June 5, 2012

Red Velvet... Seminar.. Cotton Soft.. Vemma

Saya suka buat beberapa kerja dalam satu masa.. Sambil layan FB, tengok gambar itu ini, dan tengok ulangtayang (yg berulang2) video Dr Azizan Osman (DAO) di website marketing power.  Adalah dapat sikit semangat nak berjuang tu.. Intro nya tadi adalah seorang wanita macam akak ni, setelah masuk kelas DAO tu, terus beribu ribu lemon pendapatannya... hanya dalam masa 3 hari!!  Akak tu (hehe.. sebenarnya nampak adik2 lagi) buat homebased je kek carrot special dia.. seminggu dapat order 10K.. PERGH!!  Gila kan..!

Saya percayalah juga sesiapa juga boleh jadi hampir 'gila' bila masuk kelas AMP tu.. Apa AMP? Anda carilah sendiri ye.. hehe!  Sebab ramai yang berjaya dengan teknik DAO tu.. Kalau tak berjaya tu, mungkin kena cari ilmu lain kot.. Gitulah.  Saya pun sebenarnya belum berpeluang nak daftar ke kelas AMP sebab nak kena betul2 tengok jadual dan masa.  Priority macam selalu ialah anak. Kalau ada yang jaga atau tunggu dia di rumah, macam2 boleh buat.  Hari tu masuk seminar marketing power yang percuma pun jiwa saya dah berkobar2.  Asal jumpa adik beradik je, saya promote sekali.. Macamlah saya punya seminar atau saya kakitangan DAO hehehh!  Sebenarnya saya nak sama-sama dengan adik beradik berjaya macam dorang2 tu.  So impressive!

Dalam kepala macam-macam nak buat!  Tapi masa ni lah orang yang diperlukan untuk memberi pendapat dan menjadi pendengar yang baik tak ada di sisi.  Jalan-jalan obesee sampai hujung Jun.  Bimbangnya kalau semangat ni menurun.. Terpaksa pendam dan cakap (dlm hati) sorang-sorang.  Itulah.. bukan senang nak berjaya kan.  Ada je faktor pelemah yang nak membuat kita gagal.  Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambaMu ini.  Jauhkanlah aku dari kegagalan dan minda negatif.

So, pagi ni saya dah buatkan sesuatu untuk bisnes VeMMA saya.  Vemma ni ramai yang kata mahal.  Tapi mereka perlu tahu khasiat dan kesan apabila meminumnya.  Saaaangat baik!! Terjamin dan terbukti!!  Mak saya kalau dulu solat tak boleh berdiri, hari tu adik saya kata dan boleh berdiri, baru duduk kat kerusi untuk rukuk dan sujud.  MasyaAllah!  Moga2 lepas ni mak tak perlu bertongkat lagi.. Orang-orang Putrajaya kalau nampak flyers saya tengah terbang di persekitaran tu, harap2 tangkap dan baca dan call saya  ;)

Balik-balik je ke KL semalam saya buat kek Cotton Soft Japanese Cheesecake lagi.  Saya nak buat marble pink, tapi mamai bubuh jugak coklat.  Spoilt sket dengan rasa coklat yang saya nak ban tu. Takpelah, trial and error tu kenalah ada kan untuk dapat hasil yang terbaik.  Sebelum saya all out dengan bisnes ni.




Lepas tu konon nak deco RV saya yang tersangkut hari tu pun tak jadi juga.. Konon nak letak steam buttercream... pun mamai lagi.  Akibatnya jadi malas terus.  Tapi RV saya ni memang moist. Cer tengok betul2...  Cuma sejak pandai buat rainbow cake, saya dah kurang nak makan RV ni.. huhu!

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...