July 5, 2014

Ikan Keli Bakar

Saja nak bagi idea apa nak dimasak..
Walau gambarnya agak hodoh sbb guna tab tanpa adjust apa2 effect..
Saya merindui kamera2 saya.. dari yg kodak silver (masih ada tapi dah obsolete), Olympus hijau (dah kena trade in), kemudian Fuji biru (lesap di awan biru) dan terakhir Kodak merah (belas ihsan abe punya yg baru rosak).
Saya susah hati takde kamera ni..
Saya old fashion lebih memikir nak guna kamera betul dari kamera smartphone..
Rasa nak beli baru, tapi takut dengan 'renungan' en abe... hehehe

Atas permintaan, petang semalam akak membakar ikan keli. Puas la makan.. kongsi sekor ngan Fawwaz pun kenyang bukan main. Alhamdulillah... rezeki berkat. Sayur pula setakat ulam-ulaman dan sambal belacan. Kuihnya karipap dan cucoq toge :D


Seronok bakar ikan guna pan ajaib ni... dapur pun jadi bersih tanpa percikan minyak dan yang sewaktu. Bahan2 ikut apa yang ada dalam fridge je..

IKAN KELI BAKAR

Bahan2:

3 ekor ikan - dibersihkan dan dikelar2
1/4 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 sudu cili kisar
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
2 sudu air lemon juice (atau asam jawa)
Sedikit minyak masak

Cara2:

Kisar semua bahan bertanda *.
Tumis sekejap bahan kisar dan lain2 dengan sedikit minyak. Sejukkan.
Lumurkan bahan kisar (sambal) ke seluruh ikan dan perapkan sekejap (saya perap berjam2..)
Bakar dengan pan dan balik2 kan.


No comments: