Saya gunakan resipi yang pernah disiarkan sebelum ni iaitu Red Velvet 3. Tapi saya ubah sikittt je... Takpelah, saya siarkan semula ye!
KEK CAWAN BALDU MERAH
Bahan2:
250g mentega
2 cawan gula kaster
4 biji telur gred A
1 sudu kecil vanilla extract
3 cawan tepung naik sendiri *
2 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil garam *
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar/full cream + 1 sudu besar cuka/jus lemon)
3 sudu besar pewarna merah (red bright) - kalau yg dari kedai bakeri dalam 1 1/2 botol
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar cuka
Cara2:
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berwarna keputihan.
2) Masukkan telur dan vanilla. Pukul lagi hingga sebati
3) Ayak bersama tepung, serbuk koko dan garam (bahan2 bertanda *)
4) Kalau tiada buttermilk, guna susu yang dicampur dengan cuka (sukatan seperti di atas). Kacau dan biarkan dalam 15 minit. Susu akan kelihatan pekat. Setelah itu tuangkan pewarna dan kacau sebati
5) Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan putar dengan kelajuan minima.
6) Masukkan pula 1/2 bahagian buttermilk dan putar lagi. Ulangi step 5 dan 6 hingga tepung habis.
7) Dalam bekas campurkan soda dan cuka hingga keluar buih. Kacau2 sikit dan tuang ke dalam adunan. Gaul adunan secara kaup balik sehingga soda rata atau sebati dengan adunan
8) Sudukan adunan atau untuk mudah masukkan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam cawan kertas. Paipkan 1/2 sahaja kerana kek akan naik tinggi.
9) Bakar dengan suhu 150C selama 20 minit. Jangan lupa untuk memanaskan oven terlebih dahulu.
Untuk frosting godek2 la resipi lama saya ye.. Dah ngantuk ni..zzzzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment