July 24, 2014

EID MUBARAK... SELAMAT HARI RAYA!

Dah larut malam.. tapi sayang nak ajak mata ni tidur.
Tadi baru lepas menyiapkan 2 bekas RV kukus untuk di bawa balik kampung. Itu je modal makcik... sebab yang paling senang walau tak pasti cream cheese yang ada cukup ke tidak. Kalau tak cukup nanti, mokcik tabur je ngan gula ya.. hehe

First delivery untuk order (ambil regular customer je..), dah dibuat malam ni. Bukan deliver, tapi dia pick up sendiri. Shakila order Russian Black n White yang all the way meragam, blueberry tart dan chocolate chip cookies. Alhamdulillah and thanks ye dear!  Kalau nak cerita pasal kek RBW tu memang rasa nak nangis. 2 hari menyiapkan. Dari base nya iaitu kek coklat yang sangat fragile tak macam selalu.. sampai kena buat semula yang lain. Filling yang mencair sangat2.. dan akhir sekali ganache untuk salut kek yang tak suka nak pekat. Dah tu usik sikit terus tak kilat.. Keluar masuk peti sejuk.. lama sikit kat luar, melorot jatuh ganachenya.. hah! keluor bahasa Jawa ku! Rasa macam experience pertama buat kek je... sobs!

Setakat ni rasanya biskut yang nak dibawa balik kampung dah cukup. Untuk 3 rumah, sikit2 sudah le.. Buat 2 jenis je.. Memang macam biasa, akak tak larat. Kalau lebih tenaga diduna, jadi stress sgt.  Puasa kali ni mudah sangat keletihan. Macam na tidur buat selamanya. Kadang solat dan tadarus pun boleh macam lost kejap.. Kalau tengok cermin tu, aku sudah serupa jerangkung.. especially dari muka ke bahu.. tulang temulang tersembul. Rasanya makan banyak.. Risau sangat kot2 ada 'sesuatu' tersembunyi.. Nauzubillah. Lepas raya nekad nak buat check up.

Tinggal esok dan lusa nak buat macam2 kek lagi.. Ditambah untuk hari keluarga. Tak bawa karang rasa bersalah pulak sebab agaknya ada yg mengharap.. hehe! Macam2 kalau adik beradik sepupu sepapat ni. Dah kiterang rapat, kalau teringin tu zahirkan je. Yang merisaukan ni duk mengadap api, tiba hari balik, ku dah takde tenaga tinggal. Nak drive merintasi 3 negeri tu. Drive tanpa co-pilot. Yang ada hanya sorang penumpang kecil yg la ni tengah demam dan batuk. Harap2 tak mengantuk. Jenuh nak layan mata ni nanti.. Tapi, kalau terdesak atau darurat, mungkin boleh ambil allocation untuk si musafir.. huhu!

OK lah.. rasa nak beradu lak. Harap2 dapat bangun untuk tahajjud nanti sebelum sahur. Bukan nak cerita, tapi itulah... kalau tak Ramadan, susah betul nak buka mata untuk Tahajjud.. Maklumlah, syaiton tu duk kepit dengan besi apa entah.. Lagi susah nak istiqomah. Moga2 kita sama2 mendapat taufik dan hidayah Allah atau menjadi yang lebih baik dari semalam. Rasa jeles tengok artis2 muda sekarang melakukan hijrah. Terus depa pecut.

Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN buat pembaca sekelian. Terima kasih atas segalanya..


1 comment:

cikjaja said...

Moga selamat sampai kg kak...btw kg sy kat sg besar je...dulu study uum..n taw jauh mn n penatnye akak nk drive sorg2..take care akak...

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...