June 8, 2012

Kek ala Russian Black & White


Kek terbaru dalam koleksi saya ni memang sangat mengujakan.. Masa sedang gali-menggali saya terjumpa kek ni.  Tak tau sejak bila wujud dan popularnya.  Saya yang tertinggal kapal.  Almaklumlah, dah makan tahun tak singgah di SR (sejak orang kecoh2 dot..dot.. dot..). Tak juga beli kek yang lain-lain kat luar tu.

Saya setakat baca sekalil lalu macamana orang buat kek ni di internet dan seterusnya melakukan eksperimen dengan resipi yang ada dalam koleksi sendiri.  Untuk buat kek ni, boleh guna apa2 resipi kek coklat moist.  Saya sendiri ada pelbagai koleksi kek coklat yang sedap2 belaka.  Tapi untuk yg ini, saya guna resipi dari adik saya Nazuwa yang kandungannya sedikit lain dari yang lain, dan rasanya juga terbaik dari yg lain. Jom cuba!

KEK COKLAT MOIST

Bahan2:

Bahan A
250g mentega - untuk lagi sedap, gunakan mentega sebenar yg berkualiti
300g gula kastor
6 biji telur - saya guna gred A
1 sudu besar ovallette

Bahan B - ayak bersama
250g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C - chocolate paste (bancuh)
1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan air
60g gula

Cara2:
1)  Pukul bahan A hingga kembang.  Dulukan gula dan mentega.  Dah kembang baru masukkan yang lain.
2)  Masukkan bahan B dan C secara berselang seli dan teruskan memutar dengan speed perlahan.  Mulakan dengan tepung, putar dan masukkan paste coklat pula.  Buat sampai habis.  (mulakan dengan tepung dan akhirkan juga dengan tepung)
3)  Panaskan dahulu oven dengan suhu 160C.  Lenser loyang kek dengan mentega atau majerin dan alaskan dengan baking sheet.  Masukkan adunan.  Saya guna 2 loyang 8 inci dan isi 2/3 loyang dengan adunan.  Bakar selama <> 40 minit atau sampai masak betul.
4)  Sejukkan kek dan potong 2 setiap satu.  Jadi, dapat 4 keping kek.

LAYER DAN FROSTING

Cream Cheese I - yang saya gunapakai
500g cream cheese - sejuk
1/2 cawan mentega
2 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil vanilla extract

-  Pukul cream cheese yang masih sejuk dengan mentega hingga kembang.  Masukkan gula aising dan vanilla extract.  Pukul lagi hingga gebu.
-  Kalau tak cukup untuk layer dan frosting, boleh tambah lagi 1/2 adunan.  Untuk frosting, saya tambahkan sedikit whipping cream supaya lembut lagi


Coffee Cream Cheese II - original recipe
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar nescafe - ayak

-  Pukul cream cheese, mascarpone dan gula aising sehingga gebu dan lembut
-  Tambahkan serbuk nescafe dan gaul/pukul lagi hingga sebati
-  Masukkan 1/2 adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum guna


Chocolate Ganache
300 g cooking chocolate
200 ml whipping cream
1 sudu besar mentega

- Didihkan whipping cream dan matikan api.  Masukkan coklat yang dipotong kecil2, kacau hingga larut.  Masukkan mentega
-  Untuk dibuat layer, sebaiknya simpan semalaman sampai ia menjadi pekat
-  Untuk dibuat frosting, boleh dibuat sebaik-baik kek sudah sedia disaluti cream cheese dan di simpan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam
-  Untuk kek ni memerlukan lebih dari 1 adunan ganache

STEP BY STEP - PEMBIKINAN DAN DEKORASI

1)  Masukkan kedua-dua coklat ganache dan cream cheese dalam piping bag yang berbeza.  Guntingkan dihujungnya. Kemudian paipkan ke atas permukaan kek pertama secara melingkar dan berselang-seli seperti gambar di bawah

2)  Lakukan perkara yang sama sehingga lapisan kek yang ketiga dan tutup dengan kek yang terakhir

3)  Salut keseluruhan kek dengan baki cream cheese.  Kalau tak cukup, adun lagi.  Simpan sebentar dalam peti sejuk dalam 1/2 jam.

4)  Buatkan chocolate ganache dan tak perlu tunggu sejuk.  Terus tuang pada kek. Terpulang nak deco macamana.  Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong dengan kemas.  SIAP!

Kalau ditanya "sedap tak?".  Jawabnya, "it's too rich!". Saya nak makan satu slice pun kena pelan2 masuk mulut, dan minum air kosong banyak2.  Dan sebenarnya 'too rich' tu maknanya TOO SEDAP!  Cuma akak ni kan jaga badann.. hihihi!  Saiz kena maintain.. kalori kena jaga. Tapi kalau orang lain tak kisah, akak suka jeee.... Meh le order!! Meh la.. mehla.. Ada diskaun sedang menanti utk peng'order' terawal  :D

5 comments:

sang rama-rama said...

seronoknya tgk akak bt kek yg comei ni... nak cuba bt ..tp tkt tak jd jika saya bt..... :(

sang rama-rama said...

suka tgk org bt kek menjd... :)

Siti Aminah said...

Menarik la resepi ni.....nak cumba la untuk birthday anak he he...terima kasih atas perkongsian ye

Siti Aminah said...

Terima kasih atas perkongsian ye...Nampak sedapp

Cik Siti Abu Sujak said...

Sama2 Pn Siti.. selamat mencuba :)