Dah larut malam.. tapi sayang nak ajak mata ni tidur.
Tadi baru lepas menyiapkan 2 bekas RV kukus untuk di bawa balik kampung. Itu je modal makcik... sebab yang paling senang walau tak pasti cream cheese yang ada cukup ke tidak. Kalau tak cukup nanti, mokcik tabur je ngan gula ya.. hehe
First delivery untuk order (ambil regular customer je..), dah dibuat malam ni. Bukan deliver, tapi dia pick up sendiri. Shakila order Russian Black n White yang all the way meragam, blueberry tart dan chocolate chip cookies. Alhamdulillah and thanks ye dear! Kalau nak cerita pasal kek RBW tu memang rasa nak nangis. 2 hari menyiapkan. Dari base nya iaitu kek coklat yang sangat fragile tak macam selalu.. sampai kena buat semula yang lain. Filling yang mencair sangat2.. dan akhir sekali ganache untuk salut kek yang tak suka nak pekat. Dah tu usik sikit terus tak kilat.. Keluar masuk peti sejuk.. lama sikit kat luar, melorot jatuh ganachenya.. hah! keluor bahasa Jawa ku! Rasa macam experience pertama buat kek je... sobs!
Setakat ni rasanya biskut yang nak dibawa balik kampung dah cukup. Untuk 3 rumah, sikit2 sudah le.. Buat 2 jenis je.. Memang macam biasa, akak tak larat. Kalau lebih tenaga diduna, jadi stress sgt. Puasa kali ni mudah sangat keletihan. Macam na tidur buat selamanya. Kadang solat dan tadarus pun boleh macam lost kejap.. Kalau tengok cermin tu, aku sudah serupa jerangkung.. especially dari muka ke bahu.. tulang temulang tersembul. Rasanya makan banyak.. Risau sangat kot2 ada 'sesuatu' tersembunyi.. Nauzubillah. Lepas raya nekad nak buat check up.
Tinggal esok dan lusa nak buat macam2 kek lagi.. Ditambah untuk hari keluarga. Tak bawa karang rasa bersalah pulak sebab agaknya ada yg mengharap.. hehe! Macam2 kalau adik beradik sepupu sepapat ni. Dah kiterang rapat, kalau teringin tu zahirkan je. Yang merisaukan ni duk mengadap api, tiba hari balik, ku dah takde tenaga tinggal. Nak drive merintasi 3 negeri tu. Drive tanpa co-pilot. Yang ada hanya sorang penumpang kecil yg la ni tengah demam dan batuk. Harap2 tak mengantuk. Jenuh nak layan mata ni nanti.. Tapi, kalau terdesak atau darurat, mungkin boleh ambil allocation untuk si musafir.. huhu!
OK lah.. rasa nak beradu lak. Harap2 dapat bangun untuk tahajjud nanti sebelum sahur. Bukan nak cerita, tapi itulah... kalau tak Ramadan, susah betul nak buka mata untuk Tahajjud.. Maklumlah, syaiton tu duk kepit dengan besi apa entah.. Lagi susah nak istiqomah. Moga2 kita sama2 mendapat taufik dan hidayah Allah atau menjadi yang lebih baik dari semalam. Rasa jeles tengok artis2 muda sekarang melakukan hijrah. Terus depa pecut.
Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN buat pembaca sekelian. Terima kasih atas segalanya..
July 24, 2014
July 18, 2014
Bangkit Cheese
Memandangkan biskut ni saya suka, dan untuk rujukan masa akan datang, maka malam ni akak nak tepek resipi Bangkit Cheese kat sini. Kalau search kat google, memang merata resipinya... sama je. Tak pasti sumber utamanya.. Dan akak merujuk pada sumber yang akak tak ingat namanya sebab screen shot sudah potong header dan footer blog tu.. Nanti senang2, akak search dan letak link di sini.
Jom tengok resipinya..
KUIH BANGKIT CHEESE
Bahan2:
250g mentega
180 g gula aising
2 biji kuning telur
250 g tepung ubi - sangan dalam 10 minit atau hingga jadi ringan
225 g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
70 g keju cheddar - parut halus
Sedikit parutan keju - untuk hiasan (opt)
Kuning telur - untuk hiasan (opt)
Cara2:
Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan bahan2 kering, pukul perlahan hingga bercampur. Kemudian uli sekejap dengan tangan hingga halus sebelum dicetak dan bakar.
Untuk hiasan, sapu dengan kuning telur yang telah dikocak dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar dengan suhu 160C selama 15-17 minit. Saya guna mode kipas, jadi terus je masuk ke dalam oven dan setkan suhu serta masa tanpa perlu panaskan terlebih dahulu.

July 14, 2014
Projek Biskut Raya
Projek bangkit cheese untuk diri sendiri je...
Nak bawa balik kampung lagi..
Memandangkan inilah kuih yg tengah hot sekarang... di mana2 pun ada bangkit cheese..
Jadinya, rumah mokcik pun kenalah ada barang sebekas.. ya.
Testimoni sendiri : memang sedap la biskut nii... tak sedap mokcik tak kata punya.. Ada lemak, masin, manis... terima kasih je lah kpd sesiapa yg cipta resipi ni..
Selain tu tadi, akak buat juga tart crust untuk minggu depan punya tempahan by my loyal customer.. Esok kena buat lagi.. lagi.. dan lagi sebab tak cukup utk 3 rumah lagi.. hihi.

Biskut malas2an.. main scoop je :D
July 12, 2014
Masak Tempoyak Keli dan Menu2 Lain
Dah lama teringin nak masak lauk berasaskan tempoyak.. Walau tempoyak bukanlah makanan kegemaranku. Dah lama juga tempoyak yang mak import dari fridge makcikku di kampung duk terperap dalam chest freezer tu...
Cara2:
Tumbuk bahan-bahan bertanda *
Ketuk sedikit serai yang telah dipotong
Tumis bahan2 tumbuk dan serai sehingga layu
Tuang air secukupnya diikuti tempoyak, bawan besar dan asam.
Bila mendidih, masukkan ikan, daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat.
P/S:
Sekarang akak sebolehnya meletakkan garam di saat akhir sebab pernah baca dan dengar yg itu sunnah. Agar tak menghilangkan khasiat sebenar garam yg digunakan. Akak juga sentiasa menggunakan garam bukit untuk masakan saya di rumah ni.
Petang ni akak merealisasikan impian.. Tiba-tiba je nak buat ikan keli sambal tempoyak. First time buat tau.. Tapikan... akak makan sesorang je sebab Tuan Abe tak reti makan ni rasanya. Untuk dia, akak stimkan ekor ikan siakap sudah.. Memang selera, ditambah dengan ulam-ulaman dan sambal belacan + mangga muda. Barulah betoi orang kampung...
SAMBAL TEMPOYAK IKAN KELI
Bahan2:
2 ekor ikan keli - bersihkan dan goreng sekejap
1 sudu penuh (membumbung) tempoyak
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
6 ulas cili padi (tak cukup pedas) *
Kunyit - tade stok, guna kunyit serbuk je *
1/4 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang serai - potong2 dlm 1 inci
1 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugur
Garam dan gula
Sedikit minyak
Sedikit air
Cara2:
Tumbuk bahan-bahan bertanda *
Ketuk sedikit serai yang telah dipotong
Tumis bahan2 tumbuk dan serai sehingga layu
Tuang air secukupnya diikuti tempoyak, bawan besar dan asam.
Bila mendidih, masukkan ikan, daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat.
P/S:
Sekarang akak sebolehnya meletakkan garam di saat akhir sebab pernah baca dan dengar yg itu sunnah. Agar tak menghilangkan khasiat sebenar garam yg digunakan. Akak juga sentiasa menggunakan garam bukit untuk masakan saya di rumah ni.
Idokle ghope sambai sgt.. sebab berkuah. Tapi sedap yong... hihi |
Stim siakap cara mudah.. |
Ulam-ulaman penambat selera |
Sambal bilis petai semalam punya... rangup! |
July 10, 2014
Birthday Cake for MAMA
Macam dah bersara je akak dari dunia baking & deco..
Memang takde usaha nak buat marketing
Alih2 dapat order..
ALHAMDULILLAH...
Akak memang dah takde feel nak buat kerja2 deco ni..
Sekarang tengah suka buat kuih muih..
Sok lepas raya nak jual kat tepi jalan tu lah.. hehehe ;)
Sat lagi baru nak hantar kek ni kepada tuan punya.. mesti dia nak surprisekan mama dia. Deco ni pun dia yg pilih, jadi senang hati akak follow... as requested.
And the feedback...
TQVM Farah...
Edited version.

Tapi bila dah siap, macam best pulak kan...
Sat lagi baru nak hantar kek ni kepada tuan punya.. mesti dia nak surprisekan mama dia. Deco ni pun dia yg pilih, jadi senang hati akak follow... as requested.
And the feedback...
TQVM Farah...
Edited version.
July 8, 2014
KOCI KELEDEK... dan Kesunyianku
Kalau diikutkan, akak lebih rajin buat kuih muih berbanding masak lauk pauk. Lagi pulak, semakin umur bertambah ni perasaan nak makan makanan berat semakin merosot. Kadang tengok gambar macam berselera, bila dah dapat kenyang sebelum makan. Tapi macam juga buat kuih ni.. Rasa nak buat banyak2, tapi bila siap, makan 2 ketul dah kenyang. Memang la tak layak untuk JJCM!
Petang tadi, abe kata tak payah masak lauk.. (yahuuu). Dia nak beli ikan bakaq ja. Akak cuma kena sediakan ulam- ulaman yang macam selalu akak buat lately dan sambal belacan. Kali ni sambal belacan kena letak mangga muda... arahan en abe.
Lepas tengok Angeline, terus akak bangun kupas keledek yang seketoi tu dan rebus. Inti dah sedia ada dalam fridge. Daun pisang pun dalam fridge ambik dalam 3 helai layukan. Apa lagi... tadaaa! Sekejap je siap koci keledek. Seronok kalau ada daun pisang siap2 ni.. macam2 nak buat.
Masalahnya..... takde sapa nak tolong makan melainkan diri sendiri dan en suami. Rumah seketul di hujung kampun. Takde jiran tetangga yg dekat2 nak dihulur macam tahun2 lepas. Makin lama, makin tak berjiran. Rindu zaman2 bujang, bertukar2 juadah dengan jiran sebelah. Yelah.. masa tu cuma mampu duk di flat rakyat. Sekurang2nya kenal jiran sebelah... Bila pindah ke flat yg lebih baik di Anjung Hijau tu, walau tak berapa kenal jiran, ada gak pekerja2 cleaners dan security untuk disedekah. Sabar je lahhh..
Inilah dia rupa koci keledek.. separuh berjaya dimakan dan separuh akak perosok dalam freezer. Biar dia membeku di situ.. Esok2 kita ulang tayang lah... mcm pau & karipap tu.. ;)
Akak main agak2 je bahan tu.. Lecek keledek, letak tepung pulut dan tepung ubi sikit.. Air sekadar basah2kan tangan sebab tepung mcm banyak (sebenarnya kurang kalau dibandingkan dengan versi kenduri). Letak inti, bulat-bulatkan dan bubuh dalam minyak baru dibungkus.. kemudian kukus 20-25 minit guna kukusan elektrik yg comel tu.
Petang tadi, abe kata tak payah masak lauk.. (yahuuu). Dia nak beli ikan bakaq ja. Akak cuma kena sediakan ulam- ulaman yang macam selalu akak buat lately dan sambal belacan. Kali ni sambal belacan kena letak mangga muda... arahan en abe.
Lepas tengok Angeline, terus akak bangun kupas keledek yang seketoi tu dan rebus. Inti dah sedia ada dalam fridge. Daun pisang pun dalam fridge ambik dalam 3 helai layukan. Apa lagi... tadaaa! Sekejap je siap koci keledek. Seronok kalau ada daun pisang siap2 ni.. macam2 nak buat.
Masalahnya..... takde sapa nak tolong makan melainkan diri sendiri dan en suami. Rumah seketul di hujung kampun. Takde jiran tetangga yg dekat2 nak dihulur macam tahun2 lepas. Makin lama, makin tak berjiran. Rindu zaman2 bujang, bertukar2 juadah dengan jiran sebelah. Yelah.. masa tu cuma mampu duk di flat rakyat. Sekurang2nya kenal jiran sebelah... Bila pindah ke flat yg lebih baik di Anjung Hijau tu, walau tak berapa kenal jiran, ada gak pekerja2 cleaners dan security untuk disedekah. Sabar je lahhh..
Inilah dia rupa koci keledek.. separuh berjaya dimakan dan separuh akak perosok dalam freezer. Biar dia membeku di situ.. Esok2 kita ulang tayang lah... mcm pau & karipap tu.. ;)
July 7, 2014
Sambal Goreng
Sambal goreng jawa... menurut orang yg bukan Jawa. Kiterang yang jawa ni biasa sebut SAMBEL GORENG je.. Walaupun namanya sambal, ia sebenarnya adalah kategori sayuran.
Akak jarang masak ni kat rumah sebab rasanya 'orang rumah' tak berapa gemar. Sebab agaknya dia pelik sikit rasanya sedikit manis. Tapi dia makanlah jugak. Cuma kalau ada pilihan lain contohnya ulam, dia senduk lauk ni buat syarat je.. hehe!
Apapun, kalau teringin memang kena buat juga. Nak beli mana ada jual kat Kedah ni. Tunggulah... kak buat warung nasi ambeng kat simpang tu.. duk seblah ngan gerai char kuey tiaw nah.. hehehe! Tapi.. sapa je nak beli.. kot indon yg duk rumah kongsi tu pun tak reti makan ambeng!
OK lah... untuk memenuhi keinginan akak di hari yang hangat tadi, maka akak pun masaklah lauk ni untuk memenuhi selera sendiri. Selain tu buat ayam kerutup, lauk orang Pantai Timur. Lain2 ialah ulam-ulaman pegaga, tauge, daun kecur, kobis dan kacang panjang serta sambal belacan. Kuihnya ialah cucoq udang yang hari ni tak lembut macam selalu. Apa jugak akak buat ntah.. kurang ikhlas kot nak mencucoq... huuu.
Ini adalah resipi ulangtayang... tapi mungkin tak sama. Ini versi hari ni punya.. tak letak tempe macam selalu orang buat sebab sengaja... :P
SAMBAL GORENG JAWA
Bahan2:
Secekak kacang buncis - potong ikut suka
1 batang karot (yg kecil saja) - potong memanjang
1 keping tauhu kering - goreng sebentar hingga rangup dan patah2kan
Sedikit suhun - rendam
2 keping tauhu - goreng dan potong kecil
2 biji kentang saiz kecil - potong kecil dan goreng
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 1/2 inci lengkuas - hiris
2 batang cili - hiris
Sejemput ikan bilis
1/2 inci belancan - hancurkan
1 mangkuk santan (agak2 tenggelam semua sayuran nanti)
Sedikit air asam
Kicap, garam & gula
* Bahan2 campuran lain yg sesuai tempe, hati & mempedal ayam, udang basah..
Cara2:
Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, bilis dan belacan hingga layu dan naik bau.
Masukkan santan, kicap dan asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan sayur-sayuran yg keras dulu, diikut lain2 bahan dan berakhir dengan suhun.
Perasakan dengan garam dan gula. Jika anda suka, boleh tambah serbuk perasa.
Matikan api bila kuah dah hampir kering. Sambal goreng akan mengering sendiri disebabkan kuah meresap pada sesetengah bahan campuran spt suhun dan kentang.

July 5, 2014
Ikan Keli Bakar
Saja nak bagi idea apa nak dimasak..
Walau gambarnya agak hodoh sbb guna tab tanpa adjust apa2 effect..
Saya merindui kamera2 saya.. dari yg kodak silver (masih ada tapi dah obsolete), Olympus hijau (dah kena trade in), kemudian Fuji biru (lesap di awan biru) dan terakhir Kodak merah (belas ihsan abe punya yg baru rosak).
Saya susah hati takde kamera ni..
Saya old fashion lebih memikir nak guna kamera betul dari kamera smartphone..
Rasa nak beli baru, tapi takut dengan 'renungan' en abe... hehehe
Atas permintaan, petang semalam akak membakar ikan keli. Puas la makan.. kongsi sekor ngan Fawwaz pun kenyang bukan main. Alhamdulillah... rezeki berkat. Sayur pula setakat ulam-ulaman dan sambal belacan. Kuihnya karipap dan cucoq toge :D
Seronok bakar ikan guna pan ajaib ni... dapur pun jadi bersih tanpa percikan minyak dan yang sewaktu. Bahan2 ikut apa yang ada dalam fridge je..
IKAN KELI BAKAR
Bahan2:
3 ekor ikan - dibersihkan dan dikelar2
1/4 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 sudu cili kisar
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
2 sudu air lemon juice (atau asam jawa)
Sedikit minyak masak
Cara2:
Kisar semua bahan bertanda *.
Tumis sekejap bahan kisar dan lain2 dengan sedikit minyak. Sejukkan.
Lumurkan bahan kisar (sambal) ke seluruh ikan dan perapkan sekejap (saya perap berjam2..)
Bakar dengan pan dan balik2 kan.
Bakar dengan pan dan balik2 kan.
July 4, 2014
Nasi Kerabu Akak Siti
Setakat ni masih belum pernah jejak ke bazar Ramadan mahupun gerai2 tepi jalan untuk beli juadah puasa. Paling malas pun akak buat bila abe takde, ialah menggoreng nasi untuk berbuka dan sahur dengan roti. Sememangnya bila takde gang makan, kita pun boleh jaga badan. Baru makan kuih seketul, dah boleh kenyang semalam.. ;)
Semalam, untuk naikkan selera, akak buat nasi kerabu yang simple saja. Pun sama macam lepat kelmarin, upacara tahunan kiranya.. Biasanya akak beli je, tak penat.. Tapi bila buat sendiri tu, nikmatnye.. walau banyak benda takda. Aksesori utama nasi kerabu kegemaran akak terlupa nak diadakan, iaitu keropok ikan. Budu? Meme kak tak make budu.. hehehe.
Memang best!! Sampai sahur pun makan nasi kerabu.. healthy dan abe saya sangat suka esp ulam tu. Hari ni dia order ulam tu semula.. Sene hidup ambe.
NASI KERABU SIMPLE
Bahan2:
Nasi dimasak biasa (saya letak sebatang serai)
KERISIK KELAPA
3 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut (50 sen)
1/4 labu bawang holland (boleh tukar bawang kecil atau besar)
1 batang serai
Garam dan gula
Cara2:
Bakar ikan dan ambil isinya
Kelapa disangan atau goreng tanpa minyak sehingga keperangan dan tumbuk sedikit biar halus (jgn sampai jadi kerisik)
Tumbuk bawang dan serai sehingga halus.
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.
SAMBAL LADA
3 batang cili (saya campur merah dan hijau)
5 batang cili padi
Sedikit belacan bakar
1 sudu besar cuka
Sedikit garam dan gula
Cara2:
Tumbuk semua bahan hingga halus dan tuangkan cuka. Gaul sebati.
IKAN KEMBUNG GORENG TEPUNG
(tiada dlm gambar sebab lupa, sebab x glamer :P)
Ikan kembung - saya lumur dengan garam dan serbuk kunyit mcm biasa
Tepung beras
Air sejuk dari peti ais
Serbuk perasa
Sedikit garam
Cara2:
Bancuh tepung beras dengan bahan2 lain. Bila minyak dah panas, celupkan ikan dan goreng..
ULAM-ULAMAN
Kobis, tauge, kacang panjang dan daun kesom - semua diracik halus.
p/s: selain ulam2, hari ni abe order keli bakar dgn sambal belacan ja... orait boss! Nak fikir dessert apa pulak... inti karipap ada, kulit popia ada, durian ada, hmmmm....
July 3, 2014
Lepat Labu
Upacara tahunan ahkak... buat lepat labu. Kalau masuk Ramadhan, memang akan meriah upacara tahunan ku.. Mulalah sibuk nak tengok posting tahun2 lepas. Kalau hari-hari biasa memang tak buat kerja2 ni.. ;)
Tapi ini sebenarnya kisah semalam. Entahlah, sejak dua menjak ni akak takde mood nak hapdet blog. Amik gambar, pastu tangguh.. sampai takde selera nak tulis. Dapat pulak kamera akak tetiba rosak skrinnya. Entah sapa yg tonyoh. Namun akak tetap ambik tanggungjawab tu. Sebab kebelakangan ni memang tangan akak merbahaya sikit. Banyak benda dah kurosakkan. Sekarang, abe dah ambik kamera tu.. tak berani nak mintak dah.. huhuhu.
Lepat labu ni tak banyak tempat jual. Jadi, dari tercari2 baik buat sendiri. Bukan susah pun. Akak pun tak ikut resipi sangat.. main agak-agak je.
LEPAT LABU
Bahan2:
300g labu - dikupas dan rebus hingga lembut, kemudian dilecek
Cara2:
Lecek labu hingga halus.
Masukkan gula dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna senduk atau spatula. Tak perlu tambah air.
Bentang daun pisang. Sudukan adunan dan buat seperti dalam gambar. Letak kelapa di atasnya dan tutup dengan cara menggulungkkan daun tersebut.

3/4 cawan tepung gandum (boleh tambah dan kurangkan)
1 sudu tepung ubi
1 sudu tepung kastad
3 sudu besar gula (ikut manis yang diinginkan)
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnyaCara2:
Lecek labu hingga halus.
Masukkan gula dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna senduk atau spatula. Tak perlu tambah air.
Bentang daun pisang. Sudukan adunan dan buat seperti dalam gambar. Letak kelapa di atasnya dan tutup dengan cara menggulungkkan daun tersebut.
Susun di dalam pengukus. Didihkan dulu kukusan tersebut.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...