Hari ni jiwa kacau sikit... dahlah berjam2 nak siapkan sebiji kek, boleh terburai2 plastik krim warna merah tu kak permukaan kek yg putih krim tu masa tulis nama.. Belum kira lagi kerja remove frosting tu balik sebab tak kena di pandangan mata... Rugi sikit takpe, jangan sakit mata hehe...
June 29, 2012
RV Untuk Ziera
Kawan lama yg comel lote dan masih seperti 6-7 tahun yg lepas, Zira telah mengoder Kek RV untuk birthday en Daddy.. rupa2nya birthday dia pun esok lusa ni. Mesti sibuk sgt sampai boleh lupa b'day sendiri.. :D Apa2 pun TQ Zira.. hari tu dah beli karipap dan pau. Esok2 order lg ekk... ngeee
June 28, 2012
Tempahan Kek Hari Ini
Mari! Mari! Sementara masih harga pembukaan... (sampai bila2 hari pembukaan.. :P).
Hah!! Saja akak letak font beso2.. biar besor mata membacanya. Akak pun sejak dua menjak ni, mata dah turun nilai.. Symptom orang berumur.. hehehe.
Hari ni nak tayang 2 biji kek i.e. RAINBOW dan RED VELVET. Yang order ialah sahabatku Atie.. Dah 4 kek dia order kat akak.. yang ni dia cakap nak promote kat kengkawan.. huhu terharu!! Tima kasih daun keladi :))

June 27, 2012
Ikan Kerisi Sambal Kering Cilipadi
Dah lama kan akak tak posting gambar2 lauk.. Sebenarnya akak pun dah jarang masak2 lauk ni. Sejak balik ke Malaysia, hari-hari makan benda simple je. Heavy breakfast, simple lunch yg kadang2 kongsi dgn Fawwaz je, dan dinner pulak kadang ada kadang takde.. makan kudap-kudapan je. Alaa.. kek kan banyak... hehehh!!!
Hari tu teringin pulak nak makan ikan kerisi. Kebetulan En Abe pulak baru balik dari obesee, jadi kita hidangle lauk kampung gini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas. Resipinya simple je...Saja nak taruh sini :DD
IKAN KERISI SAMBAL KERING
Bahan2:
Ikan kerisi - bersih dan goreng dengan garam dan kunyit
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Bawang besar - hiris kasar
Serai
Asam keping
Tomato dibelah 4
Garam
Kalau suka boleh je letak gula sikit
Cara2:
1) Tumis bahan tumbuk hingga keperangan. Masukkan bawang besar dan serai yang dihiris kasar dan tumis sekejap
2) Masukkan garam dan asam keping. Tuang air sedikit dan biarkan sampai mendidih
3) Masukkan ikan dan tomato, gaul rata dan matikan api
Cuppies for Birthday Girl
Pembukaan kepada tempahan minggu ini.. RV cuppies dari Shima untuk birthday girl bawa ke sekolah. Happy birthday Adawiyah! Semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ummi dan abah.
Alhamdulillah... ada 3 lagi projek kek untuk disiapkan hujung minggu ni. Selain frozen foods yg tak menang tangan nak buat. Pelan2 bikin supaya tak hilang kualitinya.. Bimbang juga kalau 'lari tajuk' dek kerana tergesa2.. Moga2 dipermudahkan :)
June 21, 2012
Aneka Makanan Airtangan Cik Siti
Order beberapa hari ini.. Terkejar2 akak menyiapkan. Bukan banyak sangat, tapi maklum sajalah.. akak ni macam2 nak kena buat dalam satu masa.. Lagi pulak en abe belum pulang huhu.. Tapi Alhamdulillah, sangat menyeronokkan dalam penat dan kekurangan tu.. Masing2 kata sedap termaksuk mak dan mak mentua dorang. InsyaAllah, mendapat berkat :)
****************************
Kenkawan yg order karipap dan pau frozen pelbagai inti ialah Wan, Ani, Zana, Shima & Zira. Ani dah nak buat stock up untuk puasa nanti.. Cukup kah? ehehehee.. jgn lupa datang lagi. Nanti ku belanja cendol depan anjung hijo ye! :D
RV ni Atie yg order. Second time dah.. hari tu order Rainbow. Tq sesangat sbb promo sama. Siap hantar gambar kek yg dah dibelah :D
RV cuppies utk Razana.. Nak diberi utk wedding adik ipar dia..
June 15, 2012
Red Velvet Cuppies
Saya gunakan resipi yang pernah disiarkan sebelum ni iaitu Red Velvet 3. Tapi saya ubah sikittt je... Takpelah, saya siarkan semula ye!
KEK CAWAN BALDU MERAH
Bahan2:
250g mentega
2 cawan gula kaster
4 biji telur gred A
1 sudu kecil vanilla extract
3 cawan tepung naik sendiri *
2 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil garam *
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar/full cream + 1 sudu besar cuka/jus lemon)
3 sudu besar pewarna merah (red bright) - kalau yg dari kedai bakeri dalam 1 1/2 botol
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar cuka
Cara2:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berwarna keputihan.
2) Masukkan telur dan vanilla. Pukul lagi hingga sebati
3) Ayak bersama tepung, serbuk koko dan garam (bahan2 bertanda *)
4) Kalau tiada buttermilk, guna susu yang dicampur dengan cuka (sukatan seperti di atas). Kacau dan biarkan dalam 15 minit. Susu akan kelihatan pekat. Setelah itu tuangkan pewarna dan kacau sebati
5) Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan putar dengan kelajuan minima.
6) Masukkan pula 1/2 bahagian buttermilk dan putar lagi. Ulangi step 5 dan 6 hingga tepung habis.
7) Dalam bekas campurkan soda dan cuka hingga keluar buih. Kacau2 sikit dan tuang ke dalam adunan. Gaul adunan secara kaup balik sehingga soda rata atau sebati dengan adunan
8) Sudukan adunan atau untuk mudah masukkan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam cawan kertas. Paipkan 1/2 sahaja kerana kek akan naik tinggi.
9) Bakar dengan suhu 150C selama 20 minit. Jangan lupa untuk memanaskan oven terlebih dahulu.
Untuk frosting godek2 la resipi lama saya ye.. Dah ngantuk ni..zzzzzzzzzzz
June 12, 2012
New Page, Rainbow dan Cotton Soft Cheesecake
Sejak balik bercuti dari kampung agak rancak dapur comel saya. Dapur yang kadang2 membuat akak tak sabar nak berpindah. Namun sabarlah... Alhamdulillah ada juga dapur kan.. ;)
Bermula dengan kek harijadi Cik Kakak (my cousin), demo buat Russian Black & White. Semalam pula siapkan 3 biji cheesecake (2 Shima tempah, 1 saja buat extra) dan kek rainbow utk dihadiahkan kpd anak buah yg comel dan gebu, Fateh. Anak2 buah yg lain jgn jeles, mak2 korang pun pandai buat kek kannn... ;)) Agaknya tanpa sedar kita ni memang keturunan suka makan kek kot.. hahahh!

Sekarang akak dah letak konsep, rupa biarlah tak seberapa asal dalamannya best! Biarpun ada sorang chef tu kata 'sedap' tu sangat subjektif, yang penting rupa dan bau (kalau ada), saya takut orang menyesal bila dah beli dan merasa. Kalau percuma tu lain cerita... Cuba tengok Secret Resipi.. deco kek dia simple, tapi rasanya amat menyeksakan sedapnya! Seksa sebab teringat2 je..
****************************
Kek untuk Aula a.k.a. Cik Kakak (nama manja utk Fawwaz panggil)
Russian Black & White
2 biji Cotton Soft Cheesecake untuk Shima. Dia order sekali karipap frozen..
Rainbow Cake untuk si kecil Fateh (anak cousin ku Anis)
Ahhh... semakin seronok baking. Dan makin seronok melawan kedai bakeri Edible Food kat Sri Petaling tu. Barang2 dia lebih murah dari kedai2 yang lain termasuk Yummie yg dulu selalu saya lawat. Pekerjanya walau tak ramai, dalam 3 orang je termasuk boss dia (merangkap cashier), tapi sangat helpful. Termasuklah bila ditanya cara2 nak buat itu ini.. Kiranya dia tahu apa yang dia jual dan macamana nak pakai. Ehehe.. akak bagi promo percuma pulak!
Dan saya juga dah buat FB Page.. http://www.facebook.com/airtanganciksiti Manalah tau bisnes boleh berkembang kan...InsyaAllah. Sat lagi nak lekat iklan kat board Anjung Hijo ni ha.. Nak tengok ada tak sambutan. Maklum je, mereka ni mostly bangsa lain. Ni pun kiranya orang Melayu dah nampak ramai. Masa mula-mula dulu, payah nak jumpa.
June 8, 2012
Kek ala Russian Black & White
Saya setakat baca sekalil lalu macamana orang buat kek ni di internet dan seterusnya melakukan eksperimen dengan resipi yang ada dalam koleksi sendiri. Untuk buat kek ni, boleh guna apa2 resipi kek coklat moist. Saya sendiri ada pelbagai koleksi kek coklat yang sedap2 belaka. Tapi untuk yg ini, saya guna resipi dari adik saya Nazuwa yang kandungannya sedikit lain dari yang lain, dan rasanya juga terbaik dari yg lain. Jom cuba!
KEK COKLAT MOIST
Bahan2:
Bahan A
250g mentega - untuk lagi sedap, gunakan mentega sebenar yg berkualiti
300g gula kastor
6 biji telur - saya guna gred A
1 sudu besar ovallette
Bahan B - ayak bersama
250g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C - chocolate paste (bancuh)
1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan air
60g gula
Cara2:
1) Pukul bahan A hingga kembang. Dulukan gula dan mentega. Dah kembang baru masukkan yang lain.
2) Masukkan bahan B dan C secara berselang seli dan teruskan memutar dengan speed perlahan. Mulakan dengan tepung, putar dan masukkan paste coklat pula. Buat sampai habis. (mulakan dengan tepung dan akhirkan juga dengan tepung)
3) Panaskan dahulu oven dengan suhu 160C. Lenser loyang kek dengan mentega atau majerin dan alaskan dengan baking sheet. Masukkan adunan. Saya guna 2 loyang 8 inci dan isi 2/3 loyang dengan adunan. Bakar selama <> 40 minit atau sampai masak betul.
4) Sejukkan kek dan potong 2 setiap satu. Jadi, dapat 4 keping kek.
LAYER DAN FROSTING
Cream Cheese I - yang saya gunapakai
500g cream cheese - sejuk
1/2 cawan mentega
2 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil vanilla extract
- Pukul cream cheese yang masih sejuk dengan mentega hingga kembang. Masukkan gula aising dan vanilla extract. Pukul lagi hingga gebu.
- Kalau tak cukup untuk layer dan frosting, boleh tambah lagi 1/2 adunan. Untuk frosting, saya tambahkan sedikit whipping cream supaya lembut lagi
Coffee Cream Cheese II - original recipe
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar nescafe - ayak
- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula aising sehingga gebu dan lembut
- Tambahkan serbuk nescafe dan gaul/pukul lagi hingga sebati
- Masukkan 1/2 adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum guna
Chocolate Ganache
300 g cooking chocolate
200 ml whipping cream
1 sudu besar mentega
- Didihkan whipping cream dan matikan api. Masukkan coklat yang dipotong kecil2, kacau hingga larut. Masukkan mentega
- Untuk dibuat layer, sebaiknya simpan semalaman sampai ia menjadi pekat
- Untuk dibuat frosting, boleh dibuat sebaik-baik kek sudah sedia disaluti cream cheese dan di simpan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam
- Untuk kek ni memerlukan lebih dari 1 adunan ganache
STEP BY STEP - PEMBIKINAN DAN DEKORASI
1) Masukkan kedua-dua coklat ganache dan cream cheese dalam piping bag yang berbeza. Guntingkan dihujungnya. Kemudian paipkan ke atas permukaan kek pertama secara melingkar dan berselang-seli seperti gambar di bawah
2) Lakukan perkara yang sama sehingga lapisan kek yang ketiga dan tutup dengan kek yang terakhir
3) Salut keseluruhan kek dengan baki cream cheese. Kalau tak cukup, adun lagi. Simpan sebentar dalam peti sejuk dalam 1/2 jam.
4) Buatkan chocolate ganache dan tak perlu tunggu sejuk. Terus tuang pada kek. Terpulang nak deco macamana. Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong dengan kemas. SIAP!
Kalau ditanya "sedap tak?". Jawabnya, "it's too rich!". Saya nak makan satu slice pun kena pelan2 masuk mulut, dan minum air kosong banyak2. Dan sebenarnya 'too rich' tu maknanya TOO SEDAP! Cuma akak ni kan jaga badann.. hihihi! Saiz kena maintain.. kalori kena jaga. Tapi kalau orang lain tak kisah, akak suka jeee.... Meh le order!! Meh la.. mehla.. Ada diskaun sedang menanti utk peng'order' terawal :D
June 5, 2012
Red Velvet... Seminar.. Cotton Soft.. Vemma
Saya suka buat beberapa kerja dalam satu masa.. Sambil layan FB, tengok gambar itu ini, dan tengok ulangtayang (yg berulang2) video Dr Azizan Osman (DAO) di website marketing power. Adalah dapat sikit semangat nak berjuang tu.. Intro nya tadi adalah seorang wanita macam akak ni, setelah masuk kelas DAO tu, terus beribu ribu lemon pendapatannya... hanya dalam masa 3 hari!! Akak tu (hehe.. sebenarnya nampak adik2 lagi) buat homebased je kek carrot special dia.. seminggu dapat order 10K.. PERGH!! Gila kan..!
Saya percayalah juga sesiapa juga boleh jadi hampir 'gila' bila masuk kelas AMP tu.. Apa AMP? Anda carilah sendiri ye.. hehe! Sebab ramai yang berjaya dengan teknik DAO tu.. Kalau tak berjaya tu, mungkin kena cari ilmu lain kot.. Gitulah. Saya pun sebenarnya belum berpeluang nak daftar ke kelas AMP sebab nak kena betul2 tengok jadual dan masa. Priority macam selalu ialah anak. Kalau ada yang jaga atau tunggu dia di rumah, macam2 boleh buat. Hari tu masuk seminar marketing power yang percuma pun jiwa saya dah berkobar2. Asal jumpa adik beradik je, saya promote sekali.. Macamlah saya punya seminar atau saya kakitangan DAO hehehh! Sebenarnya saya nak sama-sama dengan adik beradik berjaya macam dorang2 tu. So impressive!
Dalam kepala macam-macam nak buat! Tapi masa ni lah orang yang diperlukan untuk memberi pendapat dan menjadi pendengar yang baik tak ada di sisi. Jalan-jalan obesee sampai hujung Jun. Bimbangnya kalau semangat ni menurun.. Terpaksa pendam dan cakap (dlm hati) sorang-sorang. Itulah.. bukan senang nak berjaya kan. Ada je faktor pelemah yang nak membuat kita gagal. Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambaMu ini. Jauhkanlah aku dari kegagalan dan minda negatif.
So, pagi ni saya dah buatkan sesuatu untuk bisnes VeMMA saya. Vemma ni ramai yang kata mahal. Tapi mereka perlu tahu khasiat dan kesan apabila meminumnya. Saaaangat baik!! Terjamin dan terbukti!! Mak saya kalau dulu solat tak boleh berdiri, hari tu adik saya kata dan boleh berdiri, baru duduk kat kerusi untuk rukuk dan sujud. MasyaAllah! Moga2 lepas ni mak tak perlu bertongkat lagi.. Orang-orang Putrajaya kalau nampak flyers saya tengah terbang di persekitaran tu, harap2 tangkap dan baca dan call saya ;)
Balik-balik je ke KL semalam saya buat kek Cotton Soft Japanese Cheesecake lagi. Saya nak buat marble pink, tapi mamai bubuh jugak coklat. Spoilt sket dengan rasa coklat yang saya nak ban tu. Takpelah, trial and error tu kenalah ada kan untuk dapat hasil yang terbaik. Sebelum saya all out dengan bisnes ni.
Lepas tu konon nak deco RV saya yang tersangkut hari tu pun tak jadi juga.. Konon nak letak steam buttercream... pun mamai lagi. Akibatnya jadi malas terus. Tapi RV saya ni memang moist. Cer tengok betul2... Cuma sejak pandai buat rainbow cake, saya dah kurang nak makan RV ni.. huhu!

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...