May 28, 2012

VeMMA dan Kek

Uh uhuuu... hati ni sebenarnya tengah merindui seseorang yang banget2!  Ya, si kecik merangkap 'handbag' LV saya tu... Sejak semalam akak tinggalkan dia di kampung bersama makcik.  Sebab akak ada misi nak 'jumpa' Dr Azizan perunding kekayaan tu.  Dan akhirnya pagi tadi saya berjaya menyertai Seminar Marketing Power yang dikendalikan oleh Dr Azizan.  Mula2 biar pergi yang free.. lepas tu pasang niat nak pergi yang advance punya!  Ya.. SAYA KAYA DAN BERJAYA!!!!  :D

Semangat berkobar-kobar sejak menyertai VeMMa.. Walau kebelakangan ni agak 'malas' sedikit, atau momentum lari.. Mungkin overshadowed by my baking life.. speaking London pulak ^.^  Tapi apa yang saya belajar tadi, ingin saya aplikasikan kepada 2-2 perkara yang saya cintai ini.  Saya jujur terhadap kedua-duanya..
Vemma 
Produk yang sangat baik untuk kesihatan.  Saya telah merasainya.  Saya sangat bertenaga, tidak lagi sakit-sakit dan lenguh badan termasuk di bahagian kaki ni.  Saya dah tak pernah rasa nak berurut disebabkan letih dan lenguh macam dulu-dulu.  Saya pasti, ini adalah kerana Vemma yang saya minum setiap hari dan kadang-kadang ala2 lupa, 2 hari sekali.  Makcik saya pun kata begitu. Tak sedar bila sakit pada sesetengah bahagian badan tu hilang.  MEMANG TERBAIK VEMMA ni!

Kek 
Sejak dulu saya memang suka makan kek.  Kalau hari raya dan bertandang ke rumah orang, saya mesti jamah kek dulu. Anak saya menurun kesukaan terhadap makanan ini.  Terutama kek coklat atau yang tak ada unsur-unsur pelik.  Dan mulai 2 minggu lepas, saya tiba-tiba terjerumus dalam perniagaan kek.  Maka semangat semakin membara untuk maju ke depan bersama hobi ini.  Cuma ada faktor tertentu yang me'limit'kan hobi saya ini.  Membuat saya ternanti-nanti saat nak berpindah rumah.  Walau perpindahan itu nanti akan menggores perasaan saya dan kegembiraan saya di Bukit Jalil ni.  Saya suka tinggal di kawasan ni.  Walau tak happening, di sini sangat nyaman dan tenang.

Takpelah... jom tengok hasil saya petang ini.  3 Red Velvet dan 1 Cotton Soft Japanese Cheesecake.  Yang siap deko hanya 1 RV untuk diambil oleh Masdiana, pada esok pagi.  Mas ni ngajar kat KK, cuti sekolah ni balik KL.. Asal pun sini juga, junior sekolah saya dulu.. (tetiba akak lapar nasi ambeng.. dahlah tak dinner tadi huhuu).
 Cheesecake tercedera.. lupa nak lapik masa telangkupkan.. dahlah tertuang lebih, meletus sikit gunung berapi.. kalut je :(
 
Baru tambah - RV untuk Cikgu Zu  ;)

No comments: