya... aku suka sambal yg manis2 sikit, orang lain mungkin lain citarasa...

Lain2 aksesori wajib: Ikan bilis goreng, timun, telur rebus dan kacang goreng..

October 21, 2010

Ayam Masak Kicap



Saja aku nak post masakan yg dikira paling senang... Aku masa darjah 6 dah pandai bab2 masak kicap nih.. sungguh! Tapi tak semestinya handal dan sedap ikut citarasa anda.. hehe. Tapi kan.. aku dapati lain tangan lain rasa masak kicapnya. Aku sampai la ni tak boleh buat masak semur (kicap la tuu..) macam makcik2 kat kampung tu masak terutama untuk kenduri dan lauk ambeng. Istimewa rasanya... padahal aku selalu jugak ada di tempat kejadian. Lagi satu, masak kicap mak tiri aku pun lain rasanya... sebab aku tak duduk sekali, tak pernah tengok macamana dia masak. Tapi satu hari, aku akan coba tanya atau skodeng cara dia masak... :D

Style masakan aku simple je...

Bahan2 (utk 2-3 orang):

4 ketul ayam (bahagian mana, ikut suka)
1 inci halia - mayang
3 ulas bawang merah - mayang
1-2 ulas bawang putih - mayang
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang (nak letak cengkih, dll pun takpe, biar wangi)
1 biji tomato
1/4 bhg capsicum (tak letak pun takpe)
1/2 sk lada sulah
Santan atau susu cair/fresh -
Kicap manis secukupnya
Garam
Gula

Cara2 :

1) Lumur ayam yg dah dibersihkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh garing. Ketepikan..
2) Tumis dengan sedikit minyak bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga kekuningan dan wangi. Masukkan kicap dan sedikit air.
3) Tuang santan, gula, garam, lada sulah dan biarkan hingga mendidih.
4) Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, tomato dan capsicum. Biarkan untuk seketika sehingga ayam agak lembut, rasakan garam dan gula... angkat.


ps: Kadang2 aku suka letak suun... :)


lama punya... saja nak upload :D

October 17, 2010

Kerabu Jawa Style



Kelmarin aku beli tauge.. ala, apa kecoh sangat beli tauge pun?! Hehe... bukan apa, tauge kat Bahrain ni kira makanan berharga.. Seplastik kecik (ala2 kat M'sia 40-50 sen) harganya 400 fils (dekat RM4). Letaknya pula kat bahagian sayur2an dari Thailand dan tak semua hypermarket jual. Selalu nak beli, tapi kurang selera sebab kurus, macam dah nak layu..dsb. Kelmarin ku beli juga sebab nak buat kerabu. Tanpa tauge, kerabu tak bermakna... :D

Kerabu jawa ni lain sikit dari kebanyakan kerabu kat kedai makan. No 1, sebab dia ada letak cekur@kencur..

Bahan2 :

Kelapa parut (anggaran sepinggan)
2 ulas bawang putih
2 ulas cekur / kencur
2 cm belacan yang dah dibakar
Sejemput udang kering (optional)
5 tangkai cili padi (kalau suka pedas, kasi lebih...)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Asam jawa (kalau jenis yg biasa2 tu dalam sejemput)

Cara2 :

1) Tumbuk bawang, cekur, cili, belacan dan udang kering sampai halus.
2) Campurkan bahan (1) dengan kelapa. Masukkan sekali gula, garam, perasa dan asam jawa. Gaul atau ramas2 hingga sebati. Pastikan rasa masam, manis & masin sekata.
3) Masukkan bekas dan kukus dalam 10 minit. Lagi senang, masuk dalam plastik... masa masak nasi (air dah kering), letak atas nasi tu... keluarkan plastik berisi kerabu bila nasi dah masak... Kalau nak sangan pun boleh.

Bahan2 sayuran:
- tauge, kacang panjang, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang -> jenis ni semua kena celur dulu
- daun selum, daun pegaga, dll


Lauk kegemaran makcik2 di kampung ku terutama bila kenduri atau rewang... layan dengan ikan kembung goreng atau ikan masin.. :)


October 15, 2010

Ayam Gajus


Lauk semalam... kukira sedaplah sebab en hubby makan tambah2.. haha. Walaupun aku sangat risau akan rupa perutnya nanti, tapi aku suka kalau nampak dia selera.. Itulah dilema ku. Takpelah, asalkan sihat dan jauh dari penyakit berbahaya....

Bahan2 :

1/2 mangkuk isi ayam (dada) yang telah dipotong2 kecil - anggaran 2 orang makan
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris halus
2 cm halia - hiris nipis
1/2 labu bawang besar (agak2 le ikut size bawang ye...) - hiris tebal
3 tangkai cili kering (kalau suka boleh tambah) - gunting sederhana lebar
1/2 cawan gajus (cashewnut) - dah siap roasted
2 sudu sos tiram
Kicap manis (aku main tuang je kicap jalen tu)
Lada sulah
Sedikit sos cili (dalam 1 sudu)
1/4 biji capsicum (semalam ku tak letak pun)
Tepung jagung secukupnya
Ajinomoto
Garam
Gula
Sedikit cuka (lupa letak tapi kebanyakan resipi org cina letak red wine ke, vinegar ke..)
Sedikit air atau stok ayam
Minyak secukupnya

Cara2 :

1) Perap sebentar hirisan ayam yang dah dibersihkan dengan sedikit tepung jagung (2-3 sudu), ajinomoto (1/2 sk), sedikit garam dan lada sulah (1/2 sk). Gaul rata.
2) Panaskan minyak dan goreng ayam sampai 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3) Goreng pula cili kering yang dah dipotong sampai garing. Angkat dan ketepikan.
4) Tumis bawang putih, halia diikuti bawang merah hingga layu.
5) Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, aji, gula, garam, air... biarkan mendidih kejap
6) Masukkan pula ayam, gajus dan cili. Biarkan kejap sampai ayam betul2 masak
7) Bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan tuang dalam kuali (jgn banyak sangat..). Bila nampak dah pekat, angkat.... siap!


Lontong - Kuah Lodeh



Aku asyik duk terpandang je nasi impit Nona yg tak berusik dalam kotak tu. Dah set untuk buat breakfast.. Ingat nak buat kuah kacang je, rupanya kacang tu ada kat kedai lagi.. hehe. Akhirnya aku buatkan kuah lodeh..

Aku memang suka lontong.. Haritu cakap masa raya aku tak jumpa makanan ni sampailah member officemate hubby buat open house kat sini dan menghidangkan lontong versi Singapura. Makan rumah orang memangla kontrol ayu kan... So, pagi ni untuk breakfast aku buat kuah lodeh yang tak berapa cukup sifat. Alaaa setakat aksesori bukan penting sangat... rasa tu yg penting.

Bahan2 (untuk 2 orang x beberapa kali makan hik hik) :

3-4 batang cili kering *
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang kecik/merah *
3 ulas bawang putih *
1 sk jintan manis *
Sejemput udang kering *
Sejemput bilis *
1 cm halia *
Serbuk kunyit
Udang basah
Suhun
2 batang serai - titik
2 cm lengkuas - ketuk
Bay leave (daun salam)... aku guna bay leave kering tu je
Santan secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam
Sayur2an - kobis, carrot, kobis bunga, kacang panjang, tauhu, tempe, dsb (chek cuma ada 3 sayur pertama tu je. Pas makan baru nak gi market cari stok sayur baru.. :D)
Aksesoris lain - telur rebus, tahu goreng, tempe, goreng, sambal tumis, serunding dll ikut suka..

Cara2 :

1) Tumis bahan2 kisar dan juga serai.
2) Bila dah wangi (atau cukup syarat), masukkan udang basah, santan cair, garam, lengkuas dan bay leave. Biarkan sampai mendidih.
3) Masukkan sayur dan santan selebihnya. Akhir sekali masukkan suhun. Rasakan garamnya ikut selera anda..


Lontong control ayu... puas makan pagi sampai tengahari.. huhuu


October 14, 2010

Carrot Cake

Dah lama teringin nak buat carrot cake.. Akhirnya aku jumpa satu resipi yang simple dan hasilnya pun aku suka sebab dia moist dan tak manis sangat.. Semalam aku buat khas untuk Fawwaz yg sesekali sebut nak 'kek'. La ni memang sentiasa ada stock kek esp choc cake kat fridge, sebab seisi keluarga suka.


Dari resipi asal, aku buat 1/2 adunan je dulu sebab nak tengok hasilnya. Lagipun tepung gandum cukup2 je utk buat jualan. Makanya aku buat dengan tepung pizza (sebenarnya sama je kot - patented wheat flour). Aku tak letak walnut dan serbuk buah pala (nutmeg) supaya anak aku tak reject... dia ni cerewet sikit, once rejecting, dia takkan mau lagi sampai bila2... Letak serbuk kayu manis pun ala2 tabur secubit je..

Resipi diambil dari Myresipi oleh newbie123..

Bahan2 (adunan penuh) :

2 1/2 cawan parutan karot
4 biji telur
1 cawan minyak masak (aku guna minyak jagung)
1 1/2 cawan gula putih (aku guna gula biasa yg di 'blend')
2 cawan tepung (tepung gandum la tu...)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (aku tak bubuh)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yg dicincang

Cara2 :

1) Tepung, soda bikarbonat, baking powder, serbuk kayu manis, nutmeg dan garam semua diayak sekali.
2) Pukul telur dan gula hingga sebati. Guna hand whisk je... guna senduk kayu pun boleh. Bila dah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi
3) Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (2)
4) Masukkan esen vanilla, carrot dan kacang. Kacang hingga sebati.
5) Masukkan kedalam bekas/tin yang sudah dilengser dengan minyak dan bakar dengan kepanasan 160-180C (ikut oven) selama 40-60 minit (oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dalam 10 minit).

Note: Kalau 1/2 adunan macam aku buat tu cuma 25 minit dengan suhu 160C (ketuhar besar).

Topping (ni aku main agak2 je ikut stok yg ada)
- Cream cheese, ising sugar dan lemon juice (kalau takde takyah letak) > Pukul semua sampai putih kembang. Sapu atas permukaan kek.


October 12, 2010

Sambal Taucu Ikan Bilis



First time makan sambal bilis taucu ni masa kenduri kawin kawan baik aku Zu berbelas tahun yg lepas di Kg Endah. Sambal ni rasanya agak popular di kalangan orang2 Jawa kawasan Banting Hulu Langat, sebab kat kampung aku terutama kariah tempat aku tak pernah lagi jumpa. Baru semalam aku teringat dan minta resipi kat Zu dan sorang lagi member Banting, Tati. Sedap kalau makan dengan nasi panas dan tak payah campur lauk lain...

Bahan2 :

1 cawan ikan bilis (agak2 dapat sepinggan)
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
3 - 4 tangkai cili padi (opt - kalau suka pedas)
1 1/2 cm halia *
1 1/2 cm lengkuas *
2 cm belacan
3 sudu besar taucu
Gula dan perasa
Garam (jika perlu)
Minyak untuk menumis


Kat Bahrain boleh beli taucu jenis ni kat Lulu...

Cara2 :

1) Hiris halus bahan2 *
2) Bawang besar dan cili pula dihiris kasar (atau ikut kesukaan)
3) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (1) hingga layu
4) Masukkan juga taucu dan belacan. Kacau2.
5) Masukkan ikan bilis yg telah dicuci dan kacau hingga masak (boleh tambah air).
6) Apabila bilis hampir masak (kurang rasa mentahnya) masukkan bawang besar dan cili merah/hijau. Kalau suka masukkan kedua2 ni lebih awal bersama bahan (1) pun boleh juga.
7) Biarkan seketika, rasakan garam dan gula... dan angkat.
8) Peringatan : taucu selalunya dah masin. So, garam kalau perlu masukkan kemudian...




October 9, 2010

Mee Siam Berkuah

Ahha... ni dia mee siamku! Dah lama aku mengidam mee siam yg ada kuah ni. Aku teringat masa kerja dia Mega dulu, officemate ku Ismizah pernah bawa mee siam bersama kuah yg sedap. Sampai kini aku terkenang2, dan susah nak jumpa. Apalagi kat Selangor atau KL.. Duduk S'pore pun tak jumpa yg ada kuah ni. Tak abis merayap kot walau kat sana 2 tahun... Yang aku kekadang makan ialah mee siam yg sangat 'plain' rasanya huhuu..

Aku jumpa satu resipi ni kat MyResipi untuk ambil idea buat kuah.. Walau mungkin lain sikit rasanya dari mee siam Ismizah dan wife x-boss ku, boleh la menghilangkan keinginan..




Bahan2 (makan 2-3 orang) :-

Untuk mee:

1/2 bungkus mihun (rendam 1-2 jam atau celur kejap dgn air panas)
5 ulas bawang merah (atau 3 sudu besar yg dah siap kisar)
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu cili kisar
Sejemput udang kering (atau 1 sudu) - tumbuk/kisar
1 sudu tauchu
Kicap manis
Sos tomato dan sos cili
Garam dan gula secukupnya
Sayur-sayuran ikut suka - sawi, carrot, kobis, atau lain2
Udang, ayam, tauhu, telur rebus atau lain2 kalau nak tambah sebagai "aksesori"
Minyak masak

Untuk kuah:

3 sudu bawang besar yg dah siap kisar
2 ulas bawang putih (dah kisar sekali dgn bawang besar)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar tauchu - kisar
2 sudu kacang tanah yg dah digoreng dan dikisar kasar..
1 batang serai - titik
1 mangkuk air asam - sedang2 masamnya
Garam dan gula

Cara2:-

Mihun:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar termasuk taucu, garam dan gula sehingga pecah minyak
2) Masukkan kicap dan sos. Kacau seketika.
3) Masukkan mihun dan sayuran. Gaul hingga semuanya bersatu. Tambah air kalau perlu terutama jika bihun hanya direndam.
4) Tutup seketika dengan api sederhana. Biarkan hingga masak dan rasakan masin dan manisnya (ikut citarasa..)

Kuah:
1) Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar termasuk serai dan tumis hingga agak garing.
2) Masukkan air asam dan biarkan hingga mendidih dengan kepekatan sederhana.
3) Perasakan gula, garam dan asamnya (rasanya sedikit masam manis...)


Note: Masa nak makan tabur bawang goreng dan cili hiris (kalau suka). Letakkan juga telur rebus, tauhu goreng dll...


Menghidangkan dengan cara paling mudah... Kuah kurang cair sket tapi malas nak ambil tindakan :D


Intro bulan ni...

Nampaknya dah sebulan lebih cuti tulis resipi.. Lepas 3 minggu cuti raya di M'sia, akupun ala2 cuti tengok resipi. Mood nak masak sedap2 belum berapa timbul.. asyik2 rewind menu lama straight dari dalam kepala. Lagi pulak internet tak berapa baik sejak balik. Asyik2 limited connectivity... Tengoklah esok pagi kalau ada ilham nak masak ikut buku.. Setelah aku keciwa tak dapat nak menikmati paste Mrs Vanellis malam ni disebabkan Fawwaz tidur pengsan sebaik azan maghrib berkumandang sampai la...

Balik M'sia haritu, puas juga aku makan makanan kegemaran. Terutama masa buka puasa dapatlah rasa nasi kerabu, kerabu style jawa dan pecel lele@ikan keli.. Masa raya pulak puas makan sambal taun kerang, rendang hitam sendri masak (heheh), dan lain2 masakan makcikku yg tiptop! Tapi kenang2, sebenarnya 1st raya tu aku bukan makan sangat... duk sibuk beraya sepanjang hari, jamah sikit2 apa yg depan mata... sampai sambal kacang pun aku tak ingat makan ke tak. Lontong tak jumpa langsung! Tapi last week adalah officemate Singaporean hubby buat makan2 kat bawah ni... rasalah aku lontong style S'pore. Bagi aku lontong S'pore agak lain sikit dari M'sia punya esp lontong KL/S'gor. S'pore punya ada xtra tauhu goreng, tempe, kerisik/serunding kelapa, telur sebiji, sambal, dll. Tauhu tu kalau boleh yg lembut dan besar saiz nya... mantap!

Kat gambar ni adalah masakan istimewa makcik 'ipar' ku yg berasal dari Indonesia... Solo ke Jogja? Heheh.. akupun kenkadang confuse. Yg kutau dia dah permanently jadi orang Seri Kembangan.. :D Maybe cik Nur Taste99 boleh jawab. Sedap nih! Bacem ayam dan tempe.. Aku ada tulis juga resipinya versi aku yg belum grad tu... entah ada lagi ke tidak ye. Bacem ni boleh makan terus lepas rebus atau goreng semula. Tapi kalau makcik ku buat ni, tak sempat goreng balik rasanya... Ni pun kira aku sempat snap gambar dan rasa sikit2.. lepas tu dah masuk perut orang hahahhh...


Yg kat bawah ni pulak ialah pecal yg mak aku beli kat pasar Sg Besar. Sedap jugak... kelainannya ialah dia letak mihun goreng dan nasi impit. Lain2 sayur mayur sama je iaitu kangkung dan taugeh.. aku suka kalau ada timun pulak.

OKlah.. cukuplah intro ku kali ni... Aku tengah terfikir2 nak bekfast mee siam berkuah esok pagi.. Tadi aku baru beli soy paste yg kelihatan macam tauchu.. made in Thailand. Ada tanda halal yg dipercayai... tu yg aku capai je. Harga dia dalam 575 fils gitu.. Masa balik M'sia lupa nak beli untuk stok sini...