Pages

June 27, 2012

Ikan Kerisi Sambal Kering Cilipadi


Dah lama kan akak tak posting gambar2 lauk.. Sebenarnya akak pun dah jarang masak2 lauk ni.  Sejak balik ke Malaysia, hari-hari makan benda simple je.  Heavy breakfast, simple lunch yg kadang2 kongsi dgn Fawwaz je, dan dinner pulak kadang ada kadang takde.. makan kudap-kudapan je. Alaa.. kek kan banyak... hehehh!!!

Hari tu teringin pulak nak makan ikan kerisi.  Kebetulan En Abe pulak baru balik dari obesee, jadi kita hidangle lauk kampung gini.  Memang sedap dimakan dengan nasi panas.  Resipinya simple je...Saja nak taruh sini :DD

IKAN KERISI SAMBAL KERING

Bahan2:

Ikan kerisi - bersih dan goreng dengan garam dan kunyit
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Bawang besar - hiris kasar
Serai
Asam keping
Tomato dibelah 4
Garam
Kalau suka boleh je letak gula sikit

Cara2:

1)  Tumis bahan tumbuk hingga keperangan.  Masukkan bawang besar dan serai yang dihiris kasar dan tumis sekejap
2)  Masukkan garam dan asam keping.  Tuang air sedikit dan biarkan sampai mendidih
3)  Masukkan ikan dan tomato, gaul rata dan matikan api

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...