March 2, 2012

Red Velvet 3

Lalala... mabuk RV.  Pagi ni dengan perasaan seperti nak gastrik menyiapkan RV ni untuk BFF saya di CSM, Yati.  Walau asalnya akak tak sanggup, atas galakan dan kesanggupannya untuk redha, maka akak siapkan juga tempahan dia ni.  Special untuk si anak yg bernama Anastasia xxx.  Nama si kecik tu agak glamer, sukar akak nak ingat hehehh!!

Selalu yg saya dok pukul canang kata sedap tu guna resipi lain.  Yang ni, sebab nak yg terbaik, saya cuba resipi baru yg saya pasti lebih sedap berdasarkan testimoninya.  Very soft, moist and fragile.  Satu tahap saya nak nangis tengok satu lapisan tu tercacat dek kecuaian saya.  Mujur boleh ditampal macam jalanraya tu.. Sebabnya saya buat 2 adunan dgn resipi berlainan.  Yg satu lagi tu resipi biasa, tukar tepung je.  Tapi laaagilah fragile!  Hancur lebur hati saya melihat kehancuran kek ke-2 tu... Mujur si Fawwaz masih suka lagi.. malam, pagi, tengahari nak kek juga.. lagi demand, nak letak juga cream cheese ala2 letak macam sos.  Kek hancur tu juga saya buat sebahagian bahan deco hehe..

 deco vodo-vodo je.. tak kreatif sgt.  Nak buat swirl pun tak pass.. belum kira accident sini sana.. tertonyoh kek la.. terkena apron la.. nervous tak tentu hala kahkah!

Red Velvet Cake v3
Resipi asal: Blog Nina Suria
Olahan semula : Siti

Bahan2:

5 biji telur gred B
250 g mentega beku tanpa garam
2 cawan gula kastor
1 sk vanilla ekstrak (saya yg tambah)
* 3 cawan tepung naik sendiri
* 3 sudu makan koko Vochelle (saya guna koko biasa je)
4 sudu makan pewarna red bright (saya guna 3 sudu besar - next time nak guna 1 botol terus mcm selalu)
1 cawan buttermilk (saya guna 1 cwn susu segar + 1 sudu besar jus lemon atau boleh juga guna cuka.  Kacau sikit dah tunggu dalam 10 minit)
1 sudu teh garam (saya letak dalam 1/2 sk je kott)
1 sudu makan bicarbonate of soda (saya guna 1 sk je)
1 sudu makan cuka makan (saya guna 1 sudu besar)

Cara2 (ini ikut version saya lah!):

1)  Panaskan ketuhar 170 C (yg asal 180C)
2)  Ayak bahan kering (*) menjadi satu bahagian.  Saya ayak dalam 3 kali supaya betul2 bercampur
3)  Pukul mentega dan gula hingga kembang
4)  Masukkan telur sebiji demi sebiji.. pukul dgn perlahan.  Bila dah sebati baru guna speed kuat sekejap.
5)  Masukkan pewarna ke dalam buttermilk dan kacau rata dgn perlahan
6)  Masukkan 1/3 dari tepung ke dalam adunan.  Pukul dgn speed perlahan hingga sebati
7)  Masukkan pula 1/2 bahagian buttermilk.  Pukul perlahan lagi hingga sebati.
8)  Ulangi step 6 & 7 sampai habis.  Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung juga..  Pukul hingga kembang dan ringan.  Gunakan spatula untuk memastikan tepung yg di tepi mangkuk bercampur sekali.  Boleh naikkan sikit speed mesin tu.. Matikan pengadun dan ketepikan.
9)  Larutkan soda bikarbonat dan cuka hingga keluar buih2.. Masukkan ke dalam adunan kek.  Kaup balik menggunakan spatula hingga adunan sebati
10)  Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian (jika rasa was2 nak membelah nanti kerana kek ni sangat lembut teksturnya).  Kalau ada oven yg besar, boleh masukkan sekali 2 loyang bulat bersaiz 8" - satu loyang, satu bahagian..  Kalau takde, bolehle seloyang-seloyang, sampai habis.. moga2 elok je kejadiannya hehe.. (atau kalau sanggup membelah, masuk je sekali..)
11)  Kalau buat macam step 10 iaitu dibahagikan kepada 3-4 loyang, bakar dalam 25-30 minit dengan suhu 170C
12)  Sejukkan kek... baru keluarkan ke atas redai.  Hati2, takut pecah... keciwa tau nanti!

Cream Cheese Frosting
(versi yg selalu saya guna)

Bahan2:
500g cream cheese (tak kira jenama asal tulis halal eg. Philadelpia, Anchor, Tatura, dll)
1/2 cawan mentega
1 sk vanilla ekstrak
2 cawan gula ising
- saya suka tambah sedikit lemon juice biar masam sikit dan kadang2 1 sb fresh milk atau whipped cream

Cara2:
1)  Dalam mangkuk, pukul cream cheese dan mentega hingga kembang.  Masukkan vanilla ektrak dan sedikit demi sedikit gula ising.  Pukul sehingga kembang dan boleh salutkan pada kek.
2)  Mulakan dengan membuat layer... sapukan di atas kek pertama, letak kek kedua (tekan2 sikit), sapu lagi cream cheese... dan seterusnya.. Kalau setakat 2 lapis, mewah sikitle cheese kat tengah2 tu.. kalau 3-4 lapis, kena berjimat sket :D
*******
Tebal sikit kot keknya.. first time guna resipi ni, byk sikit adunannya.  
Rupa tak berapa menarik sbb guna kamera HP je.
Berat keseluruhan lepas frosting + board = 1.94 kg :D
 Di bawah ialah bahagian Fawwaz si pencinta RV juga... kejadian yg hancur lebur.
Akak nak salahkan tepung naik sendiri tu :(
Tapi tetap sedap terutama bila ada cream cheese tu

3 comments:

Mrs C said...

Fuyo! Tripple layer! ;)
Thanks Sifu for your guidance on how to make this gorgeous cake. My husband and children will forever be grateful to you :)

http://mrsjackofalltradesdaily.blogspot.com/

Cik Siti Abu Sujak said...

Hehe.. no problemo! Sharing is caring ;)

Unknown said...

Mcm mne klau ade 250 g je cream cheese nii utk cream cheese frosting??